Vous êtes sur la page 1sur 10

ALATAN TANGAN KERJA KAYU

Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokkan kepada
a)
b)
c)
d)

empat kategori utama iaitu :


Alat mengukur dan menanda
Alat memotong dan menajam
Alat mengapit dan menyangga
Alat menukul dan memutar

ALAT MENGUKUR
Dalam melakukan kerja kayu, kayu projek hendaklah diukur terlebih dahulu. Kerja-kerja
mengukur merupakan asas dalam pertukangan kayu selepas pemilihan kayu projek
yang betul dijalankan.Tujuan kerja-kerja mengukur dilakukan adalah supaya projek
dapat dihasilkan dengan ukuran yang tepat tanpa berlaku pembaziran kayu. Antara
alat-alat yang digunakan untuk mengukur adalah seperti pembaris keluli, pita pengukur,
sesiku L, dan pengukur berlipat.

PEMBARIS KELULI

Pembaris keluli merupakan alat yang


digunakan untuk mengukur jarak atau menghasilkan garis lurus. Dalam kerja-kerja kayu
pembaris kebiasaannya digunakan untuk proses pengukuran dan menguji kerataan
kayu. Pembaris keluli biasanya terdapat dalam pelbagai saiz, antaranya 150mm(6inci),
300mm (12inci), 600mm (24inci), dan 1m. Permukaan pembarisnya mempunyai skala
pengukuran dalam unit inci dan cm.
PITA PENGUKUR

Pita

pengukur ialah alat yang digunakan untuk

memindahkan ukuran danmengukur jarak yang lebih panjang. Panjang pita pengukur
adalah antara 2.0m hingga8.0m dan biasanya diperbuat daripada keluli mudah lentur.

SESIKU L
Sesiku L diperbuat daripada keluli dan bersudut 90. Saiz sesiku L ditentukan oleh
panjang bilahnya. Pada kebiasaannya saiz bilah antara 6inci hingga 12 inci dan
pemegang antara 4 3/8inci hingga 8inci.Selain mengukur, alat ini juga mempunyai
kegunaan yang lain seperti;

Menentukan ketepatan sudut 90


Menguji kepersegian tepi kayu
Menguji kerataan permukaan kayu
Membuat garisan bersudut tepat

ALAT MENANDA
Proses penandaan dalam kerja kayu biasanya adalah untuk memudahkan kerja-kerja
pemotongan, memahat dan sebagainya. Antara alat-alat yang digunakan untuk kerjakerja menanda adalah seperti pensel tukang, pisau pananda, tolok penanda,senggerik
dan tolok serong.
PENSIL PENANDA

Pensel penanda mempunyai segi mata dan badan pensel yang lebih tebal serta lebar
dan permukaannya berbentuk segiempat tepat. Pensel penanda juga mengandungi
grafit yang tebal dan keras.Terdapat pelbagai jenis pensel yang digunakan dalam kerja
kayu.

PISAU PENANDA

Pisau ini khas digunakan untuk menanda garisan yang akan dipotong dengan gergaji
atau pahat semasa membuat tanggam. Kayu

projek yang ditanda dengan

menggunakan pisau penanda akan memudahkan kerja pemotongan kerana sudah


mempunyai alur atau lekok.Terdapat pelbagai jenis pisau penanda yang digunakan
dalam kerja kayu. Jenis- jenis pisau penanda yang digunakan adalah bergantung
kepada kerja-kerja kayu yang akan dilaksanakan.

TOLOK PENANDA

Tolok penanda digunakan untuk membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu
bagi menandakan ukuran lebar atau tebal kayu. Tolok penanda juga boleh
menghasilkan garis panduan pada kayu untuk memudahkan kerja-kerja mengergaji dan
memahat dalam proses membina tanggam.Tolok penanda boleh diperbuat daripada
kayu atau logam manakala tajinya pula diperbuat daripada logam yang keras.Terdapat
pelbagai jenis tolok yang digunakan dalam kerja kayu mengikut fungsi yang tertentu;

Tolok tanggam

Digunakan khas untuk membuat garis pemandu yang selari untuk membina
tanggam. Alat ini mempunyai dua taji yang boleh dilaraskan mengikut lebar
tanggam yang diperlukan.

Tolok pemotong
Biasanya alat ini digunakan

khas

garis

berserenjang dengan alur

penandaan

yang

untuk

membuat

kayu yang kasar. Tolok jenis ini juga digunakan untuk memotong papan yang
nipis dan lembut.

TOLOK SERONG

Tolok serong ini digunakan untuk menanda atau menguji sesuatu garisan yang terdiri
daripada pelbagai sudut pada tepi kayu serta untuk memindahkan sudut yang bukan
90.Panjang matanya antara 150mm hingga 400mm. Tidak seperti sesiku-L, sudutnya
boleh diubah-ubah dan diketatkan dengan skru pengunci.

ALAT MEMOTONG
Kerja

memotong

dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki.
Alat-alat yang digunakan untuk proses ini adalah seperti gergaji kerat, gergaji belah,
gergaji puting, gergaji bajang, gergaji tebuk, dan gergaji lengkung halus.

GERGAJI TANGAN

Fungsi utama gergaji kerat adalah untuk membelah kayu atau mengerat kayu. Ia juga
digunakan khas untuk mengerat secara melintang ira kayu yang tebal walaupun ia
boleh digunakan untuk membelah kayu yang nipis. Gergaji ini mempunyai panjang
antara 24 inci hingga 26 inci dan 5 gigi setiapinci dan saiznya ditentukan oleh
panjang bilahnya. Giginya berbentuk pisau dihujungnya dan tepi hadapannya bersudut.

Vous aimerez peut-être aussi