Vous êtes sur la page 1sur 2

Assalamualaikun dan salam sejahtera..

Pendidikan yang semakin mencabar abad ini memaksa guru mencongak strategi berkesan bagi
memastikan setiap murid mendapat taraf pendidikan yang seimbang dan sama rata. Tidak kira
jawatan apa pun di sekolah, keutamaan guru adalah servis yang baik terhadap klien masingmasing. Sesetengah guru mata pelajaran di kelas biasa inginkan murid mendapat A dalam
peperiksaan bagi mata pelajaran masing-masing. Tetapi mungkin sebaliknya bagi seorang guru
pemulihan.
Guru Pemulihan amat menyedari keupayaan anak didik masing-masing. Jauh sekali hendak
mengejar gred A, B atau C dalam peperiksaan. Murid-murid dalam kelas Pemulihan hendak skor D
pun sakit. Justeru, ada dalam kelompok guru Pemulihan ini yang berpendapat adalah baik
sekiranya murid berkenaan diajar beberapa kemahiran selain dari akademik. Ini kerana bukan
semua murid Pemulihan boleh dipulihkan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
Kasihan apabila melihat murid ini melangkah ke alam sekolah menengah tanpa boleh membaca
dan menulis dengan baik. Sebab itu mengajar mereka kemahiran seperti bertukang, berkebun,
bersukan dan kemahiran lain yang bersesuaian adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya mereka
boleh cari makan dengan kemahiran yang dimiliki kerana sijil akademik pasti tidak akan
membantu.
Itulah hakikat sebenar bagi seorang murid pemulihan. Semua itu boleh diubah. Tetapi mesti kena
dengan caranya. Bagaimana dengan gurunya pula?
Hari ini, setiap guru Pemulihan sentiasa berasa tercabar dengan profesion mereka. Begitu banyak
halangan yang boleh membantutkan usaha murni mereka mendidik murid masing-masing.
Antara cabaran guru Pemulihan pada hari ini adalah seperti yang berikut :

Hubungan dan kerjasama dengan guru biasa


Sesetengah guru terutama mereka yang mengajar murid lambat menganggap tugas itu sebagai
satu kerja yang tiada harapan dan membazirkan masa mereka sahaja. Justeru, mereka mengambil
kesempatan ini dengan menyerahkan seluruh tanggungjawab itu kepada guru Pemulihan dengan
alasan tugas tersebut adalah kerja rutin guru Pemulihan.
Di sini, guru Pemulihan perlu menyedarkan semula guru-guru lain bahawa masalah murid lambat
adalah masalah bersama dan mengatasi rasa negatif mereka terhadap pengajaran Pemulihan.

Sokongan daripada Guru Besar


Untuk memastikan hubungan dan kerjasama yang baik daripada guru biasa, guru Pemulihan
memerlukan sokongan daripada Guru Besarnya. Sesetengah Guru Besar di sesetengah sekolah
mungkin tahu kewujudan akan kelas Pemulihan, tetapi mungkin tidak fahan akan falsafah dan
prinsip dalam pengajaran di kelas Pemulihan.
Saya pernah ditegur beberapa kali kerana mengajar murid secara duduk, baring dan bermain.
Untuk mengajar murid yang tidak boleh menerima aras percakapan seorang dewasa, sebagai guru,
saya perlu jadikan diri saya seperti murid tersebut. Saya kena memahami segala perlakuan dan
cara belajar murid tersebut. Melalui cara itu, murid berjaya menerima ilmu yang diajar. Konsep
santai dalam kelas yang diamalkan berjaya mengubah cara belajar murid. Tetapi hal inilah yang
Guru Besar tidak tahu.
Saya juga pernah ditegur kerana murid dilihat lebih banyak bermain bukan belajar dalam kelas
Pemulihan. Sukar untuk jelaskan kepada seorang yang tidak menghuni dunia Pemulihan. Orang
hanya pandai cakap dan mengarah. Tetapi apabila diminta beri kerjasama atas apa yang
dicakapkan amatlah sukar.

Kerjasama daripada ibu bapa

Sesetengah ibu bapa tidak boleh memberi kerjasama sepenuhnya apabila diminta berbuat
demikian agar masa depan anak mereka lebih terjamin. Saya menghantar 20 surat kepada setiap
ibu bapa murid yang terlibat dengan program Pemulihan untuk hadir ke kelas bagi membincangkan
masalah anak masing-masing. Malangnya, yang hadir cuma tiga wakil sahaja.
Apabila anak mereka gagal dalam pelajaran, salah guru Pemulihan dibangkitkan kerana tidak
menjalankan tugas dengan baik. Bagaimana hendak jalankan tugas dengan baik jika guru tersebut
tidak mendapat maklumat yang tepat dan jujur tentang anak mereka?

Guru bukan opsyen.


Kasihan, kadang-kadang saya ada mendengar rintihan rakan-rakan di sekolah lain yang sudah
mengajar subjek teras bertahun-tahun tiba-tiba diarahkan mengajar Pemulihan. Guru bukan
opsyen Pemulihan tersebut tentulah terkejut kerana tiada pengalaman dalam program Pemulihan
langsung.
Saya menasihatkan guru terbabit agar jangan mudah melatah dan sebagai seorang guru, terimalah
tanggungjawab tersebut dengan rela dan ikhlas. Memang diakui guru tersebut tidak tahu
bagaimana hendak mentadbir ujian saringan dan diagnostik, analisis ujian, pengasingan kumpulan
mengikut daerah kelemahan, pengajaran individu, pengajaran berkumpulan, membuat bahan
bantu mengajar, sistem dalam kelas pemulihan dan banyak lagi. Tetapi, semua itu boleh diatasi
dengan mempelajarinya secara berperingkat-peringkat.
Sekian.
Oleh,

Vous aimerez peut-être aussi