Vous êtes sur la page 1sur 19

1.

0 PENGENALAN
Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau
masalah tubuh badan dan sebagainya. Terapi dalam Greek disebut sebagai rawatan,
merupakan percubaan pemulihan untuk masalah kesihatan, biasanya selepas satu
diagnosis dijalankan. Dalam bidang perubatan, ia adalah sinonim dengan perkataan
"rawatan". Dalam ahli psikologi, istilah ini boleh merujuk khusus untuk psikoterapi atau
"terapi Perbincangan". Terapi pencegahan atau terapi profilaktik adalah rawatan yang
bertujuan untuk mencegah penglibatan perubatan daripada berlaku. Sebagai contoh,
banyak vaksin mencegah penyakit berjangkit. Terapi gagal (abortive therapy) adalah
rawatan yang bertujuan untuk menghentikan keadaan perubatan dari maju apa-apa
lagi. Ubat-ubatan yang diambil pada tanda awal penyakit, seperti sakit kepala atau
migrain, adalah satu terapi yang gagal. Over treatment adalah ove rutilization , ialah
rawatan yang tidak perlu atau tidak seimbang dengan keadaan penyakit.
Kesan

terapi

dipanggil

sebagai

kesan

terapeutik.

Kesan

ini

memberi

kesembuhan dan pemulihan terhadap pesakit. Walau bagaimanapun, jika terdapat


kesan buruk melebihi kesan terapeutik dalam sesuatu terapi, inilah yang dipanggil
kesan sampingan. Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit berhenti daripada
meneruskan sesi terapi atau rawatan. Kesan buruk biasa termasuk perubahan dalam
berat badan , perubahan dalam tahap enzim , kehilangan fungsi, atau patologi
perubahan yang dikesan pada tahap mikroskopik, makroskopik atau fisiologi Menurut
kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu muridmurid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari
segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Terapi dalam pendidikan khas ini
menerangkan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala pengetahuan

dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali.
Selain itu, menumpukan kepada perancangan aktiviti dalam pelbagai aktiviti di dalam
terapi untuk membentuk strategi pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik,
nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini
dilaksanakan di dalam dan di luar institut. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan
kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama
mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran
bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani
kehidupan secara optimum.
Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian
teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira
kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006).
Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental,
kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.Kanak-kanak
berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah
tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi.
Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam
terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih
tinggi.

2.0 KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama
ada

ketidakupayaan,

kecacatan

halangan

atau

rintangan

untuk

mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu,
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu
murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih
tinggi.

3.0 KEPERLUAN TERAPI UNTUK MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak
balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang
pernah menghadapi sebarangpenyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan
menyebabkan kefungsian badan secara normal (Kamus Perubatan Mosley, 2001).
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu
yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosialdan
psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat
melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan
dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).
Murid-murid berkeperluan khas memerlukan terapi sebagai satu kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini adalah untuk membantu mereka dalam

pelbagai aspek dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kepentingan terapi


kepada murid-murid berkeperluan khas adalah seperti berikut :

Merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu

kemahiran
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dansosialisasi
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor

kanak-kanak bermasalah pembelajaran


Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
Membina konsep kendiri
Merangsang pengaliran darah dan oksigen

4.0 KEPENTINGAN TERAPI KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Terapi berkepentingan untuk :

Meningkatkan kemahiran pengamatan


Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

5.0 JENIS-JENIS TERAPI


Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasikan di sekolah. Antaranya :

Terapi fisio
Terapi cara kerja
Terapi pertuturan
Terapi muzik dan nyanyian
Terapi seni visual
Terapi hidro atau terapi air
Terapi pergerakan kreatif
Terapi main
Terapi alternative
i.
Terapi aroma
ii.
Terapi herba
iii.
Terapi ozon
iv.
Terapi floortime
v.
Terapi pasir
vi.
Terapi haiwan
vii.
Terapi snoozeland

5.1 TERAPI FISIO

Terapi fisio membantu mengembangkan kemampuan motor kasar yang meliputi


otot-otot besar pada seluruh tubuh seperti pergerakan berjalan, melompat, berlari,
menendang, mengangkat dan melempar bola. Terapi fisio membantu seseorang
memulih kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapai. Terapi fisio
merupakan rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan
menggunakan

kaedah-kaedah

seperti

mengurut,

memanipulasi,

penyejukan,

pemanasan, terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan rangsangan


menggunakan cahaya. Antara latihan yang boleh dijalankan ialah latihan berdiri seperti
berdiri dengan sebelah kaki, membawa buku di atas kepala dan berdiri di atas kerusi.
Seterusnya, latihan koordinasi ialah memasukkan jarum ke dalam lubang manik dan
melambung serta menyambut bola berbagai saiz. Latihan berpusatkan motor halus
ialah memotong, menggunting, mencabut, meramas, menguli, mengeyuk, mencubit dan
memicit.

5.2 TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh
seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.
Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan
aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau
intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti
pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga

merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu

murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia


bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan melatih muridmurid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya
murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan
melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat
membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

5.3 TERAPI CARA KERJA


Terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan
tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang
mempunyai masalah mental serta fizikal pada semua peringkat umur. Terapi cara kerja
merupakan sejenis pemulihan untuk membaiki kualiti hidup seseorang iaitu membaiki
kebolehan menjalanjan aktiviti hidup seharian dan penjagaan diri. Aktiviti terapi cara
kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan
untuk menjalankan aktiviti cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat tertentu
sahaja. Guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan
bersesuaian di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah latihan aktiviti
berkaitan kemahiran hidup, latihan provokasional, latihan aktiviti membuka dan
memasang peralatan serta latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif.

5.4 TERAPI MAIN

Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan suatu


cara bagaimana murid-murid khas mengenal dunia. Murid khas memerlukan belbagai
variasi permainan untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Melalui aktiviti
permainan,murid-murid istemewa dapat merangsang pertumbuhan otot-otot tubuh,
mengembangkan keupayaan kognitif dan juga emosi mereka. Menurut Kraus 1990,
bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan
kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil
aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula,
terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan
mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
sebenar.

5.5 TERAPI SENI VISUAL

Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan


media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindakbalas klien/pesakit untuk
menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan,
personaliti, minat,kerisauan dan pertelingkahan. Terapi seni bermaksud bantuan
rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan
cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang
membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan
bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi
kehidupan seharian.

5.6 TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Terapi muzik dan nyanyian adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah
satu terapi ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi
muzik terlatih menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental,
sosial, estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran
motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial dan kualiti
hidup.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana
yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Terapi muzik membantu murid pendidikan khas yang mempunyai
masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri.
Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.
Selain itu, murid juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak
langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan
juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan
dan diperbaiki apabila terapi ini digunakan kepada murid khas. Nyayian lagu kanakkanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa
muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah
difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

5.7 TERAPI HIDRO ATAU TERAPI AIR


Pemilihan program rekreasi renang / hidroterapi bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal
yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau

permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.
Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi
pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani
oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang
secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan
yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri
murid-murid

"water

confidence.

Melalui

terapi

seumpama

ini,

ianya

dapat

memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya


melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

5.8 TERAPI PERGERAKAN KREATIF


Pergerakan kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur perferakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan. Aspekaspek pergerakan kreatif ialah lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
Terapi pergerakan kreatif ialah meningkatkan kecerdasan, meredakan ketegangan
perasaan dan tekanan jiwa, meningkatkan kemahiran bertutur serta meningkatkan
kreativiti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah gimrama, tarian moden, tarian
tradisional dan pergerakan berkumpulan serta berpasangan.
5.9 TERAPI ALTERNATIVE
Terapi Aroma
Terapi aroma merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian di mana terapi
bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk memulihkan simptom-simptom

fizikal serta meningkatkan kesihatan mental. Terapi aroma sesuai dijalankan ke atas
kanak-kanak berkependidikan khas seperti terencat akal, hiperaktif, autisme, lembam.
Sindrom down dan ceberal palsy. Antara jenis bauan dalam aroma terapi ialah lavender,
jasmin, ros dan blossom. Antara kepentingan terapi aroma ialah membantu untuk
meningkatkan keupayaan mental dan emosi, membantu dan merangsang pertuturan
dan komunikasi, merangsang pemikiran dan kreativiti murid, membaiki kualiti hidup dan
keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran pengamatan.

Terapi Herba
Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan
herba lain. Tujuan terapi herba ialah mempercepatkan penyembuhan, menambahkan
khasiat pada ubat, mengurangkan sifat kekuatan ubat dan menghilangkan kesan
sampingan. Berikut merupakan proses terapi herba :
Release
Racun dan toksik dikeluarkan dari badan
Relax
Badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil
Regeneration
Menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru
Refunction
Organ kembali berfungsi secara norma
Terapi Ozon
Terapi ozon digunakan untuk tujuan pencegahan pelbagai penyakit. Pada awalnya
digunakan untuk merawat luka yang dijangkiti kanser, medical ozon iaitu campuran
ozon dan hidrogen yang dihasilkan dalam bentuk gas digunakan, menghapuskan

pelbagai virus, yis, fugus dan protozoa. Tujuan terapi ozon ialah meningkatkan
pertahanan badan, membersihkan darah, memulihkan kembali proses penghasilan
hormon dan enzim, mengurangkan keradangan, menenangkan sistem saraf serta
memberhentikan pendarahan.

Terapi Floortime
Terapi floortime menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi
yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanak dalam suasana yang
menyeronokkan. Terapi ini mengikuti kehendak dan kegemaran kanak-kanak. Kanakkanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang
dewasa yang berinteraksi dengan mereka. Antara contog aktiviti aktiviti terapi floortime
ialah menangkap ombak, memercikkan air, menendang air, membaling bola, menjelajah
kotak pasir, melihat gajah dan meminta mereka mencari sebarang alatan.

Terapi Pasir
Terapi pasir memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan
dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Terapi pasir melatih daya kreativiti
kanak-kanak, menghilangkan rasa marah, percaya kepada diri sendiri untuk mencipta
sesuatu,

meningkatkan

keyakinan

diri

dan

mengembangkan

imaginasi

serta

penggunaan visual kanak-kanak. Terapi pasir penting untuk membantu meningkatkan


keupayaan mental, emosi dan kesihatan, membantu meningkatkan pertuturan dan
komunikasi, merangsang pemikiran murid, mengurangkan tekanan emosi serta
membantu meningkatkan kemahiran sosial.
Terapi Haiwan
Menunggang kuda ialah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang
tetapi bagi anak-anak yang memilik keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh
dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan. Terapi berkuda memiliki tiga manfaat

utama seperti olahraga, pendidikan dan pengubatan yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan anak-anak. Terapi berkuda mampu memotivasikan kanak-kanak yang
memiliki masalah mental dan emosi serta membantu memupuk sifat sabar dan
berdisiplin.
Terapi Snoozeland
Snoozeland ialah satu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan,
bau) yang digunakan oleh kanak-kanak mempunyai kecacatan pada mental, autisme,
hiperaktif, lembam dan lewat perkembangan. Rangsangan dapat dihasilkan dengan
beberapa cara iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau. Terapi snoozeland
memberi peluang untuk menenangkan minda, sesuai bagi murid yang kurang
kesedaran dalam kelompok rakan, memberi perhatian secara individu dan dapat
membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid. Antara kepentingan terapi
snoozeland ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, memberi relaksasi
kepada fizikal dan mental, meningkatkan kesedaran dan perhatian, menunjukkan
insiatif untuk beraktiviti, membina keyakinan pada diri serta mengembangkan
kemampuan murid.

6.0 HASIL KAJIAN


Saya dikehendaki merancang empat aktiviti terapi yang sesuai untuk murid pendidikan
khas sekolah rendah yang sesuai diaplikasikan kepada empat kategori murid
bermasalah pembelajaran.

AKTIVITI TERAPI PERTAMA

Saya telah merancang aktiviti terapi pertama iaitu aktiviti membina istana
pasir. Aktiviti ini ialah aktviti yang digunakan dalam Terapi Pasir. Aktiviti ini dijalankan
secara berkumpulan. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap
kumpulan akan diberikan satu bekas yang berisi pasir. Setiap kumpulan diminta untuk
menghasilkan istana pasir mengikut kreativiti mereka sendiri. Dalam kumpulan, murid
akan bekerjasama untuk menghasilkan istana pasir . Setelah selesai menghasilkan
istana pasir, setiap kumpulan akan menunjukkan hasil kerja mereka dan perlu
menceritakan ciri yang terdapat pada istana pasir mereka. Setiap murid dalam
kumpulan tersebut perlu bertutur dan menerangkan satu daripada ciri istana pasir
tersebut. Murid lain akan memberikan respon atau pendapat masing-masing.
Aktiviti ini sangat bersesuai murid ADHD kerana murid kategori ini mempunyai
masalah tingkah laku yang berbeza. Meraka kerap menggerak tangan atau kaki atau
menggeliang-geliut di tempat duduk dan selalu meninggalkan tempat duduk ketika di
kelas. Mereka juga selalu berlari ke sana ke sini atau suka memanjat dan pada
kebanyakan masa kelihatan kekok. Mereka juga kerap menghadapi masalah untuk
bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap dan selalu banyak bercakap.
Mereka sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh
motor. Melalui aktiviti ini, murid ADHD boleh berduduk di satu tempat dan tidak akan
berlari ke mana-mana tempat di kelas. Mereka juga akan menumpukan perhatian
terhadap istana pasir yang mereka akan bina. Aktiviti ini juga akan membantu murid
ADHD untuk meningkatkan kemahiran psikomotor, meningkatkan kemahiran bersosial
dan emosi, meningkatkan kemahiran hidup berdikari serta meningkatkan kemahiran
berseronok.

AKTIVITI TERAPI KEDUA

Saya telah merancang aktiviti terapi kedua iaitu aktiviti mengenal dan membuat
latihan menggunakan alat muzik. Aktiviti ini ialah aktiviti yang digunakan dalam Terapi
Muzik. Aktiviti ini memberikan peluang kepada murid untuk mengenal dan membuat
latihan menggunakan alat muzik. Guru akan memperkenalkan dan memberikan
peralatan muzik tradisional melayu iaitu rebena, beduk, serunai, kecapi dan goncang
sebagainya. Guru juga akan memperkenalkan dan memberikan peralatan muzik barat
iaitu tamborin, kerinicing, rekoder, trompet, piano dan sebagainya.
Aktiviti ini sangat bersesuai untuk murid autisme. Dunia kanak-kanak autisme
masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka,
khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak mengendahkan orang
lain,

asyik

mengulangi

perkara

sama

atau

melakukan

perkara

yang

boleh

mencederakan diri. Kanak-kanak autisme sering ketinggalan ke belakang daripada


rakan sebaya dalam aspek komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman
kanak-kanak. Aktiviti ini akan membantu murid autisme untuk meningkatkan pertuturan
dan bahasa, meningkatkan kemahiran sensorimotor dan menggalakkan interaksi sosial,
meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi dan meningkatkan
kemahiran kognitif.
Aktiviti ini juga akan berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana
yang lebih tenang. Selain itu, aktiviti ini juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Aktiviti ini membantu murid autisme untuk meneroka serta
menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan
perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, murid juga dapat
mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka.

AKTIVITI TERAPI KETIGA

Saya telah merancang aktiviti terapi ketiga iaitu aktiviti menggerakkan lidah ke
atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan. Aktiviti ini ialah aktiviti yang digunakan dalam
Terapi Pertuturan. Guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan aktiviti ini
terlebih dahulu. Aktiviti ini juga juga merupakan kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa
dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas
tertentu.
Aktiviti ini sangat bersesuai untuk murid yang mempunyai masalah gagap dan
sengau. Aktiviti juga membantu murid yang mempunyai masalah gagap dan sengau
untuk melatih mereka menguasai kemahiran tertentu. Aktiviti ini juga membantu mereka
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial
individu dan meningkatkan tahap keupayaan murid. Mereka juga dapat bertutur dengan
baik dan jelas dengan orang lain dan dapat membina kayakinan diri mereka.
Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang
lain. Sebagai contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat rendah diri
mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila mereka dapat bertutur
walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul dengan orang
lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan meningkat daripada
pengalaman bergaul dengan orang lain. Aktiviti ini juga meningkatkan tahap keupayaan
murid. Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih
meningkat. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah pertuturan dapat
bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan
murid dalam bidang lain seperti pelajaran.

AKTIVITI TERAPI KEEMPAT

Saya

merancang

aktiviti

berenang

dapat

memberi

keseronokan

dan

menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam


atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia
juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran
renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu
aktiviti terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa. Aktiviti ini sangat bersesuai
untuk murid yang mempunyai masalah cerebral palsy. Kanak-kanak cerebal palsy
mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang
mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak
badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di
peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Aktiviti berenang ini didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan
motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana
segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah
dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan murid yang mempunyai masalah
cerebral palsy dapat dipertingkatkan dan masalah tingkah laku didapati tidak seperti
lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
Walau bagaimanapun, murid cerebral palsy mungkin mengalami sedikit rasa
takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif
melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui aktiviti berenang juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal. melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otototot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat
dapat dipraktikkan di dalam air.

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi


memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan
khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar sekolah. Ianya boleh
dijalankan secara kumpulan mahupun individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif,
efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
Perkembangan anak-anak berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha
yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli terapi dan diri mereka sendiri.
Ransangan dan motivasi bukan sahaja kepada murid tetapi perlu juga kepada guru
dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan
keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu
kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas supaya
perkembangan dan pemulihan individu dapat ditingkatkan. Dengan menjalani terapi
semua pihak secara tidak langsung patuh kepada peraturan dan dan disiplin-disiplin
yang telah ditentukan bagi tujuan mencapai matlamat.
Terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam
pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani, rohani ,emosi,
intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna menjadi pemangkin
kepada mereka sebagai satu titik tolak kearah kecemerlangan insan kelainan upaya.
Semua pihak perlu memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya supaya mereka
dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat dan negara.

9.0 RUJUKAN

Jamila K.A. Mohamed(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang :


Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang(2012). Perkembangan Kanak-Kanak. Perak : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
K.A.Razhiyah(2006), Anak Istimewa. Kuala Lumpur : (M BS Print) Sdn. Bhd.
K.A.Razhiyah(2005), Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar
Sdn. Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi