Vous êtes sur la page 1sur 12

1.

PENDAHULUAN

Tugasan ini merupakan satu tugasan wajib bagi semua guru pelatih untuk lulus dalam subjek
yang diambil dan ianya merupakan satu kriteria yang perlu dipenuhi untuk penilaian guru
pelatih. Tugasan ini mengkehendaki pelajar untuk membuat satu penulisan ilmiah yang
mengandungi perbincangan dan hujahan secara kritis mengenai perkembangan sejarah dan
ketamadanun Islam di Timur Tengah dan kesan-kesannya terhadap perkembangan Islam
Malaysia. Tamadun atau civilization yang mana perkataan English ini mula digunakan pada
abad 19 Masihi dan perkataan tersebut dikatakan lahir di Eropah. Selain itu, perkataan ini bukan
lagi satu perkataan yang asing bagi di dunia ini.
Namun begitu, pengertian tamadun bagi setiap orang adalah berbeza dan definisi tamadun
mengikut konteks Islam dan konteks Barat. Secara umumnya, konsep tamadun mementingkan
perkembangan dari seluruh aspek termasuklah pencapaian dalam bentuk lahiriah seperti kesenian
dan pembinaan dan diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
Perkataan tamadun itu berasal daripada bahasa Arab, iaitu madain, mudun dan madana yang
bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Manakala perkataan civilisation pula
bermaksud bandar dan merujuk kepada budaya manusia yang kompleks serta mempunyai
pengkhususan pekerjaan yang sistematik. Selain itu, beberapa tokoh juga mempunyai definisi
yang berbeza tentang maksud tamadun. Tokoh-tokoh tersebut ialah:

Ibn Khaldun Dalam kitab al-Muqaddimah, beliau memperkenalkan dua terminology


iaitu al-umran dan al-hadarah pada abad ke 14 yang bermaksud manusia yang kekal
tinggal di sesebuah kota ataupun wilayah dan mempunyai tanah pertanian yang
akhirnya membawa kepada kemajuan dan pencapaian yang berdasarkan agama.

Sayyid Qutb Tamadun ialah segala kemajuan dari pelbagai aspek yang merangkumi
sosial, politik, kebudayaan dan ekonomi yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat
tersebut yang berteraskan syariat Allah dan berciri-cirikan moral Islam.

Arnold Toynbee Tamadun ialah merupakan satu bentuk sistem kehidupan yang
unggul yang berpandukan sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang
menjamin kemajuan dan kesejahteraan masyarakat di sesebuah tempat tersebut.

Collingwood Tamadun ialah proses gaya kehidupan yang lebih sempurna ataupun
lebih civil yang mana kemudiannya akan menghasilkan masyarakat yang berciri-cirikan
masyarakat Bandar ataupun masyarakat yang mempunyai tatasusila.

Edward L. Farmer Tamadun ialah satu unit budaya yang besar yang merangkumi
pelbagai unsur kemasyarakatan seperti unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi
dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Terdapat banyak jenis tamadun-tamadun awal dunia yang wujud sebelum ini seperti
Tamadun Hwang Ho, Tamadun Islam, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Indus, Tamadun Mesir
Purba dan lain-lain lagi. Fokus tugasan ini adalah untuk membuat diskusi berkaitan dengan
Tamadun Islam.

2.0

TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mula berkembang pesat di Timur Tengah, iaitu negara-negara seperti Iran, Iraq,
Turkey, Syria, Saudi Arabia, Oman, Yemen dan Egypt. Tamadun Islam bermula dengan
pengutusan para nabi dan rasul. Tujuan utama para nabi dan rasul ini adalah untuk membentuk
kehidupan manusia selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Pencipta mereka. Islam telah
membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun
dalam aspek peningkatan kemajuan kehidupan spiritual dan material dalam menjalani kehidupan
yang betul dan menjadi manusia yang bertamadun. Dalam menjamin peningkatan kemajuan
kehidupan dalam dua aspek tersebut,
2.1

Asas

Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting yang mana berperanan serentak dalam
kehidupan umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Keempat-empat asas ini
ialah:
2.1.1

Akidah

Akidah merujuk kepada keimanan kepada Allah SWT dan Rasullulah SAW dalam memajukan
kehidupan manusia / masyarakat dari aspek spiritual / kerohanian dan material / kebendaan.
Akidah yang mantap akan membentuk sebuah sistem yang dapat mengawal sifat manusia dan
membentuk ketamadunan. Semua umat Islam yang beriman diwajibkan untuk beriman kepada
semua rukun iman yang berlaku serentak dalam diri mereka sebagai orang Islam. Contohnya,
mereka hendaklah percaya kepada hari akhirat, qada dan qadar, percaya kepada kitab-kitab, para
malaikat dan para nabi-nabi serta rasul-rasul. Untuk menjadi panduan hidup manusia, al-Quran
dijadikan kitab untuk manusia dia mana untuk menjadi manusia yang bertamadun, amalan
manusia hendaklah sama seperti yang tertulis di dalam al-Quran.
Pendek kata, akidah merujuk kepada ketauhidan kepada Allah. Tauhid merupakan
falsafah kehidupan dalam Islam dan menjadi asas kepada kelahiran tamadun. Keimanan kepada
Pencipta akan seterusnya mengubah dan membentuk pandangan manusia terhadap Tuhan,
sesame manusia dan alam semesta ke arah gaya pemikiran yang lebih baik. Sebagai contoh, pada
Zaman Nabi Muhammad SAW yang merupakan zaman kegemilangan Tamadun Islam telah
3

Berjaya dalam semua aspek tidak kira politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial dalam
pembentukan sebuah kerajaan Islam yang kukuh di Kota Madinah dengan berasaskan akidah.
2.1.2

Ibadah

Maksud ibadah ialah semua peraturan untuk melakukan amalan-amalan yang diajar dan
menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT. Segala aktiviti manusia di muka bumi ini tidak
kiralah urusan agama ataupun dunia semuanya dianggap sebagai satu ibadah kepada Allah SWT.
Oleh sebab itu, manusia hidup dengan menjalankan perintah Allah SWT dalam kehidupan sehariharian mereka dalam membangunkan tempat tinggal mereka. Ibadah ini dapat menjamin
keamanan dan memberi panduan kepada manusia untuk hidup bertamadun dengan manusiamanusia yang lain. Contohnya, Rasullulah SAW melakukan pelbagai ibadah mengikut ajaran
Allah SWT apabila baginda SAW menyatukan puak-puak yang bertelingkah dan menetapkan
undangundang dan perlembagaan.Baginda s.a.w juga turut membimbing para sahabat cara
bercucuk tanam, memternak, berniaga dengan jujur tanpa ada riba dan penipuan dan lain-lain
lagi. Semua amalan baik ini dianggap sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
2.1.3

Syariah

Syariah merujuk kepada amalan manusia dalam emnjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.
Aspek ini perukan aspek yang penting dan dilihat sebagai satu pemangkin kepada kekukuhan
dan kecemerlangan Tamadun Islam. Syariah merupakan aspek yang etrpennting selepas akidah
untuk tamadun ini. Hanya Tamadun Islam sahaja yang mempunyai aspek syariah, tidak tamaduntamadun yang lain. Segala masalah yang timbul semasa proses menuju ketamadunan dapat
diatasi dan diselesaikan dengan adil dan saksama dengan adanya syariah. Kriteria atau prinsip
penting syariah ialah melaksanakan keadilan dalam semua hal yang dilakukan, ia merupakan
asas yang epnting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Dalam Tamadun Islam,
syariah ialah penunjuk jalan, penentu kaedah dan perlakasanaan Tamadun Islam.

2.1.4

Akhlak

Akhlak juga merupakan satu aspek yang penting dalam Tamadun Islam. Tanpa akhlak, tidak
akan wujudlah ketamadunan di kalangan masyarakat dan ianya adalah pelengkap syariah dan
ibadah dalam ajaran agama Islam. Akhlak ialah mekanisma penggerak umat supaya umat Islam
menjadi masyarakat yang bertamadun tinggi. Akhlak juga penting dalam Tamadun Islam kerana
ia adalah tamadun yang mementingkan keseimbangan dalam kerohanian dan kebendaan di mana
akhlak akan menentukan keseimbangan tersebut dalam diri seseorang manusia ataupun umat
Islam.
Menurut Imam Al-Ghazali, akhlak itu merupakan satu kebiasaan dalam tingkah laku dan
perbuatan seeorang itu di dalam dirinya, sekiranya ia adalah tingkah laku yang baik seperti sifat
sabar, syukur, berkasih sayang, zuhud, zikrilmaut, merendah diri, bersopan santun, redha dan
meredhai dan sebagainya maka ia dinamakan akhlak mahmudah manakala jika ia akhlak yang
buruk dan tidak baik seperti mencuri, ujub, riak, malas, tamak, khianat, mungkir janji,
mentauhkan maruah orang lain, fitnah, riba, dengki, rasuah dan sebagainya ia dinamakan sebagai
akhlah mazmumah.

3.0

PERKEMBANGAN TAMADUN

3.1

Tamadun Islam di Timur Tengah

Perkembangan Tamadun Islam di Timur Tengah merangkumi beberapa Negara seperti Eropah,
masyarakat islam di Kota Baghdad, Syria dan negara Islam dan kawasan-kawasan negara Arab.
3.1.1

Tamadun Islam di Sepanyol

Ketika umat Islam menduduki daerah tersebut, ia dikenali sebagai Andalus. Sepanyol berada di
bawah pemerintahan umat Islam hampir lapan abad, bersamaan dengan 800 tahun dari
penaklukan yang bermula pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711 Masihi
sehingganya jatuhnya Kota Granada pada tahun 897 Hijrah bersamman dengan 1492 Masihi.
Ketika di Sepanyol, kecemerlangan Tamadun Islam ialah titik permulaan di mana zaman
perkembangan intelektual berkembang pesat dengan kelahiran tokoh-tokoh Islam dan beberapa
golongan elit Kristian yang turut memberi sumbangan terhadapa tamadun ini . Tokoh-tokoh
islam dan golongan elit Kristian yang memberi sumbangan intelektual semasa Tamdun Islam
ialah:

Ibn Hazm (994 Masihi 1064 Masihi)


Ibn Rushd (1126 Masihi 1198 Masihi)
Ibn Bajjah (1082 Masihi 1138 Masihi)
Ibn Zuhr (1091 Masihi 1162 Masihi)
Thomas Aquinas (1225 Masihi 1274 Masihi)
Maimonides (1135 Masihi 1205 Masihi)

Pembangunan-pembangunan yang paling menonjol di Sepanyol bukti Tamadun Islam


pernah berlaku di situ ialah pembangunan kota, Istana al-Hijrahamra, Masjid Cordova, Kota AlZahra, Masjid Seville dan lain lain lagi. Kejatuhan Andalus adalah disebabkan kelemahan
dalam sistem pemerintahan di mana pemimpin-pemimpin sanggup menggadaikan prinsip demi
mendapatkan sokongan daripada orang luar untuk mendapatkan takhta. Selain itu, beberapa
factor luaran dan dalaman juga menyumbang kepada kejatuhan Andalusia di Eropah.

3.1.2

Tamadun Islam di Baghdad

Tamadun Islam di Baghdad yang mana diasaskan oleh Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun
750 Masihi. Pusat pemerintahannya ialah di Baghdad. Sistem pemerintahan kerajaan ini
berdasarkan sistem warisan. Zaman kegemilangan dicapai ketika pemerintahan Khalifah Harun
al-Rasyid dan anaknya al-Makmum. Banyak kemajuan yang dicapai dari segi sosial, politik dan
kebudayaan. Khalifah pertama kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Bani Abbas
memerintah Baghdad dan wilayah yang diwarisinya selama 500 tahun, sehingga muncul tiga
kerajaan besar iaitu Bani Abbas di Baghdad, Bani Fathimiyah di Mesir dan kerajaan Islam di
Sepanyol. Ketiga-ketiga kerajaan ini berbeza daripada aspek teologi / agama dan politik.
KetikaTamadun Islam di Baghdad, kedudukan wanita amatlah terhad pada awalnya. Namun
begitu, selepas beberapa abad, penglibatan wanita mula dapat dilihat dalam bidang pentadbiran,
peperangan, dalam bidang intelektual dan kesenian. Namun begitu, kedudukan wanita jatuh ke
tahap yang rendah kerana gaya hidup yang berdasarkan kebendaan / material. Wanita dijadikan
hamba, gundik, tawanan peranan dan dijual. Tamadun Islam tidak dapat bertahan lama di
Baghdad kerana konteks hidup dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat bertentangan
dengan keempat-empat asas Tamadun Islam yang telah dihuraikan lebih awal.
3.1.3

Tamadun Islam di Syria

Tamadun Islam di Syria diasaskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah, Muawiyah bin Abu Sufian
pada tahun 661 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini ialah Damaskus, Syria. Penubuhan
kerajaan ini telah mencetuskan permmulaan dalam penggunaan sistem demokrasi dalam
pemerintahan dan Sistem Syura dilenyapkan dan digantikan dengan sistem monarki untuk sistem
pemilihan Khalifah Umaiyyah. Ketika Tamadun Islam di Syria, penaklukan pelbagai wilayah
seperti Kabul, Afghanistan, India, Maltan, Maroko, Sepanyol, Konstatinopel, Bizantium dan
beberapa wilayah lain lagi telah menyebabkan perkembangan Islam yang pesat . Perkembangan
dari aspek kebudayaan dan tatasusila juga berlaku. Pencetakan mata wang sendiri menggunakan
tulisan Arab, mendirikan rumah-rumah untuk orang kurang upaya, menggunakan bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi urusan pemerintahan dan beberapa hal lain lagi telah dilakukan.
Namun demikian, kecacatan pada aspek sosial dan politik. Dalam hal sosial, Muawiyah
telah memulakan sesuatu iaitu diskriminasi sosial yang telah dihilangkan oleh Islam pada
mulanya. Dari aspek politik pula, Muawiyah mengganggap dirinya sebagai khalifah Allah dan
bukan sebagai khalifah nabi. Muawiyah dan anaknya telah melaksanakan politik dan kekerasan,
7

turut menggunakan bahasa agama dalam penyebaran ajaran agama Jabariyah yang menyeru
manusia / masyarakat pada zaman tersebut menerima kenaikan takhta Muawiyah tanpa sebarang
bantahan. Selain itu, Muawiyah juga mempersoalkan status al-Quran.

4.0

KESAN

4.1

Kesan Perkembangan Islam Di Malaysia


8

Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Tanah Melayu pada zaman dahulu, telah menerima
pengaruh dan mengamalkan kepercayaan yang berunsurkan hinduisme, animism, buddhisme,
premis dan lain-lain bentuk kepercayaan lagi. Namun demikian, setelah Tamadun Islam
berkembang di seluruh dunia, Malaysia tidak tertinggal daripada menerima pengaruh dan agama
Islam yang mana masyarakat Malaysia telah mengikut jaaran Sunnah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad dan mengamalkan cara hidup berasaskan dengan ajaran Islam sejak 12 Masihi lagi.
Punca perkembangan Islam di Malaysia ialah disebabkan oleh perdagangan pedang dari Arab di
rantau Asia. Salah satu contoh yang kita lihat bukti teori itu ialah penggunaan nama hari iaitu
Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu dan pelbagai perkataan lagi yang berasal
daripada perkataan Arab.
4.1.1

Aspek Politik

Bukti yang dapat dilihat dengan jelas bahawa pengaruh Tamadun Islam berkembang dan kekal di
Tanah Melayu ialah penetapan agama Islam sebagai agama rasmi namun kebebasan beragama
masih boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam tanpa ada diskriminasi
dan gangguan. Undang-undang ini tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1). Hal
ini disebabkan oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan mempraktikkan
ajaran agama yang berbeza-beza selain daripada Islam. Selain itu, terdapat juga undang-undang
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(5) bahwa Yang Di-Pertuan Agong
merupakan Ketua Agama di Malaysia dalam wilayah-wilayah persekutuan dan Parlimen
dibenarkan untuk menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong perihal hal
berkenaan dengan agama Islam. Perkara 12(2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula
menyatakan bahawa tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan mendirikan institusi-institusi
dan tidak boleh ada perbezaan dengan agama yang lain. Contoh institusi Islam yang ditubuhkan
ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), surau-surau dan masjid-masjid di seluruh
negara.
Dahulu, kesemua ilmu islam diperturunkan kepada masyarakat bersesuaian dengan
budaya setempat. Di istana, ulama atau pujangga istana menyediakan kara-karya sebagai
panduan pemerintahan seperti Taj al-Salatin oleh Bukhari al-Jauhari dan al-Thammarat alMuhimmah oleh Raja Ali Haji.

4.1.2

Aspek Kebudayaan

Tamadun islam dapat dilihat meninggalkan kesan di Malaysia dalam aspek kebudayaan dalam
aspek kesenian dalam seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran yang
menjadi perhiasan di rumah-rumah kediaman dan menghiasi masjid, mihrab dab mimbar dan
penggunaan batu nisan dan makam. Batu nisan terawal yang digunakan adalah batu nisan Syeikh
Abd al-Qadir di Kedah. Hakikatnya, sejak penerimaan islam, orang melayu di Semenanjung
Tanah Melayu mengalami proses pembudayaan yang amat ketara merangkumi budaya dan
sastera, estitika, social dan sebagainya yang dikawal oleh akidah Islam termasuklah syariatnya
berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang memungkinkan tidak berlaku pertelagahan dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan budaya.
Model budaya islam sebenar merangkumi politik, ilmu, bahasa, sastera, seni, ekonomi,
social dan pelbagai dalam kehidupan keseluruhan masyarakat walaupun tidak dapat dicontohi
dengan sepenuhnya (lampau) disebabkan oleh perkembangan teknologi dan penyesuaian
terhadap iklim tempatan dan kreativiti. Prinsip bernegara dan pemerintahan berpaksikna ayat AlQuran tetapi modelnya merujuk kepada pemerintahan Nabi di Madinah. Pemerintahan Malaysia
cuba mencerminkan budaya Islam, namun masih tidak dapat terpisah dengan kelemahan dan
sesetenganya tidak mencerminkan budaya islam. Hal ini bukan sahaja berlaku di Negara kita
bahkan juga ketika zaman kerajaan Umaiyah dan Abasiyah. Budaya politik kita juga tidak sama
dengan Iran, Pakistan dan Arab Saudi. Pakaian masyarakat melayu dahulu yang terdedah rambut
misalnya kini disesuaikan seiring dengan perkembangan agama Islam dalam memenuhi tuntutan
menutup aurat. Di Terengganu pula, semasa masyarakat menerima pengaruh Islam, bentuk
pakaian pada masa itu menjurus kepada cara pemakaian orang Islam Timur Tengah yang
sebelumnya masyarakat hanya berpakaian secara berkemban sahaja dan kemudiannya
mengalami perubahan bukan secara mendadak namun evolusi.

4.1.3

Aspek Pendidikan

10

Kedatangan Islam membawa impak yang besar kepada sistem pendidikan di negara ini. Ia dapat
dilihat pada institusi pendidikan seperti madrasah, sekolah agama, universiti berteraskan agama
Islam dan dari segi aspek ilmu yang diajar kepada murid-murid seperti ilmu syariah yang
meliputi usuluddin, fiqah dan tasawuf. Selain itu, dapat dilihat juga bahawa pendidikan agama
Islam diberikan kepada orang yang beragama Islam secara formal (di sekolah, surau, madrasah
dan sebagainya), merangkumi ilmu pengetahuan Islam seperti sejarah Islam, tauhid dan akhlak
dan tidak formal (berlaku secara tidak langsung dalam kehidupan seorang muslim) yang
mananya selalunya dilakukan secara lisan ataupun diwarisi secara turun temurun.
Sastera untuk pendidikan dilihat antara kesan lain perkembangan islam di Malaysia
bermula lebih awal di Melaka dan negeri-negeri melayu lain sejak 600 tahun dahulu. Unsur
sastera diwarnai dengan unsur tempatan walaupun ada antaranya mempunyai pengaruh seperti
Arab-Parsi. Syekh Nuruddin al-Raniri, Syekh Dawud bin Abdullah Patani, Syekh Abdul Samad
Palembang antara pengarang kitab yang begitu popular pada masa itu, diajar dan dipelajari oleh
ulama-ulama dan guru-guru mutakhir. Nilai-nilai adab dan kehalusan budi diterapkan secara
terus melalui sastera seperti kasihkan Allah dan Rasul serta sifat kewiraan. Ia dapat dilihat
apabila bentuk-bentuk puisi dan syair, gurindam serta pantun mempunyai nilai-nilai di atas.
Contoh kepahlawanan pula seperti Hikayat Zulkarnain dan Hikayat Amir Hamzah. Terbukti,
pernanan sastera bersama syarikat, akhlak dan tasawuf berjaya mendidik orang Melayu sebagai
suatu bangsa yng patuh kepada agama, spoan santun, berjiwa lembut dan hormat-menghormati
yang seterusya membawa keharmonian dalam hidup bermasyarakat.
Bahkan juga, jika dahulu Melayu-Islam bersifat stagnant dan kaku, kini selepas tahun
1970 terutamanya, memperlihatkan perubahan mendadak berlaku kepada masyarakat kita
disebabkan oleh kewujudan tentang kesedaran menilai diri dan kefahaman hasil daripada cetusan
ilmu dan pelbagai halangan yang harus diatasi. Ia muncul disebabkan generasi baru kini lebih
bersifat intelektual keluaran university tempatan dan luar Negara serta usaha kerajaan
merevolusikan dasar pendidikan anak melayu yang dianggap mundur. Menurut sejarah, tulisan
arab berasal daripada tulisan Fonisia purba yang kemudiannya melahirkan beberapa tulisan lain
dan antaranya adalah tulisan arab. Perkembangan tulisan Arab ini seterusnya melalui lima tahap
bermula sejak zaman sebelum islam, hingga ke zaman selepas kebangkitan islam. Di alam
Melayu, kedatangan Islam mewujudkan tulisan Jawi dalam kalangan orang Melayu itu sendiri
11

yang sebelumnya menggunakan bentuk tulisan Hindu. Mereka menerima tulisan Jawi
sebagaimana mereka menerima ajaran Islam. Jawi digunakan untuk alat perhubungan dan ilmu
pengetahuan. Orang Melayu mulai belajar Jawi bagi memudahkan fahaman mereka mendalami
dan memahami ajaran agama Islam daripada kitab suci Al-Quran yang ditulis dalam bahasa
Arab.

5.0

KESIMPULAN

Sebelum kedatangan Islam ke Malaysia, masyarakat Malaysia mempunyai cara hidup yang tidak
bersatu dan mempunyai kepercyaan masing-masing yang terdiri daripada elemen-elemen ciptaan
manusia sendiri yang tidak berasas. Namun setelah Islam berkembang di Malaysia, perpaduan
telah diserapkan dan pelbagai nilai-nilai asas Islam diterapkan di kalangan masyarakat dan
seterusnya menjamin perpaduan, menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan membentuk
masyarakat yang hidup dalam harmoni. Dengan melihat perkembangan tamadun Islam di
Malaysia, terbukti bahawa asas-asas Tamadun Islam yang bermula di Eropah telah membawa
pelbagai kebaikan, bukan sahaja kepada individu yang beragama Islam yang membentuk identiti
diri sendiri berdasarkan aspek keagamaan dan kenegaraan malah telah memberi kebaikan kepada
Malaysia dari segi pembangunan dan aspek-aspek utama negera seperti aspek ekonomi, aspek
politik, aspek pendidikan dan aspek sosial seperti yang telah dihuraikan lebih awal sebelum ini.
Kesan positif yang ditinggalkan oleh Tamadun Islam bukan kepada Malaysia sahaja
namun kepada seluruh dunia di mana adanya perkembangan di dalam aspek perubatan,
pendidikan, perindustrian, ekonomi dan matematik. Oleh sebab itu seharusnya generasi zaman
kini menyedari betapa pentingnya untuk kita memahami dan mempelajari sejarah tamadun
manusia.

12

Vous aimerez peut-être aussi