Vous êtes sur la page 1sur 2

5.

AKHLAK DALAM PEMBINAAN JATIDIRI MUSLIM

5.1 PENDAHULUAN
Manusia adalah makhluk Allah yang istimewa yang memiliki tabiat dan metaliti yang
mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang menjadi
perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak. Memang tidak disangkalkan lagi
akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun manusia dari
dulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak atau dikenali sebagai tamadun kemanusiaan,
iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun,
islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas dan tamadunnya.
5.2 DEFINASI AKHLAK
Menurut Bahasa : Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu
kata jamak daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku,
keperibadian dan sebagainya.
Menurut istilah: Ibn Miskawaih, ahli falsafah islam yang terkenal mentakrifkan
akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali r.a mengatakan : akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam
jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran
dan penelitian. Apabila perbuatan yang dilakukan itu dinamakan akhlak mahmudah,.
Sebaliknya elemen kejahatan , maka ia dikategorikan akhlak mazmumah.
5.3 PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA
Akhlak yang bersumberkan al-quran dan al-sunah. Akhlak bersifat kudus dan
prinsipnya tetap sejak awal lagi dan tidak berubah melampaui batas-batas yang ditetapkan
oleh manusia. Daripada zaman Rasulullah S.A.W lagi pengertian sesuatu sifat adalah tetap
dan tidak berubah sampai bila-bila contohnya adil. Ini disebabkan sistem nilai yang
menentukan akhlak alah Allah S.W.T.
Sementara moral pula ialah sesuatu bentuk perbuatan yang ada kaitan dengan etika.
Moral juga terdiri dari dua nilai iaitu nilai baik dan jahat. Kedua-dua nilai moral ini adalah
ditentukan oleh etika.
Manakala etika pula sebenarnya berasal dari Bahasa greek iaitu ethos dan
digunakan secara meluas di dalam Bahasa Inggeris dan disebut sebagai ethic yang berupa
tingkahlaku manusia yang dibentuk oleh sikap seseorang. Etika adalah berorientasikan sistem
nilai yang diterima umum oleh manusia hasil dari falsafah hidup, pengalaman dan daya
pemikiran. Akal kriteria utama matlamat etika. Etika bertujuan memenuhi kehendak yang
lebih berorientasikan keuntungan dan kerugian akibat dari sesuatu perbuatan.

5.4 PEMBAHAGIAN AKHLAK / KATEGORI AKHLAK


Kategori akhlak terbahagi kepada dua iaitu sifat mahmudah dan sifat mazmumah.
Sifat mahmudah ialah segala sikap dan tingakah laku yang baik. Akhlak mahmudah
tentunya dilahirkan oleh sifat-sifat mahmudah yang terpendam dalam jiwa manusia seperti
bercakap benar, kerajinan dan sebagainya. Antara contohnya sifat mahmudah ialah bersyukur
dengan perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya serta berterima
kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
Sifat mazmumah ialah segala sikap dan tingakh laku yang tercela yang terpendam
dalam jiwa manusia yang dilahirkan dari sifat-sifat mazmumah. Akhlak mazmumah boleh
mengakibatkan kerosakan pada diri sendiri, orang lain dan sekitarnya. Terdapat berbagai sifat
mazmumah iaitu pemarah, tamak, hasad dengki dan sebagainya. Contoh salah satu sifat
mazmumah ialah dendam tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Seseorang itu
mencari peluang untuk membalas dendam secara kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati
orang lain. Pendendam juga mudah terkena penyakit serangan jantung.

Rujukan: http://sarwana09.blogspot.my/2012/11/klasifikasi-akhlak-akhlak-mahmudah-

dan.html
Asas-asas prinsip islam : Ramawan bin Ab. Rahman, Mohd Yusof bin Yusak

Vous aimerez peut-être aussi