Vous êtes sur la page 1sur 11

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENGENALAN
Wad merupakan tempat di mana pesakit yang telah dirujuk kepada doktor
mestilah berada di dalam wad untuk penjagaan dan pemerhatian oleh doktor
dan

jururawat.

Bermulanya

pengurusan

wad

adalah

apabila

pesakit

melangkah kaki dan mendaftarkan diri (admit) di mana-mana Pusat Kesihatan


samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Setiap wad dijaga dan diketuai
oleh Ketua Jururawat bagi menyelia dan menguruskan wad dibantu oleh
jururawat terlatih. Pengurusan yang efisien dan selamat amatlah penting bagi
setiap wad bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dengan sempurna
dan berjaya. Pengurusan yang lancar dan sempurna terutamanya di dalam
wad dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecuaian yang boleh
menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan
dalam memberikan rawatan mahupun dari segi pengurusan. Sememangnya
setiap pesakit yang dirawat mahukan sebuah perkhidmatan yang telus, dan
terbaik daripada semua kakitangan.
Selain daripada pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga
merupakan satu tanggungjawab dan perlu dititikberatkan oleh semua
kakitangan. Ini bagi mengelakkan daripada terjadinya kecederaan kepada
pesakit yang boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi dan
menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan. Ianya juga merupakan
tanggungjawab kakitangan bagi memastikan pesakit dalam keadaan selamat
dan selesa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENCARIAN LITERATUR
KUALA LUMPUR: Keselamatan pesakit menjadi matlamat utama untuk
dicapai oleh semua peringkat sistem kesihatan di sektor awam mahupun
swasta, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Agenda
itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia yang
diadakan untuk kali pertama tahun ini, kata beliau dalam satu kenyataan.
"Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia telah melalui mesyuarat pertamanya
bagi 2010 baru-baru ini dan bersetuju menjadikan isu keselamatan pesakit
perlu diberi tumpuan utama oleh setiap badan profesional kesihatan.
"Kita berpendirian tegas dalam isu ini kerana ia tidak boleh dikompromi walau
apa pun situasi yang kita hadapi," katanya dalam satu kenyataan media di sini
hari ini.
Sehubungan itu, beberapa langkah akan dikuatkuasakan bermula tahun ini
bagi menerajui usaha meningkatkan keselamatan sistem rawatan pesakit baik
di sektor awam dan swasta.

Antara langkah-langkahnya ialah:

keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau


mesyuarat saintifik yang dianjurkan kolej-kolej Akademi Perubatan
Malaysia dan badan profesional dan juga mesyuarat pengurusan

organisasi penjagaan kesihatan;


semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh

semua pejawat dan pelawat;


kesemua hospital perlu melaksanakan
Pembedahan

menggunakan

pelan

Program

'Malaysian

Keselamatan
Safe

Surgery

Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara tahun


ini

Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua


Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti serta

pihak swasta;
pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan Pesakit
bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di hospital-

hospital swasta.
pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital di
mana semua organisasi rawatan kesihatan dikehendaki melaporkan
kesilapan

ubat-ubatan

penambahbaikan.
pelaksanaan Audit

serta

jangkitan

Keselamatan

hospital

Kejururawatan

untuk
pada

proses
peringkat

kebangsaan digalakkan disemua hospital utama awam dan swasta


bertujuan meningkatkan keselamatan rawatan kejururawatan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia


Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama)

PERBINCANGAN

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Pengurusan wad yang berkesan dapat menjamin seseorang pesakit itu


mendapat kemudahan dan rawatan yang sempurna. Pengurusan wad
bertujuan untuk menghasilkan dan memberikan penjagaan terutamanya
penjagaan kejururawatan sepanjang proses pesakit mendapat rawatan.
Kecekapan kakitangan dalam menguruskan wad dapat mengelakkan daripada
terjadinya perkara yang tidak diingini kepada pesakit. Antara objektif utama
bagi pengurusan wad ialah : Objektif pengurusan wad

Memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti

dan terbaik secara holistik kepada semua pesakit di wad


Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan

pelanggan dan juga kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.


Melancarkan segala proses perjalanan rawatan bagi setiap pesakit
Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada
semua pesakit. Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat
sebarang jangkitan, kecederaan dan kecelakaan. Pengurusan wad
yang berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada pesakit yang

disebabkan oleh kecuaian staff.


Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak
serta keperluan pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua

staff.
Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di
discaj daripada wad tersebut.

Setiap wad mempunyai pengurusan yang berbeza namun matlamatnya


hanyalah bagi melancarkan segala urusan dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pesakit. Pengurusan wad yang berkualiti sememangnya

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

menghasilkan kepuasan kepada setiap pelanggan juga kepada staff namun ia


memerlukan komitmen yang tinggi dari setiap anggota wad. Ianya juga akan
memudahkan doktor untuk melakukan intervensi rawatan kepada setiap
pesakit sehinggalah pesakit discaj daripada wad.
Terdapat beberapa komponen dalam menguruskan wad yang sangat penting
dan perlu diambil berat oleh semua anggota wad.

Antaranya ialah :Penjagaan pesakit.


Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan
terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat
mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di
dalam wad.
Mengambil tahu perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan
kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam
melakukan

prosedur,

menyediakan

dan

menyiapkan

peralatan

perubatan, membantu dalam memberikan ubatan kepada pesakit dan


berkerjasama dalam mengadakan rawatan kepada pesakit.
Mengambil berat akan keperluan dan perjalanan rawatan atau
penjagaan kepada pesakit.
Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai
keadaan semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah
dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang
komplikasi terutamanya kepada pesakit.
Memaklumkan keadaan semasa pesakit kepada anggota keluarga
pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit
terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit apabila pulang
ke rumah.
Pengurusan oleh personnel kesihatan
Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat
dan jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

memantau pesakit. Sebagai contoh, ward round yang dilakukan oleh


pakar pada setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi
sesebuah intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.
Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit
hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam
perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan
berautoriti.

Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.


Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang
berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang
mencukupi kepada setiap wad.
Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.

Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu


dalam proses penyembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor
akan mempunyai mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan
kepada pesakit.
Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve di
Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan keperluan keseluruhan
kepada pesakit.
Pengurusan barangan domestik

Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, bekalan air


yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan
dipantau untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan
kondusif.

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT


Keselamatan pesakit di wad sangat penting dalam usaha untuk memastikan
semua perawatan kepada pesakit dapat dijalankan. Sekiranya pesakit tidak
mendapat perlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini akan

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

menyebabkan banyak komplikasi lain berlaku kepada pesakit. Sebagai contoh,


pesakit yang agressif jika tidak di strain kaki ataupun tangan boleh
menyebabkan pesakit terjatuh daripada katil mahupun bertindak agresif
kepada diri sendiri mahupun pesakit lain. Ini boleh mengancam nyawa pesakit
tersebut mahupun pesakit lain juga kakitangan wad berkenaan. Oleh yang
demikian, Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia ditubuhkan pada tahun 2003
untuk merangka dasar, strategi dan program bagi meningkatkan keselamatan
pesakit dan personel perubatan sektor awam. Usaha diteruskan bagi
memastikan penduduk mendapat akses kepada penjagaan yang selamat,
komprehensif, mampu diperoleh dan berkualiti. Sehubungan itu,
pengawasan

untuk

memantau

dan

mengawal

jangkitan

di

sistem
hospital

diperkenalkan di semua hospital awam. Sistem ini akan berfungsi untuk


mencegah daripada jangkitan nasokomia kepada pesakit. Oleh yang demikian,
kerajaan telah melancarkan beberapa langkah-langkah untuk menerajui usaha
meningkatkan sistem keselamatan kepada pesakit.
Antaranya ialah : Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua
Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara
rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti
serta pihak swasta
Keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau
mesyuarat yang dianjurkan di mana-mana hospital kerajaan
mahupun swasta.
Semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh
semua kakitangan dan pelawat
Kesemua hospital perlu melaksanakan Program Keselamatan
Pembedahan

menggunakan

pelan

'Malaysian

Safe

Surgery

Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara


Pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan
Pesakit bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di
hospital-hospital di Malaysia
Pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital
di

mana

semua

organisasi

rawatan

kesihatan

dikehendaki

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

melaporkan kesilapan ubat serta jangkitan hospital untuk proses


penambahbaikan.
Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan
dimana ianya akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit.
Diantara peraturan tersebut adalah:
Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan
ditentukan tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas

waktu melawat yang ditetapkan.


Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan
anggota

hospital bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas

juga disediakan

dan pelawat perlu mengisi dan mendapatkan

tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa mereka


pulangkan pas am berkenaan.
Keselamatan Dalam Wad
Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas

pekerja semasa bertugas.


Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat

sahaja kecuali diberi pas pelawat.


Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan

wad kanak-kanak.
Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan
diikat tag pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam


Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang

berharga.
Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk
membawa pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang
menjaga unit tersebut.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan

segera kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.


Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan,

kecurian atau kerosakan hartabenda orang awam.


Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan
Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain
yang sesuai.
Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa
dan diiringi oleh pegawai polis/penjara.
Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau
penjara.

RUMUSAN
Pengurusan wad yang cemerlang dan berjaya amatlah penting bagi setiap
hospital samada kerajaan mahupun swasta kerana ia merupakan asas kepada
berjayanya rawatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit.
Pegurusan yang efisien dapat menjamin kelancaran proses di dalam wad
kepada semua kakitangan khususnya kepada pesakit dalam mendapatkan
rawatan. Perkara ini harus dititikberatkan oleh semua kakitangan wad bagi
meningkatkan kualiti sistem pengurusan sedia ada agar semua kemas, teratur
dan lancar.
Selain itu, dari segi penjagaan keselamatan pesakit pula adalah merupakan
tanggungjawab kakitangan terhadap pesakit mereka. Ianya adalah untuk

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.


Semua kakitangan haruslah mengambil berat akan keselamatan pesakit juga
keselamatan diri sendiri. Ianya juga bagi mengelakkan pesakit bimbang akan
keselamatan meraka tidak terjamin kerana Majlis Keselamatan Pesakit
Malaysia sedaya upaya cuba mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini
berlaku terhadap para pesakit.

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/deenagrace/ward-management
http://jknkl.moh.gov.my/unit-pengurusan-wad
http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospital
www.bernama.com.my
http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospitalchangkat-melintang

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/19/keselamatanpesakit-jadi-tumpuan-utama/
http://drdollah.com/penjagaan-pesakit-2/

Vous aimerez peut-être aussi