Vous êtes sur la page 1sur 14

1.

0 Pengenalan

Sharf, 1997 menyatakan bahawa kerjaya

merujuk kepada bagaimana individu melihat diri

mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan. Ianya juga merujuk kepada apa
yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya. Manakala, menurut National Career
Development

kerjaya adalah kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang

mengambil tempat sepanjang kehidupannya. Pemilihan kerjaya merupakan keputusan yang


diambil dan dipilih oleh individu untuk melakukan sesuatu kerja atau tingkahlaku pada masa
tersebut. Kaunseling kerjaya merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada
kesedaran kendiri,minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997).
Aktiviti bersangkutan dengan proses menolong pelajar untuk memilih kerjaya sepanjang
kehidupan. Manakala, bimbingan kerjaya adalah proses mendidik yang melibatkan maklumatmaklumat diberikan kepada pelajar dalam

usaha untuk membantu pelajar bergerak maju

secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan (Myrick, 1997).


Sehubungan itu, guru biasa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk
peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta
kemahiran khusus untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun
peranan guru biasa dalam menjayakan program-program tersebut tidak dapat dinafikan.
Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat keperluan semua murid-murid yang
berada di sekolah. Oleh itu, guru biasalah yang berfungsi sebagai mata dan telinga untuk guru
bimbingan dan kaunseling. Antara peranan utama yang dapat dimainkan oleh guru biasa
adalah sebagai pengumpul maklumat murid serta mengenalpasti masalah murid-murid di
bawah jagaannya. Segala maklumat yang diperoleh akan diberikan kepada guru bimbingan
dan kaunseling untuk tindakan selanjutnya. Tugas seorang guru bukan hanya sekadar
mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid sahaja, malah semua guru yang
terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah
diketahui, perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru
bimbingan dan kaunseling sahaja.
Setiap guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan
sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi
serta kognitif masing-masing. Guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling
dengan mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai murid-murid mereka seperti membantu
membuat inventori kerjaya murid

dan sebagainya. Inventori kerjaya sebagai satu proses


1

bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid untuk memilih pekerjaan yang sesuai, menyesuaikan
diri dengan kerjaya yang dipilih maju dalam kerjaya berkenaan. Oleh itu, Teori Kerjaya Holland
digunakan untuk mengenalpasti bagi memilih pekerjaan yang sesuai dan dapat maju kerjaya
berkenaan. Teori Kerjaya Holland beranggapan bahawa minat pekerjaan dan citarasa sebagai
sebahagian daripada personaliti keseluruhan seseorang individu. Maka, pengumpulan
maklumat oleh guru biasa ini amat membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat
semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan, sama ada dalam bentuk
sesi kaunseling atau intervensi yang lain. Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah
besar dan penting.

2.0 Kepentingan Kerjaya

Pendedahan kepentingan kerjaya perlu diberikan sejak pelajar di bangku sekolah lagi. Kerjaya
yang selaras dengan minat, kebolehan, personaliti serta pencapaian berupaya membantu
pelajar memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan diri. kerjaya adalah sangat penting
kerana bermatlamat untuk merangsang dan menggalakkan individu dalam mencari maklumat,
memproses maklumat dan mengintegrasikan maklumat. Pendidikan kerjaya juga mampu
mempertingkatkan keupayaan individu dalam membuat keputusan, memberi alternatif untuk
membuat tindakan melalui program yang terancang bagi melengkapkan individu dengan
kemahiran-kemahiran yang berguna untuk memulakan sesuatu kerjaya.
Sehubungan demikian pihak sekolah perlulah memainkan peranan utama dalam usaha
memberi maklumat kerjaya yang selaras dengan bidang yang ingin pelajar ceburi. Menurut
Rohany (2008), pelajar memerlukan kaunselor profesional untuk membantu mereka memilih,
merancang dan menyelesaikan masalah kerjaya. Pemilihan aliran atau jurusan di sekolah
merupakan peringkat awal yang penting sebelum proses menyalurkan para pelajar ini kepada
bidang kerjaya yang sesuai. Menurut Rohany (2008), kerjaya yang diceburi seseorang individu
itu adalah tanda pencapaian kendiri seseorang. Menurut beliau lagi, kebahagiaan dan
kesejahteraan individu serta keluarganya adalah berkait rapat dengan perkembangan kerjaya.
Sejajar dengan kepentingan kerjaya dalam kehidupan individu, maka kini di sekolah-sekolah
telah disediakan perkhidmatan bimbingan dan kerjaya. Tugas ini dikendalikan oleh guru
bimbingan dan kaunseling sekolah.

Kepentingan kerjaya adalah murid dapat mengenal potensi diri antaranya aspek-aspek
yang penting dalam menilai kebolehupayaan diri serta mengenali minat dalam sesuatu kerjaya.
Maka, kaunselor akan membantu murid melalui menjalankan ujian minat kerjaya,ujian ,ujian
personaliti,dan ujian nilai pekerjaan dan sebagainya. Kaunselor menerangkan tentang cita-cita
dan kehendak kerjaya yang mereka ingini di masa hadapan. Kaunselor akan memantau
pencapaian akademik murid dan akan menilai sama ada kerjaya yang dicitakan bersesuian
atau tidak dengan pencapaian akademik.
Seterusnya, kepentingan kerjaya dapat murid membina matlamat dalam diri sendiri.
Proses pembinaan matlamat ini terbahagi kepada dua iaitu proses mendapatkan maklumat
kerjaya, dalam proses ini kaunselor akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan kerjaya yang bersesuain dengan kemampuan akademik mereka melalui
pengedaran risalah-risalah yang berkaitan dengan kerjaya supaya mereka mendapat gambaran
yang lebih jelas mengenai kerjaya yang dicitakan selepas tamat alam persekolahan. Proses
kedua ialah membuat keputusan kerjaya,iaitu kaunselor akan meminta murid untuk memilih
kerjaya yang sesuai dengan kemampuan diri dan melihat tahap pencapaian akademik sama
ada sesuai atau tidak dipadankan dengan kerjaya yang diingini.
Selain itu, kepentingan kerjaya dapat murid untuk memunasabah diri untuk memberi
motivasi dalam diri sendiri supaya kerjaya yang ingin dicapai dapat dihasilkan dengan baik.
Dalam hal ini kaunselor akan menerangkan maksud motivasi diri, jenis motivasi, formula
kejayaan, tabiat berjaya,dan cerita-cerita motivasi yang sangat mempengaruhi dalam pemilihan
kerjaya individu. Ini dapat mereka lebih bermotivasi untuk terus berjaya mencapai cita-cita yang
mereka inginkan dalam hidup.
Tambahan lagi, murid dapat berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM yang menjadi salah satu syarat
kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke university. Antara teknik-teknik asas pembelajaran
yang berkesan dipengaruhi oleh teknik membuat nota,teknik mengingat,teknik menghadapi
peperiksaan,pengurusan masa dan teknik mengurus tekanan psikologi. Pendidikan kerjaya juga
penting untuk mengembangkan semangat murid untuk terus berusaha mendapat keputusan
yang baik dalam pembelajaran. Hal ini kerana kerjaya yang cemerlang memerlukan kualiti
murid yang baik supaya dapat mengimbangi diantara keperluan kerjaya dengan kemahiran
murid.

Kesimpulannya, kepentingan kerjaya ini akan dapat memudahkan pelajar lebih bersedia
untuk menerokai bidang kerjaya. Kerjaya amat penting untuk diterapkan dalam diri setiap
pelajar agar mereka dapat memaksimakan potensi diri di tahap yang optima berdasarkan
pengetahuan yang mereka miliki. Oleh itu, pendidikan dari hari ke hari akan meningkat
keperluannya dalam diri setiap individu, jesteru itu seharunya kita bersama-sama sentiasa
memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan yang positif.

3.0 Laporan Pelaksanaan Bengkel Inventori Kerjaya


Pada praktikum fasa ke-3, kami menjalankan tugasan kerja krusus projek iaitu
melaksanakan sebuah Bengkel Inventori Kerjaya. Kami melaksanakan Bengkel ini di sekolah
SJK (T) Bandar Sringhill, Lukut, pada hari 1 Ogos 2016 seramai 19 murid Tahun 6. Bagi
bengkel ini, saya telah diberi tanggungjawab sebagai setiausaha untuk memastikan bengkel ini
yang dirancang berjalan dengan lancar. Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan kertas kerja,
minit mesyuarat dan pamplet bagi bengkel ini. Bagi penghasilan kertas kerja, saya telah
berbincang dengan beberapa rakan praktikum, sebagai ahli jawatankuasa serta guru
kaunseling sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat seperti perbelanjaan, tema program,
tentatif dan peralatan yang diperlukan dalam kertas kerja ini. Setelah mendapatkan maklumat,
saya telah menyediakan kertas kerja Bengkel Inventori Kerjaya mengikut format. Kemudian,
diserahkan kepada guru kaunselor sekolah iaitu Cik.Rajaletchumy a/p venugobal bagi
menyemak kertas kerja agar tidak ada sebarang kesilapan seperti ejaan. Apabila kertas kerja
telah dibetulkan, barulah dihantar kepada Guru Besar bagi meluluskan bengkel ini.
Selain itu, Saya dan pengerusi telah berkerjasama untuk menguruskan penulisan minit
mesyuarat setiap kali perjumpaan antara ahli jawatankuasa diadakan. Jadi, kami mengambil
keputusan untuk bergilir-gilir mencatat minit mesyuarat dan berbincang agar sebarang
maklumat tidak tertinggal. Disamping itu, saya juga membantu pengerusi dalam membuat
spesifikasi tugas ahli jawatankuasa bagi program bengkel ini. Spesifikasi tugas telah dicetak
dan dimaklumkan kepada setiap ahli jawatankuasa agar mereka tahu skop tugas masingmasing. Tambahan lagi, saya juga menyediakan pamplet untuk guru-guru sekolah serta muridmurid yang mengambil bahagian. Pamplet ini menjadi satu panduan tentang perjalanan bengkel
inventori kerjaya ini kepada para guru dan murid.

Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai setiausaha, terdapat beberapa masalah


yang timbul iaitu kertas kerja terdapat beberapa kesilapan seperti ejaan. Maka, saya terpaksa
membuat semula beberapa kali sebelum dapat kelulusan oleh guru kaunselor pada awlanya.
Selain itu, ketiadaan peruntukan bagi perbelanjaan program ini menjadi salah satu masalah.
Akan tetapi, masalah ini dapat diselesaikan melalui guru besar kerana memberi tajaan
makanan kepada murid-murid tahun 6. Seterusnya, banyak berlakunya perubahan tarikh akibat
percanggahan dengan sekolah. Hal ini disebabkan tarikh yang dicadang bertindih dengan
aktiviti lain ujian percubaan tahun 6. Perubahan tarikh ini menyebabkan proses penghasilan
kertas kerja terganggu. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan pengerusi telah memeriksa
takwim sekolah dan menetapkan tarikh yang sesuai bagi program ini iaitu 1 Ogos 2016.
Program bengkel ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada saya.

Disediakan oleh :

3 OGOS 2015

.
(LILAVATHY A/P RAJAGOPAL)
Setiausaha,
Bengkel Inventori Kerjaya.

4.0 Laporan Analisis Data


5

Penggunaan inventori merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk membantu
kaunselor dan murid dalam mengenal pasti potensi diri, bakat minat dan sebagainya. Jika
dilihat dari aspek penggunaan inventori kerjaya, pelbagai faedah yang diperoleh hasil daripada
menjalani ujian tersebut. Penggunaan inventori atau ujian psikometrik boleh mempermudahkan
para kaunselor untuk membantu murid membuat keputusan kerjaya. Penggunaan ujian
psikologi boleh membantu murid secara pasti menentukan bidang kerjaya atau bidang
akademik yang paling sesuai dengan dirinya.

Dalam kajian ini, teori yang digunakan bagi mengkaji personaliti dan pemilihan kerjaya
dengan

skor

Self-Directed

Search (SDS)

adalah

Teori

Keselarasan

Personaliti-

Persekitaran yang dikemukakan oleh Holland (1980). Holland (1980) telah menjelaskan
personaliti dan persekitaran boleh dikelaskan kepada enam jenis iaitu Realistik (R), Investigatif
(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising

(E) dan Conventional (C). Dalam pemilihan kerjaya,

seseorang individu akan cenderung untuk memilih persekitaran kerjaya yang selaras dengan
minat kerjaya atau personaliti dirinya. Berikut adalah enam jenis personality Teori John Holland:

Conventional (C).

Enterprising (E)

Realistik (R)

TEORI
KERJAYA

Investigatif (I)

HOLLAND
Artistik (A)

Sosial (S)

Gambar rajah 1 : Enam Jenis Personaliti Teori John Holland

Inventori kerjaya yang saya telah dijalankan terhadap murid Tahun 6 iaitu seramai 19 orang
yang terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 8 orang murid lelaki. Melalui Teori Holland,
6

profil personaliti dan profil minat kerjaya boleh ditentukan dalam bentuk kod tiga huruf Holland
bagi mengetahui keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya murid di Sekolah SJK (T)
Bandar Springhill. Berikut adalah jadual analisis data responder dalam bentuk kod tiga huruf
Holland :
KOD HOLLAND

R
RESPONDEN
RESPONDEN 1
RESPONDEN 2
RESPONDEN 3
RESPONDEN 4
RESPONDEN 5
RESPONDEN 6
RESPONDEN 7
RESPONDEN 8
RESPONDEN 9
RESPONDEN 10
RESPONDEN 11
RESPONDEN 12
RESPONDEN 13
RESPONDEN 14
RESPONDEN 15
RESPONDEN 16
RESPONDEN 17
RESPONDEN 18
RESPONDEN 19

JUMLAH

/
/
/
/

/
/
/
/

/
/
/

/
/
/
/

/
/

/
/
9

/
/

/
/
/
/

/
/
/

/
11

/
7

/
/
13

Jadual 1: Analisis Data Responder Dalam Bentuk Kod Tiga Huruf Holland

/
/
/
/
/
/

/
/
/
/

/
/

/
/
12

/
/

Graf 1 : Analisis Data Kerjaya Holland

Setelah menganalisis skor SDS dan menguji pilihan kerjaya, mendapati sampel
memperoleh kod tiga huruf Holland KAS. Dapatan seramai 13 daripada 19 orang, lebih
cenderung minatnya ke arah konvensional (K) Mereka lebih meminati bahagian yang
menjurus kepada kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara terang, teratur,
dan konsisten. Murid-murid lebih suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka lebih
mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek
perbualan ataupun topik-topik yang dirancang. Murid- murid ini bersifat dan mempunyai ciri-ciri
cekap, berhati-hati, berstruktur, bersopan, deensi dan kurang fleksibel. Mereka ini lemah dalam
kecekapan seni. Melalui sesi perbualan dengan murid-murid saya dapati, murid-murid ini lebih
suka kerjaya seperti juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kirakira, guru perdagangan, akauntan, pemeriksa akaun bank dan sebagainya.
Seterusnys, dapatan skor kedua tertinggi adalah kategori Artistik (A) iaitu seramai 12
daripada 19 murid berminat ke arah Artistik seperti lebih cenderung kepada bidang muzik, seni
dan sastera. Sampel murid ini suka bersifat ekspresif, imaginati, bebas, tidak suka ikut
peraturan yang rigid, bersikap tulen, sensitif kepada persekitaran dan sebagainya. Murid-murid
ini lebih melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan
manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan
8

hasil seni. Murid berciri-ciri seperti ini sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan
perniagaan. Mereka lebih meminati pekerjayaan seperti pengarang, kartunis, pelukis papan
iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka
bentuk fesyen, guru seni halus, artis persolekan, arkitek, juru gambar, pemberita, penulis skrip,
penggubah lagu, dan lain-lain lagi.
Selain itu, berdasarkan sesi bimbingan dan kaunseling inventori kerjaya yang dijalankan,
saya mendapati bahawa skor ketiga tertinggi adalah kategori Sosial (S) iaitu seramai 11
daripada 19 murid cenderung minat ke arah kategori sosial. Menurut Sidek (2002), ciri-ciri
Sosial adalah individu yang gemar untuk berinteraksi dan bekerja dengan manusia serta
bermatlamat membuat kebajikan. Kumpulan murid yang kategori sosial ini terdiri daripada guru,
kaunselor kerjaya, doctor,jururawat pekerjaya social, psikologis, psikiatrist dan lain-lain.muridmurid ini mempunyai ciri-ciri suka membantu, berkerjasama, sabar, empati, mesra, bersosial
dan pemurah. Persekitaran mereka seperti kemahiran berkomunikasi dengan rakan sekeliling
mereka. Tambahan lagi, mereka pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang
dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
Sebaliknya, seramai 5 murid sahaja berminat pada kategori Realistik (R). Maka selain
daripada mereka iaitu sebanyak 14 murid, kurang minat terhadap kemahiran elektrik atau
mekanikal. Mereka tidak gemar berkerja dengan obejk, mesin, peralatan, tumbuhan dan
binatang. Malah, 5 oarang murid ini lebih suka

atau mempunyai kecenderungan terhadap

bekerja di luar bangunan seperti jurutera, mekanik, juru teknik dan sebagainya. Murid seperti ini
mempunyai kebolehan dan kekuatan izikal dalam menyelesaikan masalah tetapi kurang
kebolehan dalam sosial dan pendidikan. Murid yang realistik ciri yang dimiliki mereka ialah tidak
sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistik, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.
Sehubungan ini, saya berpendapat inventori kerjaya yang telah dijalankan di Sekolah
SJK (T) Bandar Springhill boleh menjurus kepada pilihan kerjaya, kepada kategori bentuk kod
tiga Holland iaitu sangat berminat terhadap KAS sahaja. Menurut Sidek (2002) berpendapat
bahawa keputusan individu dalam memilih sesuatu program pengajian atau pekerjaan boleh
jadi tepat dan boleh jadi tidak tepat bergantung kepada kematangan pelajar. Maka seseorang
guru biasa mahupun guru bimbingan dan kaunseling perlu menitihberatkan untuk merangsang
dan

menggalakkan

individu

dalam

mencari

maklumat,

memproses

maklumat

dan

mengintegrasikan maklumat. Pendidikan kerjaya juga mampu mempertingkatkan keupayaan


individu dalam membuat keputusan, memberi alternatif untuk membuat tindakan melalui
9

program yang terancang bagi melengkapkan individu dengan kemahiran-kemahiran yang


berguna untuk memulakan sesuatu kerjaya. Disamping itu, kerjaya amat penting untuk
diterapkan dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat memaksimakan potensi diri di tahap
yang optima berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki. Oleh itu, pendidikan dari hari ke hari
akan meningkat keperluannya dalam diri setiap individu, jesteru itu seharunya kita bersamasama sentiasa memperkembangkan pendidikan kerjaya ke arah pembangunan yang positif.

Rumusan
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa pemilihan kerjaya
memerlukan bimbingan dan kaunseling kerjaya secara berterusan supaya mereka dapat
memilih pilihan kerjaya yang selaras dengan personaliti diri mereka sendiri. Selain itu, Parson
(1967), juga berpendapat bahawa pemilihan kerjaya adalah satu proses membuat keputusan
yang paling penting dan kritikal dalam kehidupan seseorang individu apabila mula memikirkan
untuk memasuki dunia pekerjaan yang sebenar.

5.0 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling


Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid.
Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus untuk mengendalikan
program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun peranan guru biasa dalam menjayakan
program-program tersebut tidak dapat dinafikan. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat
melihat keperluan semua murid-murid yang berada di sekolah. Oleh itu, guru biasalah yang
berfungsi sebagai mata dan telinga untuk guru bimbingan dan kaunseling.
Antara peranan utama yang dapat dimainkan oleh saya sebagai guru biasa adalah mengumpul
maklumat murid serta mengenalpasti masalah murid-murid di bawah jagaannya. Segala
maklumat yang diperoleh akan diberikan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk tindakan
selanjutnya. Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mengajar di sekolah atau memberi ilmu
kepada murid-murid sahaja, malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru
bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah diketahui, perkhidmatan
bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling
sahaja.
10

Selain itu,saya sebagai guru mata pelajaran atau guru kelas akan memainkan peranan sebagai
guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta
kognitif masing-masing. Saya akan membantu guru bimbingan dan kaunseling dengan
mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan maklumat ini amat
membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai
rujukan untuk tindakan susulan, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi yang
lain.
Seterusnya, peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting.
Maka saya akan membantu murid-murid dibawah jagaan saya untuk membuat penyesuaian.
Dalam hal ini, saya dapat membantu murid menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek
seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Murid pada masa kini menghadapi
pelbagai masalah. Masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu bentuk halangan
kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya membantu murid-murid ini dalam pelajaran
seperti sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata Matematik, saya akan menolong
murid berkenaan dalam mata pelajaran tersebut. Segala kemusykilan dan masalah yang wujud
dalam kalangan murid perlulah diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya
seperti memberi penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang
bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik yang bersesuaian dengan tahap dan penerimaan murid tersebut.
Tambahan lagi, saya sebagai guru biasa berperanan dengan memberikan kesedaran
tentang betapa pentingnya pelajaran kepada murid-murid. Terdapat murid yang sangat aktif
untuk belajar, dan pada masa yang sama juga terdapat murid yang datang ke sekolah hanya
sebagai rutin harian mereka. Dalam hal ini, saya akan memberikan kesedaran kepada muridmurid ini bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa kini. Hai ini kerana pendidikan yang
diperoleh oleh seseorang murid pada masa kini akan menentukan masa depan mereka pada
suatu hari yang akan datang. Apabila memberikan kesedaran, murid-murid akan berpeluang
untuk mengubah diri mereka dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dalam dunia
pendidikan ini.
Selain itu, saya juga perlu membentuk tabiat kerja murid yang positif. Pembentukkan
tabiat positif ini mampu memberikan kesan yang baik ke arah peningkatan prestasi dalam
pembelajaran mereka. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti positif terhadap
11

kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap kebolehan diri, berani mencuba
untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh
guru sejak dari awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan
sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji murid dalam usaha
mencapai kejayaan. Saya akan sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling
sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan murid-murid di bawah
jagaan saya, untuk mendapatkan idea atau pendapat yang sepatutnya di samping untuk
mendapatkan maklumat.
Seterusnya, saya juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling
sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap murid-murid mereka. Mengisi kad 001 bagi
murid-murid sekolah rendah juga merupakan salah satu dari tugas seorang guru biasa. Antara
butir-butir peribadi murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod berat, tinggi, rabun atau
tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita murid
tersebut. Kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi murid yang diterima pakai dalam
mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas murid-murid ini semasa dalam tempoh
usia mereka bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi
dan cita-cita murid tersebut.
Di samping itu, saya sebagai guru biasa juga bekerjasama dengan ibu bapa atau
penjaga murid-murid. Hal ini adalah kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi
setiap murid. Oleh itu, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari masa ke
masa. Kerjasama antara kedua-dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa akan dapat membantu
kedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak mereka. Hal ini akan mendorong
kepada guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan yang seterusnya. Saya akan
berperanan untuk membantu dengan mengumpul maklumat murid-murid di bawah jagan saya.
Maka saya akan mengumpul maklumat murid-murid, melalui teknik ujian atau teknik
bukan ujian. Secara amnya, teknik ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk
mengukur ciri-ciri murid seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan
personaliti. Ujian-ujian tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu atau
kelompok. Hasil penganalisian skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan dalam
sesi bimbingan dan kaunseling kelak. Bagi memperoleh satu gambaran yang komprehensif dan
menyeluruh, teknik bukan ujian turut digunakan.

12

Seterusnya,

saya sebagai guru mata pelajaran Dunia Seni Visual, saya akan

menggumpul hasil karya murid

sebagai memberi maklumat yang bernilai mengenai

perkembangan murid-murid. Hasil karya yang dimaksudkan adalah seperti lukisan, kolaj,
penulisan dan gambar foto projek dan sebagainya. Hasil karya yang asli membuktikan
kebolehan kognitif dan kreativiti masing-masing. Berdasarkan hasil karya murid, saya dapat
melihat dengan mata sendiri pertumbuhan dan perkembangan murid sama ada yang telah atau
yang belum berlaku pada murid-murid berkenaan. Hasil karya yang dikutip itu boleh disimpan
dalam bentuk buku skrap atau folio untuk dikongsi bersama serta sebagai bahan bukti.
Rakaman audio dan video juga dapat membantu saya untuk mengenalpasti masalah yang
wujud dalam kalangan murid-murid. Dengan menggunakan rakaman video, saya dapat
merakam segala gerak-gerik murid sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Cara ini dapat
mengetahui tentang kemahiran bertutur murid-muridnya.
Berdasarkan pandangaan saya, guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan
peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu
profil awal murid-murid. Guru biasa juga selalu berkolaborasi dengan guru bimbingan dan
kaunseling dari segi mengumpul data dan menyediakan maklumat murid. Jadi, jelaslah kepada
saya bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing dan guru bimbingan dan kaunseling saling
melengkapi keperluan satu sama lain.

6.0 Rumusan

Dalam tugasan ini, saya akan menfokuskan kepada kepentingan kerjaya, peranan guru biasa
sebagai guru bimbingan dan kaunseling dan melaksanakan bengkel kerjaya serta menganalisis
data. Ini merupakan satu pengalaman yang baru dan menambah ilmu pengetahuan saya dalam
bidang bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Melalui bengkel inventori kerjaya yang telah
dijalankan ke atas murid-murid sekolah yang banyak memberi kepentingan kepada murid-murid
dalam mengenali diri mereka serta menentukan kecenderungan minat dan bakat bagi
memajukan diri mereka.
Secara umumnya, objektif inventori ini membantu saya dalam mengumpul dan merekod
butiran murid yang berkaitan dengan penilaian dan pentaksiran minat murid agar ia dapat
menjadi panduan kepada guru untuk membantu serta membimbing murid ke arah
13

perkembangan diri di samping mengatasi masalah-masalah dihadapi tidak kiralah dalam atau
luar bilik darjah. Keadaan ini secara langsung membenarkan guru dengan melihat dengan lebih
dekat akan kelebihan dan kekurangan murid. Hal ini penting kerana dengan adanya
pemahaman ini maka guru dapat memahami murid dengan lebih mendalam lagi melalui
hubungan-hubungan yang telah dibina. Malahan guru-guru juga dapat memahami sebab dan
akibat yang menyebabkan murid melakukan sesuatu.
Akhirnya tujuan inventori dijalankan di sekolah dapat membantu saya dalam
menetapkan hala tuju masa depan murid melalui kecenderungan minat dan bakat murid.
Melihat kepada kepentingan jenis perkhidmatan inventori yang dijalankan disekolah pula,
dengan adanya inventori ini, murid dapat mengenali diri mereka secara lebih mendalam melalui
inventori yang menunjukkan kecenderungan sifat mereka, para belajar, berfikir dan sebagainya.
Keadaan ini secara langsung dapat membantu murid dalam mengembangkan potensi diri
mereka dengan lebih menyeluruh dan bersepadu. Selain itu, ia turut membantu dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi murid yang sedang membesar terutamanya
apabila berlakunya kecelaruan-kecelaruan yang membawa kepada tingkah laku yang tidak
diingini. Oleh itu, melalui inventori dalam bimbingan dan kaunseling, murid dapat
mengekspresikan diri mereka secara telus dan jujur berkaitan dengan sifat-sifat diri mereka
supaya dapat mendalami jiwa mereka dan berusaha untuk memperkembangkan diri secara
fizikal mahupun mental iaitu mengubah perkara yang kurang baik dan menggunakan kelebihan
diri secara optimum untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih baik dan berkesan.

14

Vous aimerez peut-être aussi