Vous êtes sur la page 1sur 2

Bagaikan kuisan-kuisan berus yang kasar dan halus, silang-menyilang di permukaan

kanvas - tak perlu siap atau disiapkan; begitu pulalah tulisan Latiff Mohidin lewat
catatan ini. Biarpun berkisar sekitar pengalaman harian serta ditulis secara ringkas
dan bersahaja, kita seolah-olah digamit supaya mengikuti beliau menelusuri
pelbagai cabang sastera, baik lokal maupun global, di samping mengenal sosoksosok sastera sasterawan tersohor.

Catatan Latiff Mohidin ini bukan sekadar bernostalgia tentang dunia sastera dan
seni seputar tahun 70-an, malah secara jujur dan bermaruah memaparkan
pandangan, gagasan, serta harapan beliau terhadap hala tuju dan tradisi
kecemerlangan kususasteraan Melayu. Dengan menekuni catatan ini, minda kita
diajak berfikir supaya bersama-sama terus membajai dan mewarnai pelbagai
cabang sastera tanah air.
Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1941
di Seremban, Negeri Sembilan. Latiff menerima pendidikan awalnya di Sekolah
Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Sesudah itu, Latiff menyambung
pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura.
Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah
King George V hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959.

Pada pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di
Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah
Republik Persekutuan Jerman. Dalam tahun 1969, Latiff mengikuti kursus seni
goresan/etching di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian meneruskan kursus yang
sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

Beliau mula menyair sejak awal tahun 1963 dan terus aktif berpuisi sambil
mengembara pada tahun 60-an dan 70-an. Puisi beliau yang kaya dengan pelbagai
imejan, metafora, serta ungkapan ringkas yang segar telah membawa nafas baharu
dalam perkembangan puisi di negara kita. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan
tujuh buah antologi, iaitu --- Sungai Mekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang,
Pesisir Waktu, Serpihan Dari Pedalaman, Rawa-Rawa dan Sajak-Sajak Dinihari --serta tiga buku catatan seni, iaitu Garis, Catatan Latiff Mohidin, dan Catatan Dua
Baris. Puisi-puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman,
Itali, Danish, dan Tamil.

Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri
lukisannya seperti Pago-Pago, Mindscape dan Langkawi, Latiff diiktiraf sebagai
antara pelukis penting di negara ini. Beliau telah mengadakan tiga puluh pameran
perseorangan di Asia dan di Eropah. Latiff pernah mempamerkan hasil karya seni
lukisnya di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New
York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain
Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Selain melakar, melukis, menulis, dan menghasilkan arca, beliau juga amat giat
menterjemahkan karya-karya puitis pujangga, pemikir, dan ahli falsafah dunia
seperti Rubaiyat Omar Khayyam, Puisi-Puisi Jalaluddin Rumi, Tao Te Ching Lau Tze,
Gitanjali Tagore, dan Faust Goethe.

Selama menceburi pelbagai cabang seni, Latiff Mohidin menerima pelbagai


pengiktirafan dan anugerah. Misalnya dalam bidang sastera, Latiff pernah
memenangi Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia sejak tahun 1971. Beliau
juga menerima Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA.
Pada tahun 1984, Latiff terpilih menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok.

Kini, Latiff Mohidin masih lagi aktif berkarya terutama dalam bidang seni lukis.

Vous aimerez peut-être aussi