Vous êtes sur la page 1sur 24

PPP6084 :

ISU-ISU
PENDIDIKAN
TAJUK TUGASAN

TEMA

: ETIKA PERKHIDMATAN DAN


AKAUNTABILITI PENDIDIKAN

TAJUK :KEPIMPINAN BERETIKA DALAM


PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
MOHAMAD YAZID BIN AHMAD
M20151001233
PENSYARAH
DR. KAMARUDIN BIN MUSA
TARIKH SERAHAN
26 OGOS 2016
TEMA

: ETIKA PERKHIDMATAN DAN AKAUNTABILITI

PENDIDIKAN

TAJUK

:KEPIMPINAN BERETIKA DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN
Kepimpinan merupakan satu pengertian yang sukar untuk dihuraikan dan
didefinisikan oleh semua orang. Namun begitu, kebanyakan pakar yang
mahir dalam bidang kepimpinan melihat kepimpinan ini sebagai peneraju
yang utama kepada kecemerlangan organisasi. Kepimpinan dapat dilihat
dalam diri

seseorang

apabila

seseorang

itu

mempunyai

kebolehan

mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang bawahannya untuk


bekerja dengan bersungguh-sungguh ke arah mencapai visi dan misi. Ini
selari dengan pendapat penyelidik Ramaiah (1999) yang mengemukakan
bahawa kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan sesuatu proses
bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang
melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk
memerintah, mengarah, mendorong atau pun untuk mempengaruhi.
Seorang pemimpin diberi tanggungjawab bagi memastikan sumber yang
sedia ada diaplikasi sebaiknya supaya matlamat yang ditetapkan dicapai
oleh organisasi tersebut. Kepimpinan sebagai keupayaan mempengaruhi
kumpulan ke arah mencapai matlamat. Kebolehan mempengaruhi boleh
terhasil sama ada daripada sumber formal (seperti kuasa dan jawatan
individu) atau sumber tidak formal (seperti pengaruh peribadi dan
kemahiran

unik

yang

dimiliki).

Kepimpinan

merupakan

kunci

yang

mempengaruhi orang yang dipimpinnya dengan meningkatkan keupayaan


sesebuah institusi (Hallinger, 2003). Ini membawa pengertian bahawa sikap
yang baik dipamerkan dalam kepimpinan boleh mempengaruhi amalan

beretika di kalangan pemimpin. Ini kerana cabaran kepimpinan merupakan


langkah menampilkan diri menjadi role model kepada orang ramai (Shahril
@ Charil Marzuki et al,2010).

Dalam

sesebuah

organisasi,

seorang

pemimpin

akan

menghalakan

sasarannya kepada pengikutnya dengan menguasai hala tuju strategik,


polisi dan struktur organisasi. Aspek etika para pemimpin adalah antara
aspek kepimpinan yang mampu mempengaruhi pekerja dan organisasi.
Kepemimpinan etika didefinisikan oleh Brown et al. (2005) sebagai the
demonstration of normatively appropriate conduct through personal actions
and interpersonal relationships and the promotion of such conduct to
followers through two-way communication, reinforcement and decision
making. Kepimpinan yang mendatangkan pengaruh kepada seseorang
biasanya dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Ini
kerana pemimpin tersebut dapat mengecam, mempamerkan cara dan
menguatkuasakan nilai yang mendorong ke arah pencapaian visi dan misi
(Shahril @ Charil Marzuki et al,2010).

Nilai ini menjadi amalan kerja yang dapat menghasilkan budaya kerja yang
positif dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan beretika dikatakan sebagai
agen utama tranformasi dan jurutera bagi elemen budaya organisasi
(Zaharah Hassan et al.,2009). (Aronson,2001; Kanungo 2001; Trivino,
Brown & Hartman, 2003) yang dinyatakan melalui penjelasan Zaharah
Hassan et.al (2009) bahawa sikap dan tingkah laku pemimpin memberi
impak kepada perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan

mempengaruhi prestasi organisasi. Ini bermakna bahawa etika merupakan


tingkah laku yang ada dalam diri seseorang di mana nilai-nilai moral yang
wujud akan membawa kepada amalan dan perlakuan dalam bidang
profesional. Kepimpinan etika mempunyai dua faktor yang penting sebagai
penggerak untuk seorang pemimpin mengendalikan ogranisasinya.
Menurut Trevino et al. (2003), kepemimpinan etika terbina daripada dua
faktor utama. Faktor pertama yang lebih menfokuskan kepada moral
manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ciri diri, kelakuan dan
pembuat keputusan. Manakala faktor kedua yang dimiliki oleh pengurus
juga dibahagikan kepada tiga iaitu sebagai role model, ganjaran dan
komunikasi. Faktor tersebut menjadi asas kepada seseorang pemimpin
untuk menjadi seorang pemimpin yang beretika. Rajah 1.1 menunjukkan
ringkasan faktor kepemimpinan etika yang dijelaskan oleh Trevino et al.
(2003).
Manusia moral
Ciri diri (traits)

Pengurus moral
Role modelling

Integriti
Kejujuran
Amanah Kelakuan
Melakukan perkara yang betul
Mengambil berat pekerja
Bersikap terbuka
Moraliti peribadi Pembuatan
keputusan
Berpegang kepada nilai

- Ganjaran dan pendisplinan

Objektif adil
Mengambil berat kebajikan
masyarakat

- Komunikasi etika dan nilai

Mematuhi peraturan keputusan


etika
Rajah 1: Dua Sendi Kepemimpinan Etika Sumber: Trevino et al (2003)

KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek

yang berbeza.

Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan orang lain.


Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut. Ini berikutan kesediaan
subordinat menerima arahan dari pemimpin, para kumpulan membantu
dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan
dapat diwujudkan. Kedua, kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian
kuasa yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota
kumpulan. Ini bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk
mengarah anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan boleh didefinisikan
dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan,
mengubahsikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar
supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi
mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Dalam erti kata lain,
kepimpinan tidak dapat dipisahkan daripada subordinat dan pandangan
subordinat perlu dilihat dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang
menyeluruh dan berkesan.

Sebagai seorang pemimpin terdapat tiga pendekatan utama dalam


ciri-ciri kepimpinan iaitu, sifat, perilaku dan luar jangkaan. Ciri pertama
adalah gabungan-gabungan sifat-sifat. Manakala ciri kedua pula adalah
perilaku-perilaku perseorangan yang dikaitkan dengan kepimpinan yang
efektif. Kedua-dua ciri ini mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya
mengandaikan bahawa individu-individu yang mempunyai sifat-sifat atau
perilaku-perilaku yang bersesuaian akan muncul sebagai pemimpin dalam
apa pun situasi kumpulan di mana mereka berada (Hizam, Jaafar dan Zafir,
2000). Pemikiran dan penyelidikan semasa akan lebih condong kepada
pendekatan yang ketiga, iaitu ciri situasi tentang kepimpinan. Ciri ini
mengandaikan bahawa keadaan-keadaan yang menentukan keberkesanan
pemimpin berbeza mengikut situasi seperti mengikut tugas-tugas yang
akan

disempurnakan,

kemahiran

dan

jangkaan

para

subordinat,

persekitaran organisasi, pengalaman-pengalaman lalu pemimpin dan para


subordinat dan seterusnya (Hizam, Jaafar dan Zafir, 2000). Menurut Ab.
Aziz (2003) seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif
dalam situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang
lain.

Tanggapan

ini

telah

melahirkan

kepimpinan,

yang

mencuba

menetapkan faktor-faktor situasi yang menentukan bagaimana efektifnya


sesuatu gaya kepimpinan.

Kecemerlangan kepimpinan sesebuah organisasi adalah disebabkan


oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik
dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat

kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada


pencapaian

organisasi.

Antaranya

adalah

Andersen

(2002)

yang

mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya


banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada
keberkesanan

organisasi.

Selain

Andersen,

Fiedler

(1967)

juga

berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang


amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang
kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan
sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl
(1998) yang turut berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif
terhadap kejayaan organisasi. Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu
kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor
awam baik di negara maju atau negara membangun.

ETIKA DAN KEPIMPINAN BERKESAN

Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan dapat membawa


organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Kepimpinan berkesan
juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika.
Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah agen
perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budaya organisasi.
Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan
anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi
organisasi (Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003).
Wilhelm (1996) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai karakter

teras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah,


kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan
seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler. Kebelakangan ini minat
untuk mewujud dan membangunkan kepimpinan beretika dalam organisasi
semakin meningkat. Selain daripada kesan positif terhadap organisasi,
keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh menyebabkan organisasi
atau negara menanggung kos yang besar.

Walaupun berbagai definisi diberikan mengenai etika tetapi tidak


keterlaluan kalau dikatakan bahawa semuanya bertumpu kepada satu
pemahaman iaitu etika adalah sesuatu yang berkait dengan keupayaan
seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya
melakukan sesuatu yang betul. Kanungo (2001) mengatakan seseorang
yang mahu menjadi pemimpin yang beretika perlu terlibat dengan tingkah
laku yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain. Beliau juga
perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh mendatangkan
keburukan pada orang lain. Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu
ethic yang membawa konotasi sebagai sikap atau adaptasi sesuatu
golongan. Mackinnon (2001) mendefinisikan etika sebagai daripada kajian
moral yang mengkaji perlakuan yang benar. Kebelakangan ini penyelidik
dalam bidang organisasi juga mencadangkan agar perhatian yang lebih
diberikan

kepada

mendefinisikan

integriti.

kepimpinan

Brown,

Trevino

dan

Harrison

beretika

sebagai

keupayaan

(2005)

pemimpin

mempamerkan atau menunjukkan tingkah laku yang sesuai dalam tindakan


yang diambil dan juga dalam hubungan antara manusia. Beliau juga

mempromosikan tingkah laku tersebut kepada subordinat atau pengikut


melalui komunikasi dua hala, pelaksanaan usaha peneguhan dan juga
dalam proses membuat keputusan. Mereka juga mengatakan bahawa
selain daripada komponen yang disebutkan di atas, pemimpin yang
beretika juga adalah telus dan terlibat dengan komunikasi terbuka di
samping memberi ganjaran dan mempromosi tingkah laku beretika dalam
kalangan pekerja.

Dalam penulisan mengenai kepimpinan beretika, sifat yang sering


dikaitkan adalah mengambil berat tentang orang lain, boleh diharap, setia,
berani, bertanggungjawab, berjimat cermat, sabar dan lain-lain (Bass 1990;
House & Howell 1992; Howell & Avolio 1992). Seterusnya Andre dan
Velasquez (1992) membuat kesimpulan mengenai perkara ini dengan
mengatakan

etika

sebenarnya

merujuk

kepada

satu

piawai

yang

mempunyai asas yang kukuh mengenai apa yang baik dan buruk yang
memandu manusia mengenai apa yang boleh atau perlu dilakukan.
Biasanya, ia mempunyai kaitan dengan hak, obligasi, faedah kepada
masyarakat, keadilan atau perkara-perkara yang baik seperti kejujuran,
sikap belas kasihan dan kesetiaan. Etika dalam konteks organisasi
bermaksud mengartikulasikan apa yang betul dan salah. Etika juga boleh
dianggap sebagai garis panduan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi.

Etika dalam konteks organisasi bermaksud mengartikulasikan apa


yang betul dan salah. Etika juga boleh dianggap sebagai garis panduan
tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi. Aspek etika dalam kepimpinan

organisasi

dicerminkan

melalui

berbagai

fungsi

organisasi

iaitu

pembangunan sumber manusia dalam organisasi, penggunaan sumber


organisasi yang sesuai dan berkesan, penyediaan kualiti hidup/kerja dalam
organisasi, polisi organisasi yang berkesan dan perkhidmatan pelanggan di
luar dan dalam organisasi yang berkesan.

Dalam dunia hari ini yang

sangat pantas berubah, etika bukan sahaja melibatkan pemilihan antara


yang betul dan salah, tetapi juga pilihan antara dua yang betul atau di
antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah. Etika dan isu-isu etika
sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras mana-mana organisasi.
Dalam latar organisasi juga, tingkah laku beretika dalam menjalankan
tugas sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan
agama yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharap sebarang
balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan perkara-perkara
berkaitan dengan etika kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal
etika memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi
yang berorientasikan tahap etika yang tinggi mendapat banyak faedah dari
tindakan tersebut.

KEPENTINGAN ETIKA DALAM ORGANISASI SEKOLAH

Etika merupakan teras utama di dalam kita membentuk pemimpin


pendidikan yang berakauntibiliti. Pemimpin pendidikan merupakan "role
model' kepada para pelajar dan pendidik kerana mereka dianggap sebagai
golongan yang telah mendapat kepercayaan dan tanggungjawab untuk
mentadbir sesebuah organisasi rnilik kerajaan. Oleh itu, mereka haruslah
memastikan bahawa kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan
itu dilaksanakan dengan jujur dan amanah. Sebenamya, penekanan yang
lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan ialah dengan memastikan
konsep tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion itu
dilaksanakan dengan sejujur mungkin dan setiap anggota kerajaan yang
memikul tanggungjawab itu akan memastikan setiap perjalanan dan
pengurusan dijalankan dengan lancar dan berkesan (Mohd Tap et al, 1999).

Ilmu etika menerangkan perlakuan yang benar berdasarkan ilmu


dan pengetahuan yang dikuasai guru. Secara tidak langsung, etika
memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik kepada individu yang diambil
tindakan serta teladan kepada guru-guru lain bahkan etika juga membantu
membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang
diwartakan dan diterima sebulat suara oleh ahli organisasi sekolah.
Kesinambungannya, etika akan membantu pengurus pendidikan meneliti
keputusan iaitu dengan memikirkan sebab dan akibat sesuatu keputusan
dan tindakan yang akan dilaksanakan nanti serta memberikan penjelasan
bahawa sesuatu tindakan itu ialah untuk kebaikan bersama bukan
kemahuan individu.

Mematuhi syarat perlantikan sewaktu mula menjadi guru


sebenarnya merupakan perjanjian kita dengan kerajaan untuk memberikan
perkhidrnatan yang terbaik kepada pihak pelanggan kita iaitu pihak ibu
bapa dan pelajar. Kita berikrar untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik
untuk

pihak

pelanggan.

Oleh

itu,

kita

juga

perlu

menunaikan

tanggungjawab yang telah diarnanahkan oleh pegawai yang lebih tinggi


pangkatnya dan tidak ketinggalan kepada pelanggan kita. Sebenarnya,
perlantikan yang kita tandatangani itu adalah perjanjian memegang
amanah agar memberikan layanan yang terbaik.

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan


profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku


dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan
oleh guru.

Kod

Etika

Perguruan

menyatakan

dengan

jelas

tentang

tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang


pendidikan untuk membolehkan guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain
iaitu guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di
negara ini ataupun di negara lain.

Kod etika yang dalam bentuk dokumen dan usaha untuk menyemak

semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion


boleh

dilihat

menerusi

sejauh

mana

kod

etikanya

boleh

dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion


perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini dapat membuka mata
masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah


organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi (INTAN, 1991).

Kepentingan etika kepada pengurus pendidikan secara tidak langsung akan


mendidik atau menanamkan sifat ingin mengangani masalah etika yang
jika tidak dibendung akan berleluasa terutamanya di dalam sektor
pendidikan. Konsep etika diselitkan atau menjadi sebahagian daripada
topik perbincangan dan silibus dalam melatih bakal pernimpin pendidikan
pada masa akan datang agar pemimpin pendidikan akan dapat membuat
pertirnbangan secara beretika untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
untuk organisasi. Starratt (1994), menjelaskan bahawa setiap tindakan
atau keputusan yang diambil mesti memberikan kelebihan atau faedah
semua ahli di dalam organisasi berkenaan. Antara kelebihannya ialah :

a. Sebenarnya

banyak

menolong

pemimpin

pendidikan

untuk

membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang mungkin


diambil seperti yang telah dibincangkan.
b. Pentadbir pendidikan dapat menjelaskan mengapa atau 'why'
sesuatu perkara tersebut berlaku. Contohnya pelanggaran disiplin
pelajar berkait rapat dengan etika. Greenfield (1997), menjelaskan
bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pengurus akan disokong
oleh

pihak

guru.

Beliau

mengkaji

tuntutan

seperti

ini

akan

mengurangkan lagi dilema yang berpunca daripada konflik pihak


pengurus dengan guru.
c. Menilai atau menjelaskan bagaimana seseorang ketua itu dapat
melayan atau memotivasikan guru di bawahnya bersesuaian
dengan

konsep

etika

antara

pelanggan

dengan

pengurus

pendidikan.
d. Menjelaskan lagi falsafah pendidikan yang menekankan objektif
untuk melahirkan insan yang kamil. Konsep ini menggangap guru
sebagai 'role model' dan guru menganggap pengurus sebagai 'role
model' mereka. Starrat (1994), menjelaskan bahawa menjadi
tanggungjawab pengurus untuk membentuk institusi yang beretika.

Semua organisasi di dunia berhasrat menjadi sebuah organisasi


yang bersih serta ikhlas dalam memenuhi kehendak pelanggannya sarna
ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Sektor pendidikan merupakan
sektor

yang

terpenting

dalam

membentuk

etika

dalam

kalangan

pegawainya kerana ia berperanan melahirkan golongan pewaris pada masa


akan datang. Guru-guru merupakan "role-model", contoh dan teladan
kepada golongan ini. Apakah yang akan berlaku jika "role-model" didapati
melanggar peraturan atau melanggar etika? Mungkinkah akan hilang rasa
hormat pada seseorang guru? Keberkesanan perkhidmatan yang diberi
menggambarkan mutu serta penghasilan pada masa akan datang. Jika
lemah

perkhidmatan

yang

diberikan

maka

lemahlah

prestasi

atau

penghasilan kerja graduan yang memperolehi ilmu daripada kita.

TINGKAH LAKU TIDAK BERETIKA


Guru Besar diminta membela diri :
"M.Gopalan , Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil didapati bersalah
oleh Mahkamah Syeksen setelah melakukan kesalahan pecah amanah
terhadap tiga keping cek berjumlah RM3,305.40 kepunyaan seorang guru
kontrak sekolah itu ".
Jika dilihat senario di atas, ia memperlihatkan kes pecah amanah yang
melibatkan

seorang

pengurus

serta

pentadbir

pendidikan

yang

diamanahkan oleh negara untuk menjalankan serta menguruskan hal


ehwal

pendidikan

negara.

Persoalannya

sekarang,

mengapa

penyalahgunaan ini berlaku? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil


untuk menyekat perlakuan ini daripada berleluasa serta jika senario yang
berlaku di atas tidak dibendung, pelajar dan pendidik akan hilang

kepercayaan kepada pernimpin pendidikan.

Untuk memahami bertapa mustahaknya kepimpinan beretika, kita


patut memahami tindakan atau tingkah laku tidak beretika yang menular
dalam organisasi. Memang banyak contoh-contoh perbuatan tidak beretika
dilakukan oleh pegawai tinggi dalam organisasi yang akhirnya memberi
kesan dan menjejaskan nama baik organisasi. Antaranya ialah terlibat
dengan rasuah dan salah guna kewangan, pecah amanah, memanipulasi
atau salah guna tenaga kerja dan lain-lain sumber untuk kepentingan
peribadi, bersikap tidak konsisten. Membantu dan menyokong amalan yang
salah, merendahkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan
luaran, terlalu mengawal dan menyekat kreativiti dan kebebasan pekerja,
bersikap bakhil dalam membentuk dan melaksanakan tindakan berkaitan
kebajikan dan kualiti hidup pekerja.

Menurut Pekeliling Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan


Awam, seseorang pegawai itu ditegah daripada bersubahat dengan musuh
negara

membocorkan

rahsia

kerajaan,

memperkecil-kecilkan dasar serta


pertubuhan

yang

mengancam

memburuk-burukkan

serta

tindakan kerajaan, menganggotai


keselamatan

subversif), menguruskan perniagaan

negara

(anasir-anisir

dalam waktu pejabat dan memberi

keutamaan kepada saudara-mara atau rakan-rakan dalam menimbangkan


sesuatu permohonan. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya, menguruskan tender atau sebutharga

sedangkan pegawai tidak mengetahui ada di antara mereka yang


mengemukakan tender atau sebutharga terdiri daripada saudara-maranya,
berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah.

Seseorang pegawai juga dikira tidak beretika sekiranya dia terlibat


dalam penyalahgunaan dadah, berjudi di pejabat atau waktu bertugas,
disabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah syariah, kesusahan berat
kerana hutang, menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi,
melakukan gangguan seksual, menjalankan hubungan sulit dengan isteri
atau suami orang, gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai
dengan

teratur

dan

bersistematik,

gagal

memantau

kerja

pegawai

bawahan, mengemukakan tuntutan perjalanan palsu, tidak hadir bertugas


tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, tidak
mengetik kad perakam waktu, mengetik kad perakam waktu pegawai lain,
mengambil cuti sewaktu perkhidmatan sangat diperlukan dan meminta
orang kenamaan untuk mengunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga
Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya.
Dalam konteks pendidikan atau sekolah, mengamalkan sikap pilih
kasih sesama guru-guru, menjalankan sesuatu perlakuan atau perbuatan
yang memberikan keuntungan kepada peribadi ketika bekerja, tingkahlaku
yang bertentangan dengan nilai, etika dan norma sesebuah negara dan
tingkahlaku yang bertentangan dengan etika serta moral sesebuah
masyarakat,

self-centered

dan

menggunakan

kedudukan

untuk

kepentingan sendiri adalah tergolong dalam kumpulan tingkah laku yang

tidak beretika. Secara tidak langsung, sektor pendidikan mengajar etika


kepada pelajar atau pelanggan namun penekanan agak longgar dan ianya
perlu diberikan penekanan terutamanya dalam kalangan pentadbir dan
pemimpin pendidikan. Amnya, etika dan pendidikan mempunyai konsep
yang selari iaitu untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi
emosi, jasmani, rohani dan intelek perlu bermula daripada sekolah yang
mempraktikkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KESIMPULAN
Walaupun hari ini Malaysia sudah mempunyai infrastruktur kelas pertama
tetapi masih terdapat penjawat awan atau lebih spesifik kepada guru yang
masih berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan
kelemahan adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan etika kerja yang tidak
baik yang akhirnya menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan.
Untuk mengatasi masalah ini dan juga atas tuntutan semasa, perlakuan
dan etika kerja yang baik dan lebih daripada kebiasaan perlu dibudayakan
oleh organisasi dalam sektor awam khususnya dalam pendidikan. Untuk
itu, strategi berikut perlu digunakan:
1. Menetapkan matlamat pendidikan etika, moral dan integriti kerana
ketiadaan matlamat yang jelas menyebabkan usaha atau tindakan
ke arah pembangunan etika, moral dan integriti anggota organisasi
kurang diberi perhatian atau perhatian oleh pihak pengurusan.
2. Wujudkan pelan strategik Pendidikan Etika, Moral dan Integriti yang
komprehensif dan sistematik bagi membolehkan setiap agensi
merangka pelan operasi pendidikan etika masing-masing. Pelan ini

juga dapat membantu organisasi membangun, melaksana dan


memantapkan program etika secara teratur.
3. Menggubal pelan operasi pendidikan etika, moral dan integriti bagi
memudahkan

organisasi

melaksana,

memantau,

menilai

dan

melapor program-program berkaitan etika. Walaupun agensi-agensi


kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek namun kursuskursus

yang

dirancang

lebih

tertumpu

kepada

kursus-kursus

berbentuk peningkatan kemahiran teras, kemahiran teknikal dan


kemahiran fungsional. Program latihan khusus berkenaan subjek
atau topik etika, moral dan integriti kurang diberi perhatian dalam
perancangan latihan jangka pendek di peringkat agensi.
4. Menyediakan blueprint tentang pengurusan pendidikan etika, moral
dan integriti kerana kebanyakan agensi kerajaan tidak mempunyai
garis panduan tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan
integriti menyebabkan usaha-usaha ke arah pembangunan dan
pemantapan etika, moral dan integriti anggota organisasi kurang
diberi penekanan oleh pengurus-pengurus sektor awam.
5. Mewujudkan budaya kerja kelas pertama melalui cara berfikir dan
proses pemikiran, cara menghayati serta cara bertindak.

Seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga, arkitek, catalyst dan


wira

bagi

pekerja-pekerjanya.

Mereka

boleh

menyebabkan

banyak

perbezaan ke atas prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka


mengamalkan kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan
memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka akan
dihormati dan ianya boleh terus berdiri megah dalam ekonomi yang

sentiasa berubah. Di samping itu, pemimpin juga perlu memberi perhatian


kepada tindakan-tindakan yang tidak beretika kerana ini akan melemahkan
dan merosakkan organisasi. Pemimpin dalam sektor awam terutamanya,
memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan sahaja menjaga
kepentingan rakyat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga imej
dan kepentingan negara.

BIBLIOGRAFI
Ab. Aziz Yusof. 2004. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu
dan
Pelaksanaan. (Edisi Kedua).Petaling Jaya: Prentice Hall.
Ab. Aziz Yusof. 2003. Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi.
Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Al Ramiah. 1999. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini.
Petaling
Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Andre, C. & Velasquez, M. 1992. Ethical relativism, Issues in
Ethics,
5(2).
(http://www.scu.edu/SCU/Centers/Ethics/publications/iie/v
5n2/relativism.html)
Andersen, J. A. 2002. What we know about leadership and
effectiveness?

Paper presented at The First International Workshop on


Leadership
Research, European Institute of Advance Studies in
Management
(EIASM). Oxford. 16-17 December.
Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical
perspectives.
Canadian Journal of Administrative Sciences. 18: 244256.
Art, B. 1994. Ethics and The Good Life. Belmont: Wadsworth
Publishings.
Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan
Pelajar
Sekolah di Malaysia. Batu Caves Selangor: PTS
Professional
Publishing Sdn Bhd.
Bass, B.M. 1990. Bass & Stogdills Handbook of Leadership. New
York: Free
Press.
Bennis, W., Nanus, B. 1985. Leaders: The Strategies for Taking
Charge. New
York: Harper & Row.
Blanchard, K. & N. V. Peale. 1998. The Power of Ethical
Management. New
York: University Press.
Brown, M. E., Trevino, L. K., & Harrison, D.A. 2005. Ethical
leadership: A social learning perspective for construct
development and testing.
Organizational Behavior & Human Decision Processes. 97:
117-134.
Calabrese, R. dan Roberts, W. 2001. Ethics for Principals.
Education Digest. 71 (7), 16.
Chan Yuen Fook. 2000. Apakah aspek penting dalam latihan
kepengetuaan
pada abad 21. Kertas Kerja Seminar Pengurusan dan
Kepemimpinan
Pendidikan ke-9. Institut Aminudin Baki. 1-3 Ogos.
Ciulla, J. B. 2004. Ethics and leadership effectiveness. Dalam J.
Antonakis, A.
T. Cianciolo, & R. J. Sternberg, The nature of leadership.
Thousand

Oaks, CA: Sage.


Covey, S. 1997. Principle centered leadership. New York: Simon
& Schuster.
Fiedler, F. E. 1967. A Theory of Leadership Effectiveness. New
York:
McGraw-Hill.
Frost, D., & Durrant, J. 2002. Teachers as leaders: Exploring the
impact of
teacher-led development work. School Leadership and
Management.
22 (2), 143-161.
Gardner, H. 1995. Leading Minds: An Anatomy of Leadership. New
York: Basic Books.
Greenfield. 1997. R.K. Servant Leadership. New York: Paulist Press.

Hasani. 2006. Modal Insan: IPTS Memain Peranan. Utusan


Malaysia.
Hizam, Jaafar dan Zafir. 2000. Pengantar Pengurusan.Kuala
Lumpur: Leeds
Publications.
House, R.J., & Howell, J. M. 1992. Personality and charismatic
leadership.
The Leadership Quarterly. 3: 81-108.
Howell, J.M., & Avolio, B. J. 1992. The ethics of charismatic
leadership:
submission or liberation? Academy of Management
Executive. 6: 4354.
INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan
Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.
James, A.F. Stoner dan Wankel, C. 1989. Pengurusan . Edisi
ketiga.
Penterjemah Yaakob Ibrahim. Petaling Jaya: Amiza
Publishing Sdn
Bhd.
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and


transformational leaders. Canadian Journal of Administrative
Sciences, 18: 257-265.
Kellog Foundation. 1997. ISLLC Standards. Michigan.
Kellogg Foundation. 2000. Retrospective of K-12. Service-Learning
Projects . Denver, Colorado: RMC Research Corporation.
Kuzes, J. dan Posner, B. 1993. Credibility: How Leaders Gain and Lose
It,
Why People Demand It. San Francisco: Jossey Bass.
Mohd Tap Salleh et al. 1991. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala
Lumpur.
Muhamad Ruslan Salihin. 2000. Kesedaran Etika dan Hubungannya
dengan Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian kes di
kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Kelang. Projek
Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Teknologi),
Universiti Teknologi Malaysia.
Mackinnon, B. 2001. Ethics: Theory and Comtemporary Issues.
Stamford:
Thompson Learning.
McDermontt, C. dan O'connor, M. 1994. Reflections on Ethics
Integrity. HR
Focus (April 5).
Rebore, R.W. 2001. The Ethics of Educational Leadership. Merrill
Richardson et. al. 1992. Teacher Perception of Principal Behavior. A
paper presented at the annual meeting of the Mid-South
Educational Research A ssociation. Knoxville, Tennessee:
November.

Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral


dan Integriti
dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal
Pengurusan
Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008.
Rosnani Hashim. 1998. Pengurusan pendidikan untuk sekolah
daripada
perspektif Islam. Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk
Sekolah

Berkesan (hlm. 62-63).


Sergiovanni, TJ. 1992. Moral Leadership: Getting to the Heart of

School Leadership. San Francisco: Jossey-Bass.


Shah, Saeeda. 2006. Educational leadership: An Islamic perspective.
British Educational Research Journal. 32 (3):363-385.
Sichel, B. 1993. Ethics Committees and Teacher Ethics. In Ethics for
Professionals in Education: Perspectives for Preparation and
Practice. edited by Kenneth Strike dan P. Lance Ternasky. 16275. New York: Teachers College Press.
Starrat, RJ. 1994. Building an Ethical schools: A Practical Response to
the
Moral Crisis in Schools. London: Falmer Press.

Suranna, K. J., & Moss, D. M. 2000. Perceptions of teacher leadership:


A case
study of Inservice elementary school teachers. Kertas kerja
yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan the American
Educational Research Association pada 24-28 April, 2000 di
New Orleans.
Syed Najmuddin Syed Hassan et al. 2009. Kajian Persepsi Pelajar
Terhadap
Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM. Journal of
Islamic and Arabic Education. 1(2):31-50.
Tajul Ariffin Noordin. 2002. Etika keguruan: Suatu analisis menurut
paradigma pendidikan bersepadu. Dalam Prosiding Seminar
Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Trevino, L. K., Brown, M., & Hartman, L. P. 2003. A qualitative


investigation
of perceived executive ethical leadership: Perceptions
from inside
and outside the executive suite. Human Relations. 56:
5-37.
Wilhelm, W. 1996. Learning from past leaders. In Hesselbein, F.,
Goldsmith, M. and Beckhard, R. (eds.). The Leader of the
Future, pp. 221-226. San Francisco: Jossey-Bass.
Yukl, G. A. 1998. Leadership in Organizations. New York:
Prentice-Hall
Zaharah Hussin. (2005). Mendidik generasi berakhlak mulia:
Fokus peranan guru pendidikan Islam. Masalah
Pendidikan. 28: 79-94.

Vous aimerez peut-être aussi