Vous êtes sur la page 1sur 5

PENGENALAN

1.0 Unsur Seni


1.1 Garisan
GARISAN merupakan sambungan antara titik yang merentasi satu kawasan ke
kawasan yang lain atau satu siri susunan titik-titik yang bersambung-sambung.
Garisan juga merupakan unsur seni yang paling asas apabila menghasilkan sesuatu
karya seni , boleh didapati di sekeliling kita sama ada pada objek buatan manusia
atau semula jadi. Penggunaan pelbagai jenis media atau bahan akan mewujudkan
pelbagai jenis garisan. Dilihat secara fizikal melalui ciri-cirinya seperti panjang ,
pendek , tebal , nipis dan halus. Garisan terbahagi kepada pelbagai jenis seperti
garisan berpancaran , beralun , putus-putus , berbulu , bergetar dan garisan
berpusar . sifat , jenis dan kualiti dapat menghasilkan perbezaan kesan ilusi seperti
pergerakan , ekspresi dan emosi. Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan
jenis sesuatu garisan yang dicipta dan kualiti garisan pula ialah mutu garisan
merujuk kepada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam penghasilan karya.
Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusi ruang , seperti contoh garisan bagi ruang
hadapan dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Tujuan untuk
timbulkan ruang pada visual tersebut.
1.2 Jalinan
JALINAN ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi
atau benda buatan manusia yang dapat dikesan melalui deria penglihatan dan
sentuhan. Jalinan dapat memberikan kesan rasa dan ekspresi kepada sesuatu
objek , kesan jalinan mampu memberikan watak objek melalui penampilannya.
Setiap jalinan pada sesuatu objek mempunyai fungsi tertentu , jalinan pada tuala
mandi bertujuan agar dapat menyerap air dan jalinan pada buah durian bertujuan
untuk keselamatan isi buah , jalinan pada binatang pula untuk penyamaran atau
keselamatan. Jalinan terbahagi pada dua , iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.
Jalinan tampak yang merupakan jalinan yang hanya boleh dirasai melalui ilusi
tetapi tidak dapat dirasai melalui deria sentuh. Manakala, jalinan sentuh pula
merupakan jalinan yang boleh dirasai melalui deria sentuh. Jalinan boleh
dihasilkan melalui teknik seperti gosokan, lukisan, anyaman, cetakan, pualaman,
catan dan ukiran.
1.3 Rupa
RUPA terhasil apabila garisan bertemu dengan permulaannya, ia juga merupakan
garisan luar sesuatu benda. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi serta tidak

mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Rupa dibahagi kepada dua iaitu rupa
organik dan geometrik. Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas, garisan
luar atau sempadan tidak terikat. Kebanyakan benda semula jadi mempunyai rupa
organik. Manakala, rupa geometrik pula mempunyai sudut yang mempunyai
sempadan yang tetap, biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kapsyen dalam
seni komunikasi. Rupa dipersembahkan secara positif dan negatif , diolah dengan
teknik penambahan, pengurangan dan gabungan atau tindanan. Rupa yang disusun
secara berulang-ulang mampu menghasilkan corak.
1.4 Bentuk
BENTUK terhasil daripada dua atau lebih rupa atau permukaan. Bentuk
mempunyai struktur, jisim dan isi padu serta bersifat tiga dimensi apabila ia
mempunyai panjang, tinggi dan lebar. Terdapat dua jenis bentuk, iaitu bentuk
konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit yang bersifat bentuk sebenak objek, ia
boleh dilihat, disentuh dan dirasai dengan pancaindera sentuh. Manakala, bentuk
ilusi pula bersifat dua dimensi, ia boleh dilihat melalui gambar atau ilustrasi.
Kedudukan struktur bentuk adalah berbeza-beza jika dilihat melalui sudut yang
berlainan.
1.5 Ruang
RUANG ialah kawasan atau jarak yang wujud paa sekeliling sesuatu objek atau di
antara dua objek, juga didapati dalam rongga sesuatu objek. Ruang dapat
dibezakan antara dua objek melalui kedudukannya sama ada dekat, jauh, cetek,
dalam, luas atau sempit. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.
Ruang nyata ataupun kronkrit terdapat dalam ruang sebenar atau di sekeliling kita
secara fizikal melalui kedudukan bentuk konkrit , kita boleh merasai kedalaman
ruang nyata atau konkrit. Tamsilannya, ruang dalam bangunan, perabot dan arca,
ruang ini berbentuk tiga dimensi. Di samping itu, ruang ilusi merupakan ruang
yang berbentuk dua dimensi dan terdapat pada foto, gambar, ilustrasi dan hasil
karya seni visual seperti karya lukisan, catan, cetakan dan karya grafik. Terdapat
tiga cara pengolahan karya ruang ilusi atau dua dimensi iaitu ruang rata, ruang
cetek, ruang dalam , ruang perspektif dan ruang maya. Ruang perspektif ialah
teknik pengambaran yang menunjuk kesan tiga dimensi, kedudukan aras mata
ialah faktor penting dalam menentukan ruang perspektif. Jika dicantumkan, garisan
perspektif sesuatu objek atau persekitaran akan kelihatan seolah-olah bertemu pada
satu titik yang dinamakan titik lenyap. Titik lenyap pula terbahagi kepada tiga iaitu
satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tiga titik lenyap. Ruang maya atau dikenali

dengan nama lain pula virtual wujud dalam bentuk ilusi dua atau tiga dimensi,
ruang ini diolah menyerupai dunia realiti dan diguna dalam simulasi komputer.
Digunakan dalam media elektronik seperti pemainan video, wayang dan filem.
1.6 Warna
WARNA unsur seni yang penting kerana ia dapat memberikan maklumat yang
lebih jelas tentang sesuatu objek di samping dapat mempengaruhi perasaan kita ,
ia juga penting dalam kehidupan seharian. Warna berkait langsung dengan
perasaan atau mood seseorang keran dapat mempengaruhi suasana dan dapat
menunjukkan ruang, dapat mewujudkan simbol penyampaian sesuatu mesej seperti
marah atau ceria. Warna boleh berubah daripada segi ton bergantung pada
kekuatan cahaya yang jatuh pada permukaan objek itu. Tiga kumpalan warna yang
penting ialah warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas ialah
warna utama yang tidak dapat dihasil melalui campuran warna lain tetapi melalui
campuran warna asas dapat menghasilkan campuran warna sekunder dan tertier.
Warna asas terdiri daripada kuning, merah dan biru. Warna asas ini akan
menghasilkan warna sekunder yang terdiri daripada hijau, ungu dan jingga. Warna
tertier terhasil daripada campuran warna asas dan sekunder , campuran warna ini
akan menghasilkan pelagai warna. Selain itu, suhu warna membolehkan kita
mengasingkan warna-warna yang terdiri daripada warna panas dan warna sejuk.
Variasi warna daripada gelap kepada terang dikenali sebagai ton warna yang
masuk dalam kritiria nilai warna termasuk juga warna kroma. Warna kroma ialah
nilai ukuran warna yang mengukur nisbah campuran warna yang menukar nilai
kuasa sesuatu warna, dibahagi pada tiga iaitu cerah, sederhana dan pudar. Skema
warna ialah rangkaian kombinasi warna-warna yang harmoni yang mengikut
kesesuaian warna dipilih dan akan menghasilkan pelbagai tema atau suasana.

2.0 Prinsip rekaan


2.1 Harmoni
HARMONI bermaksud sesuatu gubahan yang mempunyai elemen unsur seni yang
seakan-akan serupa atau nilai yang sama, hadir dalam kumpulan yang tiada ciriciri bercanggah. Sering ditampilkan dalam sesuatu gubahan melalui susunan atau
ulangan unsur seni yang sesuai dan berhubung kait, juga menimbulkan perasaan
selesa dan menyenangkan. Harmoni wujud dengan imej yang mempunyai kesan

perulangan, keseragaman, keseimbangan, kesepaduan, bersesuaian, dan tiada


bercanggah.
2.2 Kontra
KONTRA bermaksud sesuatu gubahan yang mempunyai elemen unsur seni yang
berlawanan atau bercanggah dari segi nilai serta penampilannya. Penampilan
kontra dalam sesuatu gubahan berfungsi untuk menarik perhatian serta
memberikan daya tarikan di samping mampu mengelakkan kebosanan.
2.3 Penegasan
PENEGASAN bermaksud berkuasa dan berpengaruh , unsur seni yang sama tetapi
berlawanan dari segi penampilannya. Dalam karya seni visual, penegasan
bermaksud aplikasi unsur seni reka, tema, imej, media, atau teknik yang paling
banyak diberi penekanan atau diaplikasikan pada sesuatu karya atau elemen yang
paling unggul yang ditonjolkan dalam sesuatu karya seni visual, juga merujukk
kepada penekanan aplikasi utama pengkarya dalam penghasilan sesebuah karya.
Imej dominasi dapat menghasilkan penegasan dan penumpuan utama dalam
sesuatu karya.

2.4 Imbangan
IMBANGAN bermaksud perbandingan atau timbangan antara dua bahagian
sesuatu benda yang sempadan daripada aspek saiz, tumpuan, penampilan dan
warna. Pernyataan ini menjelaskan persamaan dan berpadanan pada kedua-dua
belah bahagian. Hal ini merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat,
tarikan, dan penumpuan pemerhatian. Imbangan terdapat pada benda alam semula
jadi dan benda buatan manusia. Selain itu, imbangan terbahagi kepada dua iaitu
imbangan simetri dan asimetri atau tidak simetri. Di mana simetri bermaksud
persamaan kedua-dua sesuatu benda atau olahan karya, dikenali juga sebagai
imbangan formal. Imbangan asimetri pula sesuatu benda atau olahan komposisi
sesuatu karya seimbang tetapi tidak sama pada kedua-dua belah bahagian, tidak
mempunyai susunan cerminan.
2.5 Kepelbagaian

KEPELBAGAIAN merujuk kepada pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan dalam
satu gubahan melalui pelbagai cara dan idea dalam penampilannya. Perbezaan
dalam keseimbangan dibentuk oleh olahan prinsip rekaan yang berbeza seperti
keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi. Menimbulkan
variasi kepada karya dan menjadikan gubahan lebih meriah dan seronok untuk
dihayati serta mengelakkan kebosanan.
2.6 Pergerakan dan irama
PERGERAKAN DAN IRAMA dalam seni visual wujud apabila sesuatu imej dua
dimensi disusun secara berulang. Ia juga wujud apabila imej diolah atau direka
sehingga dapat menimbulkan ilusi pergerakan seperti kelajuan, kepantasan atau
ilusi optik. Irama dan pergerakan sering ditampilkan secara beralun, bergetar,
bergoyang, memancar, berselang-seli dan berubah-ubah. Terdapat lima jenis
irama , iaitu irama biasa, rawak, berselang-seli, aliran dan progresif.
2.7 Kesatuan
KESATUAN membawa maksud pengolahan kerya seni visual

yang

mengaplikasikan unsur-unsur seni reka dan prinsip rekaan yang bersesuaian


dangan idea/imej secara keseluruhan karya tersebut. Mewujudkan karya yang lebih
lengkap, sempurna dan teratur. Setiap karya seni perlu disokong dengan
kepelbagaian elemen yang mempunyai tema yang sama agar kesatuan dapat
diwujudkan, pengabaian prinsip kesatuan akan mengakibatkan hasil gubahan
dalam karya seni visual kelihatan janggal dan pincang.
3.0

Vous aimerez peut-être aussi