Vous êtes sur la page 1sur 33

1.

PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memberi penekanan yang padu terhadap


perkembangan secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu pelajar bagi membentuk
modal insan yang baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai seorang bakal
pendidik, kita haruslah sentiasa bersedia menggalas tugas ini bagi memastikan matlamat
pendidikan ini berjaya dengan cara mengesan kebolehan, kemajuan serta pencapaian
murid.
Dunia Seni Visual (DSV) dan Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran
yang merangsang pemikiran pelajar secara menyeluruh. Mata pelajaran ini memberi
peluang kepada mereka untuk melihat sesuatu perkara secara empati seterusnya
menganalisis perkara tersebut dengan menggunakan ruang, masa, perubahan dan
kesinambungan. Bagi mengesan kebolehan dan pencapaian pemikiran murid ini , maka
konsep pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran adalah di antara beberapa
konsep yang penting dalam dunia pendidikan. Secara khususnya, keempat-empat istilah
tersebut membawa maksud yang berbeza dan tujuan yang berbeza, namun saling bantu
membantu dalam proses mencapai matlamat pendidikan. Diantaranya, pengujian selalunya
dianggap mendukung maksud yang khusus.
Pentaksiran berasal daripada perkataan Greek Assidere yang bermaksud duduk
bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon dengan apa yangdimaksudkan. Oleh
itu, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor
dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu. Hasil pentaksiran kemudiannya dinyatakan dalam bentuk skor. Skor itu mestilah
sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilankepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.
Secara kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan
maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat
yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar tersebut.

2.0

KONSEP

2.1

Pentaksiran PSV

Pentaksiran dalam konteks pendidikan merupakan suatu episod dalam proses pembelajaran
yang meliputi aktiviti seperti mengumpul dan menghurai, merekod, memberi skor dan
seterusnya mengintpretasi maklumat mengenai hasil pembelajaran yang diperoleh oleh
seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan sebagaimana yang diharapkan.
2.1.1

Pengujian

Istilah pengujian merujuk kepada keseluruhan proses sewaktu aktiviti mendapatkan bukti
tentang keupayaan pelajar terhadap sesuatu perkara. Antara bentuk-bentuk pengujian
termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasantugasan kelas yang diberi markah. Pengujian terbahagi kepada beberapa bahagianiaitu ;
Pengujian Formal dan Tidak Formal
Bentuk pengujian tidak formal kebiasannya paling banyak dilaksanakan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bentuk pengujian yang dimaksudkan ialah
bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, memerhati dan membaca isyarat tidak
verbal pelajar, aktiviti soal jawab serta latihan-latihan.
Pengujian formal pula adalah pengujian yang melibatkan ujian rasmi yang dijalankan
oleh guru untuk semua pelajar bahkan juga turut melibatkan jawatankuasa pengujian yang
ada di sekolah. Ia digelar sebagai pengujian formal kerana adanya sejumlah masa khusus
diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan serta haru mengikuti prosedur
sebagaimana yang ditetapkan, adanya matlamat dan objektifnya yang tersendiri serta
melibatkan proses memberi markah serta laporan.
Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif
Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bilabila masa semasa tahun pembelajaran manakala pengujian sumatif pula merujuk kepada
sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.
Rujukan Norma dan Rujukan Kriteria
Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun
pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para
pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka. Rujukan Kriteria merujuk kepada
pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang
2

telah ditetapkan -Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,guru boleh memfokuskan
pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.
2.1.2

Penilaian

Penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai.
Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini
membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan
pembelajarannya.
Penilaian

mengandungi

aspek

pengujian,

pengukuran,

penganalisisan

dan

penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang
dihuraikan secara ringkas seperti rajah 1.1 berikut.

Peringkat
analisi

Peringat
pentadbira
n ujian

Peringkat
pemeriksaan
dan
pengukuran

Peringkat
intrepetasi
dan
tindakan

peringka
t
persedia
an ujian

Rajah 1 : 5 peringkat penilaian.


Berdasarkan rajah, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama
dalam penilaian. Semasa menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu
melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian
muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan
penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik
ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu
murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

2.1.3

Pengukuran

Azizi Ahmad (2009) mendefinisikan pengukuran sebagai satu proses mendapatkan


maklumat secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu instrument. Namun,
hasilnya bukanlah mempunyai nilai melainkan hanya penentuan status atau tahap sematamata dan ia tidak bersifat mutlak. Sebagai guru, kita tidak boleh meletakkan dan
menganggap murid yang mendapat skor 90 itu lebih pandai daripada murid yang hanya
mendapat skor 45. pengukuran ketinggian mental seseorang adalah sukar.
2.1.4

Pentaksiran

Pentaksiran secara keseluruhannya merujuk kepada suatu proses yang meliputi pengujian,
pengukuran dan penilaian. Walaupun ketiga-tiga terma ini membawa maksud yang berbeza,
namun tidak dapat dinafikan hubungan dan kepentingannya antara satu sama lain.
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pentaksiran bertujuan
sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid.
Proses pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan
mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Ia dinilai melalui beberapa ciri seperti
Keobjektifan

melalui

ketepatan

seseorang

pemeriksa

memeriksa

skrim

jawapan,

Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan


secara berpusat atau berasaskan sekolah dan Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu
bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan
mengadakan sesuatu ujian. Akhir sekali, menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang
mewakili semua objektif yang penting.
Pemerhatian, lisan dan penulisan merupakan anatara kaedah yang biasa digunakan
dalam menjalankan pentaksiran. Malah, ia turut boleh dibuat menggunakan pengujian.
Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau
4

pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Perkara
paling utama yang harus diberi perhatian ketika menjalankan pentaksiran adalah
menggunakan alat ukur yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka
sudah pasti ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.
2.1.4.1 Jenis pentaksiran
Terdapat beberapa jenis pentaksiran yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual dan Dunia Seni Visual.

Pentaksira
n Autentik
Pentaksira
n Buatan
Guru

Pentaksir
an Kendiri

"Perform
ance
Based"

JENIS
JENIS
PENTAKSI
RAN

Pentaksira
n Portfolio

Aspek
Nilai dan
Sahsiah

Pembentuk
an watak

Hasil
Pembelajar
an

Berbantuk
an
Komputer

Rajah 2 : Jenis-jenis pentaksiran.


Pentaksiran Autentik
Jenis pentaksiran ini memerlukan pelajar mendemonstrasi segala pengetahuan, kemahiran
dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam bentuk realiti yang
bermakna. Pentaksiran autentik menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang telah
dilaksanakan oleh murid. Ia memerlukan subjek menganaisis, mensintesis dan mengaplikasi
segala pengetahuan yang diperoleh di luar dalam dalam bilik darjah serta ia bercirikan
berpusatkan murid. Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang
5

sesuai dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang Pendidikan Seni
Visual dengan rasional lain seperti ;

Perlunya ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk

perkembangan kanak-kanak.
Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak
Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.

Pentaksiran autentik diketahui sebagai salah satu pentaksiran yang sering digunakan
oleh guru di sekolah kerana kebaikannya yang tersendiri seperti dapat mengungkapkan
secara keseluruhan pemahaman akademik pelajar, memperkuat penguasaan kompentesi
pelajar serta dapat menangani teknologi dan berfikir secara sistematik. Berikut merupakan
antara contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)
atau Art show ( pertunjukan Seni)

Pentaksiran Portfolio
Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Penilaian portfolio berbentuk
terbuka dan seimbang. Portfolio yang dibuat sering dipantau oleh guru dari masa ke masa.
Ia perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Porttfolio terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ;

Portfolio Kerja
H arian
Bahan yang
dikum pul untuk
m enghasilkan
tugasan dalam
satu jangka
w aktu yang
diberikan.

Portfolio H asil
Te rbaik
Dipilih
bersu m berkan
hasil terbaik
daripada
portfolio kerja
harian.
Berbentuk
sum atif

Rajah 3 : Jenis-jenis portfolio.


6

Portfolio
D oku m en
H asil tugasan
kecil yang
dijalankan
sem asa
m engum pul
bahan pada satu
jangka m asa
tertentu untuk
m enyem purnaka
n kerja tugasan.

Pentaksiran Nilai dan Sahsiah


Pentaksiran ini merupakan satu variabel yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor
dalam diri individu yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah
laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu
tujuan.
Motivasi terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ;

Dibawa sejak lahir


Psikologi

Primer

Dibawa sejak lahir


Keperluan dalam kasih sayang, rasa
ingin tahu dan keprihatinan

Umum

Hasil belajar
Keinginan untuk berjaya dan
memimpin

Sekunder

Rajah 4 : Jenis-jenis motivasi.


Pentaksiran Berpandukan Komputer
Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium untuk
merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan data yang
diperoleh disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik. Penggunaan komputer
sebagai pentaksiran mempunyai kebaikannya yang tersendiri antaranya adalah data yang
disimpan dapat disimpan dalam suatu tempoh yang panjang, sebuah sistem yang sistematik
serta

dapat

memotivasikan,

meningkatkan

kefahaman,

merangsang

penglibatan,

mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran


murid.
Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data tentang aktiviti atau
pengalaman yang disediakan telah memberi kesan atau perubahan kepada mereka yang
terlibat atau sebaliknya. Pihak sekolah beranggungjawab besar dalam menentukan hasil
pembelajaran yang diharapkan bukan semata-mata subjek DSV dan PSV melalui kaedahkaedah yang ada bagi membantu menangani masalah yang timbul. Namun begitu, penilaian
yang diadakan haruslah bersifat berterusan serta penilai mempunyai akauntabiliti semasa
menjalankan penilaian.
Pentaksiran jenis ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang
sistematik. Maka dengan itu, murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang
spesifik. Kesannya nanti, ia mampu memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang kerana
sifatnya yang lebih terarah kepada program yang afektif dan bukannya berbentuk individu.
Pentaksiran Pembentukan Watak
Proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan.

Mendapat
maklumat
tentang
produk.
Cara
penghasil
an
(proses)
asas seni
reka yang
ingin
digunakan
. Maklumat
Tema
karya.

Proses

Produk
seni yang
dihasilka
n.

Proses
penghasil
an
produk.
Cara
seniman
bekerja.

Penghakim

Penilaian
an
dan
pentafsir
an
produk

Produk

Rajah 5 : Proses dalam pentaksiran pembentukan watak.


Pentaksiran Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap
tentang dirinya secara positif atau negative serta mampu menerima penilaian daripada
orang yang ada di sekelilingnya. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga diri.

Sebenarnya, penilai yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran


adalah pelajar itu sendiri kerana dalam konteks kelas yang sebenar, guru tidak mampu
untuk mengetahui secara keseluruhan tentang apa yang difahami ataupun bukan oleh
pelajar. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri. Pendifinisian yang telah diberikan oleh Carl Rogers (1950) iaitu seorang ahli
falsafah yang terkenal, konsep kendiri merupakan suatu gambaran persepsi seseorang
tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang
lain dan persekitarannya.
Semasa pembelajaran, penilaian kendiri membolehkan individu pelajar mengukur
dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan
sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu serta memberi keyakinan kepada pelajar tentang
peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya yang memberi kesan
seterusnya terhadap sikap seseorang pelajar itu. Proses menganalisis dan membuat refleksi
terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri.
Pentaksiran Performance Based
Pentaksiran Performaced Based merupakan suatu proses yang menggunakan penglibatan
murid

dalam

menggunakan

sesuatu

aktiviti

pengetahuan

yang
dengan

dijalankan. Kaedah
bermakna

ini

mengkhendaki

juga menghendaki

pelajar

pelajar
mahir

menggunakan pelbagai kemahiran-kemahiran yang ada seperti kemahiran berfikir secara


kritis dan kreatif, perdebatan dan sebagainya. Pentaksiran jenis ini memberi peluang kepada
pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran yang jitu dari
masa masa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
Pentaksiran ini terbagai kepada beberapa jenis.

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian


individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu
cara yang membolehkan penilaian terhadap murid
dibuat secara keseluruhannya.
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada
penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian
masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

Portfolio
Kaedah
Pentaksiran
Berpusat

Berdasarka
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh
n
daripada murid seperti bahan penulisan, persembahan, Keupayaan
dan gerak kerja projek.
Mengukur

Rajah 6 : Pentaksiran Performance Based.


Pentaksiran Buatan Guru
Peranan guru dalam bilik darjah sememangnya besar dalam membentuk peribadi dan
sahsiah murid. Peranannya turut merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah.
Pentaksiran yang dijalankan oleh guru ini memberi impak yang sangat besar kepada proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar seterusnya. Namun, aspek alat pengukuran yang
sesuai dalam menjalankan pentaksiran tetap menjadi isu yang utama agar ia sesuai atau
selaras dengan tujuan pentaksiran.
Ujian dan peperiksaan merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan
peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. roses penyediaan atau penggubalanitem-item
ujian dan peperiksaanterbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.

10

Fasa
1

Mengumpul bahan-bahan yangberkaitan.


(huraian sukatanpelajaran,buku rujukan,
soalan-soalan yang lepas.
Mendapatkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
mata pelajaran yangberkenaan daripada
Ketua

Fasa
2

Peranan panitia dalam


mempertimbangan bilangan item,
soalan-soalan lepas dan JSU serta
moderasi

Fasa
3

Panitia mempertibangankan
tentang bilangan salinan
kertas dan penyimpanan
kertas dalam sampul (30)

Rajah 7 : Pentaksiran buatan guru.

3.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DSV TAHUN 1

MENGGAMBAR
TAHUN

1 Bestari

BIDANG

Menggambar

AKTIVITI

Lukisan

TEMA

Objek Buatan Manusia

TAJUK
MASA

Rumahku
:

60 Minit
11

JENIS-JENIS MEDIA

Alatan :

Tiada

Bahan :

Pensil, Pensil Warna,


Kertas Lukisan

BAHAN BANTU MENGAJAR

Yookies

Standard Kandungan :
1. Murid dapat menghasilkan lukisan dengan menekankan bahasa seni visual.
2. Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik
secara kreatif.
3. Membuat apresiasi terhadap karya.

Standard Pembelajaran
1.1 Persepsi Estetik
1.1.1

Unsur seni
1.1.1.1 Garisan Selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa)
1.1.1.2 Rupa Organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan)
1.1.1.3 Warna Primer (biru, kuning dan merah)

1.1.2

Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan ruang
1.1.2.2 Kepelbagaian garisan

1.2 Aplikasi Seni


1.2.1

Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media


1.2.1.1 Media kering Kering atas kering
1.2.1.2 Bahan Kertas lukisan

1.2.2
penghasilan karya

Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam


1.2.2.1 Teknik Lukisan

1.3 Ekpresi Kreatif


1.3.1

Memilih dan memanipulasi alatan secara kreatif


12

1.3.2

Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan dan rupa)


dalam penghasilan karya.

1.3.3

Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni


1.4.1

Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

1.4.2

Menceritakan karya sendiri secara lisan

1.4.3

Menghargai karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Perspsi Estetika
1. Guru menayangkan sedutan video Yookies.
2. Guru mempamerkan contoh lukisan rumah.
3. Guru memberikan definisi lukisan
4. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang
ada pada contoh lukisan.

13

Aplikasi Seni

Guru menyatakan media yang digunakan dalam


penghasilan lukisan.

Guru menunjuk cara penghasilan lukisan rumah.

Langkah 1

Sediakan kertas lukisan dan mulakan dengan membuat


garisan segi empat pada bahagian tengah kertas.

Langkah 2

Hasilkan rupa geometri untuk bumbung rumah, pintu


dan tingkap.

Langkah 3

Terangkan / gelapkan garisan / bentuk geometri tadi.

Langkah 4

Warnakan rumah tadi menggunakan warna primer.

Langkah 6

Lukiskan pokok, pagar, awan, matahari dan sebagainya


sebagai hiasan tambahan.

Ekspresi Kreatif
1. Murid menghias lukisan tersebut.
2. Murid menggunakan pelbagai teknik mewarna.

Apresiasi Seni

14

1. Murid

mempamerkan

karya

seni

lukisan

yang

dihasilkan
2. Murid menceritakan pengalaman kepada rakan proses
menghasilkan lukisan.
3. Guru menayangkan video lagu The House Song.
4. Murid menyanyi sambil memegang dan menggerakkan
kertas lukisan.

4.0

PEMARKAHAN

4.1

Konsep

Soalan esei memerlukan pelajar memberikan pandangan danmengolah jawapan. Pelajar


dikehendaki mengemukakan idea dan fakta bagi menyokong jawapan mereka dalam
konteks yang relevan dengan soalan. Oleh itu, tidak terdapat hanya satu jawapan yang tepat
dan memenuhi keperluan soalan. Kesesuaian soalan bergantung kepada bagaimana pelajar
mengolah

jawapan

dengan

sokongan

fakta-fakta.
15

Dengan

itu,

pemeriksa

perlu

memastikanbahawa keobjektifan dan kesahan jawapan diberi perhatian yang teliti. Konsep
ini mengandungi beberapa kriteria dan kaedah yangperlu diambil perhatian.
Sama juga halnya dalam konsep pemberian markah dalam subjek DSV dan PSV, ia
bergantung kepada keperluan dan kehendak guru bagaimana cara pemberian markah untuk
para pelajarnya. Secara umumnya, terdapat dua cara pemarkahan dibuat iaitu holistic dan
analitik
4.2

Holistik

Pemarkahan jawapan secara holistik merupakan kaedah dalam menentukan pencapaian


calon dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa pelajar mempunyai
pandangan keseluruhan tentang keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang
baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan
untuk memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh tetapi
memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan dalam menilai sesuatu secara
cepat dan tepat disebabkan oleh sifatnya yang subektif. Dengan demikian penekanan
holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa terhadap jawapan pelajar secara
keseluruhan.
Ciri-ciri keobjektifan, yang merujuk kepada faktor ketepatan yang rendah disebabkan
sifatnya subjektif mampu dipertingktakan melalui mesyuarat penyelarasan antara ketua
pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Mesyuarat membincangkan tentang panduan
tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh
skrip jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian markah dan penentuan gred
antara pemeriksa dapat dikurangkan.
Skala pemarkahan holistik terbahagi kepada dua ;

16

Skala
Ordinal

Kaeda
h
Holisti
k
Skala
Nomin
al

Rajah 8 : Skala pemarkahan holistik.


Skala Ordinal
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala ordinal,
pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut :

Memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan.

Menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu prestasi

terbaik

diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan dibawah.

Menentukan berapa peratus calon yang patut diberi gred A,B, C, D dan sebagainya.

Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan


calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

Skala Nominal
Bagi skala pemarkahan nominal pula adalah seperti berikut :

Dalam pemarkahan yang menggunakan skala nominal, pemeriksa dikehendaki


membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan kriteria kandungan,
pengolahan, dan proses untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan
calon.

Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan


kepada skrip tersebut berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

17

Kelebihan dan Kelemahan


Antara kebaikan pemarkahan holistik adalah pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil
masa yang panjang kerana pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberi penekanan
pada aspek isi kandungan, pengolahan bahasa dan sebagainya.pelajar bebas memberikan
jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Ini bermaksud, pemeriksa
boleh memberikan markah selagi jawapan pelajar tidak menyeleweng daripada kehendak
soalan. Di samping itu juga, pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang
pemeriksa dan boleh dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk memastikan
bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara mereka.
Kelebihan yang lain ialah pemeriksaan holistik ini dapat menilai jawapan secara
keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang
lain terutamanya kemahiran aras tinggi. Ini bermaksud, pemeriksa dapat menilai dan
memberi markah sekiranya pelajar memberi idea yang yang di luar jangkaan pemeriksa dan
idea tersebut dapat di terima dan tidak menyeleweng dari kehendak soalan serta ia
merupakan jalan mengiktiraf kepada pelajar yang memberikan jawapan secara kreatif dan
inovatif.
Antara kelemahan pemarkahan holistik adalah ia memerlukan pemeriksa yang
berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan Hal ini
disebabkan dalam pemarkahan holistik, pemeriksaan secara menyeluruh di lakukan di mana
skima jawapan tidak disediakan secara terperinci. Selain itu, terdapat kemungkinan
perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan. Ini
kerana setiap pemeriksa mempunyai pengalaman, pengetahuan serta idea masing-masing
dalam menentukan markah pelajar.
Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor
lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Kelemahan
yang terakhir ialah kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi
oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Berikut merupakan jadual ringkasan
kelebihan dan kelemahan kaedah holistik.

18

KelebihaMasa yang pendek


diperlukan.
n

Kelemah
an

Dapat menilai jawapan


secara keseluruhan
dalam aspek
penguasaan
pengetahuan,
kemahiran.

Mungkin terjadi
perselisihan.
Pemarkahan kurang
objektif.

Penilaian jawapan
dibuat oleh lebih
daripada seorang
pemeriksa atau
dibandingkan antara
pemeriksa dalam
kumpulan.

Pemeriksaan hanya
sesuai dijalankan oleh
orang yang menguasai
bidang berkenaan.
Kesan halo dan kesan
horn.

Mengiktiraf pelajar
yang memberi jawapan
secara kreatif dan
inovatif.

Rajah 9 : Kelebihan dan kelemahan pemarkahan holisitk.

19

4.2.1

Hasil Karya Murid

20

4.2.2

Contoh

GRED/MARKAH

CIRI JAWAPAN

Menghasilkan karya berdasarkan tema dan tajuk yang


diberikan. Mengaplikasi pengetahuan dan bahasa seni
GRED A

visual menerusi penentuan media dan teknik dalam


penghasilan lukisan. Garisan yang menghasilkan rupa yang

80-100%

sangat kemas dan tidak comot serta terdapat kepelbagaian.


Memenuhi syarat penggunaan warna primer. Selain itu,
murid

dapat

memenuhi

ruang

yang

disediakan

dan

seimbang, mempunyai kreativiti dan keaslian hasil karya


yang tersendiri.

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang sederhana


GRED B

tepat.

Tidak

memenuhi

penggunaan

warna

primer

sebagaimana dikehendaki namun menarik. Lukisan rumah


70-79%

pada kertas lukisan dapat diwujudkan dengan jelas. Teknik


menggaris dan mewarna sederhana. Idea tersusun serta
mempunyai kreativiti yang tersendiri.

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang kurang tepat.


Tidak memenuhi penggunaan warna primer sebagaimana
GRED C

dikehendaki dan kurang menarik. Gambaran rumah dapat


dihasilkan tetapi tidak begitu jelas. Proses dan teknik

60-69%

mengikut seperti yang ditetapkan. Kurang menunjukkan idea


dalam menghasilkan teknik lukisan pada kertas lukisan serta
tidak mempunyai kreativiti yang tersendiri.

21

Lemah dalam memahami tema yang diberikan. Penggunaan


GRED D

hanya dua jenis warna sahaja. Gambaran lukisan pada wau


tidak dapat diwujudkan dengan begitu jelas. Proses dan

40-59%

teknik tidak mengikut seperti yang ditetapkan. Kurang


menunjukkan idea dalam menghasilkan lukisan rumah.
Tidak mempunyai kreativiti dan keaslian yang tersendiri.

Langsung
GRED E

tidak

memahami

tema

yang

diberikan.

Penggunaan hanya satu jenis warna sahaja. Lukisan rumah


tidak dapat diwujudkan. Proses dan teknik tidak mengikut

0-39%

seperti yang ditetapkan. Sangat lemah dalam menunjukkan


idea menghasilkan corak serta tidak mempunyai kreativiti
yang asli dan tersendiri.

Analisis
Berdasarkan hasil karya yang telah dihasilkan oleh Nur Dahlia Balqis, secara
keseluruhannya gred yang diberi oleh saya adalah A. Hal ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor pendorang saya memberikan gred tersebut kepada beliau. Hasil karya
beliau bertemakan objek buatan manusia dalam bidang menggambar, aktiviti lukisan
bertajuk Rumahku
Secara luaran, hasil yang disampaikan oleh beliau sangat kemas. Paling utama, Nur
Dahlia mampu meneghasilkan sebuah karya yang menepati tema dan tajuk yang telah
ditetapkan. Beiau mampu menggambarkan rumah berciri moden (tanpa tiang) dan ciri-ciri
sebuah rumah mampu dikenal pasti olehnya. Sebuah rumah yang lengkap mempunyai
tingkap, pintu, dinding dan bumbung. Malah, ekspresi kreatif beliau turut sama ditonjolkan
dimana beliau menambah sendiri hiasan lukisan beliau seperti rumput, matahari, awan,
pagar dan burung namun masih memenuhi syarat pengunaan warna primer iaitu merah,
kuning dan hijau.
Saya memberi markah 86% yang berada pada gred A kerana beliau memenuhi dan
mematuhi arahan yang diberikan oleh saya baik dari segi aspek warna, imbangan,
keseimbangan, penggunaan media dan teknik sewaktu mewarna. Beliau juga kerap
bertanya untuk meningkatkan pemahaman beliau tentang lukisan. Aspek yang mungkin
boleh ditambah adalah dari segi keterangan garisan yang membentuk rumah tersebut.
22

4.3

Analitik

Kaedah analitik dikenali juga sebagai kaedah markah point kerana kaedah ini memerlukan
skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan
pemberatan. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada idea utama
tetapi juga kepada kebersepaduan beberapa idea yang berkaitan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan
yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan
yang digunakan ialah skala interval, di mana skema pemarkahan akan dihuraikan secara
terperinci. Ia akan memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat.
Kelebihan dan Kekurangan
Skrip jawapan pemarkahan secara analitik boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang
berpengalaman dalam subjek DSV atau. Ini kerana pemarkahan diberi berdasarkan kepada
skrip jawapan yang telah disediakan. Pemeriksa juga tidak perlu mengambil masa yang
lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.
Pemarkahan secara analitik memperincikan bidang pemarkahan sesebuah karya.
Contohnya, sesebuah karyya dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dirasakan perlu
untuk dinilai dan diberi penekanan.
Selain itu, skrip jawapan yang menggunakan kaedah analitik memadai diperiksa
sekali sahaja oleh pemeriksa. Hal ini demikian kerana pemarkahan diberikan adalah
berdasarkan skrip jawapan dengan begitu teliti. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar
adalah di luar skrip jawapan, maka pemeriksa tidak akan memberikan markah untuk
jawapan tersebut. Sekiranya jawapan pelajar tidak tepat sepenuhnya, sebahagian sahaja
markah penuh boleh diberikan kepada pelajar. Ini sebagai pembuktian bahawa kerigidan
skema pemarkahan jenis ini sekaligus memudahkan proses pemberian markah dengan
tepat.
Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau
rendah. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan
menyampaikan maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai
di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas dengan menggunakan pemarkahan
secara analitik. Pemarkahan secara analitik lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan
sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Penyediaan skema jawapan yang
terperinci dengan menyenaraikan fakta atau menepati syarat yang dikehendaki dan

23

pembahagian markah yang sepatutnya, maka keobjektifan dan kebolehpercayaan sesuatu


pemarkahan dapat ditentukan oleh pemeriksa.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan pemarkahan analitik. Antaranya
ialah pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan tambahan
lagi sekiranya pelajar yang diperiksa karyanya dalam jumlah yang ramai. Kemungkinan
gemeriksa akan mengalami tekanan kerana pemarkahan secara analitik memerlukan
pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu.
Selain itu, kaedah pemarkahan secara analitik melibatkan pemeriksaan yang
dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran lain. Cirinya ini
memungkinkan pelajar takut untuk menghasilkan karya yang mempunyai kreativiti yang
tinggi. Ia seterusnya menyebabkan pelajar kurang daya imaginasi dan hanya berfokus
kepada skema dan kehendak soalan semata-mata.
Dalam pemarkahan secara analitik, pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana
apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan
untuk aspek tersebut akan ditolak walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sedikit. Hal ini
akan menyebabkan kebarangkalian pelajar mendapat skor rendah adalah sangat tinggi.
Berikut merupakan ringkasan kelebihan dan kelemahan pemarkahan jenis analitik ;

Kelebiha
n

Kelemah
an

Skema pemarkahan
yang terperinci
memudahkan
pemberian markah
dengan tepat.

Masa yang agak lama


diperlukan untuk
memeriksa setiap
karya.

Memberikan gambaran
yang jelas tentang
asas taburan markah.

Pemeriksaan boleh
bersifat negatif
menyebabkan skor
pelajar rendah.

Pemarkahan lebih
objektif.

Rajah 10 : Kelebihan dan kelemahan pemarkahan analitik.

4.3.1 Hasil Karya Murid


24

4.3.2

Contoh
25

Kriteria

Huraian

Markah
1

Aplikasi ilmu
dan
Kemahiran

1.

2.

Apresiasi
karya

1.Asas Seni Reka


Aplikasi unsur
seni dalam
karya iaitu garisan, jalinan,
rupa, bentuk, ruang dan
warna.
Aplikasi prinsip rekaan dalam
karya iaitu keseimbangan,
kepelbagaian,
pergerakan,
kontra,
penegasan,
keharmonian dan kesatuan

2.

Keaslian idea

Teknik
Aplikasi pelbagai jenis teknik
dalam melukis menggunakan
pelbagai media kering.
Memahami
penggunaan
pelbagai jenis teknik lukisan

Kreativiti
Menghasilkan
kreatif

/
karya

yang

Olahan idea
Pengolahan idea yang kreatif
dan asli sepanjang proses
penghasilan

1.
Membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni visual.

26

10

/
2.
Membuat penyataan secara
lisan tentang karya

1-5
Penerokaan

6-10

11-15

1. Pelbagai jenis alat dan bahan


Jenis kertas
Media kering

17

Sikap
dan 1. Sikap dan sahsiah yang baik serta
sahsiah
bersungguh-sungguh menghasilkan
karya dari aspek

Kekemasan

Kebersihan

Kerajinan

komitmen
JUMLAH

16-20

17

81
100

Analisis
Karya yang kedua dihasilkan oleh Nur Syakirah Aina binti Mohd Saberi. Berdasarkan skema
permaharkan analitik, beliau memperoleh gred A kerana mendapat markah sebanyak 81%.
Oleh sebab pemarkahan analitik lebih bersifat objektif, maka banyak faktor yang diberi
perhatian sewaktu proses memberi markah.
Nur Syakirah didapati menguasai ilmu dan kemahiran dalam lukisan. Beliau mampu
menggaris lurus dan melengkung tanpa ada masalah. Dari segi rupa dan bentuk pula, ia
sememangnya memenuhi tajuk yang telah ditetapkan. Bahkan, beliau mampu mencipta
keseimbangan pada bahagian kiri dan kanan lukisan.
Hasil karya yang dipersebahkan oleh Nur Syakirah mempunyai unsur kontra warna
walaupun penggunaan warna adalah terhad. Beliau menggunakan warna gelap untuk dot
pada laluan menuju ke kolam dan haiwan yang ada di dalam kolam. Bentuk pagar rumah
diberi penegasan (tepi) berwana merah bertujuan supaya adanya pisahan antara satu
bahagian pagar dengan bahagian yang lain. Beliau didapati sangat pandai bermain dengan
warna. Antara contoh lain berdasarkan karya adalah lukisan tingkap dan langsir yang begitu
menonjol pada hasil karya.

27

Sungguhpun begitu, kreativiti lukisan adalah kurang. Bentuk bumbung segi tiga tetap
menjadi pilihan dalam lukisan. Seharusnya, beliau menggunakan pelbagai jenis bumbung
ataupun keluar dari kebiasaan biasa lukisan sebuah rumah. Namun, antara lukisan Nur
Syakirah jika dibandingkan dengan lukisan Nur Dahlia Balqis, lukisan Nur Syakirah lebih
menunjukkan keaslian ketara iaitu berbeza dengan lukisan pelajar-pelajar lain.
Dari segi apreasasi karya, beliau turut berada pada tahap yang cemerlang dengan
skor sebanyak 8. Beliau didapati mampu memahami dan mempraktikkan bahasa seni visual
yang ada. Saya mengetahuinya melalui komunikasi dua hala saya dengan beliau. Cuma,
beliau menghadapi masalah untuk membuat pernyataan secara lisan tentang karya yang
telah dihasilkan. Perasaan malu berada di hadapan untuk menunjukkan serta bercerita
tentang hasil karya berada pada tahap sederhana sedikit mendukacitakan.

4.4

Perbezaan Pemarkahan Holistik dan Analitik

Berdasarkan contoh dan analisis ringkas data yang diberikan, jelas bahawa terdapat
perbezaan yang ketara antara pemarkahan secara holistik dan analitik walaupun keduaduanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menilai dan seterusnya mentaksir hasil kerja
atau karya murid. Dalam konteks kajian pada kali ini perkara utama yang diberi perhatian
adalah aktiviti lukisan dalam bidang menggambar dengan menggunakan tema objek buatan
manusia, Rumahku.
Perbezaan paling ketara pemarkahan holistk dan analitik adalah dari segi skemanya
atau kejituannya. Pemarkahan holistik bersifat subjektif bergantung kepada pemeriksa.
Kadang-kala, faktor-faktor luaran mampu memberi kesan terhadap pemberian markah
kepada murid kerana sifat manusia itu yang selalu bias. Kebiasannya, guru yang
berpengalaman luas mampu menggunakan kaedah holistik ini dengan baik tanpa ada
sebarang masalah. Hal ini berbeza dengan skema permarkahan analitik dimana ia lebih
terperinci yang mengharuskan setiap karya itu benar-benar memenuhi kehendak tugasan.
Oleh itu, kaedah pemarkahan analitik dikira paling mempunyai keobjektifan yang tertinggi
berbanding dengan holistik.
Namun begitu, hal ini tidak bermakna pemarkahan secara holistik tidak baik ataupun
tidak boleh digunakan. Ia amat berguna sekiranya penilaian harus dilakukan dalam tempoh
masa yang singkat. Tambahan pula, bagi meningkatkan kadar keobjektifan pemarkahan
holistic ini supaya lebih dipercayai, penyelarasan pemarkahan boleh dibuat oleh ketua

28

panitia atau ketua pemeriksa dan pemeriksa melalui mesyuarat secara hads-on dan
sebagainya.
Jika dibandingkan dengan kaedah pemarkahan analitik yang begitu mementingkan
kejituan semasa penilaian, kaedah holistic lebih mudah dilaksanakan kerana keseragaman
dari segi pengolahan jawapan tidak dijadikan fokus utama ataupun rigid. Maka, terpulanglah
kepada diri guru untuk menggunakan kaedah yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian
masa dan keadaan.

5.0

TINDAKAN SUSULAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Sekiranya pentaksiran pada akhir karya yang dinilai mendapati pelajar sangat lemah dan
tidak mampu menghasilkan karya sebagaimana yang dikehendaki, maka menjadi
tanggungjawab guru untuk memperbaiki kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana kebarangkalian info atau maklumat yang disampaikan tidak mampi
diperolehi dan dikuasi oleh pelajar. Terdapat beberapa tindakan susulan ataupun
penambahbaikan yang dicadangkan supaya hasil karya pelajar menepati kesemua ciri yang
ditetapkan sebagaimana yang terkandung dalam skema permarkahan.
Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasi kandungan
pelajar, memperbaiki pembelajaran pelajar dan pemberian gred. Manaka, tujuan pentaksiran
dalam bilik darjah pula adalah untuk mengetahui tahap pencapaian dan kemajuan
seseorang pelajar. Oleh itu, peranan harus ditonjolkan dan diserlahkan oleh individu guru
sebagai pemberi ilmu. Kaedah pengajaran seperti tunjuk cara mampu memberikan dan
menyerlahkan hasil karya murid. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk
membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat
aktiviti seperti melukis. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi
peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat,
proses atau prinsip tertentu. Pada masa ini, guru dapat menilai sendiri tahap kecerdasan
dan kemahiran murid secara tidak langsung.
Guru seharusnya mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dengan muridmurid. Dalam subjek DSV dan PSV, kemahiran memberi arahan adalah sangat penting agar
setiap langkah yang dikehendaki untuk menghasilkan sesebuah karya seni mampu diikuti
dan dipraktikkan semasa proses penghasilan karya individu. Tujuan memberi arahan adalah
untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Arahan perlulah
jelas dan tindak menggunakan istilah-istilah yang jarang didengar oleh mereka lebih-lebih

29

lagi bagi murid tahap satu. Cukup sekadar mereka tahu apa yang perlu dibuat dalam
penghasilan karya agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik.
Oleh itu, arahan guru yang jelas dan ringkas adalah sangat penting. Seandainya murid
terdiri dalam golongan yang lemah, arahan boleh ditulis satu per satu mengikut proses yang
dikehendaki selain daripada aktiviti dilakukan bersama-sama semasa guru menerangkan
tentang bagaimana penghasilan karya sekiranya tajuk dan bidang yang diajar sukar. Salah
stau cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah
yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur,
sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan
semasa menyelesaikan tugasan.
Tonjol dan hasilkan produk yang berkualiti dan menarik minat murid. Tunjukkan
kepada murid bahawa hasil kerja kuat dalam penghasilan karya akan menimbulkan rasa
puas dalam diri serta sifat bangga terhadap karya sendiri. Berikan sokongan dan dorongan
bahawa sekiranya hasil karya sangat unik, nilai karya itu akan meningkat baik dari segi
populariti bahkan juga mungkin harganya. Guru juga boleh menggunakan contoh kehidupan
pelukis terkenal dunia sebagai pencetus semangat mereka mencintai subjek DSV dan PSV.
Antara perkara lain yang harus dipertimbangkan adalah latar belakang murid. Kenal
pasti siapa murid dan sikapnya terhadap subjek serta disiplin ketika sekolah. Pekerjaan ibu
dan bapa mereka atau keadaan hidup yang susah kadang-kala menjadi kekangan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seni visual. Murid tidak dibekalkan
dengan bahan=bahan untuk melukis menyebabkan proses penerimaan ilmu berlaku dengan
perlahan walhal murid belajar apabila mereka mengalami sendiri situasi atau dalam bahasa
yang lebih mudah mengalami sendiri pengalaman terhadap sesuatu. Sebagai langkah
penyelesaian, guru boleh menyediakan atau membekalkan sendiri barang-barang yang
diperlukanan untuk aktiviti melukis misalnya. Bahan atau alatan tidak perlu mahal namun
sekurang-kurangnya mampu menampung kekangan yang dihadapi oleh murid. Peranan
panitia juga amat penting, kebiasannya jurujual akan datang ke sekolah untuk menjual
bahan dan alatan dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Peruntukan
panitia atau sumbangan daripada mana-mana guru boleh digunakan untuk membeli barangbarang yang bakal digunakan dalam subjek DSV dan PSV.
Hubungan yang baik dengan murid juga adalah amat penting. Berikan pandangan
dan rasa kasih sayang serta prihatin agar murid suka kepada guru dan seterusnya memberi
kesan kepada faktor kerjasama dan hubungan dua hala dalam kelas. Aspek-aspek yang
perlu dipertingkatkan perlu diberitahu dan disampaikan kepada murid agar murid tidak
mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan. Buat salinan teguran dan
30

diedarkan kepada murid supaya mereka boleh menilai kembali hasil kerja mereka pada bilabila masa. Bagi guru pula, hasil karya pelajar perlu diletakkan di dalam fail hasil kerja murid
untuk semakan pada masa akan datang. Inisiatif lain yang boleh dilaksanakan adalah
menampal hasil karya seni pelajar contohnya lukisan terbaik ataupun mozek terbaik di
bahagian belakang kelas. Hal ini sekaligus pastinya akan menilbulkan rasa dihargai,
semangat bersaing dan bangga terhadap hasil kerja sendiri.
Sebagai langkah ke arah menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
dan berkesan, seorang guru perlu menyediakan sebuah rancangan mengajar sebelum sesi
interaksi dalam kelas. rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan
kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai
persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik
dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah
bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah
dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan keyakinan guru sewaktu mengajar.
Bias. Terdapat pelbagai definisi yang menjelaskan konsep bias. Bias adalah
kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam meberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian
individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama
yang berbeza. Sekiranya item itu berbeza dengan item yang lain dalam penilaian misalnya,
ia dikenali sebagai bias. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan dan kekuatab
yang tersendiri terutama dalam penghasilan karya berkenaan sesuatu tajuk. Pelajar lelaki
biasanya mempunyai kemahiran melukis yang tinggi apabila ia berkenaan dengan robot dan
kereta. Manakala, perempuan pula mempunyai kekuatan terhadap isu berkaitan alam
semula jadi dan keluarga. Sebagai seorang guru, penyimbangan soalan harus dilaksanakan
iaitu menyeimbangkan sterotaip jantina pelajar misalnya setiap kali perancangan pengajaran
dan pembelajaran dibuat.
Sebenarnya, dokumen standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) sudah menyentuh setiap aspek yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu,
tidak ada alasan lagi buat para guru malas dan menganggap penilaian subjek DSV dan PSV
sukar dilaksanakan. Dokumen standard sudah menyatakan dengan jelas tentang perkara
yang harus murid capai sebelum boleh dinilai. Perincian inilah yang memudahkan tugas
guru menilai dan kemudiannya mentaksir hasil karya. Apabila dipatuhi dengan baik, maka
kejituan dan keobjektifan hasil kerja pelajar mampu dinilai dengan adil dan saksama untuk
31

murid tanpa mengira latar belakang. Pada pandangan peribadi, panduan sedia ada ini
sudah cukup baik untuk penilaian murid dengan keadaan semasa. Namun, sekiranya ada
kajian yang dilakukan dan kajian tersebut dapat mengenalpasti kelemahan kepada sistem
yang ada sekarang, apa salahnya untuk dicuba demi untuk kepentingan bersama kerana
dunia dan manusia iaitu pelajar sentiasa berubah-ubah seiiring dengan kemajuan teknologi.

6.0

KESIMPULAN

Sifat tetap dan anjal sistem pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik berjaya
selaras dengan hasrat murni kerajaan melahirkan individu yang lengkap dan kompiten
dalam mengharungi arus semasa. Begitu juga dengan pendekatan, strategi, kaedah serta
teknik harus berubah mengikut peredaran zaman dan mengikut keperluan. Teknik yang
diwujudkan pada masa dahulu tidak semestinya baik untuk diaplikasikan pada hari. Oleh itu,
para guru serta bakal guru khasnya haruslah kreatif dalam mencambah idea baru dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mampu berjalan dengan baik.
Perancangan yang rapi oleh guru mampu memberi kesan terhadap penilaian dan
32

pentaksiran kemudiannya agar ia benar-benar menguji kefahaman dan kemahiran murid


berada di tahap sebagaimana yang dikehendaki.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Bukti-bukti data tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh
menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah
sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang
penilaian pengajaran.
Seterusnya, hasil jawapan atau karya dalam konteks DSV dan PSV perlu diperiksa,
dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan murid dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran guru. Justeru pemahaman terhadap konsep
penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk
soalan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi
memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil serta saksama.

33

Vous aimerez peut-être aussi