Vous êtes sur la page 1sur 18

1.

PENGENALAN

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak
balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan.
Manakala

rangsangan

pula

adalah

apa

sahaja

bentuk

tenaga

yang

menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di


antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan
dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.
Pembelajaran yang

berlaku kerana

perkaitan di

namakan

pelaziman

manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan


pelaziman klasik (Sapora Sipon, 2011).
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid
mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat
tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat
tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat
bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara
rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku akibat dua
rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol
dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak,
mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan
atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.

2.0 LATARBELAKANG TOKOH


Terdapat dua orang tokoh yang mempunyai kaitan yang rapat dalam teori pelaziman klasik
ini. Tokoh tersebut ialah Ivan Pavlov (1849-1963) dan J.B Watson (1878-1958). Ivan Pavlov
merupakan pengasas bagi teori ini manakala, J.B Watson merupakan individu yang
menggunakan teori ini dalam menjalankan eksperimen beliau.

Ivan Pavlov (1849-1963) merupakan orang pertama yang memperkenalkan fenomena


pelaziman klasik. Beliau ialah seorang ahli fisiologi dan ahli fizik. Pada tahun 1879, beliau
telah mendapat gelaran doktor falsafah. Beliau telah dianugerahkan nobel bagi kategori
fisiologi dalam bidang psikologi kepada konsep pelaziman klasik yang menjadi rujukan
pengkaji sehingga masa kini.

Tercetusnya idea bagi teori pelaziman klasik ini adalah apabila Ivan Pavlov memerhati
bagaimana seekor anjing memberi tindakbalas terhadap serbuk daging/ makanan yang diberi
kepada anjing itu dengan sesuatu bunyi. Ivan Pavlov mengaitkan proses ini dengan peranan
air liur dan proses penghadaman anjing itu. Oleh itu, Ivan Pavlov terus membuat kajian dan
eksperimen tentang perkaitan antara anjing, makanan dan bunyi.

J.B Watson (1878-1958) merupakan major dalam bidang psikologi dan minor dalam
falsafah dan neurologi. Beliau mendapat ijazah kedoktoran. Watson telah menerbitkan artikel
psychology as the behaviorist view it. Pada awal pengkajian beliau adalah kajian mengenai
mental. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Pavlov. Beliau juga
merupakan orang pertama yang mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah
laku manusia (Sapora Sipon, 2011).
2

Eksperimen Watson yang mempunyai kait rapat dengan teori pelaziman klasik ini
adalah eksperimen Little Albert dan tikus putih. Eksperimen ini menunnjukkan bahawa
perasaan takut atau fobia boleh timbul melalui pengalaman yang pernah dialami seseorang.
Perkara ini seperti pengalaman pahit yang memberi kesan yang mendalam terhadap
seseorang sehingga menimbulkan rasa takut atau fobia terhadap sesuatu.

3.0

PROSES-PROSES ASAS DALAM PELAZIMAN KLASIK

3.1 Penghapusan
Kaedah penghapusan ada kaitan yang kuat dengan prinsip kelaziman klasik.
Perasaan takut atau fobia yang dirasakan oleh seseorang klien itu
kemungkinan datang daripada pendedahan suatu kejadian yang dahsyat
dalam pengalamannya. Dalam pelaziman klasik, rangsangan bentuk negatif
yang berlaku selari dengan perasaan takut yang memang sudah wujud
dalam diri klien akan menjadi peneguhan tingkahlaku terlazim. Seterusnya,
apabila klien berhadapan dengan keadaan lain yang mempunyai ciri serupa,
rangsangan terlazim itu boleh menghasilkan atau menjelmakan perasaan
takut, tegang & fobia (Mohd Makzan Musa, 2015.)
Contohnya, seseorang individu menaiki kereta, tindakan ini merupakan
rangsangan yang neutral kerana menaiki kereta hanya satu cara untuk
sampai ke satu destinasi. Tetapi, apabila satu perjalanan itu boleh
mendatangkan

rasa

cemas

dan

menjejas

perasaan

individu

yang

mendatangkan rangsangan baru yang dinamakan rangsangan tak terlazim.


Dalam contoh ini, kereta akan tidak mengalami sebarang kemalangan jika
pemandunya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan
jalanraya. Namun, bagi individu yang mempunyai perasaan dan pengalaman
lampau, gandingan rangsangan baru ini yang tidak dijangkakan akan
menghasilkan perasaan kecemasan. Gandingan ini telah menukar keadaan
menjadi

rangsangan

yang

mengalami fobia apabila

terlazim.

Individu

tersebut

akan

sentiasa

berhadapan dengan keadaan yang serupa.

Ketakutan ini akan menghalang individu tersebut menaiki kereta atau


kenderaan yang serupa dengan kereta.
3.2 Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu
rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
Dalam kajian terhadap anjing didapati anjing tersebut hanya bertindak balas
apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain dari
loceng, Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,
anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh
berbeza daripada loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air
liur. Ini menunjukkan bahawa organisma berkenaan dapat membezakan atau
mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakandan memilih untuk
tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organism berkebolehan
untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada
rangsangan yang lain (Rozmi Ismail, 2011)
4

Contohnya, kanak-kanak yang selalu berlari-lari ke pintu bila


mendengar

bunyi

kereta,

walaupun

bunyi

kereta

jiran

sebelah.

Dia

menyangka ibunya yang pulang tetapi lama kelamaan anak tersebut akan
dapat membezakan antara bunyi kereta ibunya dengan bunyi kereta yang
lain. Dia hanya berlari-lari ke pintu apabila betul-betul mendengar bunyi
kereta ibunya. Jadi dalam hal ini diskriminasi rangsangan telah berlaku.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa jika keserupaan rangsangan yang baharu
dengan terlazim yang asal adalah sedikit maka lebih tinggi diskriminasi
rangsangan.

Rajah 1.0
5

Rajah 1.0 menerangkan tentang tindak balas anjing terhadap bunyi loceng
dan makanan dalam situasi sebelum, semasa dan selepas pelaziman. Pada
akhir eksperimen, anjing itu didapati memberi rangsangan atau tindak balas
terhadap bunyi loceng dengan mengeluarkan air liurnya.
3.3 Penguasaan

Penguasaan adalah bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak


balas atau respon baru berlaku dengan cara berperingkat-peringkat. Dengan
lebih kerap organisma itu mencuba, jadi semakin kukuh penguasaan
berkenaan ke atas dirinya sendiri.
Dalam teori pelaziman klasik ini penguasaan memberikan
pembelajaran yang baik dalam sesuatu organisma untuk menjalani satu
proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak
balas individu dapat dibina untuk menghasilkan tingkah laku yang kekal.
Dalam pendekatan tokoh-tokoh seperti Pavlov dan Watson berpendapat
bahawa penguasaan ini adalah satu tingkah laku yang diperhatikan, dikawal
dan diramal. (Othman Mohamed,2013). Hal ini demikian kerana dalam
penguasaan sesuatu perkara pembelajaran semula perlu dipraktikkan kerana
pembelajaran itu hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap
sesuatu rangsangan yang diberi.
Teori pelaziman klasik ini adalah tentang tingkah laku pembelajaran
yang dipelopori oleh Ivan Pavlov (1849-1936) yang mengkaji fungsi
pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air
6

liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan juga
menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan
pada keadaan yang berbeza. Dalam melakukan cara yang diinginkan beliau
sedar bahawa anjing itu akan mengeluarkan air liur sebelum makanan
sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur
dengan aktiviti perut. Ivan Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat
mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal bagi pelaziman klasik
adalah melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Dalam eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, beliau telah
menggunakan prinsip penguasaan iaitu penguasaan anjing untuk bergerak
balas dalam sesuatu perkara secara berperingkat-peringkat. Eksperimen
yang dilakukan Pavlov telah membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum
beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan
sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian, Pavlov memberikan
makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur.
Makanan tersebut sebagai rangsangan tidak terlazim kerana menghasilkan
gerak balas rembesan air liur secara automatik. Rembesan air liur ini disebut
sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada
pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan
dengan perembesan. Bunyi

loceng

yang dibunyikan itu

hanya

satu

rangsangan neutral kerana ianya tidak menghasilkan sebarang gerak balas.


Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan
terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya, anjing itu
7

mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi
menerima makanan. Dengan itu, bunyi loceng disebut rangsangan terlazim
kerana ia boleh menyebabkan rembesan. Gerak balas terhadap bunyi
disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang
sama seperti makanan. Dengan itu, setiap rangsangan yang diterima akan
menimbulkan suatu gerak balas. Kaitan yang dilakukan antara rangsangan
dengan gerak balas boleh diperkukuhkan malalui latihan seterusnya
pengesuaan sesuatu benda secara berperingkat-peringkat (Mahmood &
Nazar Mohamed, 2014).

KAJIAN PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV

Bunyi loceng
(rangsangan
terlazim)

Tiada gerak balas

Rajah 2.0 Situasi 1 : Sebelum pelaziman

Situasi 1 menerangkan tentang situasi sebelum berlakunya pelaziman.


Apabila loceng dibunyikan (rangsangan terlazim), tiada gerak balas terhadap

sesuatu. Sebagai contoh, anjing yang tidak dilatih tidak akan bertindak balas
apabila seseorang membunyikan loceng.

Loceng
(rangsangan
terlazim)

Makanan
(rangsangan
tak terlazim)
Air liur
(gerak
balas
terlazim)

Rajah 3.0 Situasi 2 : Semasa Pelaziman

Seterusnya, situasi 2 pula menerangkan tentang situasi semasa berlakunya


pelaziman. Apabila loceng dibunyikan(rangsangan terlazim) dan makanan
juga disediakan (rangsangan tak terlazim), Maka, akan berlakunya tindak
balas terhadap sesuatu. Sebagai contoh, anjing yang dilatih akan bertindak
balas dengan mengeluarkan air liurnya apabila seseorang membunyikan
loceng sekaligus menyediakan makanan.

Bunyi loceng
(Rangsangan terlazim)
Tindakbalas

Air liur
(gerak balas terlazim)

Rajah 4.0 Situasi 3: Selepas pelaziman


Akhir sekali,Situasi 3 menerangkan tentang situasi semasa
berlakunya selepas pelaziman. Apabila loceng dibunyikan (rangsangan
terlazim) akan berlakunya tindak balas terhadap sesuatu. Contohnya, anjing
yang

sudah

dilatih

dengan

bunyi

loceng

apabila

seseorang

ingin

memberikannya makanan, maka air liur anjing akan bertindak balas setiap
kali

seseorang

membunyikan

loceng

walaupun

seseorang

itu

tidak

mempunyai makanan.
3.4 Pemulihan Spontan
Adalah kewujudan semua tindak balas yang telah dihapuskan selepas suatu
jangka masa rehat. Namun begitu tindak balas tersebut adalah lemah
berbanding dengan peringkat perolehan. Kalau dalam contoh eksperimen
10

Pavlov, air liur yang dikeluarkan oleh anjing adalah sedikit atau berkurangan.
Ini menunjukkan bahawa penghapusan hanya menekan tindak balas terlazim
dan tidak melenyapkannya semua sekali (Ruhaya Hussin, 2011).
Pemulihan spontan dapat menolong menjelaskan mengapa sukar
untuk mengatasi penagihan dadah. Contohnya, penagih kokain yang
dianggap telah bebas dadah mungkin akan mengalami desakan untuk
mengambil semula apabila berhadapan dengan rangsangan yang berhubung
rapat dengan dadah tersebut seperti serbuk putih.

3.5 Generalisasi (pelaziman emosi)

Generalisasi ialah berkebolehan sesuatu rangsangan yang seakan sama


dengan rangsangan terlazim untuk menghasilkan gerak balas yang terlazim.
Organisma yang dihasilkan semasa menjalani proses pembelajaran akan
dipengaruhi untuk memberi gerak balas yang sama atau seakan-akan sama
dengan rangsangan yang seakan sama dengan rangsangan terlazim.
Sebagai contoh air liur anjing sesuatu organisma yang terlazim dengan
dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim juga akan menghasilkan
gerak balas terlazim walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama
iaitu nada loceng yang berlainan. Dengan kata lain organisma dapat
membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama
mungkin diikuti dengan gerak balas (Othman Mohamed, 2013).

11

Selain itu, sebagai contoh lain yang dialami oleh sekeliling kita ialah
tentang tekanan hidup dan perasaan marah. Kita sebagai manusia biasa
sentiasa

menghadapi

tekanan

dengan

sekeliling

kita

dan

ia

akan

menimbulkan perasaan marah. Apabila masalah yang tidak dapat dielakkan


akan menimbulkan reaksi marah di sesuatu tempat dan tidak mengawalnya,
maka perasaan marah akan timbul di mana-mana tempat seperti tempat
awam atau rumah sendiri jika dia menghadapi tekananan walaupun tekanan
yang berbeza. Perasaan marah itu adalah satu perasaan atau tingkahlaku
terlazim dalam diri seseorang tersebut.
Walaubagaimanapun, rangsangan-rangsangan lain boleh
menimbulkan gerak balas terlazim mungkin tidak dapat menghasilkan gerak
balas yang sama instensitinya jika dibandingkan dengan rangsangan
terlazim yang asal. Kekuatan gerak balas terlazim bergantung kepada
kesamaan rangsangan dengan rangsangan terlazim yang asal (Rozmi Ismail,
2011).

4.0

MENGAPLIKASIKAN PRINSIP PELAZIMAN TERHADAP TINGKAH

LAKU MANUSIA

Walaupun eksperimen awal pelaziman dijalankan dengan haiwan,


namun prinsip pelaziman klasik didapati dapat menerangkan banyak aspek
tingkah laku manusia. Contohnya, kita merasa lapar kerana ternampak

12

papan tanda restoran semasa memandu di lebuhraya. Ini adalah kerana


restoran dikaitkan dengan makanan yang terdapat di dalamnya (rangsangan
tidak terlazim) memyebabkan papan tanda restoran menjadi rangsangan
terlazim yang menghasilkan respons atau tindak balas terlazim iaitu rasa
lapar (Rozmi Ismail, 2011).
Tindak balas emosi juga dipelajari melalui proses pelaziman klasik.
Contohnya, ramai daripada kita yang takut kepada tikus, labah-labah dan
haiwan-haiwan lain sedangkan haiwan-haiwan tersebut tidaklah berbahaya
hal ini kerana berlakunya pelaziman klasik iaitu mungkin ada di antara kita
pernah mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan berkaitan
dengan haiwan-haiwan tersebut. Oleh itu timbul perasaan takut untuk
mendekati haiwan tersbut.

Perkara ini berkait rapat dengan eksperimen

yang dijalankan oleh Watson terhadap Little Albert dan tikus putih (Rozmi
Ismail, 2011).

Rangsangan
balas

Gerak

Tikus putih

Tidak takut

Bunyi kuat (semula jadi)

Takut

(semula

jadi)
Binatang bulu putih

cuba uji

Takut

13

+
Bunyi yang kuat

ulang beberapa kali

Binatang bulu putih


(gerakbalas terlazim)

Takut

(rangsangan yang terlazim)

Rajah 5.0 : Pelaziman Emosi Watson

5.0

PERANAN PELAZIMAN KLASIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Dalam kehidupan sehari-hari, kita cuba mengaitkan rangsangan yang neutral


dengan perkara-perkara tertentu. Misalnya, bunga kita kaitkan dengan
romantik, bau minyak wangi menyebabkan kita merasa seronok kerana
dikaitkan dengan kekasih, dan seumpamanya. Tegasnya, rangsangan neutral
dikaitkan dengan orang, objek, lokasi, situasi, atau malahan perkataan
tertentu, dan membentuk suatu kuasa untuk membentuk perasaaan yang
sama seperti rangsangan yang asal. Berikut merupakan contoh-contoh lain.

Apabila merasa gerun terhadap cabutan gigi yang sakit, kita juga
merasa gerun apabila melihat bilik menunggu di klinik, kerusi

dentis, jarum, malahan bangunan klinik gigi.


Di kalangan penagih dadah yang telah sembuh, biasanya mereka
mengulang kembali tingkah laku penagih dadah apabila adanya
14

tanda saran-tanda saran di persekitaran yang dikaitkan dengan

sebab pengambilan dadah sebelumnya.


Ahli-ahli perniagaan yang menjamu pelanggannya di kedai
makan mewah mungkin berharap dapat melihat hati pelanggan
terhadap barangan mereka, sama seperti tertariknya pelanggan
dengan keadaan tempat makan dan makanan mewah tersebut
(Nazir Mohamed, 2014).

6.0

PANDANGAN SEMASA MENGENAI PELAZIMAN KLASIK

Mulai tahun 1960-an, prinsip-prinsip asas pelaziman klasik asal yang


dikemukakan oleh Pavlov mula diteliti semula, dan beberapa kajian terperinci
telah

dilakukan.

Sebahagian

daripada

hasilnya

menunjukkan

bahawa

pelaziman klasik sebenarnya lebih kompleks daripada apa yang pernah


dicadangkan sebelum ini. Antaranya ialah peranan kognitif dan predeposisi
(sifat semula jadi) biologi adalah penting dalam pelaziman klasik.
1. Peranan kognitif. Mengikut pendekatan kognitif, unsur yang
kritikal dalam pelaziman klasik bukanlah gandingan/kaitan yang
berulang-ulang antara rangsangan terlazim dengan rangsangan
tak

lazim,

tetapi

adalah

sama

ada

rangsangan

terlazim
15

(sebelumnya

merupakan

rangsangan

neutral)

menyediakan

maklumat yang membolehkan subjek/organisma meramalkan


kejadian/ kewujudan rangsangan tak lazim. Maksudnya, selepas
rangsangan neutral diberikan, adalah subjek boleh meramalkan
wujud atau tidak selepas itu rangsangan tak lazim. Sekiranya
subjek meramalkan bahawa rangsangan tak terlazim mengikuti
rangsangan terlazim, maka tingkah laku (tindakbalas terlazim)
akan terjadi. Ini berbeza dengan pandangan asal Pavlov yang
menyatakan

bahawa

menjadi

sebarang

rangsangan

neutral

rangsangan

boleh

terlazim

(Pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelazimanklasik).

2.

Predeposisi. Dalam kajian seterusnya oleh tokoh-tokoh lain,


mencadangkan bahawa manusia dan haiwan lain sentiasa
bersedia untuk mengaitkan hanya rangsangan tertentu dengan
konsekuen

tertentu.

Salah

satu

kesediaan

ini

adalah

kecenderungan untuk membentuk aversi rasa- pengelakan dan/


atau kebencian terhadap makanan yang dikaitkan dengan
16

ketidakselesaan atau menjijikkan. Maksudnya, manusia secara


semulajadinya

telah

membentuk

hubungan

atau

perkaitan

tersebut. Contohnya, manusia akan merasa mual apabila merasa


sesuatu makanan yang menjijikkan, rasa akan muntah apabila
melihat

benda

yang

menjijikkan

(Pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelazimanklasik).

7.0 KESIMPULAN
Huraian yang dikemukakan dalam kajian ini, menyebabkan kepada kita
bahawa teori pelaziman klasik boleh diterapkan dalam pelbagai program

17

pengajaran dan pembelajaran masa kini. Walaubagaimanapun, bentuk


pengajaran yang berteraskan pelaziman klasik adalah terlalu focus kepada
anjing, makanan dan bunyi loceng tersebut. Bentuk rangsangan dan gerak
balas telah ditentukan oleh loceng, bunyi tersebut dan makanan secara
terperinci dengan anjingtersebut telah memberi tindak balas dengan
mengeluarkan air liurnya. Kaedah ini telah menyebabkan anjing tersebut
peka dengan kehadiran bunyi dan makanan tersebut sekiranya berhampiran.

18

Vous aimerez peut-être aussi