Vous êtes sur la page 1sur 4

KIMIA TINGKATAN 1

BAB 4 JADUAL BERKALA

Nama_______________________________________________
___________Tarikh________________

Sifat Fizik Logam Alkali


Nama

Nomber
Proton

Susunan
Elektron

Takat
Lebur

Takat
Didih

Ketumpatan
g/cm3

Litium

2.1

180C

1342C

0.53

Natrium

11

2.8.1

98C

883C

0.97

Kalium

19

2.8.8.1

63C

759C

0.86

Rubidiu
m

37

2.8.18.8.1

39C

688C

1.48

Sasium

55

2.8.18.18.8.1

29C

671C

1.87

Fransium

87

2.8.18.32.18.8.1

27C

677C

> 1.87

1.

Semua logam kumpulan satu wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Mereka mempunyai
ciri-ciri khas logam seperti
a.

konduktor haba yang baik

b.

konduktor elektrik yang baik

c.

takat didih yang tinggi

d.

permukaan berkilau (tetapi menjadi pudar dengan cepat selepas dioksidakan oleh
oksifen di udara.)

2.

Bagaimanapun, logam kumpulan satu juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak biasa
diperhatikan pada logam seperti:
a.

takat lebur yang rendah,

b.

ketumpatan yang rendah (3 unsur pertama dalam kumpulan ini boleh terapung di atas
air),

c.

sangat lembut (boleh dipotong oleh pisau).

Prepared by azlee@ymail.com

KIMIA TINGKATAN 1

Perubahan Penting Apabila Menuruni Kumpulan:

1.

Saiz atom bertambah

2.

Takat lebur dan takt didih berkurang

3.

Ketumpatan bertambah

4.

Kekerasan berkurang

Saiz Atom
1.

Seperti ditunjukkan da dalam rajah di sebelah kanan, apabila menuruni kumpulan, sais atom
bertambah.

2.

Ini disebabkan oleh pertambahan petala-petala yang diisi oleh elektron.

3.

Atom yang mempunyai lebih banyak petala adalah lebih besar berbanding dengan atom yang
memounyai kurang petala.

Prepared by azlee@ymail.com

KIMIA TINGKATAN 1

Takat Lebur dan Takat Didih


Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di sebelah kanan, takat lebur dan takat didih logam alkali
menurun apabila menuruni kumpulan.

Penerangan
1.

Atom-atom bagi logam alkali diikat antara satu sama lain oleh satu daya yang dinamakan
sebagai ikatan logam.

2.

Kekuatan ikatan logam bergantung kepada jarak di antara atom. Semakin dekat atom-atom,
semakin kuat ikatan logam ini.

3.

Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah. Oleh itu, jarak di antara atom bertambah.

4.

Pada hakikatnya, kekuatan ikatan logam di antara atom-atom berkurang, dan tenaga yang
diperlukan untuk mengatasi ikatan ini semasa peleburan atau pendidhan juga berkurang dan
seterusnya takat lebur/didih berkurang.

Ketumpatan
1.

Ketumpatan logam kumpulan adalah lebih rendah berbanding dengan logam yang lain.

2.

Ketumpatan litium, natrium dan kalium adalah lebih rendah daripada air. Oleh itu mereka boleh
terapung di atas permukaan air.

Prepared by azlee@ymail.com

KIMIA TINGKATAN 1

3.

Bagaimanapun, apabila menuruni kumpulan, ketumpatan logam alkali bertambah.

Prepared by azlee@ymail.com

Vous aimerez peut-être aussi