Vous êtes sur la page 1sur 8

Aplikasi mantik dalam matematik

Definisi Mantik
Menurut al-Farabi, mantiq adalah terbitan daripada perkataan nutq. Mantik merujuk kepada
tiga perkara iaitu: fakulti yang dengannya manusia mengetahui dan mengenali alam maqulat,
percakapan dalaman dan percakapan luaran.
Manakala dalam bahasa arab, mantiq adalah percakapan, pertuturan dan fikiran yang benar.
Mantik juga dikenali sebagai ilmu kaedah berfikir secara bersistem yang bertujuan untuk
mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang bersabit dengan fikiran, ilmu ke jalan yang
lurus, ilmu mencari dalil dan ilmu undang-undang berfikir.mantik menjaga akal daripada
tergelincir kepada kesalahan. (Ismail 1997)
Definisi matematik
Menurut Mook Soon Sang dalamPengajian Matematik untuk Diploma Perguruan, (Sang
1996), matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses
penaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Nor Atirah Raping
pula mendefinisikan dalam modul MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik, matematik
adalah suatu cara berfikir, kajian tentang pola, kajian perhubungan, suatu seni, suatu bahasa
dan sebagai alat dalam kehidupan seharian. Menurut Mat Rofa (Ismail 1997), matematik
ditakrifkan juga sebagai ilmu bersistem dengan tersusun daripada pendalilanpembuktian
proposisi mantik dengan menggunakan simbol-simbol khusus.
Sebagai kesimpulan, matematik merupakan suatu cabang ilmu yang mengajar manusia
berfikir secara logik, mengutarakan fikiran, hujah, alasan dan prinsip dengan menggunakan
pembuktian yang mempunyai kesahan sama ada melalui inferens atau pun secara pengujian
dan kajian. Matematik juga istimewa kerana mempunyai bahasa yang tersendiri yang mampu
mengungkapkan pelbagai konsep yang terkandung di dalam ilmu matematik itu sendiri.
Matematik juga merupakan suatu alat yang berguna dalam kehidupan seharian kerana
keperluannya dalam pelbagai urusan seharian seperti urus niaga, perjalanan, perancangan,
pemakanan, pembelajaran, permainan dan pelbagai lagi aktiviti sosial manusia. Selain itu,
matematik mempunyai nilai estetika yang unik dengan pelbagai keindahan dapat diterokai
melalui pengkajian pola, seni bina, ukiran dan alat rekreasi.

Peranan matematik
Menurut Mook Soon Sang, (Sang 1996), matematik ialah suatu cara yang membolehkan
manusia mendapat kuantiti atau nilai seperti banyak, panjang, pendek, jarak, luas, laju dan
sebagainya. Matematik juga suatu ilmu yang berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli
falsafah, ahli logik dan artis. Selain sebagai penyelesai masalah seharian, matematik
membolehkan manusia mengkaji tentang pola, perhubungan, masalah sosial, mereka bentuk
sesuatu yang menarik, seimbang dan menakjubkan. Matematik membantu para sainstis
mencari kebenaran berkaitan fenomena fizikal alam sekeliling.
Selain itu, matematik adalah suatu cara berfikir yang sistematik dan pembelajarannya akan
melatih manusia bertaakul secara logik dan rasional. Oleh itu, matematik adalah alat yang
paling penting untuk mendorong perkembangan tamadun dalam bidang sains dan teknologi,
sosial dan ekonomi serta meningkatkan tahap kecerdikan manusia.
Menurut Mat Rofa, mantik ialah unsur matematik yang penting. Tabii mantik ialah
penghujahan menggunakan akal anugerah Illahi. Ilmu ini digunakan oleh manusia silam
untuk tujuan berfikir secara bersistem dan mengelak daripada membuat kesilapan natijah.
Mantik digunakan dalam penghujahan alam tinggi (metafizik) berdasarkan kewujudan alam
rendah (alam pencerapan pancaindera). (Ismail 2004).
Matematik tabii
Dari segi istilah, Abdul latif Samian, (Latif 1997) menakrifkan matematik sebagai satu bidang
ilmu yang bersifat kejituan yang pasti yang diperolehi melalui kaedah deduksi. Oleh itu, kita
dapat simpulkan bahawa matematik ini adalah ilmu yang pasti kerana perbahasaan
mengenainya juga bersifat pasti. Seperti contoh, kita telah maklum bahawa satu tambah satu
adalah dua (1 + 1 = 2). Semua orang menerima penyataan ini tanpa bangkangan.
Abdul Latif Samian (Latif 1997) juga mendefinisikan matematik sebagai ilmu yang
berteraskan mantik (logik), kajian ke atas nombor, saiz dan rupa bentuk dan hubungan
antaranya. Beliau juga menyatakan perihal bukti, perihal ciri-ciri yang am dan abstrak tentang
struktur alam dan fenomena dan ilmu yang boleh dibina melalui teori set. Oleh itu kita dapat
simpulkan bahawa logik merupakan asas dalam mencari kepastian dan kejituan.

Sifat Penaakulan logik


Logik tabii ialah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada
secara inferens atau demonstrasi (pengujian). Logik tabii ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Induktif matematik
- Induktif ialah proses penyelesaian dari hal-hal yang khusus kepada umum
- Induktif matematik juga disebut induksi lengkap, sering digunakan untuk
-

membuktikan pernyataan-pernyataan berkenaan nombor


Pembuktian cara induktif matematik ialah untuk membuktikan teori atau sifat itu

benar
Contoh : 3 + 5 = 8 dan 9 + 3 = 12
Kesimpulannya, angka ganjil ditambah dengan angka ganjil memperoleh angka

genap.
2. Deduktif matematik
- Deduktif merupakan suatu proses penyelesaian dari hal umum kepada khusus
- Deduktif matematik akan membuktikan sesuatu kebenaran baru yang berasal dari
-

kebenaran yang sudah ada dan diketahui sebelumnya.


Ia merupakan cara mengajar yang bermula dari rumus, prinsip, hukum, teoram
atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh khusus.
Contohnya: semua segi tiga mempunyai 3 sisi
Farhana adalah seorang perempuan.

Unsur-unsur deduksi dan induksi digunakan secara meluas dalam penghujahan. Penghujahan
kedua-dua unsur ini bukan sahaja digunakan dalam aspek kuantitatif tetapi digunakan juga
secara umum dalam semua jenis penghujahan.

Kegunaan mantik dalam matematik


Mantik Ibnu al-Rusyd telah membentuk aliran tersendiri dalam metafizik dan mantik Ibnu alHaitham telah mempengaruhi perkaedahan penyelidikan ilmiah Barat dalam sains tabii
menerusi konsep al-istiqra wa al-tajribah di barat. Mantik yang digunakan oleh ahli
matematik Islam bebas daripada pentafsiran akidah dan alam. Ahli matematik Islam
menggunakan mantik dalam pentakrifan, aksiom,teoram, pembuktian,korolari atau analisis
sesuatu konsep. Ada dua kaedah mantik utama yang digunakan untuk pembuktian terus iaitu:
kaedah al-istintija dan al-istiqrai. Kaedah istiqra(aruhan) adalah induksi matematik atau
pembuktian terus atau percanggahan yang merumuskan kaedah umum daripada kes khusus
dan khas yang berlaku secara berulang-ulang. Manakala, kaedah istintaji adalah deduksi yang

merumuskan kes khusus daripada kes am. Aruhan merupakan proses menaik tetapi induksi
merupakan proses menurun. Contoh proses deduksi: semua makhluk akan fana, Socrates
makhluk; maka Socrates akan fana.penghujahan ini juga dikenali sebagai silogisme.
Proses deduksi (al-istinbat) lebih melibatkan teori daripada amali, lebih-lebih lagi dalam
pembuktian teoram matematik (al-murbarhant). Dalam proses ini, terdapat unsur asas yang
terlibat dalam langkah pengisbatan seperti aksiom (badihat), postulat (musadarat), takrif,
lema, teoram, korolari dan seumpamanya. Untuk pembuktian sesuatu teoram, rangkaian
aksiom, lema dan resam digunakan yang sebahagiannya merupakan proses deduktif.
Proses induksi pula umumnya lebih melibatkan uji kaji dan cerapan yang berterusan serta
pengumpulan data yang banyak melalui kes khas untuk disimpulkan kes amnya berdasarkan
keharmonian hukum alam dan prinsip sebab-musabab. Pembuktian secara induksi dalam
matematik mempunyai tatacara yang hampir sama, tetapi uji kajinya digantikan dengan data
yang banyak serta pemerhatian tentang sifat khusus sesuatu konjektur berkenaan.
Kesimpulannya, gabungan antara proses deduktif dengan induksi yang berasaskan uji kaji
dalam mengkaji sesuatu hukum akan membentuk al-manhaj al-ilmi atau perkaedahan ilmiah
atau dirujuk sebagai perkaedahan deduksi-hipotesis. Sebagai contoh, Ibnu al-Haitham telah
menggunakan proses induksi dan deduksi cerapan serta rumusan matematik dan
perbandingan mendasari perkaedahan uji kaji optik.

Menurut Mat Rofa (Ismail, Mantik dalam babak Pemikiran Ilmiah Tamadun Manusia 1997)
Kaedah-kaedah mantik digunakan sebagai hujah akal dalam kehidupan harian, dalam
perbincangan kalam, pembuktian teoram matematik, peraturcaraan komputer dan sebagainya.
Prinsip mantik yang digunakan adalah sama, sepunya dan sejagat.
Ilmu mantik digunakan dalam matematik dan kejuruteraan. Sebagai contoh, konsep Teoram
Pythagoras telah digunakan untuk mencari keputusan dan jumlah keluasan segi tiga bersudut
tepat adalah sama dengan menggunakan konsep al-Qiyas. Konsep al-Qiyas mempunyai tiga
rangkaian iaitu: mukadimmah sughra, mukadimah kubra dan natijah. Manakala, teoram
Pythogores juga menggunakan tiga rangkaian iaitu setentang, bersebelahan dan sendeng yang
mana kedua-dua konsep digunakan untuk mencari keputusan. (Rosmawati 1997).
Silogisme

Silogisme adalah penghujahan mudah dalam mantik menggunakan kaedah deduksi kiasan.
Penghujahan mantik ini memerlukan beberapa premis dan diakhiri dengan kesimpulan yang
diterbitkan daripada premis pertama secara deduksi. Premis pertama sering dirujuk sebagai
al-muqadimmah al-kubra (premis utama). Premis ini merupakan satu pengetahuan berbentuk
priori yang mantap dan diterima umum secara ijmak dan diikuti oleh premis yang lebih
khusus bentuknya sebagai al-muqaddimah al-sughra (kes cabang). Kesimpulan hujah boleh
dideduksikan daripada premis pertama. Kesimpulan daripada penghujahan ini bersifat yakin
dan pasti, berbeza dengan penghujahan induksi yang bersifat konjektur dan kurang pasti.
(Rofa 1994)Sebagai contoh:
Premis 1: hasil tambah semua nombor ganjil berturutan bermula daripada 1
merupakan nombor kuasa dua sempurna.
Premis 2: 1+3+5+7 ialah hasil tambah empat nombor ganjil berturutan yang bermula
daripada 1.
Natijah : hasil tambah 1+3+5+7 merupakan nombor kuasa dua sempurna iaitu, 16 =
4

Menurut Mat Rofa, dalam matematik terdapat premis asas yang dipanggil aksiom dibina
sebagai tapak bertolak. Aksiom merupakan anggapan asas yang boleh diterima secara
rasional oleh akal manusia. Bertolak daripada premis ini , analisis matematik dibina
menggunakan kaedah tertentu mantik khususnya dalam pembuktian sesuatu teoram atau
qadiyyah. Oleh itu, matematik merupakan hujah mantik yang jelas dan sentiasa tepat relatif
terhadap premis pembinaan aksiom.
Transitif
Transitif merujuk kepada hubungan kongruenan satu hala antara proposisi-proposisi yang
terlibat. Setiap proposisi dikaitkan dengan proposisi berikutnya secara rapi, lalu proposisi
pertama mempunyai hubungan transitif dengan proposisi terakhir. Kaedah ini mudah
difahami menerusi contoh matematik : jika a > b; b>c; c>d dan a>d. (Rofa 1994)

Al-Istiqra atau aruhan


Al-Istiqra bermaksud sebagai kaedah yang digunakan untuk menyimpulkan keputusan umum
melalui pencerapan dan pemerhatian kes-kes cabangnya (al-juziyyat). Dalam pembuktian

matematik, kaedah ini sangat popular digunakan dan kini kaedah ini lebih dikenali sebagai
kaedah aruhan matematik, terutamanya untuk tahkik sesuatu rumus yang diberikan dengan
integer sebagai pemboleh ubahnya.
1. Kaedah aruhan Abu Kamil
Abu Kamil menggunakan proses aruhan untuk menunjukkan rumus:
n
n
2
i = i ( 23 n+ 13 )
i=1
i=1

( )

Contoh: n= 1,2,3 dan 4


12
2
1
=1= (1 )+
1
3
3

n=1

12 +22
2
2
1
=1 =
=
1+2
3 3 (2) 3

n=2

12 +22 +32
1
2 1
=2 =
+
1+ 2+ 3
3 3 (3) 3

n=3

12 +22 +32 + 42
2 1
=3=
+
1+2+3+ 4
3 (4 ) 3

n=4

Maksud rumus boleh disemak kebenarannya untuk sebarang nombor yang terhingga
dan rumusan ini dari segi ilmu mantik boleh diterima untuk pendalilan istiqraiyyah
secara aruhan.
2. Kaedah al-Istiqra al-Karaji
Al-Karaji telah menggunakan pemerhatian yang berulang-ulang bagi kes khas untuk
merumus kes umum untuk pembuktian beberapa siri bernombor.
Contoh: siri nombor bulat : 1+2+3+4+5+6
Hasil tambah kedua-dua nombor sisi yang sepadan adalah sama, iaitu:
6+1=5+2=3+4=7.
Demikian juga untuk, 1+2+3+4+5+6+7; 1+7=2+6=3+5=4+4=8.
Al-Karaji membuat kesimpulan bahawa untuk siri adalah 1+2+3+.....+n;
Hasil tambah kedua-dua nombor sisi yang sepadan ialah (n+1). Dengan itu, hasil
tambah siri ialah n/2 didarabkan dengan hasil tersebut.
3. Kaedah aruhan matematik Samawal al- maghribi
3 3
3
Contoh: (c d )=(cd )
(ab)(cd)= (ac)(bd)

Contoh mengaplikasi mantik dalam matematik

1. Abu Kamil telah memperkenalkan konsep nombor negatif, iaitu:


(+)(+) = (-)(-) = +; (+)(-) = (-)(+) = -,
2. Penyataan-penyataan atau statements boleh dioperasikan dengan operasi dan atau
atau. Misalkan a dan b adalah dua pernyataan:
Pernyataan a
Benar
Benar
Palsu
Palsu

Pernyataan b
Benar
Palsu
Benar
Palsu

a dan b
benar
palsu
palsu
palsu

a atau b
benar
benar
benar
palsu

Dua pernyataan boleh digabungkan dengan menggunakan perkataan dan dan atau
untuk membentuk suatu pernyataan baru.
a)

Perkataan dan
i) Pernyataan baru adalah benar apabila kedua-dua pernyataan yang

digabungkan adalah benar.


ii) Pernyataan baru adalah palsu apabila salah satu atau kedua-dua
pernyataan yang digabungkan adalah palsu.
b)

Perkataan atau
i)

Pernyataan baru adalah benar apabila salah satu atau kedua-dua

pernyataan yang digabungkan adalah benar.


ii)

Pernyataan baru adalah palsu apabila kedua-dua pernyataan yang

digabungkan adalah palsu.


3. Ayat bersyarat:
jika x,y dan z sudut-sudut dalam sebuah segi tiga, maka x + y + z = 180
4. Penaakulan deduksi:
Premis 1: hasil tambah semua nombor ganjil berturutan bermula daripada 1
merupakan nombor kuasa dua sempurna.
Premis 2: 1+3+5+7 ialah hasil tambah empat nombor ganjil berturutan yang bermula
daripada 1.
Natijah : hasil tambah 1+3+5+7 merupakan nombor kuasa dua sempurna iaitu, 16 =
42 .
5. Ilmu persamaan atau Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah yang ditulis oleh AlKhawarizmi. Al Jabr adalah menukar tempat kuantiti suatu persamaan dari kiri ke
kanan dan sebaliknya. Manakala, Muqabalah bermaksud meringkaskan lagi hasilhasil yang didapati.

Jika diberikan :

x +5 x +4=42 x +5 x

Al-Jabr menghasilkan:

x +7 x + 4=4+5 x

Al-Muqabalah menghasilkan:

x +7 x=5 x

6. (x-1)(x-2) = 0 jika dan hanya jika x=1 atau x=2. Maka pembuktian yang perlu
dipertimbangkan dalam dua kes iaitu:
1. Jika (x-1)(x-2) = 0, maka x=1 atau x=2
2. Jika x=1 atau x=2 maka (x-1)(x-2)=0
7. Contoh penghujahan transitif:
Jika a,b dan c ialah nombor-nombor, a lebih besar daripada b dan b lebih besar
daripada c maka a lebih besar daripada c. Ini merupakan hasil penghujahan transitif
mantik yang hingga kini belum ada manusia yang menolak hujah tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi