Vous êtes sur la page 1sur 2

OUM-HBPE1103-76113003538001-SEMESTER JANUARI-KSSR PENDIDIKAN JASMANI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2
ROSLIHA BINTI KAMARUDDIN
Abstrak
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami banyak transformasi. Bermula dengan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (1983 ), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( 1993 ), Semakan KBSR
( 2003 ), dan hinggalah wujudnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah pun
dilaksanakan bermula dengan pelajar tahun satu tahun 2011. Kewujudan Kurikulum ini adalah
kesinambungan daripada gagasan ketiga Ucapan Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan
Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan
kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warganegara
yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan juga program membangunkan akal manusia
dalam melahirkan insan ululalbab. Sehubungan dengan itu, maka Kurikulum Kebangsaan perlu
dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan
membebankan selaras dengan pemantapan kurikulumsebagai fokus utama teras kedua PIPP
( 2006-2010 ). Perubahan dalam kurikulum ini melibatkan semua mata pelajaran termasuklah
Pendidikan Jasmani.

1.0 PENDAHULUAN
Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah bertujuan
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini dibina untuk menyediakan
murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal dalam bentuk Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

OUM-HBPE1103-76113003538001-SEMESTER JANUARI-KSSR PENDIDIKAN JASMANI

kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau
indikator pencapaian bagi setiap standard kandungan. 1
Kandungan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani masih lagi mengekalkan prinsip-prinsip
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard
Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan oleh International Council for Health untuk murid
sekolah, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Ia
juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif, dan afektif.

Bibliografi
Kurikulum, B. P. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani Tahun 2. Kementerian Pelajaran Malaysia (p. 1). Kuala Lumpur Malaysia: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

1 (Kurikulum, 2011)

Vous aimerez peut-être aussi