Vous êtes sur la page 1sur 29

Nama: __________________________________

___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

BAND 1
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

Mendengar dan Bertutur

1
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis

B1 DL 1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah
EVIDENS
B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan
harian.
AKTIVITI
1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.
PENTAKSIRAN 2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.
3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang
pengisian masa lapang mereka.
4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa
lapang.
Contoh perbualan:
Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?
Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.
Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?
Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran
dengan
rumah saya.
Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?
Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah
saya.
Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?
Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

BAND 1
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MEMBACA
1
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis.

B1 DB1
Membaca ayat daripada sesuatu sumber.
EVIDENS
B1 DB1 E1
Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan
bimbingan.
AKTIVITI
Guru akan beri kamu contoh drama
PENTAKSIRAN
CONTOH BAHAN BACAAN
Dimaklumkan bahawa anakanda di sini berada keadaan sihat.
Janganlah bonda berasa dan nenda dahulu.
Walaupun pada masa ini anakanda berada jauh di rantau, namun
anakanda dapat merasakan suasana sedih yang menyelubungi keluarga
kita semenjak pemergian ayahanda yang dikasihi.
Bondaku, hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana yang
bonda maklum, dengan menjelangnya bulan Jun ini telah tiga bulan
ayahanda meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang mendalam yang
menyelubungi keluargi keluarga kita, pemergian ayahanda telah
menggugat persekolahan anakanda juga.
Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres
sepunuhnya. Anakanda masih berhutang dengan pihak sekolah
sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda telah membuat
keputusan untuk pulang ke kampong buat sementara waktu. Sekiranya,
anakanda terus berada di asrama ini, tentulah masalah kita akan
bertambah.
Apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret
ayahanda yang tentunya masih tergantung pada dinding ruang tamu
rumah kita itu. Anakanda selalu teringat akan arwah ayahanda.
Sekian dahulu untuk kali ini. Sambah salam kepada anakanda
untuk bonda, nenda dan adinda yang dikasihi.
(Antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 69)

BAND 1
MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

Tingkatan: ___________

Tarikh:

MENULIS
1
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan,dibaca dan ditulis.

B1DT1
Menulis ayat mudah.
EVIDENS
B1DT1E1
Menulis ayat mudah dengan bimbingan
(FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)
AKTIVITI
Guru menunjukkan contoh-contoh ayat mudah bagi keempat-empat
PENTAKSIRAN pola ayat (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)
Guru meminta murid menulis ayat mudah dengan melengkapkan
tugasan yang disediakan.
B1DT1E1 (Aras 1)
FN
FN/FK/FA/FSN
Saya
Ke Kota Kinabalu.
Harimau itu
jurutera.
Pemuda itu
membaca buku.
Adik
garang.
Lengkapkan pola ayat di bawah berdasarkan padanan ayat di atas.
1. FN + FN
____________________________ .
2. FN + FK
___________________________ _.
3. FN + FA
____________ ________________ .
4. FN + FSN
____________________________ .
B1DT1E1 ( Aras 2)
Lengkapkan ayat-aat berikut dengan menggunakan pola ayat dasar
yang berikut.
1. FN + FN
Puan Salmah _______________ .
2. FN + FK
Murid-murid itu ______________ .
3. FN + FA
______________ besar.
4. FN + FSN
_______________ dari Sabah.
B1DT1E1 (Aras 3)
Bina ayat mudah berdasrkan pola ayat di bawah.
1. FN + FN
_______________________________________ .
2. FN + FK
______________________________________ .
3. FN + FA
_______________________________________ .
4. FN + FSN
_______________________________________ .

BAND 2
MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tingkatan: ___________

Tarikh:

MEMBACA
2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca
dan ditulis.
B2 DL1
Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.
B2 DL1 E1
Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan
1. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan
atau frasa yang telah digariskan.
Contoh petikan :
Bersantai di Taman Rekreasi Menara Berkembar Petronas
Encik Kamaruzaman memberhentikan keretanya di tempat letak
kereta. Noradila dan abangnya Khairi keluar dari perut kereta. Ibu
mereka masih mengemas sesuatu di dalam kereta.
Wah, tingginya air pancut tu, ayah! Kata Noradila sambil menunjuk
ke arah air pancut. Ayah mengangguk.
Ibu, cepatlah sikit, gesa Noradila, yang tidak sabar-sabar hendak
ke taman.
Ibu keluar dari perut kereta dengan membimbit beg pakaian.
Khairimembantu ibu membawa beg.
Bagaimanakah air pancut itu boleh memancut tinggi,ayah? tanya
Khairi sambil berjalan bersama-sama dengan keluarganya ke taman.
Air itu dipancutkan ke atas dengan menggunakan motor yang
digerakkan oleh kuasa elektrik, jelas ayah.
Khairi mengangguk. Mereka telah sampai di tempat mandi. Khairi
dan Noradila ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.
Sila
tanggalkan
kasut
anda!
Kata
suara pengawal
keselamatanmengarahkan beberapa lelaki yang memakai kasut
ke gigi air untuk mendapatkan anak masing-masing.
Memberikan maksud perkataan/frasa berdasarkan petikan:
1. perut kereta
4. Bilik persalinan
2. mengemas
5. Pengawal keselamatan
3. membantu
6. gigi air

BAND 2
MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR

2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca
dan ditulis
B2 DL1
Mendengar dan memahami sesuatu perkara
EVIDENS
B2 DL1 E2
Menceritakan perkara yang didengar
AKTIVITI
1. Guru memilih tiga orang pelajar untuk melakonkan perbualan tentang
PENTAKSIRAN
cita-cita masing-masing.
2. Guru meminta murid menceritakan perkara yang didengar oleh
mereka.
3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi
membantu pelajar untuk menjawab secara lisan.
4. Pelajar menyatakan cita-cita masing-masing dan memberi sebab
mereka memilih cita-cita tersebut
Contoh perbualan:
MOHAN :Saya bercita-cita menjadi pegawai polis apabila
dewasa kelak. Saya berpendapat kerjaya kepolisan
sangat sesuai dengan jiwa saya. Polis bertugas
menjaga ketenteraman masyarakat dengan
menguatkuasakan undang-undang.
KEVIN : Saya lebih berminat menjadi tentera. Kerjaya
ketenteraan lebih mencabar. Tentera mempertahan
negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar .
KHAIRI : Sebenarnya, kerjaya polis atau askar semuanya
bagus. Yang penting, kita mestilah menjalankan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Contoh soalan lisan:
1. Apakah cita-cita Mohan dan Kevin?
2. Mengapakah mereka memilih cita-cita tersebut?
3. Nyatakan cita-cita anda dan berikan sebab anda memilih cita-cita
tersebut.

BAND 2
KEMAHIRAN
MENGUASAI

MENULIS
BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca
dan ditulis
B2DT1
Menulis jawapan pemahaman
EVIDENS
B2DT1E1
Menjawab soalan pemahaman secara bertulis dengan menggunakan
ayat yang gramatis
AKTIVITI
1. Guru mengedarkan petikan dan meminta pelajar membaca petikan
PENTAKSIRAN
tersebut untuk mengenal pasti isi isi penting
2. Pelajar menulis isi isi penting yang dikenal pasti
Contoh Petikan:
Tarian Kaum Melanau
Etnik Melanau kaya dengan pelbagai tarian. Antara tarian yang
popular ialah tarian mengarang, mengalai dan igal. Setiap tarian itu
mempunyai maksud yang tertentu. Tarian-tarian ini juga memperlihatkan
keperibadian masyarakat Melanau.
Tarian mengarang amat popular dalam kalangan masyarakat
Melanau. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan secara
berpasangan. Tarian ini mengisahkan masyarakat Melanau sedang
menuai padi dan melakukan kerja memproses padi. Para penari akan
beraksi seperti orang menuai, menumbuk dan menampi. Selain itu,
tarian mengarang menggambarkan masyarakat Melanau menyagat sagu
dan dipersembahkan pada hari perayaan dan majlis perkahwinan.
Contoh Soalan Pemahaman:
1.
2.
3.
4.

Apakah tarian yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau?

Nyatakan tujuan tarian-tarian tersebut dipersembahkan?
Bagaimanakah tarian mengarang ini ditarikan?
Bilakah tarian ini sering dipersembahkan?

BAND 3
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
MENGUASAI

MENDENGAR DAN BAHAN

3
Pergi cari internet cari makanan tradisional kaum
B3 DL1
BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Pergi cari internet cari makanan tradisional kaum

B3 DL1 E1
Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat
1. Guru memberi tahu murid-murid makanan tradisional kaum
Contoh Gambar :

BAND 3
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENGUASAI

MEMBACA
3
Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar
dituturkan, dibaca dan ditulis
B3 DB1

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

B3 DB1 E1
Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca.
Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca
petikan tersebut.
Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
Murid-murid membaca isi-isi penting.
Contoh Petikan ;
Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita
dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup
ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di
dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang.
Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama
boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan
impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak
bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut,
lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu
agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan
tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.
Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat
keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai
ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga
merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan
tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil
kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul
tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak
mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi
tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat
yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.
Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu
bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh
dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan
masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang
ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan
anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu
mempunyai kesedaran untukmenjaga tatasusila apabila berhadapan dengan
masyarakat.

BAND 3
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENGUASAI

MEMBACA
3
Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar
dituturkan, dibaca dan ditulis
B3 DB1

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.

B3 DB1 E2
Menyusun isi penting.
Guru mengedarkan petikan kepada murid dan meminta mereka membaca
petikan tersebut.
Murid-murid diminta untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan.
Murid-murid menyusun isi .
Contoh Petikan :
Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan.
Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh
memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam
mengharamkan umatnya minum minuman keras.
Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam
kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau
menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang
mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta
menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu
mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin
teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut
akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan
masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan
sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum
arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan
mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah
berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab
minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan
mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika
tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang.
Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan
sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol. Seterusnya, masalah
sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.

BAND 3
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENGUASAI

MENULIS
3
Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan,
dibaca dan ditulis.
B3 DT1

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Menulis biodota baru mahu buat karangan

EVIDENS
B3 DT1 E1
Menulis biodota baru mahu buat karangan
Guru membaca petikan
AKTIVITI
PENTAKSIRAN Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan kata
dan frasa yang sesuai.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Biodota Diri
Nama: _______________________________
Umur: ___________________
Tarikh lahir: __________________________
Nama timang-timangan: _________________
Bilangan adik beradik: ___________________
Cita-cita: ______________________________
Hobi: _________________________________
Makanan
dan
minuman

______________________________
9. Warna

kegemaran:
kegemaran:

__________________________________________
10.
Tempat
yang
pernah
____________________________________
11.
Surat
khabar

yang

_______________________________________
12.
Majalah yang dilanggan pada
_________________________
13.
Novel
yang

dilawati:
dibaca:
setiap

telah

_________________________________________
14.
Prinsip

bulan:
dibaca:
hidup

__________________________________________________

BAND 3
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENULIS
3
Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis.
B3 DT1
Menulis ayat dalam perenggan.
EVIDENS
B3 DT1 E1
Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan
AKTIVITI
Guru mengedarkan petikan
PENTAKSIRAN Guru meminta murid-murid melengkapkan perenggan dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Berdasarkan ayat isi-isi yang diberikan di bawah, bina satu perenggan dengan
menggunakan penada wacana yang sesuai.

Sikap Pemandu menyebabkan Kemalangan

Jalan Raya
Pemandu tidak berhemah pemandu berhemah
Pemandu bersikap gopoh
Pemandu bersikap cuai
Pemandu tidak bertanggungjawab

__________________________________________________________

_____________________________________________________ ____

BAND 4
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENDENGAR DAN BERTUTUR

4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

B4 DL1
Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi
EVIDENS
B4 DL1 E1
Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan
dalam perbincangan
AKTIVITI
Bahan
PENTAKSIRAN
Petikan kemalangan jalan raya

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Langkah Pentaksiran
Guru mengemukakan satu isu untuk dibincang.
Guru minta pandangan murid tentang isu tersebut
(cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya)
Murid berbincang dalam kumpulan tentang isu cara mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya
Pelapor setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan.pelajar lain
diminta memberi respons terhadap laporan rakan.
Penilaian lisan kepada pelapor dari setiap kumpulan dan pelajar yang memberi
respons.
ITEM CONTOH Faktor kemalangan jalan raya
Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat setiap tahun. Kemalangan jalan raya berlaku di mana-mana sahaja.
Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku pada musim-musim perayaan.
Kemalangan jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali
membawa kematian dan kecacatan kepada sebilangan pengguna jalan raya di
negara
kita.
Tragedi ini berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utama yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya
itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya
walaupun undang-undang ditetapkan. Sebagai contoh, penggguna jalan raya tidak
mematuhi peraturan had laju. Selain itu, sesetengah pengguna jalan raya tidak
mematuhi lampu isyarat kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi masingmasing.
Seterusnya, sikap pengguna yang tidak berhati-hati juga menjadi faktor
berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu seharusnya menumpukan sepenuh
perhatian semasa memandu. Malangnya, terdapat ramai pemandu yang tidak
menumpukan perhatian samasa memandu. Contohnya, ada antara mereka yang
menggunakan telefon bimbit atau berbual-bual semasa memandu dan kebanyakan
mereka juga tidak mematuhi papan tanda. Mereka juga tidak berfikir bahawa
pengubalan peraturan dan undang-undang jalan raya adalah untuk keselamatan
mereka.
Selain itu, hampir semua pengguna jalan raya pada masa kini mementingkan diri
sendiri. Mereka tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain
semasa memandu. Mereka memandu dengan laju dan memotong sesuka hati
tanpa memirkirkan akibatnya. Contohnya, semasa kesesakan jalan raya ada
pengguna yang memotong barisan kenderaan lain yang telah lama beratur panjang.
Kesannya, kesesakan jalan raya semakin bertambah dan perselisihan faham antara
penggguna
jalan
raya
akan
berlaku.
Pengguna yang menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan juga
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, kebanyakan
remaja yang melakukan aktiviti berlumba haram. Golongan ini tidak menghargai
nyawa sendiri dan boleh mengancam nyawa orang lain. Seterusnya, sikap
pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa juga turut menyumbang
berlakunya kemalangan jalan raya. Lumrahnya, pemandu kendaraan awam dan
pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori akan bersikap sedemikian. Terdapat
pemandu yang menukar laluan sesuka hati, memotong dan menghimpit kenderaan
lain. sikap kasar dan tidak bertimbang rasa ini perlu dihindar untuk mengelakkan
kemalangan
berlaku.
Oleh itu, semua pengguna perlulah mengubah sikap mereka untuk menjamin
keselama tan diri sendiri dan orang lain. Akhir sekali , pengguna diseru agar
sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya bak kata pepatah "biar lambat
asal selamat"

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Kad Inventori Lisan/Perbincangan

Bil Soalan
1 Adakah murid memahami tajuk yang dibincangkan
2 Adakah murid dapat mengemukakan hujah/ pendapat
dengan logik
3 Adakah murid dapat memberikan contoh yang sesuai untuk
menyokong hujah
4 Adakah murid memberikan respon secara tertib dan
bersopan?(misalnya perkenalkan diri,memberi salam
meminta izin dan bertutur dengan sopan)

BAND 4
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MEMBACA
4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis .
B4 DB1:
Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B4 DB1 E1:
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.
AKTIVITI
Langkah Pentaksiran
PENTAKSIRAN
Murid MESTI print satu set novel/komsas
Murid diminta untuk mendeklamasikan PANTUN tersebut.

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara
spontan mengikut masa yang ditetapkan.
Pelajar MESTI printPantun Dua Kerat (Nasihat)
Nota komsas sila print
CONTOH ITEM (a) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara negatif?
(b) Nyatakan DUA perkara negatif yang terdapat dalam pantun di atas.

BAND 4
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MEMBACA
4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis
B4 DB1
Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan
EVIDENS
B4 DB1 E1
Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
AKTIVITI
Bahan
PENTAKSIRAN Langkah Pentaksiran
Murid MESTI print satu set novel/komsas

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Murid diminta untuk mendeklamasikan SYAIR tersebut.

Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara
spontan mengikut masa yang ditetapkan.
Pelajar MESTI print SYAIR POHON BULUH
Nota komsas sila print
Langkah Pentaksiran:
Murid membaca petikan yang dirujuk mengikut masa yang ditetapkan.
Berdasarkan dua soalan yang dibaca oleh guru, murid menulis jawapan secara
spontan mengikut masa yang ditetapkan.
CONTOH ITEM 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah keadaan sesuatau negara jika rakyat
tidak ersatu-padu?
2. Berdasarkan syair di atas, nyatakan DUA bukti yang menunjukkan asas
kekuatan ikatan pohon buluh.

BAND 4
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

MENGUASAI

MENULIS
4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis .
B4 DT1:
Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.
B4 DT1 E1:
Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk.

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

AKTIVITI
Langkah Pentaksiran
Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan untuk menulis
PENTAKSIRAN
kerangka karangan berdasarkan tajuk yang diberikan
Murid diminta menulis kerangka karangan masing-masing.
CONTOH
ITEM
Tajuk:

Contoh kerangka karangan:

Karangan perlu mengandungi tiga perkara iaitu:
PENDAHULUAN
ISI
KESIMPULAN
Bina kerangka karangan tentang tajuk yang berikut.
Tajuk: KEBAIKAN MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Pendahuluan:
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Isi-isi
Isi 1:
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Isi 2
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Isi 3
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Isi 4
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________Pen
utup
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
___________________________________________________________________

BAND 4
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

MENGUASAI

MENULIS
4
Menulis sajak
B4 DT1:
Menulis sajak
B4 DT1 E2:
Menulis idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

AKTIVITI
Langkah Pentaksiran
PENTAKSIRAN Guru mengemukakan contoh perenggan karangan yang lengkap.
Guru meminta murid menulis satu perenggan isi penting yang mengandungi idea
utama dan idea sokongan.
Tulis sajak yang bertemakan perpaduan
CONTOH
ITEM

Menulis
Band
5

B5DL1E1
Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang

sesuai dan ayat yang gramatis.

Tulis sebuah karangan yang panjang lebih daripada 180 patah
perkataan. Gunakan kerangka karangan di bawah untuk menghasilkan
sebuah karangan yang lengkap.
MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________
Pengorbanan

ibu

bapa

dalam

Tingkatan: ___________

membesarkan

anak-anak

tidak

Tarikh:
ternilai

harganya. Justeru, sikap menghargai pengorbanan ibu bapa haruslah dimiliki

oleh anak-anak. Bincangkan cara-cara untuk membalas pengorbanan keduadua orang ibu bapa.
Pendahuluan

Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harga anak-anak wajar membalas jasa
ibu bapa sebagai tanda terima kasih.

Isi-isi penting

Belajar dengan bersungguh-sungguh

- tanggungjawab belajar dengan bersungguh-sungguh membuat kerja
sekolah, ke kelas tuisyen dan ulang kaji pelajaran
Sentiasa menghormat ibu bapa
- mendengar nasihat ibu bapa patuh akan nasihat ibu bapa
- bercakap dengan lemah lembut dan berbudi bahasa
Membantu ibu bapa di rumah
- luangkan masa membantu ibu bapa pada waktu yang diperlukan
- meringankan tugas mereka dan merapatkan hubungan kekeluargaan
Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
- sebagai tanggungjawab anak soleh
- doa sebagai ikthiar membalas jasa ibu bapa

Penutup

Tanggungjawab membalas jasa dilakukan dengan ikhlas dab penuh kasih

saying syurga di bawah tapak kaki ibu

__________________________________________________________________________________

B5DB1E1

Menulis kerangka penulisan, idea utama dan idea sokongan

berdasarkan sesuatu tajuk dalam perenggan dengan betul.

Tulis kerangka penulisan berdasarkan tajuk tersebut dengan
betul.
Anda telah mengikuti suatu perkhemahan dianjurkan oleh pihak sekolah.
Tiba-tiba berlaku peristiwan yang mencemaskan anda dan para peserta yang
lain. Ceritakan pengalaman anda itu sepenuhnya.
Pendahuluan

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

______________________________________________________________________________
________________________________

________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

______________________________
______________________________________________________________________________
__________________________
______________________________________________

Idea utama dan idea sokongan

______________________________________________________________________________
_____________

___________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________

______________________________
______________________________________________________________________________
___________________________________________

_____________________________
______________________________________________________________________________
________________________

________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________
__________________________________________________

Penutup:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Menulis
Band
5

B5DB1E1

Menulis kerangka penulisan idea utama idea sokongan berdasarkan

sesuatu tajuk dalam perenggan betul.

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________
Tulis

surat

kiriman

rasmi

yang

Tingkatan: ___________
panjangnya

daripada

Tarikh:
180

patah

perkataan. Gunakan kerangka karangan di bawah untuk menulis surat

kiriman rasmi tersebut.
Pak cik anda di kampung telah mamaklumkan bahawa nenek anda sedang
sakit tenat dan telah dimasukkan ke hospital. Anda dan keluarga terpaksa
pulang ke kampung untuk menziarahi nenek. Tulis sepucuk surat kepada guru
kelas untuk memberitahu tentang ketidakhadran anda itu.
Pendahuluan

Alamat pengirim, alamat penerima dan tarikh

Tajuk surat

Isi-isi penting

Menyatakan tujuan menulis surat

- Memberitahu tidak dapat datang ke sekolah beberapa hari
Jelaskan keadaan nenek
- Telah dua minggu sakit tenat sakit angin ahmar
- Harapan untuk sembuh sangat tipis
Akan pulang setelah keadaan mengizinkan
- Berjanji akan mengulang kaji pelajaran yang tertinggal
- Akan merujuk kawan tentang latih dan nota yang tertinggal

Penutup

Memohon maaf
Ucapan terima kasih

_________________________________
_________________________________
_______________________________
Guru kelas,
Tingkatan Satu ________________
SMK _____________
_______________________
_______________________
__________________

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

______________
Tiidak Dapat Hadir ke Sekolah
_______________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih
Yang benar,
__________________
(

Pelajar Tingkatan Satu ____________

SMK ____________

BAND 5
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

MENGUASAI

MENULIS
5
Memproses dan menyampaikan maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca
dan ditulis.
B5 DT1
Mengolah maklumat secara bertulis
B5 DT1 E1

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

CONTOH ITEM

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan
ayat yang gramatis.l
Bahan: SEDIAKAN SATU KERTAS KAJANG
Menulis karangan berbentuk syarahan
Langkah pentaksiran:
Murid meneliti dan memahami isi yang dibicangkan.
Murid menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting yang telah
dibincangkan dalam tempoh masa yang ditentukan.
Kamu telah dipilih mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan ialah
Kepentingan Pengurusan Masa Secara Berkesab. Sediakan teks syarahan
kamu selengkapnya.

BAND 6
KEMAHIRAN
BAND

MENDENGAR DAN BERTUTUR

6

PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

MENGUASAI

B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam
perbincangan secara rasional
BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

EVIDENS

B6 DL1 E1
Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang
sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.
AKTIVITI
BAHAN
PENTAKSIRAN Bahan Rangsangan / Gambar
Guru meminta murid melihat kepada contoh-contoh tempat menarik.
Guru meminta murid menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di
Sarawak / di bandar yang mereka diami.
Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi
membantu murid untuk menjawab secara lisan.
Guru meminta pelajar menyatakan tempat-tempat menarik di Malaysia / di
Sarawak / di bandar yang telah mereka lawati.
Murid diminta untuk menghuraikan dan membandingkan daya tarikan di
tempat menarik yang mereka lawati.
Contoh soalan rangsangan:
Ceritakan apa yang anda lihat di tempat menarik tersebut?
Adakah daya tarikan tersebut terdapat di tempat lain?
Apakah perbezaannya dengan tempat lain?
Mengapakah tempat tersebut menarik bagi anda?
CONTOH ITEM

CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN

BIL
Soalan
1

Adakah murid itu memahami tajuk yang

dibincangkan?

Adakah murid itu mengemukakan hujah

/pendapat secara logik?

Adakah murid itu memberikan contoh yang

sesuai untuk menguatkan hujah?

/ X

BAND 6
KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

PERNYATAAN
STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

DESKRIPTOR

B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai
bahan

EVIDENS

B6 DB1 E1
Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam bahan

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Bahan:
Teks Dialog
Langkah Pentaksiran:

Murid menjawab soalan guru tentang teks dialog tersebut

Berdasarkan teks dialog tersebut, murid membuat ramalan tentang kesan

buruk jika kebersihan dan keceriaan sekolah tidak dijaga.

CONTOH ITEM

Ref: Teks Dialog, ms 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Khairi: Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama. Mudah-mudahan kita
dapat saling membantu, bagai aur dengan tebing.
K Kevin: Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudahmudahan kita
dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik.
Mohan: Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak
kemudahan.
Khairi: Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal komputer, makmal
sains dan kedai koperasi.
Safiq: Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas menghijau. Pokok-pokok
bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah
kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah
kita.
Kevin: Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba,
taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam
ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas.
Khairi: Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada
berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin
dan tilapia.
Mohan: Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama.
Khairi: Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu.

BAND 6
KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

PERNYATAAN
STANDARD

Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

DESKRIPTOR

B6 DB1
Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai
bahan

EVIDENS

B6 DB1 E2
Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Bahan:
Teks dialog
Langkah Pentaksiran:

Murid diminta menjelaskan kebaikan berbelanja secara berhemat.

CONTOH ITEM

Murid diminta menjelaskan kesan berbelanja secara tidak berhemat.

Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

SYAHIDA : Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin
Yee?
SHIN YEE : Shin Yee di sini, Syahidakah itu?
SYAHIDA : Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap?
SHIN YEE : Mustahil saya tidak mengenali suara rakan karib saya.
Ada apa-apa yang boleh saya tolong?
SYAHIDA : Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit
kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke
kedai
koperasi sekolah.
SHIN YEE : Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran
daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang
hendak awak beli di kedai koperasi sekolah?
SYAHIDA : Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis.
SHIN YEE ; Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita
sahaja?
SYAHIDA : Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi
sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan
pula, kita
ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan
sokongan kepada
kedai koperasi sekolah kita.
SHIN YEE : Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan
koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya
juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan.
SYAHIDA : Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar
lagi. Terima kasih.
SHIN YEE : Terima kasih kembali.

BAND 6
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENGUASAI

MENULIS
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.
B6 DT 1:
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

EVIDENS

B6 DT1 E1:
Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.
AKTIVITI
Bahan
PENTAKSIRAN Sila printSajak Umpama Sehelai Daun
Langkah Pentaksiran
Guru menyuruh murid PRINT Sajak SAJAK UMPAMA SEHELAI DAUN
Guru meminta murid menulis ungkapan-ungkapan menarik yang terdapat dalam
pantun di papan tulis.
Guru meminta murid membina ungkapan menarik berdasarkan contoh yang telah
disenaraikan.
Guru menyuruh murid menghasilkan sekurang-kurangnya tiga rangkap pantun
empat kerat bertemakan alam semula jadi menggunakan ungkapan menarik yang
telah dibina.
Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan SAJAK yang ditulis.
Murid-murid lain diminta memberikan komen.
Contoh Kad Inventori SAJAK
CONTOH
ITEM

BIL

Soalan

/ X

Rima akhir rangkap 1,2,3,4 ialah baba

3 5 patah kata sebaris.

8 12 suku kata sebaris.

Nilai sajak mempunyai kerajinan

Sekurang-kurangnya 2 unsur gaya bahasa

seperti inversi, Penggunaan kata bahasa
arab, simile, asonansi, dan aliteransi.

Tema sajak ialah amalan yang baik dalam

kehidupan.

Mengandungi nilai dan pengajaran.

BAND 6
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR

MENGUASAI

MENULIS
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.
B6 DT 1:

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

EVIDENS
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.
B6 DT1 E2:
Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh.
Bahan
Contoh Penulisan Karangan

CONTOH
ITEM

Kita kerap membaca berita tentang keruntuhan akhlak remaja yang

disiarkan dalam akhbar-akhbar utama. Berita ini amat membimbangkan kita
kerana remaja merupakan aset negara pada masa depan. Keruntuhan akhlak
remaja ini disebabkan oleh beberapa punca yang tertentu.
Remaja yang runtuh akhlak lazimnya kurang mendapat perhatian daripada
ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja. Oleh itu, mereka
tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak. Akibatnya, anak-anak yang
terbiar ini bercampur serta terpengaruh dengan budak-budak nakal dan akhirnya
menjadi liar.
Punca lain yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh
media massa. Kini, terdapat majalah dan laman web yang menyiarkan bahanbahan lucah. Jika tidak dikawal, remaja akan terpengaruh dan cenderung
meakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Selain itu, jawatankuasa belia dan penduduk kurang menyediakan aktiviti
yang berfaedah untuk remaja, misalnya aktiviti silat, kompang dan sebagainya.
Oleh sebab tiada aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa, mereka lebih
cenderung terlibat dengan aktiviti negatif.
Terdapat juga remaja yang runtuh akhlaknya kerana desakan hidup. Wang
mereka tidak mencukupi kerana keluarga mereka miskin. Walau bagaimanapun,
mereka ingin memenuhi keperluan hidup seperti remaja lain, misalnya memakai
kasut yang mahal dan memiliki telefon bimbit. Untuk memenuhi keperluan ini,
mereka mudah terlibat dalam kegiatan mencuri dan merompak.
Semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung salah laku dalam
kalangan remaja. Para remaja perlu dibimbing agar mereka melakukan perkara
yang berfaedah. Hal ini demikian kerana remaja menjadi tonggak kejayaan negara
pada masa depan.

BAND 6
KEMAHIRAN
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR
MENGUASAI

MENULIS
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan
ditulis.
B6 DT 2:
BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Nama: __________________________________
___________

Tingkatan: ___________

Tarikh:

Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

EVIDENS
B6 DT2 E1:
Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam
sesebuah penulisan.
AKTIVITI
Bahan
PENTAKSIRA Hasil penulisan murid.
N
Apabila kita sebut perpustakaan, terbayang di ruang mata
tentang susunan buku-buku yang cantik dan kemas. Terbayang juga
rakan-rakan kita yang tekun menelaah buku yang ada di situ. Semua
kemudahan di sediakan untuk kita.
Bagi yang ulat buku perpustakaan adalah tempat untuk
menimba ilmu. Hasil pembacaan, ilmu pengetahuan kita akan
bertambah baik dalam bidang sain, agama, mahupun kebudayaan.
Segala pengetahuan boleh dimenfaatkan dalam pembelajaran di
kelas. Bagi mereka yang tidak berwang untuk membeli buku, elok
benarlah memanfaatkan di perpustakaan. Di perpustakaan, terdapat
akhbar, majalah, buku. Cara ini boleh menjimatkan wang kerana
mereka tidak perlu membeli buku untuk menambahkan
pengetahuan.
Mengunjungi perpustakaan, bermakna kita memanfaatkan
masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin kita hanya akan cangkul
angin atau bagai mencincang air sahaja. Sebagai jenerasi pewaris
Negara, setiap detik perlu digunakan dengan sebaiknya, bukan
dengan melakukan aktiviti yang tidak sihat.
Sebenarnya perpustakaan merupakan tempat mencari
hiburan yang sihat. Walau bagaimanapun kita boleh membaca buku
cereka seperti novel, yang kita gemari. Sesudah membaca, tentu
saja hati kita berasa puas dan terhibur, menyebabkan minda kita
merasa tenang. Suasana pembacaan yang tenang dan persekitaran
yang menarik meransang kita untuk terus membaca. Jika dirumah,
mungkin rumah kita sempit, panas, dan terdengar suara yang riuhrendah. Apabila kita rajin mengulangkaji pelajaran, kita akan tajam
hati.
Kesimpulannya, kita perlulah memanfaatkan perpustakaan
yang ada di sekolah kita. Dari melakukan pekerjaan yang sia-sia,
bagai menghitung bulu kambing, lebih baik kita ke perpustakaan.
Langkah Pentaksiran
Murid membaca karangan yang disediakan
Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang
terdapat dalam karangan tersebut.

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

TANDATANGAN GURU

Vous aimerez peut-être aussi