Vous êtes sur la page 1sur 4

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.


Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya,
betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab
lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan
sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi
cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup
kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata
tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,
tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka
akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang
merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan
diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar
yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR


Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie.
Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang
kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya
itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya
menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie
berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor
singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.
Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe
berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan
bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat
itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau!
Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke
dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai.
Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony
tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di
celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat
takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung!
Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan
rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu
tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu.
Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung

menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.


Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakanrakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony.
Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu. BURUNG MURAI &
BURUNG MERBAH
Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung
merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil
ketawa, Sang Murai berkata, Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat
keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini.
Hidup bebas terbang ke sana sini. Sang Merbah lalu berkata, Tak apalah, wahai
Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun,
tidak lama lagi musim hujan akan tiba. Selang beberapa hari, Sang Murai
datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang
yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan
lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam
sarangnya. Lalu Sang Merbah berkata, Wahai Sang Murai, kalau kita ringan
tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat
tulang, diri sendiri yang akan rugi. Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar
dari situ. Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah
kebolehan orang lain.

singa & tikus


Pada suatu hari di sebuah hutan, seekor singa sedang nyenyak tidur. Tidak jauh
dari situ, seekor tikus sedang bermain dengan rama-rama. Perbuatan tikus dan
rama-rama itu telah mengganggu raja rimba. Singa berasa amat marah dan
ingin menyerang tikus. Tikus cuba melarikan diri. Tiba-tiba, tikus berkata, Jika
awak melepaskan saya, saya tidak akan melupakan jasa baik awak hingga ke
akhir hayat. Singa pun bersetuju dan melepaskan tikus itu. Beberapa hari
kemudian, singa mengaum sambil meronta-ronta. Singa terkena perangkap
pemburu. Tikus datang dan memutuskan jaring dengan giginya. Singa berkata,
Kalau engkau tidak menolong aku, sudah tentu aku dibunuh oleh pemburu.
Sejak hari itu, mereka telah menjadi kawan baik. Pengajaran dalam cerita ini
ialah kita mestilah selalu menepati janji.

sang kancil dengan monyet


Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak
sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas
pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang
Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!" Tetapi Sang Monyet

enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu
makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang
Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan
sebatang kayu kecil. Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik
beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang
Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa.
Sang Kancil sangat gembira. "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang
Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata
begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil
segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan
aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu

Vous aimerez peut-être aussi