Vous êtes sur la page 1sur 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bunga mawar mekar di halaman,


Dipetik gadis pujaan jejaka idaman,
Kisah Si Kecil Yang Pengasih bakal kuceritakan,
Buat santapan minda hadirin sekalian.

SI KECIL YANG PENGASIH


Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya.
Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu
memanggilnya.
Kamu mesti masih baru di sini, saya adalah binatang yang paling dicintai oleh
pemilik ladang ini berbanding dengan binatang lain. Saya mampu mengangkut
barang yang banyak untuknya, binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama
sekali baginya, ujarnya dengan sinis.

Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tiba-tiba, dari kandang
sebelah, ia mendengar suara seekor lembu berkata.
Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini kerana puan di sini membuat
keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini,
kata lembu dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri.


Hai lembu, kedudukanmu lebih rendah dari saya. Saya memberi bulu kepada
pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tetapi
kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada
manfaatnya di sini.

Semua binatang di situ mencemuh si kucing kecil dan menceritakan betapa


tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Mereka bersepakat bahawa si kucing
kecil itu adalah makhluk yang paling tidak berguna kerana

tidak mampu

memberikan sumbangan kepada pemilik ladang itu.


Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat
sepi dan mula menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu,
dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula

Sayu.sayu
Hatiku sayu
Aku si kecil, selalu dicemuh
Aku si kecil, selalu dihina
Aku si kecil selalu bersedih
Aku si kecil yatim piatu

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar
keluh kesah si kucing kecil itu. Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada
keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini

Terharu, kucing tua berkata, Memang benar bahawa kamu terlalu kecil untuk
menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu.
Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan.
Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa
kegembiraan.
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah kerana
perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya,
menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah,
pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluknya erat-erat dan mengelus-ngelus


kepalanya, dan berkata,
Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, saya berasa bahagia, apabila kamu
menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua
binatang di ladang ini. Walaupun kamu kecil, kamu mengajarku erti kasih.
Begitulah kisah Si Kecil Yang Pengasih. Janganlah kita bersedih jika kita tidak
mampu melakukan sesuatu yang orang lain mampu lakukan namun kita perlu
berusaha untuk melakukan sesuatu dengan sebaiknya seikhlas hati kita.
Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi