Vous êtes sur la page 1sur 6

Lampiran C5

SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENTAULIAH


PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN
KEBANGSAAN (SKPK)
[NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD (NOSS)]
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
MAKLUMAT RINGKAS BIDANG PEMBANGUNAN NOSS
No. SebutHarga:JPK(S)400/16/005
Nama Bidang: AUTOMOTIVE DRIVER ASSESSOR 1-3
1. LATARBELAKANG BIDANG PEKERJAAN (Overview)
Malaysia yang bertambah maju memerlukan sistem pengeluaran lesen bermutu
selaras dengan perkembangan pesat pengangkutan jalanraya. Institut memandu dan
sekolah memandu serta sistem pengeluaran lesen yang dikendalikan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kepentingan besar pada orang ramai, di
samping sumbanganya terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Kenderaan bermotor, apa jua bentuknya sudah menjadi keperluan kepada semua
orang. Ini juga bermakna lesen memandu sudah menjadi keperluan untuk semua.
Bukan setakat mereka yang mampu tetapi juga pada sesetengah pekerjaan, memiliki
lesen memandu merupakan sesuatu yang mesti.
Industri Latihan Pemanduan, merujuk kepada proses melatih pemandu-pemandu
untuk ditauliahkan sebagai pemandu yang terlatih. Penilaian terhadap pemanduan
pula adalah untuk memastikan pelajar benar-benar mempunyai kemahiran memandu
yang tinggi. Perkara latihan dan penilaian ini tidak tertakluk hanya kepada pemandupemandu baru, malahan juga merangkumi proses latihan dan kompetensi untuk
memandu kenderaan perdagangan, awam atau naik taraf lesen berasaskan perbezaan
kelas kenderaan. Industri ini merujuk kepada penglibatan Institut Memandu dan
Sekolah Memandu sebagai pihak yang memberi perkhidmatan kepada rakyat yang
ingin belajar memandu dan mendapatkan lesen dan juga kepada Jabatan
Pengangkutan Jalan sebagai pihak yang melakukan pengujian dan menguruskan
perkara pelesenan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan.
Salah satu organisasi berkaitan iaitu Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS) telah banyak membantu JPJ dan pihak pengusaha memantapkan
rangka kerja sedia ada dan membantu menyediakan pelan penambahbaikan untuk
industri ini.
Bidang pekerjaan sebagai penilai pemanduan kenderaan samada jentera berat atau
kenderaan ringan amat penting dalam memastikan pemandu yang akan mendapat
lesen memahami cara pemanduan dengan selamat dan berhemah. Penilai yang

Lampiran C5
mempunyai kemahiran tinggi dapat memastikan pelajar mereka boleh memandu di
atas jalanraya kelak.
b. STRUKTUR PEKERJAAN (OCCUPATIONAL STRUCTURE, OA)
Struktur pekerjaan penilai pemanduan automotif adalah seperti berikut;

Sector :

Area:

PENGANGKUTAN (TRANSPORTATION)
JENTERA & PENGANGKUTAN DARAT (MACHINERY &
LAND TRANSPORTATION)
AUTOMOTIVE DRIVER ASSESSOR

L5

Tiadatahap

L4

TiadaTahap

L3

Penilai Pemanduan Kereta Profesional

L2

Penilai Pemanduan Kenderaan Berat

L1

Penilai Pemanduan Kenderaan Ringan

Sub sector:

c. SENARAI DESKRIPSI PEKERJAAN (JOB DESCRIPTION, JD)

Tanggungjawab seorang penilai pemanduan adalah menilai tahap keselamatan


kenderaan, cara pemanduan dan pematuhan peraturan ketika berada di atas jalan raya.
Deskripsi pekerjaan bagi penilai pemanduan kenderaan automotif adalah seperti
berikut;

Menilai etika pemanduan berhemah.


Menilai tahap keselamatan kenderaan sebelum digunakan.
Menilai tahap pemahaman pemanduan ketika dipandu uji.
Memberi penerangan tentang keselamatan jalan raya.
Memberi penerangan tentang peraturan dan papan tanda.
Menyediakan dukumen penilaian terhadap pemandu.
Merekod dan menilai setiap aspek pemanduan.

d. SENARAI KOMPETENSI UTAMA BERKAITAN

Skil memandu yang tinggi dan berhemah


Tahap fizikal yang baik
Kebolehan komunikasi yang baik
Mempunyai Lesen Memandu yang sah
Pengetahuan asas mekanikal kenderaan

Lampiran C5

Kesabaran dan keupayaan memberi bimbingan

e. PERMINTAAN DAN PEMBEKALAN TENAGA KERJA (PENAWARAN DAN


PERMINTAAN)

Permintaan dan pembekalan tenaga kerja bagi jawatan ini adalah kritikal
disebabkan bilangan penilai di institusi memandu dan sekolah memandu sedia ada
di seluruh negara adalah sedikit. Malahan bilangan pengguna kenderaan terus
meningkat saban tahun, Melihat juga kepada statistik kemalangan penyebab
kematian dan kecederaan akibat kecuaian dari sikap pemandu itu sendiri. Oleh itu,
permintaan terhadap penilai bertauliah dan berkelayakan serta mahir adalah
sangat diperlukan.
f. PENYEDIA LATIHAN (SENARAIKAN BERSERTA MAKLUMAT JIKA
ADA)
Latihan bagi membolehkan seseorang menjadi penilai pemanduan automotif
adalah di kendalikan sendiri oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia
yang menyediakan kursus Pensijilan bagi kenderaan motokar, motosikal juga
vokasional. JPJ juga ada menyediakan Kursus Pengajar Kurikulum Pendidikan
Pemandu (KPP).Alamat adalah seperti berikut:
Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia
Program Pengajian Pelesenan Pemandu dan Kenderaan
Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia
KM 15, Jalan Tiang Dua,
75460 Ayer Molek, Melaka.

Lampiran C5
2.

SENARAI PENERAJU INDUSTRI UTAMA BERSERTA JUSTIFIKASI


(Main Key Players)

Bil
1.

Nama peneraju
industri
Metro Driving
Academy Sdn
Bhd

Maklumat perhubungan
Lot 3509, Seksyen U6,
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
Tel : 03-7845 9898

Justifikasi

http://metrodriving.com.my/en/

Menawarkan program
dan latihan memandu
bagi mendapatkan lesen
kenderaan berat dan
ringan.

2.

Perfect Driving
Academy
Sdn.Bhd

Lot 3063,Psn Prima Utama,


Taman Puchong Prima
Tel : 03-80683838
http://www.perfectdriving.com.
my/

Menawarkan program
dan latihan memandu
bagi mendapatkan lesen
kenderaan berat dan
ringan.

Akademi
Pengangkutan
Jalan Malaysia

Jalan Malaysia
KM 15, Jalan Tiang Dua,
75460 Ayer Molek, Melaka.

Sebagai penyedia
latihan bagi
kejurulatihan pemandu
dan penilai, semua
jurlatih mestilah
mendapatkan latihan di
akademi ini.

Lampiran C5

3. BADAN PENGUATKUASAAN ATAU KAWALSELIA YANG TERLIBAT


DALAM BIDANG NOSS BERSERTA JUSTIFIKASI

Bil
1.

Nama badan
penguatkuasa/
kawal selia/agensi
bidang NOSS
Jabatan Pengangkutan
Jalan

Maklumat perhubungan

Justifikasi

Aras 3-5, No. 26,


JalanTunHussien, Presint 4,
PusatPentadbiranKerajaan
Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Tel : 60 3 8315 9200
http://www.jpj.gov.my

Mengawal selia dan


memantau institusi
memandu dan
mengeluarkan sijil
kepada pengajar atau
penilai memandu bagi
semua jeniskenderaa
nringan dan berat.

2.

Persatuan Institut
Memandu Malaysia

54a, Jln Badminton 13/29,


40100, Seksyen 13, Shah
Alam Selangor

Persatuan yang
diujudkan dengan
tujuan memelihara
hubungan baik antara
ahli-ahli dengan JPJ
kearah melahirkan
persekitaran
perniagaan yang cekap,
cepat, selesa dan
produktif.
Membantu melicinkan
aktiviti harian antara
IM dan JPJ di
peringkat negeri
melalui keseragaman
arahan dan
perlaksanaan.

Malaysian Institute of
Road Safety Research
(MIROS)

Jalan TKS 1, Taman Kajang


Sentral, 43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Tel : 60 3-8924 9200
https://www.miros.gov.my

Institut yang
melakukan
penyelidikan (R&D)
bagi meningkatkan
tahap keselamatan
jalan raya.

Lampiran C5

4. KEPERLUAN DAN SUASANA PEKERJAAN (Job environment and


requirement)
Keperluan dan suasana pekerjaan sebagai penilai pemanduan automotif memerlukan
mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran membaca dan
kemahiran teknikal dalam kerja-kerja pembaikan asas kerosakan kenderaan kerana
skop kerja ini memerlukan mereka mengendalikan pelajar, berurusan dengan pegawai
Jabatan Pengangkutan Jalan dan melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran dan
dokumentasi.

5. RUJUKAN MAKLUMAT
a. http://www.mot.gov.my/my/mengenai-mot/bahagian-unit/bahagian-darat
b. http://work.chron.com/driving-instructor-job-description-13182.html
c. http://www.jobisjob.co.uk/driving-instructor/job-description
d. https://nationalcareersservice.direct.gov.uk/advice/planning/jobprofiles/Pages/driv
inginstructor.aspx
e. http://academy.jpj.gov.my/emohon/app/kursus.php
f. https://www.miros.gov.my

Vous aimerez peut-être aussi