Vous êtes sur la page 1sur 12

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES: 9/4-265/14
ANTARA
YUSRIN ZAKRI BIN ADNAN
LAWAN

KEDAH INFORMATION TECHNOLOGY SDN. BHD.


AWARD NO: 938 OF 2016
DI HADAPAN

Y.A.DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL


PENGERUSI

TEMPAT

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA


ALOR SETAR, KEDAH

TARIKH RUJUKAN

25 FEBRUARI 2014

TARIKH SEBUTAN

6 MEI 2014, 3 JUN 2014 & 8 JULAI 2014

TARIKH BICARA

8 APRIL 2015

PERWAKILAN

Tn. Hj Mohd Hairol Kamal bin Razali dari Tetuan


Badruzzaman & Kamal mewakili Pihak Menuntut
Encik Aswandi Mohamed Hashim dan Cik Siti Rafidah
Abdul Raof dari Tetuan Aswandi Hashim & Co
mewakili Pihak Responden

Rujukan

Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah
Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan
kerja Yusrin Zakri bin Adnan (dirujuk sebagai Pihak Menuntut) oleh Kedah Information
Technology Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai Responden) pada 23 Julai 2013.

AWARD

Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 (Akta 177) pada 25 Februari 2014 yang timbul dari
pembuangan kerja Yusrin Zakri bin Adnan (dirujuk sebagai Pihak Menuntut)
pada 23 Julai 2013 oleh Kedah Information Technology Sdn. Bhd. (dirujuk
sebagai Responden).

Kes ini telah dibicarakan pada 8 April 2015 dan selesai perbicaraan
pada hari yang sama. Peguamcara Pihak Menuntut iaitu Tetuan Badruzzaman &
Kamal memfailkan Hujahan Bertulis pada 11 Mei 2015 manakala peguambela
Responden iaitu Tetuan Aswandi Hashim & Co telah memfailkan Hujahan
Bertulis pada 23 Jun 2015. Jawapan kepada Hujahan Bertulis Pihak Menuntut
telah difailkan pada 1 Julai 2015.

Latar Belakang Fakta Kes


Pihak Menuntut telah memulakan perkhidmatan sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif pada 1 Januari 2012. Pihak Responden telah menamatkan
perkhidmatan Pihak Menuntut pada 23 Julai 2013 sejajar dengan peruntukan
dalam 'Article 3, Part III, Conditions of Employment' (Rujuk COB muka surat 5).
Gaji terakhir Pihak Menuntut semasa ditamatkan perkhidmatan adalah sebanyak
RM8,600.00 sebulan sahaja. Pihak Responden telah membayar 3 bulan gaji
sebagai ganti 3 bulan notis penamatan perkhidmatan kepada Pihak Menuntut.

Pihak Menuntut menyatakan bahawa walaupun surat tawaran


pekerjaan yang dikeluarkan oleh Responden menyatakan status pekerjaan Pihak
Menuntut sebagai Fixed-Term Contract tetapi sebenarnya status pekerjaan
Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (Permanent) atas alasan berikut:-

a)

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau setaraf dengannya


di Responden bersifat hakiki serta tetap dan akan terus wujud selagi
mana syarikat Responden terus beroperasi walaupun selepas Pihak
Menuntut ditamatkan perkhidmatannya.

b)

Jawatan Pihak Menuntut di syarikat Responden tidak bersifat


sementara untuk menguruskan sesuatu projek khas sahaja yang
mempunyai masa bermula dan tamat.

c)

Perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilanjutkan sekali oleh syarikat


Responden dengan tambahan kenaikan gaji, elaun serta insentif
sebelum ini.

d)

Tiada tarikh yang jelas menyatakan bila perkhidmatan Pihak


Menuntut bermula dan berakhir di dalam terma kontrak
perkhidmatan.

Pihak

Menuntut

mendakwa

Responden

telah

menamatkan

perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang tanpa alasan yang adil,
kasar, tergesa-gesa dan memalukan. Pihak Menuntut juga memohon untuk
diambil bekerja semula dengan Responden ke jawatan asalnya dan lain-lain
tuntutan yang dinyatakan di dalam pernyataan kes. Pihak Responden
menyatakan bahawa Responden telah melakukan penamatan perkhidmatan
kepada pihak menuntut mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undangundang pekerjaan dan penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilakukan
secara sah di sisi undang-undang pekerjaan.

Isu
Berdasarkan fakta di atas, isu-isu yang perlu diputuskan oleh
Mahkamah ini adalah seperti berikut :
(a)

Samada kontrak perkhidmatan Pihak Menuntut adalah bersifat kontrak


tetap;

(b)

Jika kontrak perkhidmatan Pihak Menuntut adalah tidak bersifat kontrak


tetap, tetapi adalah perkhidmatan tetap samada penamatan Pihak
Menuntut adalah wajar atau beralasan.

BEBAN PEMBUKTIAN

Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty


Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 di mana Mahkamah Rayuan
memutuskan seperti berikut:
Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala
perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun
keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam mahkamah undangundang. Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan
prosidingnya sebagai satu 'mahkamah timbangtara' dengan membenarkan
beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia
mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut
ekuiti dan dengan kemurnian. Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah
Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau 'jenayah' dengan beban
kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi.
Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan
pemecatan dimana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan
jenayah seperti kes curi harta syarikat. Mahkamah Perusahaan tidak perlu
memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu
telah dilakukan. Beban kebuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu
imbangan 10 kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian
yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.

Dalam kes Han Chiang High School Penang Han Chiang


Associated Chinese Schools Association v. National Union of Teachers in
Independent School W. Malaysia [1988] 2 ILR 611 (Award No. 306 of 1988)
Mahkamah Perusahaan memutuskan seperti berikut:
8. These clauses denote what is commonly known as a fixed term
contract of employment. In common law, when a contract for a fixed term
expires, it terminates of itself: it has not been "terminated" by either party. In
the conventional sense, there is neither dismissal nor resignation. (This is
implicitly affirmed in our Employment Act 1955, Section 11). The workman
may have a grievance that he has not been hired by his employer under a
fresh contract, but ordinarily an employer is not under any obligation in law to
enter into a contract. At common law, therefore, there is simply no remedy.
9. In a framework of statute-guaranteed security of employment
however, where the termination of a workman's employment without just
cause or excuse may be subject to an award of reinstatement by the Industrial
Court (see Section 20 of the Act, and the case of Dr. Dutt v. Assunta
Hospital in Federal Court Civil Appeal No. 276 of 1980 for the section's
origins, interpretation and raison d'etre) it would be an obvious loophole if any
employer could evade the statutory protection by making a series of contracts
of finite duration with his workmen. In other words, employers could engage
their workmen on a succession of fixed-term contracts of, say, three months
duration each and simply fail to re-engage particular workmen whom they
wanted to get rid of, without having to face a claim for reinstatement. This
would, to quote from Dr. Dutt's case, make nonsense of the whole purpose
and intent of and stultify, the Act as well as offend well-known principles of
interpretation of statutes.
10. The Court, however, is aware that on the other hand there are
genuine fixed term contracts, where both parties recognise there is no
understanding that the contract will be renewed on expiry. The Court realises
that such genuine fixed-term contracts for temporary, one-off jobs are an
important part of the range of employment relationships. Some such jobs are
found in seasonal work, work to fill gaps caused by temporary absence of
permanent staff, training, and the performance of specific tasks such as
5

research projects funded from outside the employer's undertaking. These are
the types of work envisaged in Section 11 of the Employment Act, 1955, which
may be embodied in contracts of service for a specified period of time. This
type of fixed-term contracts are therefore to be differentiated from the socalled fixed-term contracts which are in fact ongoing, permanent contracts of
employment.
11. In deciding whether a contract is genuinely fixed-term or not,
English tribunals were told : The great thing is to make sure that the case is a
genuine one...... On the one hand, employers who have a genuine need for a
fixed-term employment which can be seen from the outset not to be ongoing,
need to be protected. On the other hand, employees have to be protected
against being deprived of their rights through ordinary employments being
dressed up in the form of temporary fixed-term contracts. What we are saying
in this judgement is that there is no magic about fixed-term contracts; that they
are not......excluded from the Act. (Terry v. East Sussex Country Council,
1976, I.C.R. 536, per Phillips J.).

Kes Pihak Responden


Pihak Responden telah mengemukakan seorang saksi untuk
memberi keterangan bagi pihak Responden di dalam perbicaraan kes ini.

COW1 adalah Pengurus Sumber Manusia di Syarikat Responden.


COW1 berkhidmat sebagai Setiausaha Syarikat bermula pada tarikh 7
September 2001 hingga sekarang.

Beliau menjelaskan perlantikan Pihak Menuntut adalah secara


kontrak bertempoh (fixed term contract) selama dua tahun mulai 1hb Januari
2012 sehingga 31hb Disember 2013.

Satu mesyuarat khas Lembaga Pengarah Responden telah


diadakan pada 22hb Julai 2013 telah membawa syor mengenai penamatan
6

kontrak perkhidmatan Pihak Menuntut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif


berkuatkuasa pada 23hb Julai 2013 dan Pihak Menuntut dibayar 3 bulan gaji
sebagai ganti notis.

Surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut telah dikeluarkan


pada 23hb Julai 2013. Pihak Menuntut tiada membuat sebarang bantahan secara
bertulis atau lisan mengenai penamatan tersebut.

Pihak Responden merujuk kepada kontrak perkhidmatan Pihak


Menuntut bertarikh 1hb Januari 2012 (muka surat 1-3 COB) di klausa 12 yang
berbunyi:
Either party may terminate the employment by giving three
months notice in writing or payment of three (3) month salary in lieu of notice.

Pihak

Menuntut

telah

bersetuju

untuk

menerima

dan

menandatangani penerimaan surat penamatan.

Peguambela Pihak Responden berhujah bahawa perkhidmatan


Pihak Menuntut adalah bersifat kontrak bertempoh (fixed term contract) seperti
kontrak perkhidmatan bertarikh 1hb Januari 2012 dan tempoh yang jelas
dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan yang bermula pada 1hb Januari 2012
sehingga 31 Disember 2013. Tiada klausa pembaharuan kontrak dan setiap
pihak berhak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan itu melalui notis selama 3
bulan atau 3 bulan gaji ganti notis.

Peguam juga berhujah bahawa jawatan Pihak Menuntut sebagai


CEO itu adalah fixed term contract berdasarkan fakta bahawa jawatan Pihak
Menuntut adalah berasaskan politik di Syarikat Responden.

Kes Pihak Menuntut


Pihak Menuntut telah mengemukakan dua orang saksi termasuk
Pihak Menuntut sendiri.

Pihak Menuntut (CLW1) memberi keterangan beliau telah dilantik


sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Responden mulai 1hb Januari 2012
selama 2 tahun sehingga 31hb Disember 2013.

Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan beliau melalui


notis bertarikh 23hb Julai 2013 dengan alasannya menurut peruntukan Article 3,
Part III, Conditions of Employment for Executive and Non-Executive dan terma
surat perlantikan Responden membayar gaji 3 bulan sebagai ganti 3 bulan notis
kepada Pihak Menuntut.

Peguam Pihak Menuntut berhujah bahawa jawatan Pihak Menuntut


adalah bersifat jawatan kekal/tetap yang wujud sebelum dan selepas Pihak
Menuntut tidak bekerja lagi di Syarikat itu.

Skop kerja Pihak Menuntut adalah Ketua di Syarikat Responden


adalah jenis pekerjaan yang kekal dan bukan bersifat sementara dan menjadi
tulang belakang perjalanan di Syarikat itu.

Encik Mohamad Sobri bin Osman (CLW2) menjelaskan bahawa


perlantikan Pihak Menuntut adalah berasaskan fixed term contract.
Beliau bersetuju tempoh perlantikan Pihak Menuntut mulai 1hb
Januari 2012 sehingga 31hb Disember 2013 selama 2 tahun.

CLW2 bersetuju bahawa penamatan kontrak Pihak Menuntut dibuat


berdasarkan terma-terma perkhidmatan seperti termaktub di dalam surat
perlantikan beliau semasa menerima jawatan tersebut.

Peguambela berhujah walaupun kontrak perkhidmatan Pihak


Menuntut menyatakan ianya sebagai fixed term contract tetapi berdasarkan
circumstantial evidence dan fakta-fakta menunjukkan kontrak pekerjaan Pihak
Menuntut adalah bersifat tetap. Beliau telah merujuk kepada kes Malaysia
Airlines Bhd v Michael Ng Liong Koh (2000) 3 ILR 179.

Penilaian Keterangan Dan Dapatan Mahkamah


Di dalam kes ini, kontrak perkhidmatan Pihak Menuntut hanya
bermula pada 1hb Januari 2012 dan akan berakhir pada 31hb Disember 2013.

Ini adalah kali pertama Pihak Menuntut telah dilantik oleh Syarikat
Responden berkhidmat dengan Responden. Sebelum ini Pihak Menuntut bekerja
di Syarikat lain.

Mahkamah merujuk kepada kes Dixon v British Broad Casting


Corporation (1979) ILR 281 yang menjelaskan fixed term contract must be for
a specific period.

Di dalam Advanced Ceremics Technology (M) Sdn. Bhd. Vs


Chong Kok Foo & Mahkamah Perusahaan Malaysia (2014) 1 LNS 1365
memberi garis panduan apakah itu fixed term contract.

Berdasarkan fakta kes ini Mahkamah mendapati bahawa kontrak


perkhidmatan Pihak Menuntut adalah berasaskan fixed term contract selama 2
tahun dan akan berakhir pada 31hb Disember 2013.
9

Tiada keterangan yang menyatakan bahawa kontrak Pihak Menuntut


akan disambung atau diperbaharui. Tiada dalam terma-terma perkhidmatan
bahawa

kontrak

perkhidmatan

Pihak

Menuntut

akan

disambung

dan

diperbaharui lagi.

Berdasarkan fakta kes ini Pihak Menuntut telah ditamatkan


perkhidmatan pada 23hb Julai 2013 melalui notis penamatan bertarikh 23hb Julai
2013.

Kontrak penamatan Pihak Menuntut berdasarkan peruntukan Article


3, Part III Conditions of Employment for Executive and Non-Executive dan terma
surat perlantikan beliau bertarikh 1hb Januari 2012.

Berdasarkan kes Low Ching Hock vs Malcon Rep Haulage (M)


Sdn. Bhd & Anor (2014) 2 LNS 1001 Mahkamah telah memutuskan bahawa
Contractual Termination juga adalah bentuk dismissal untuk tujuan Seksyen 20
Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Fakta kes ini menunjukkan bahawa perkhidmatan Pihak Menuntut


bertarikh 23hb Julai 2013 berdasarkan terma kontrak dan tanpa alasan-alasan
lain merupakan termination simpliciter.

Mahkamah merujuk kepada kes Dr. A. Dutt vs Assunta Hospital


(1981) 1 LNS 5 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan termination
simpliciter berdasarkan terma kontrak adalah merupakan suatu penamatan
perkhidmatan tanpa alasan adil dan munasabah.

10

Kesimpulan
Setelah mengambilkira semua keterangan-keterangan dan juga
hujah-hujah bertulis yang dikemukakan di Mahkamah ini dan pada masa yang
sama kepada peruntukan Seksyen 30 (5) Akta Perhubungan 1967, untuk
bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan kepada
perkara-perkara
memutuskan

teknikal

pihak

dan

Responden

berbentuk
gagal

undang-undang,
membuktikan

atas

Mahkamah
imbangan

kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan


sebab atas alasan yang adil.

Remedi
Dalam kes ini setelah mempertimbangkan keterangan yang
dikemukakan Mahkamah berpendapat bahawa perlantikan semula ke jawatan
asal bukan remedi yang bersesuaian memandangkan tempoh fixed term
contract telah tamat pada 31hb Disember 2013.

Mahkamah merujuk kepada kes Ravindran Ayasamy vs Malaysia


Design & Innovation Centre (2009) 2 ILR 102 dan memutuskan Pihak
Responden untuk membayar gaji untuk 5 bulan mengambil kira daripada tarikh
penamatan perkhidmatan sehingga kontrak perkhidmatan yang sepatutnya tamat
pada 31hb Disember 2013.

Perintah
Pihak Responden telah membayar 3 bulan gaji kepada Pihak
Menuntut melalui surat penamatan bertarikh 23hb Julai 2013, maka jumlah yang
11

perlu dibayar adalah 2 bulan gaji kepada Pihak Menuntut. Kedua-dua pihak
telah bersetuju gaji terakhir Pihak Menuntut adalah RM8,600.00 sebulan, maka
dengan itu Responden diperintahkan untuk membayar sejumlah:
RM8,600.00 x 2 = RM17,200.00.

Bayaran sebanyak RM17,200.00 hendaklah dibuat dalam tempoh 30


hari dari tarikh award ini diperturunkan oleh Pihak Responden kepada Pihak
Menuntut melalui Tetuan Badruzzaman & Kamal.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 16hb OGOS 2016.

(DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN PULAU PINANG

12

Vous aimerez peut-être aussi