Vous êtes sur la page 1sur 2

Apakah pengurusan personel kem.

Sumber manusia
Pengurusan personel adalah cara pengurusan hal ehwal pekerja mengikut cara
tradisional. Ini bermaksud bahawa aktiviti aktiviti berkaitan dengan personel
dijalankan secara pentadbiran.
Aktiviti aktiviti dibawah pengurusan personel:

Pengisian jawatan
Kenaikan pangkat
Skim perkhidmatan
Pentadbiran gaji dan elaun
Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan
Latihan pekerja
Perjalanan rasmi dan penginapan
Pentadbiran pelbagai cuti
Penilaian prestasi pekerja
Keselamatan dan kesihatan pekerja
Disiplin
Penamatan perkhidmatan
Persaraan
Penyimpanan rekod dan sebagainya

PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN KEPERLUAN STATUTORI


Pengenalan
Apabila seseorang bersetuju memberikan perkhidmatan kepada seseorang yang
lain dan sebagai balasannya menerima upah atau gaji, dapatlah dikatakan bahawa
secara amnya telah wujud satu perhubungan diantara majikan dan pekerja.
Undang-undang telah memperuntukkan beberapa terma, syarat, tugas, dan
tanggungjawab kepada pihak pekerja dan majikan untuk menjamin keadilan dan
keharmonian dalam perhubungan antara mereka.
Dintara sumber perundangan bertulis mengenai buruh / hubungan antara majikan
dan pekerja adalah : AKTA PEKERJAAN 1955, AKTA PERHUBUNGAN DAN
PERINDUSTRIAN 1967, AKTA KESATUAN SEKERJA 1959, AKTA KUMPULAN
WANG SIMPANAN PEKERJA 1952, AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
1969.
Jenis Undang-undang dan akta :
1. Undang undang Pekerjaan
- Hak-hak pekerja dilindungi oleh AKTA PEKERJAAN mana2 pekerjaan yg
telah memasuki kontrak kerja dimana gajinya tidak melebihi RM1,500
sebulan.

Vous aimerez peut-être aussi