Vous êtes sur la page 1sur 9

PRM 3101

KEPENTINGAN MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
Muzik merupakan satu elemen yang sangat penting dan bersifat
subjektif. Setiap orang mempunyai pandangan, minat, dan interprestasi yang
berbeza di antara satu sama lain. Walaupun begitu, muzik seolah-olah tidak
dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Menurut Steven Porter,
1986, muzik adalah bunyi. Bunyi melibatkan interaksi di antara empat perkara
iaitu tenaga ( energy ), alat (object ), persekitaran ( environment ) serta
penerima ( receiver ). Tenaga menghidupkan sesuatu alat melalui getaran,
getaran pula dibawa melalui persekitaran dan disambut oleh penerima.
Peranan yang dimainkan oleh muzik amat penting bagi memastikan
perkembangan kanak-kanak ini berlaku dengan sempurna di kalangan
mereka. Menurut Feldman,1991,aspek-aspek perkembangan kanak-kanak
terbahagi kepada lima iaitu perkembangan fizikal, perkembangan sosial,
perkembangan emosi, perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif
ataupun intelektual.
Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan. Santrock mentafsirkan perkembangan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih
awal. Contohnya kematangan. Kita dapat lihat di sini bahawa kanak-kanak
berumur 12 tahun lebih matang daripada kanak-kanak berumur 6 tahun.
Muzik

sentiasa

menjadi

sebahagian

penting

dalam

sistem

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang ibu


akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur,
menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen
atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak

PRM 3101

semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini


memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.
Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Oleh
itu, melalui muzik, kanak-kanak akan mendapat keseronokan, luahan
perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni
muzik dan kemahiran muzik. Pada kebiasaannya, kanak-kanak juga akan
berasa selesa untuk melahirkan ekspresi melalui muzik, irama dan ton yang
merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.
Dalam sistem pembelajaran terutamanya di kalangan kanak-kanak,
pendidikan muzik menjadi aspek penting bagi kanak-kanak dan bertindak
sebagai pelengkap kepada penyuburan diri kerana muzik juga adalah seni.
Melalui program yang terdapat dalam pendidikan muzik prasekolah yang
mengandungi program nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan,
permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian maka
perkembangan kanak-kanak akan berlaku dengan pesat.
MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF
Jerome

Bruner,

seorang

ahli

psikologi

kanak-kanak,

telah

mencadangkan supaya matapelajaran diajar melalui cara kanak-kanak


melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan seterusnya simbolik.
Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara-cara kanak-kanak belajar
dan memproses maklumat. Menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget
proses perkembangan manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga mencapai kematangan. Melalui muzik, perkembangan kognitif
kanak-kanak lebih mudah berlaku.
Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik
mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.
Apabila bermain alat, murid akan menjadi peka kepada detik dan irama lagu.
Mereka juga mempelajari tentang meter lagu yang berkaitan dengan
kemahiran mengira. Contohnya, apabila guru meminta murid memainkan
kastanet mengikut meter 4/4, maka murid akan menepuk detik dalam kiraan
krocet sebanyak 4 kali. Secara tidak langsung, telah berlaku perkembangan
2

PRM 3101

kognitif di kalangan kanak-kanak tersebut melalui pembelajaran muzik


tersebut.
Kanak-kanak yang mempelajari muzik

mempunyai keupayaan

pemikiran spatial dan temporal iaitu asas penting untuk pelajaran matematik
dan sains serta prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas
dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik. Mereka
juga berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat,
kerana muzik meningkatkan keupayaan mental mereka.
Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk
mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang
terdedah dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan 25 peratus
bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not muzik
berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan.
Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh diperkembangkan melalui
pelbagai aktiviti muzik. Melalui aktiviti nyanyian dan gerakan, kanak-kanak
berpeluang untuk meneroka dan menjana idea dengan berfikir, merancang
dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Contohnya, kanak-kanak boleh
memikirkan bagaimana untuk membuat gerakan mengikut lirik lagu ataupun
gerakan yang dilahirkan mengikut kemampuan minda masing-masing. Ini
mampu menjadikan kanak-kanak menjadi lebih kreatif.
Selain itu, melalui muzik kanak-kanak juga berpeluang belajar mengira
dalam suasana yang gembira dan harmoni. Lagu 10 Budak Hitam adalah
contoh sebuah lagu yang sesuai untuk memperkenalkan nombor 1 hingga 10
kepada kanak-kanak. Mereka boleh menyanyi sambil bertepuk tangan atau
menghentak kaki mengikut detik atau irama sesebuah lagu. Kemahiran
menepuk detik dan irama pula dapat memperkembangkan kebolehan mental
kanak-kanak. Apabila kanak-kanak sentiasa didedahkan dengan muzik, lama
kelamaan mereka juga boleh menepuk mengikut notasi-notasi muzik yang
berbeza nilai seperti semibrif, minim, krocet, kuaver dan sebagainya.

PRM 3101

Kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama seawal usia enam tahun


pertama mereka, apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi
daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.
Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk
permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Menurut Dr. Lihanna
Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya,
kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia
memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.
Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen
penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik
untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan. Melalui
nyanyian, kanak-kanak diajar untuk membaca lirik lagu baris demi baris.
Sebelum menyanyikan sesebuah lagu, murid diperkenalkan dengan sebutan
secara berirama kerana irama dapat meningkatkan memori dan minat kanakkanak. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Murid lebih mudah mengenal dan
mengingat huruf A, B,C hingga Z apabila dipelajari melalui teknik nyanyian
berbanding dengan cara menyebut dan membaca huruf tanpa unsur-unsur
muzik.
Selain

itu,

melalui

lirik

lagu

yang

dinyanyikan,

murid

dapat

memperkayakan kosa kata dan mengetahui banyak perkataan baru. Ianya


merupakan satu kelebihan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Mereka dapat menggunakan perkataan-perkataan baru di dalam pergaulan
seharian tanpa ragu kerana mereka telah memahami makna sesuatu
perkataan itu dengan mempelajari muzik.
Kanak-kanak juga dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa
dengan membuat improvisasi mudah kepada lirik lagu seperti Anak itik Tok
Wi boleh ditukar kepada Anak ayam Mak Jah dan pelbagai lagi. Mereka juga
dapat mengenalpasti rima-rima akhir yang sama dan berbeza melalui
nyanyian. Pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti-aktiviti muzik ini amat
bermakna

kepada

kanak-kanak

dan

perkembangan diri mereka.

berperanan

penting

dalam

PRM 3101

Muzik juga memiliki keupayaan memulih kepada kanak-kanak. Hasil


kajian yang dijalankan oleh Stanford University mendedahkan bahawa muzik
dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Kanak-kanak
yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan
jika mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan
muzik dalam pelbagai cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka
dengan orang lain. Mereka juga dapat membantu orang lain untuk memahami
mereka melalui muzik yang dimainkan secara berpasukan.
MUZIK DALAM PERKEMBANGAN JASMANI
Potensi kanak-kanak dari segi jasmani bermakna kebolehan mereka
untuk membaiki koordinasi otot dengan otak. Ini bermakna jika kemampuan
jasmani berkembang, maka kemahiran muzikal seseorang kanak-kanak dari
segi psikomotor pastinya akan berkembang dengan lebih baik. Muzik
memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan jasmani kanakkanak.
Kanak-kanak bertindak balas dengan bunyi-bunyian seawal ketika di
dalam kandungan ibu lagi. Terdapat kajian yang menunjukkan kanak-kanak
yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan akan
menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik.
Muzik juga memberikan rangsangan kepada kanak-kanak untuk
mereka bergerak secara langsung mahupun tidak langsung. Menurut falsafah
Carl Orff, Tell me, I forgetshow me, I rememberInvolve me, I understand
yang bermakna, kanak-kanak dapat belajar dan memahami sesuatu dengan
lebih mendalam jika mereka diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut. Oleh itu, pergerakan merupakan aktiviti yang dapat melibatkan
kanak-kanak secara aktif dalam situasi pembelajaran muzik.
Kebanyakan

kanak-kanak

akan

mula

bertindak-balas

apabila

mendengar muzik. Mereka akan membuat gerakan-gerakan sepontan seperti


mengoyang-goyangkan kepala dan badan, bertepuk tangan dan sebagainya.
Kanak-kanak menunjukkan kefahaman pergerakan melalui ekspresi diri
mereka. Kanak-kanak dapat menunjukkan detik lagu dengan pergerakan
5

PRM 3101

lokomotor dan bukan lokomotor di samping menguasai elemen ruang, masa


dan daya melalui pergerakan yang dilakukan. Contoh pergerakan adalah
seperti bergerak dengan gembira, bergerak dengan sedih,

bergerak

sekeliling bilik seperti arnab, bayangkan diri anda seperti belon yang leper,
dan sebagainya
Aktiviti-aktiviti muzik seperti nyanyian dan gerakan merupakan satu
cara yang dapat memperkembangkan serta menguatkan motor halus dan
kasar kanak-kanak. Melalui nyanyian dan gerakan, kanak-kanak dapat
melakukan pelbagai gaya atau gerakan samada secara berpandu ataupun
bebas. Sebagai contoh, semasa menyanyi lagu Gerak Binatang, kanakkanak akan melakukan gerakan seperti katak melompat, ikan berenang,
ayam dan itik berlari serta burung yang terbang. Gerakan-gerakan ini dapat
menguatkan motor kasar serta meningkatkan koordinasi antara mata dan
anggota badan seperti tangan dan kaki.
Selain itu, melalui aktiviti muzik juga, kanak-kanak dapat menguasai
kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus lebih sukar dikuasai daripada
motor kasar. Terdapat banyak aktiviti muzik yang boleh dijalankan untuk
tujuan tersebut seperti memicit, meramas, menguli. memetik dan sebagainya.
Latihan seperti teknik penjarian ketika mereka bermain melodian atau
rekorder yang betul juga akan dapat meningkatkan perkembangan otot-otot
halus kanak-kanak.
Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti muzik seperti tarian dapat
menggalakkan perkembangan motor halus dan juga motor kasar mereka.
Gerakan-gerakan tangan, kaki dan lenggok badan dalam tarian merupakan
salah satu cara mereka mengalami perkembangan jasmani yang pesat dan
sihat.

MUZIK DALAM PERKEMBANGAN AFEKTIF

PRM 3101

Muzik memainkan peranan yang penting dalam bidang afektif iaitu


bidang yang merujuk kepada perkembangan rohani dan emosi seperti sikap
dan nilai. Menurut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu
perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan
biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini
bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu
bahasa bukan lisan. Aristotle pula mengatakan bahawa emosi mempunyai
peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara
keseluruhannya.
Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak terlibat
secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru
boleh mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanakkanak. Melalui aktiviti ini mereka akan menyanyi dan menari bersama rakanrakan yang lain. Selain itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak
meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan sebagainya.
Setiap hari, kita mendengar pelbagai jenis muzik melalui siaran-siaran
di radio ataupun televisyen. Muzik yang didengar ini dapat memberikan kesan
emosi samada gembira ataupun sedih. Bagi kanak-kanak prasekolah, muzik
yang riang seperti lagu Bapaku Pulang, Bunga Mawar, Gerak Binatang
dan Lagu Tiga Kupang dapat memberikan kegembiraan kepada mereka
apabila mendengar dan menyanyikan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu yang
berentak sedih seperti Hidup Burung pula dapat menyentuh perasaan
sehingga mereka juga berasa sedih seperti nasib burung tersebut. Apabila
menyanyikan lagu-lagu tersebut, kanak-kanak akan menunjukkan ekspresi
yang berbeza-beza. Jenis lagu yang berbeza juga akan memberikan kesan
emosi yang berbeza terhadap kanak-kanak. Dengan ini, kanak-kanak akan
menjadi seorang yang prihatin terhadap dirinya serta individu-individu di
persekitarannya.
Seseorang kanak-kanak mempunyai daya imaginasi. Melalui muzik
daya

imaginasi

kanak-kanak dapat

diperkembangkan.

Mereka

boleh

membayangkan dan mencipta pelbagai perkara di dalam minda mereka jika

PRM 3101

tidak disekat. Jika imaginasi ini diluahkan maka ianya boleh menjadi sesuatu
yang kreatif dan unik.
Muzik juga dapat membentuk sifat kepimpinan, bertolak ansur, berbudi
pekerti dan bekerjasama di kalangan kanak-kanak. Disiplin diri dan peraturan
juga amat ditekankan dalam pembelajaran muzik. Nilai-nilai murni tersebut
dapat diterapkan melalui muzik. Sebagai contoh, setiap ahli kumpulan
mestilah bekerjasama untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik
dan bermutu. Mereka perlu berlatih secara konsisten dan bersungguhsungguh. Jika salah seorang tidak memberikan komitmen yang baik, maka
persembahan itu tentunya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Nilainilai murni yang diterapkan amat penting bagi membentuk individu yang
cemerlang kerana ia akan membantu dalam membentuk sasiah dan
perkembangan afektif yang positif di kalangan kanak-kanak tersebut.
MUZIK DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak dapat dipupuk secara
pesat dengan menjadikan muzik sebagai wacananya. Melalui muzik, mereka
dapat berbincang, berinteraksi, berkomunikasi serta berkolaborasi untuk
menjalankan sesuatu aktiviti. Sepanjang proses perlaksanaan aktiviti tersebut
dijalankan, tentunya hubungan sosial yang baik dan akrab akan terjalin
sesama mereka. Kanak-kanak mempunyai sifat yang ingin menunjukkan
kebolehan mereka terhadap rakan-rakan. Mereka akan berlumba-lumba
untuk memberikan pendapat masing-masing. Sebagai contoh, apabila kanakkanak diminta menyanyi lagu Ayam dan Musang sambil membuat gerakan di
dalam kumpulan, maka mereka akan berbincang dan berinteraksi seperti
siapa yang akan menjadi ibu ayam, anak ayam dan musang serta bagaimana
untuk membuatkan gerakan mereka menarik. Mereka juga boleh bertanya
pendapat guru tentang tugasan tersebut. Perkembangan sosialisasi ini akan
berlaku bukan sahaja di kalangan kanak-kanak tetapi juga bersama guru.
Dengan itu, perhubungan yang harmonis ini akan menjadikan seorang kanakkanak itu sentiasa bersedia dan berkeyakinan untuk berhubung dengan
masyarakat di sekeliling mereka.
8

PRM 3101

KESIMPULAN
Sebagai seorang guru yang berpegang kepada Falsafah Pendidikan
Negara yang mahu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial , maka perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran muzik di sekolah merupakan satu cara yang terbaik untuk
mencapai matlamat tersebut. Muzik merupakan sesuatu yang amat indah
serta dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak- kanak
dengan pesat. Sebagai guru terutamanya di kelas prasekolah, haruslah
mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang muzik kerana dengan muzik
maka akan lahirlah kanak-kanak yang kreatif, inovatif dan berketrampilan
serta dapat menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.

Vous aimerez peut-être aussi