Vous êtes sur la page 1sur 3

KATA NAMA

1. Kata nama adalah perkataan yang merujuk kepada orang, benda, tempat, haiwan dan
sebagainya.
2. Kata nama terbahagi kepada tiga jenis:
i)
Kata Nama Am
ii)
Kata Nama Khas
iii)
Kata Ganti Nama
3.

Kata Nama Am
Perkataan yang merujuk kepada orang, haiwan, benda, tempat dan sebagainya.
Kata nama am ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
Terbahagi kepada:
Kata nama am

Hidup

Manusia

Bukan manusia

Tak hidup

Institusi

Bukan institusi

Abstrak

Kata Nama Am Konkrit

Konkrit

Kata nama bagi sesuatu yang wujudnnya boleh dikesan oleh pancaindera. Boleh

dilihat atau disentuh.


Contoh:

Kata Nama Am Abstrak.

Kata nama bagi sesuatu yang wujudnya bukan secara fizikal. Tak boleh dirasai dengan

pancaindera
Tidak boleh dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa.
Contoh: Hidup, hairan, karenah, misteri, ketakutan, cemburu dan sebagainya

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Dalam pengajaran dan pembelajaran di Bahasa Melayu, kata nama sering digunakan. Kata
nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti
nama. Dalam artikel ini, saya akan memperkatakan tentang kata nama am dan kata nama
khas. Kata nama am dan kata nama khas mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sejak
di Tahap Satu sekolah rendah lagi.
Kata Nama Am
Kata nama am sering digunakan untuk merujuk kepada sesuatu benda, manusia, binatang,
tempat, tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain lagi. Huruf pertama bagi setiap kata nama ditulis
dengan huruf kecil kecuali untuk permulaan ayat.
Contoh:
Benda - meja, kerusi, kipas, pensel, baju, kereta
Manusia - ayah, ibu, guru, murid, doktor, jururawat, petani
Binatang - ayam, itik, kucing, lembu, arnab, kuda
Tempat - sekolah, rumah, pejabat, masjid, hospital
Tumbuh-tumbuhan - padi, cendawan, keladi, rumput
Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama am. Cuba senaraikan perkataan-perkataan
itu.
1. Saya pergi ke sekolah pada waktu tengah hari.
2. Pertandingan itu akan diadakan di dewan pada minggu hadapan.
3. Ayah membeli sebuah kipas di kedai itu.
4. Kereta ibu yang rosak itu telah dihantar ke bengkel.
5. Datuk saya menanam pokok cili dan menternak ayam di belakang rumah.
Kata Nama Khas
Kata nama khas bersifat istimewa dan hanya satu sahaja rujukan dalam dunia. Kata nama
khas digunakan untuk merujuk nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul buku
dan lain-lain lagi. Huruf pertama pada kata nama khas perlulah ditulis menggunakan huruf
besar.

Contoh:
Benda - Proton Perdana, Piala Malaysia, Tugu Negara
Manusia - Muhammad Azwar, Letchumanan, Marina, Silvia, Cikgu Ashaari
Binatang - Si Jalak, Si Tompok, Sang Belang
Tempat - Klang, Selangor, Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Belah
Judul buku - Dewan Pelajar, Kuntum, Tatabahasa Dewan
Ayat-ayat di bawah ini mengandungi kata nama kas. Cuba senaraikan perkataan-perkataan
itu.
1. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Batu Belah.
2. Proton saga di bawah pokok itu kepunyaan abang saya.
3. Sang Rangkak membaham haiwan yang menyeberang sungai itu.
4. Amirul membeli senaskhah majalah Dewan Siswa di Kedai Buku Ramli.
5. Kakak saya belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Vous aimerez peut-être aussi