Vous êtes sur la page 1sur 5

AKHLAK REMAJA DALAM

MEDIA SOSIAL
AHLI KUMPULAN

1) NAJIAH QISTINA BINTI AZMI


A13DP0858
2) NURMAISARAH BINTI ABD WAHAB
A13DP1074
3) NORHAMIZAH BINTI HITHAYATHULLAH KHAN
A13DP1467
SEKSYEN

: 3DDPT/08

NAMA PENSYARAH

: USTAZ MOHD HAMBALI BIN

RASHID

TAJUK

: AKHLAK ISLAMIAH

APA ITU MEDIA SOSIAL DAN AKHLAK ?


MEDIA SOSIAL
Sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan
para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi
meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Sementara itu,
jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman
web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk
berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Bagi mengakses jaringan sosial,
seseorang individu memerlukan kemudahan internet. Jaringan sosial terbesar
adalah Facebook, Myspace, Telegram, Whatsapp dan Twitter.
Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur
dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi
komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat, pantas dan di
mana-mana sahaja dengan wujudnya internet. Jika dalam kehidupan seharian
kita tidak dapat menyampaikan pendapat secara terbuka kerana pelbagai hal,
maka di sini kita dapat lihat kepentingan media sosial. Hal ini kerana kita
boleh menulis apa saja yang kita mahu atau dapat mengulas apa-apa yang
ditulis atau disediakan oleh individu lain. Ini bererti komunikasi terjalin
melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat
kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara.

AKHLAK
Bahasa :
1. Khaluq Perangai atau tabiat.
Khuluq Gambaran batin manusia yang tepat iaitu jiwa dan sifatsifatnya.
Khalqu Gambaran bentuk luarannya seperti raut muka, warna
kulit, ketinggian dan sebagainya.
2. Imam Al-Ghazali Apabila seseorang itu baik khalqunya dan
khuluqnya maka, individu itu baik sifat lahirnya dan sifat batinnya.
3. Bahasa Inggeris Moral atau ethic.
Istilah :
1. Umum - Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan
sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan.

2. Ibn Maskawaih Keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan


perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
3. Dr. Abdullah Dirraz Suatu kekuatan dalaman yang mantap yang
memilih untuk melakukan perkara benar atau perkara jahat.

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA DI DALAM MEDIA SOSIAL


Islam merupakan agama yang syumul dan menyeluruh. Akhlak merupakan
unsur terpenting yang harus dimiliki oleh setiap individu muslim. Muslim yang
baik tentu akan berakhlak baik. Tidak menyakiti orang lain, tidak mengganggu
keamanan umum, tidak menimbulkan isu, dan mampu memberikan keharmonian
terhadap orang lain. Budi dan akhlak merupakan komponen terpenting dalam
kehidupan insan. Ini adalah kerana tanpa budi pekerti dan akhlak, umat manusia
akan menjadi seumpama haiwan. Keistimewaan manusia adalah kerana
akhlaknya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Riwayat Tirmizi. Akhlak
harus terus dibiasakan baik ketika bertemu ataupun melalui media-media yang
lain terutama sekali melalui media sosial.
Masalah yang kian menular di kalangan remaja sekarang adalah masalah
keruntuhan akhlak di dalam media sosial. Media sosial tersebut termasuklah
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Generasi hari ini adakalanya
memandang negatif terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupan. Mereka lebih
sukakan hiburan yang melalaikan. Mereka condong kepada gaya hidup
berorientasikan keseronokan nafsu. Maka terjadilah fenomena mengumpat,
memfitnah dan mengapi-apikan individu lain di laman sosial dengan niat untuk
bersuka-suka dan berseronok serta menginginkan nama sahaja. Ini telah
melanggar syariat yang telah dibawa oleh Islam dan sekaligus mengotorkan
akhlak sebagai individu muslim.
Antara contoh keruntuhan akhlak yang sering berlaku di laman sosial di
kalang remaja adalah menyebarkan aib manusia lain, menyebarkan suatu
kenyataan fitnah yang tidak dikaji dahulu sebelum menyebarkannya dan
mengumpat secara terang-terangan di laman sosial seperti Twitter dan
Facebook. Hari ini, remaja seringkali poskan kenyataan fitnah, umpat dan
pembohongan, semua pengikut dapat membacanya dan kemudian dikongsi
dengan orang lain. Kemudaratannya besar sekali dari segi kemasyarakatan dan
individu itu sendiri.
Jika mengumpat, berbohong, memfitnah dan seumpamanya itu haram
hukumnya dengan lidah, maka menulis di Facebook, blog, Twitter, emel,
WhatsApp, telegram dan sebagainya juga haram hukumnya. Tidak perlu ada
ilmu fikah yang berbeza untuk menetapkan hukum itu kerana apa sahaja yang
haram dibicarakan dengan lidah, maka hukumnya haram juga disebarkan
melalui penulisan atau di internet. Hari ini seolah menjadi aliran di kalangan

remaja untuk berkongsi atau memanjangkan apa sahaja maklumat yang diterima
tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya. Jika apa yang dikongsikan itu
adalah fitnah, maka kita yang turut memanjangkan maklumat itu turut
bersekongkol memfitnah dan terjerumus dalam dosa.

Oleh itu, kita mengharapkan agar remaja memiliki kekuatan apabila berhadapan
isu sebegini. Semua pihak perlu bertenang dan sewajarnya bersikap rasional.
Umat Islam juga perlu mempunyai semangat dan nilai kesederhanaan serta
mendokong budi pekerti dalam menangani ancaman penyebaran maklumat
terutamanya berita palsu dan fitnah yang berleluasa hari ini. Para pengikut
laman sosial juga sewajarnya jangan hilang arah dan fokus, sebaliknya
membantu usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan memulihkan
keyakinan masyarakat menangani masalah persepsi.
CARA MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA
TERUTAMA MELALUI MEDIA SOSIAL

Jaringan internet dan kemudahan akses yang semakin meluas sekarang ini
menyebabkan senangnya pengaruh-pengaruh Barat sampai kepada generasi
muda masa kini, seawal usia kecil lagi. Jadi antara cara-cara yang perlu
diimplementasikan bagi mengatasi atau mengelak perkara ini daripada berlaku
adalah dengan menerapkan pendidikan dari rumah, iaitu merupakan
tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa sebagai insan yang paling rapat dengan
anak-anak dan merupakan pendidik awal tatasusila anak-anak memainkan
peranan yang amat penting dalam membentuk pribadi dan akhlak anak-anak
mereka. Ibu bapa juga menjadi contoh dan teladan buat anak-anak yang
pastinya akan melihat dan belajar cara kehidupan daripada cara yang diamalkan
oleh ibu bapa mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa menjadi model yang baik bagi
anak-anak, maka baiklah juga pribadi anak-anak mereka. Anak-anak juga
merupakan cerminan bagi ibu bapa.
Selain menjadi contoh yang baik kepada anak-anak, ibu bapa juga harus
menekankan pembelajaran dan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian anak-anak. Alah bisa tegal biasa. Jika sedari awal, anak-anak telah
dicorak dan dibentuk untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menjaga
adab dan percakapan, tidak mustahil mereka akan terus bersikap dengan sifat ini
sehingga dewasa kerana sudah sebati di dalam dirinya cara hidup yang berbudi
pekerti dan sopan santun. Dari aspek mengawal kelakuan mereka dalam laman
sosial, pada peringkat awal pendedahan lagi, iaitu apabila ibu bapa mula
memperkenalkan gajet-gajet canggih dan aplikasi laman sosial kepada anakanak mereka, mereka perlu mengawal dan memantau segala bentuk aktiviti
sosial mereka di alam maya. Sentiasa peka dengan siapa mereka berkawan dan
berinteraksi melalui laman sosial yang semakin banyak pada masa kini, agar
mereka tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat.

Selain ibu bapa, masyarakat sendiri harus memainkan peranan dalam


mengatasi masalah keruntuhan akhlak di dalam alam maya ini. Realitinya dalam
arus modenisasi kini, laman sosial sering menjadi wadah penyampaian segala
macam maklumat sama ada yang berbentuk pribadi, professional mahupun
bentuk ilmiah. Apa yang menjadi permasalahan kni adalah, masyarakat kini
mudah membuat keputusan dan memberi hukuman berdasarkan apa yang
dilihat dalam laman sosial, walaupun hakikatnya mereka tiada kena-mengena
dengan sesuatu perkara itu, atau tidak megetahui pokok pangkalnya sesuatu isu
yang berlaku. Mereka mudah dan sentiasa mempunyai keinginan untuk dilihat
seperti seorang yang pakar atau ahli perbahasan dengan menjadi keyboard
warrior dalam laman sosial. Perkara ini harus diatasi segera. Masyarakat juga
harus bersikap matang dan mempunyai pendirian yang teguh untuk tidak
menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar atau tidak diketahui kesahihan
mengenainya. Jika sesuatu erkara itu merupakan fakta yang benar dan memang
diketahui umum, dan juga merupakan sesuatu yang baik, maka tidak salah untuk
dikongsi dan disebarkan. Cara sebiginilah yang harus diterapkan oleh
masyarakat dalam penggunaan teknologi canggih dan media massa masa kini.
Jauhi dan hindari diri daripada menyebarkan perkara-perkara yang tidak
bermanfaat atau menjadi aib bagi seseorang atau sesuatu pihak. Ini merupakan
suatu bentuk fitnah baru zaman kini, iaitu tidak diungkapkan melalui percakapan
lidah, malah disebarkan fitnahnya melalui kata-kata yang ditaip dan disebarkan
dalam bentuk media cetak elektronik.
Jadi kesimpulannya di sini ialah, kita perlu sama-sama berganding bahu
dan bekerjasama dalam membentuk akhlak yang baik dan seterusnya
mencetuskan suasana harmoni dalm penggunaan media sosial. Hal ini kerana,
generasi muda kini cenderung dengan sifat ingin mencubanya dan juga sikap
mudah terikut-ikut dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Jadi,
sekiranya dari awal kewujudan media sosial ini ianya diterapkan dengan perkaraperkara berfaedah dan tidak dicemari dengan anasir-anasir luar yang bisa
mengganggu gugat keharmonian dan meruntuhkan akhlak dan pribadi
masyarakat, pastinya tidak akan berlaku segala macam bentuk masalah sosial
terutama dalam penggunaan media massa itu sendiri. Malah ianya akan dapat
menjadi suatu wadah yang dapat membangunkan generasi muda dan
membantu dalam kemajuan ekonomi dan juga sosial.

Vous aimerez peut-être aussi