Vous êtes sur la page 1sur 6

SENI MENGARANG BAB 1

DEFINISI PENULISAN

Terdapat pelbagai definisi penulisan yang telah diberikan oleh beberapa


orang sarjana, antaranya ialah:

Zaba (1965)

Awang Sariyan (1991)

Raminah Hj.Sabran (1993)

Horton (1993)

Zaba (1965)
Pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok
kerana menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau
sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh orang-orang
lain apabila didengar atau dibaca mereka susunan itu.(hlm.6)
Awang Sariyan (1991)
Penulisan merujuk pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga
proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk
mengungkapkan gagasan atau pemikiran.
Raminah Hj. Sabran (1993)

kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran tertinggi yang


memerlukan seseorang itu menerapkan beberapa subkemahiran, seperti
kemahiran mengenal dan menulis huruf-huruf dalam suatu himpunan
perkataan, frasa atau ayat mengikut sistem tulisan dan sistem ejaan yang
telah ditentukan oleh sesuatu bahasaKemahiran menulis juga
memerlukan kemahiran mengolah dan menyusun buah fikiran dengan
lancar dan kemas dalam satu jalinan yang berkesinambungan.

Horton (1993)

penulisan ialah bagaimana akal berfikir.

Penulisan, yakni mencatatkan perkara-perkara di atas kertas - ialah apa


yang membolehkan anda berpegang pada satu idea sementara anda terus
meneroka beberapa idea yang diruntuti oleh suara kecil di sebalik
pemikiran anda, yang mungkin bersangkutan dengannya.

Ruggiero (1981)
A composition, as we will refer to it, is a brief essay that expresses the writers
thoughts and feelings in direct prose statement.

KESIMPULAN PENULISAN
Penulisan merupakan:
1

satu aktiviti yang melibatkan pemikiran (mental) dan perasaan


(psikologikal)

satu proses berterusan dalam usaha menyampaikan pemikiran dan


perasaan penulis.

satu hasil (produk) yang dibaca dan difaham yang mungkin juga
melibatkan tindak balas tertentu

PERBEZAAN ANTARA PENULISAN DAN KARANGAN

Karangan:
Terhasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau
menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata (frasa) dan
seterusnya dijadikan ayat. Sesebuah karangan mengandungi ayatayat yang telah digubah dan disusun untuk dijadikan suatu cerita,
laporan, penerangan dan sebagainya. ( Zaba).

CIRI-CIRI UMUM MENGRANG

Mengetahui pengetahuan bahasa.

memiliki pengetahuan yang baik dan mantap mengenai objek


garapannya.

menguasai mekanisme karangan-karangan yang mencakupi masalah


ejaan dan dokumentasi.

FAEDAH MENULIS

mengetahui kemampuan dan potensi diri

meningkatkan kemahiran menaakul dengan lebih kritis

memperluas dan memperdalam wawasan tentang isu yang dipaparkan.

Sesuatu idea dapat dinilai dengan lebih objektif

Memudahkan usaha memecahkan permasalahan

Mendorong pembelajaran secara aktif

Meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif

KONSEP PENTING DALAM PENULISAN


Terdapat tiga konsep penting dalam sesuatu penulisan.
a) Retorik
b) Wacana
c) Teks dan karya

a) Retorik

Berasal dari perkataan Greek rhetor yang bermaksud, seni pengucapan


awam.

Pada zaman moden, retorik merangkumi seni penulisan.

Struktur asas retorik:

a) permulaan / pengenalan
b) isi
c) penutup
Pakar retorik berpendapat, penulisan merupakan satu bentuk wacana yang
dianalisis dari segi perkataan, ayat dan perenggan sesuatu penulisan dikaji
berdasarkan keberkesanan penggunaan bahasa yang digunakan penulis
untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya kepada pembaca.

b) Wacana

Satu representasi / gambaran pengucapan dan pemikiran dalam erti kata


yang seluas-luasnya.

Takrifan linguistik: wacana ialah unit tatabahasa terbesar yang melangkaui


teks dan konteks.

Pakar bahasa menyatakan bahawa wacana merupakan semua bentuk


komunikasi lisan yang menunjukkan kehadiran sekurang-kurangnya
seorang pendengar yang berupaya mencelah dan mengubah haluan atau
aliran sesuatu wacana itu.

c) Teks dan karya

Hasil yang wujud pada akhir proses penulisan.

Pengertian tersirat satu bentuk penggunaan bahasa yang terbatas dari


segi bentuk dan hubungannya dengan pembaca.

Hasil kepenggunaan .

TUJUAN PENULISAN

penugasan

altruistik

pemujukan

penerangan

pernyataan diri

kreatif
3

penyelesaian masalah

Penugasan

Penulis disuruh menulis tentang sesuatu tajuk yang lazimnya telah


ditentukan tanpa mengambil kira minat penulis

Contoh :
Tugasan pelajar

Altruistik

Penulis tidak dipaksa untuk menulis

Dorongan menulis datang dari dalam diri penulis sendiri

Penulis tidak mengharapkan ganjaran / balasan kepuasan diri sendiri

Pemujukan

Penulis mempunyai pendapat dan pandangan yang ingin dikongsi


bersama pembaca yang mempunyai pandangan atau pendapat yang
bertentangan

Penulis mengharapkan pembaca dapat memahami maklumat yang


disampaikan dan mengubah fikiran selepas membaca penulisan tersebut

Penerangan

Penulis mempunyai maklumat atau pengetahuan yang ingin dikongsi


dengan pembaca

Penulis mengharapkan pembaca dapat memahami maklumat yang


disampaikan

Penyataan diri

Penulis menulis untuk memperkenalkan dirinya kepada pembaca

Penulis mahu pembaca mengenali dan memahami dirinya

Kreatif

Penulis menulis bukan sahaja untuk menceritakan perasaan dan


pengalaman tetapi ingin mencapai tahap keindahan yang tinggi

Pemecahan masalah

Penulis mempersembahkan permasalahan yang timbul dan cara


penyelesaian yang disarankan agar pendekatannya itu dapat diterima
pembaca

DAngelo (1980) memberikan 4 tujuan penulisan iaitu:

Menyampaikan maklumat

Meyakinkan dan memujuk

iklan

Menghibur

Manual/buku panduan

Puisi, jenaka

Penyataan diri dan emosi

Jurnal peribadi/diari, surat cinta

ELEMEN DALAM PENULISAN


Woodson (1982) terdapat tiga elemen yang harus diambil kira oleh seseorang
penulis iaitu:

Penulis

Pembaca

Mesej

1. PENULIS
- berpengetahuan
- berfikiran logik
- berperikemanusiaan
- matang
- baik
- boleh menunjukkan sikap peribadi atau sebaliknya terhadap topik atau tajuk
penulisan.
2. PEMBACA
Terdapat 3 jenis pembaca;
a) Pembaca yang dikenal pasti

Penulis mengenali orang yang akan membaca karyanya

Contohnya, pensyarah yang akan membaca tugasan pelajar

b) pembaca umum
-Pembaca yang tidak dikenali oleh penulis tetapi penulis boleh membuat
tanggapan secara peribadi
-Contohnya, artikel berkaitacn pencegahan osteoporosis pembacanya
ialah golongan dewasa.
c) Pembaca yang sukar dipengaruhi

Wujud bagi penulisan yang bertujuan memujuk

Penulis perlu menggunakan kaedah penulisan yang sesuai untuk


mempengaruhi pembaca

3. MESEJ

Idea utama yang disampaikan penulis

mesti bersesuaian dengan tujuan penulisan


mesej/idea akan berjaya disampaikan sekiranya mengambil kira ciri-ciri
seperti susunan yang lojik, makna yang jelas, tatabahasa yang betul, gaya
penyampaian yang menarik dan pertautan yang utuh

Selain itu, terdapat juga beberapa elemen yang turut diambil kira, iaitu:

Konteks /tujuan

kod / bahasa

Subjek

Setiap elemen yang digunakan dapat menentukan bahawa penulis telah


memikirkan perkara-perkara yang berkaitan untuk menghasilkan penulisan yang
baik.

Vous aimerez peut-être aussi