Vous êtes sur la page 1sur 1

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 4 bagi menghasilkan
corak tidak terancang teknik pualaman. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4
Lestari 1. Tinjaun awal mendapati murid kurang berminat dalam aktiviti yang dijalankan. Terdapat
juga situasi dimana murid gagal menghasilkan karya yang memuaskan dan terus hilang minat
untuk meneruskan aktiviti. Buktinya dapat dilihat apabila terdapat sebilangan kecil murid yang
sudah mula bercakap-cakap bersama rakan dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan kajian dan hasil pembacaan yang dibuat, pengkaji memilih
untuk menjalankan tindakan berkonsepkan belajar sambil bermain bersesuaian dengan kenyataan
Jean Piaget (1962) yang menyatakan bahawa bermain mampu menggerakkan perkembangan
kognitif disamping memperkukuh pembelajaran yang baru diadakan. Maka, pengkaji
mencadangkan penggunaan alat Bubble Blow iaitu buih sabun dan pewarna makanan sebagai
alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti membuat corak tidak terancang teknik pualaman. Alat
ini akan menghasilkan satu corak pualaman buih sabun yang menarik. Kaedah kajian yang
digunakan dalam penyelidikan ini ialah pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Hasil
analisis data mendapati kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif dari segi
hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian berdasarkan
instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan
alat Bubble Blow iaitu buih sabun dan pewarna makanan sebagai bahan alternatif pengganti
kepada cat minyak dapat membantu peserta kajian menghasilkan karya pualaman yang berkualiti
dan menarik.

Vous aimerez peut-être aussi