Vous êtes sur la page 1sur 36

KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH MULTIMEDIA


INTERAKTIF DALAM MENARIK MINAT MURID
BELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN
SEJARAH.

OLEH :
MOHD IZZAT BIN NORAZAM
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMBANG

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
1.0 PEDAHULUAN
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Keprihatinan
2.2 Tinjauan masalah
3.0 TINJAUAN LITERATUR
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KUMPULAN SASARAN
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Perancangan Langkah Tindakan
6.2 Pemerhatian
6.3 Borang Soal Selidik
6.4 Temu Bual
6.5 Refleksi
7.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA
8.0 PENUTUP
9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
9.1 Jadual Pelaksanaan
9.2 Kos Bahan Dan Anggaran
10.0 SENARAI RUJUKAN

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Multimedia Interaktif Dalam Menarik


Minat Murid Belajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah.

oleh

Mohd Izzat Bin Norazam

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan
penggunaan kaedah multimedia interaktif dalam menarik minat murid terhadap
beberapa tajuk dalam mata pelajaran Sejarah yang berkaitan dengan fakta.
Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah
rendah di daerah Limbang, Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan terdiri
daripada borang pemerhatian, skedul temu bual, borang soal selidik dan catatan
jurnal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih berminat terhadap
pelajaran apabila kaedah multimedia interaktif digunakan berbanding dengan
kaedah tradisional. Peningkatan dalam minat dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu
keseronokan murid, tumpuan murid dan penglibatan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

1.0 PENDAHULUAN
Menurut Y. Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia yang dipetik dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan bahawa pendidikan merupakan
perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan

menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan.


Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal insan yang berinovatif
dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong
pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia , [PPPM], 2012).
Menurut John Dewey (n.d seperti dinyatakan dalam Choong, 2008)
pendidikan adalah suatu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi
kedudukan manusia. Oleh itu, tidak hairanlah bidang pendidikan merupakan
bidang yang menjadi keutamaan oleh kerajaan bagi melahirkan generasi muda
yang berinovasi dan celik minda seiring dengan hasrat negara menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Dalam mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mewujudkan satu misi utama iaitu membangun sistem pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan memenuhi aspirasi negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Bagi mencapai aspirasi negara ini, komitmen dan usaha padu diperlukan
daripada seluruh lapisan masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia telah

beriltizam meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan memperkukuhkan


amalan terbaik sedia ada. Diakui umum, sekolah merupakan medan utama guru
menyampaikan pengajaran kepada murid. Peranan guru sebagai tenaga pengajar
utama di sekolah menuntut guru untuk menyampaikan pengajaran yang lebih
berkualiti dengan menekankan pembelajaran di bilik darjah.
Shahabuddin & Rohizani (2004), menyatakan pembelajaran ialah proses di
mana aktiviti dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka bagi berkembang
secara berterusan dan kekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang
diperoleh bagi kemajuan diri sendiri, dan masyarakat atau negara. Hal ini turut
disokong oleh Woofolk (2001, seperti dinyatakan dalam Noraini & Shuki, 2009)
pembelajaran ialah suatu proses di mana pengalaman yang dilalui membawa
kepada perubahan yang tekal kepada pengetahuan atau tingkah laku.
Oleh itu, guru seharusnya berupaya memahami gaya pembelajaran setiap
murid dalam bilik darjah bagi mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna
serta meningkatkan keberkesanan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza-beza. Dunn dan
Dunn (1981, seperti dinyatakan dalam Noriati, Boon & Sharifah, 2009)
berpendapat bahawa gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula memberikan
tumpuan, memproses atau menyimpan maklumat baharu dan maklumat yang
sukar. Hal ini turut disokong oleh Woolfolk (1998, seperti dinyatakan dalam
Noriati et al., 2009) bahawa gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri
seseorang individu kepada pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan

maklumat yang mendalam. Jika guru berupaya memahami gaya pembelajaran


setiap murid, keberkesanan pengajaran guru akan dapat dipertingkatkan.
Oleh itu, suatu kaedah pengajaran yang baru harus diterokai oleh guru bagi
menghasilkan murid yang mampu berfikir dengan kritis dan menggunakan
kecerdasan minda mereka secara optimum. Murid akan belajar dengan lebih baik
sekiranya murid mengerti makna di sebalik aktiviti pembelajaran yang mereka
jalani. Menurut Shahabuddin & Rohizani (2004), yang turut berpendapat bahawa
manusia belajar dengan lebih baik jika pembelajaran itu lebih bermakna.
Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan
kepada peranan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran harus digunakan.
Kaedah pembelajaran yang sesuai dan boleh diketengahkan ialah kaedah
berfokuskan murid.
Melihat dari sudut psikologi, kanak-kanak harus mendapat kepuasan
daripada apa yang dipelajari. Pembelajaran harus dapat dirasakan sebagai sesuatu
yang bermakna dan menghiburkan (Kamarudin, 1997). Bagi membina
pembelajaran yang bermakna, pembelajaran di bilik darjah yang hanya bertumpu
kepada guru juga harus dikurangkan seperti pengajaran tradisional. Mengikut Ee
(1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kaedah kuliah dalam bentuk
penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara langsung atau
tidak langsung oleh guru kepada murid. Ianya sering kali membosankan malah
dikatakan lebih bersifat sehala telah menyebabkan pembelajaran menjadi kaku

kerana guru hanya menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid yang hanya
menerima segalanya (Rahil, Habibah & Kamariah, 2008).
Dalam hal ini, guru merupakan individu yang aktif manakala murid
menerima secara pasif apa yang disampaikan oleh guru. Kecanggihan media
massa kini menyebabkan murid lebih gemar pembelajaran yang bersifat nyata,
teratur dan melibatkan mereka. Oleh yang demikian, guru perlu mendalami
pedagogi pendidikan supaya peranan guru dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu keperihatinan
Saya merupakan seorang guru baharu yang telah ditempatkan untuk
mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Limbang, Sarawak. Saya telah
dikehendaki mengajar sebanyak tiga kelas tahun lima bagi mata pelajaran sejarah
tahun 4. Pada permulaan pengajaran saya berasa agak kekok untuk
menyampaikan pengajaran. Ini kerana saya perlu memudahkan aras pengajaran
saya dengan tahap kebolehan murid. Selain itu, murid kurang memberikan fokus
kepada pengajaran saya. Hal Ini mendorong saya untuk menjalankan pelbagai
kaedah dan strategi pengajaran supaya murid memahami tajuk yang diajar.
Antara kelemahan saya yang telah saya kenal pasti ialah kelemahan dalam
menerangkan sesuatu perkara berkaitan fakta. Apabila saya berada di hadapan
murid, saya mula berasa seperti terawang-awangan semasa menerangkan sesuatu

fakta. Ini mengakibatkan penerangan saya menjadi tersasar daripada topik yang
hendak dibincangkan.
Pada pengajaran saya kali ini, saya menlaksanakan pengajaran dengan
teruk; ini kerana saya telah menjalankan pengajaran yang terkeluar
daripada topik yang sepatutnya. Selain itu, saya merasakan diri saya
kurang keyakinan dalam menyampaikan sesuatu penerangan yang
berbentuk fakta serta huraiannya.
(Catatan Jurnal No.15, 28 Feb 2014)

Rentetan daripada masalah ini, ia mengakibatkan murid saya sukar


memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selain itu, saya juga
merupakan guru yang kurang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Perkara ini diperhatikan dalam pengajaran saya, saya banyak menggunakan cara
pembahagian kumpulan dan

pembentangan oleh murid pada kertas sebak.

Kaedah ini telah mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara apabila dilaksanakan


dalam kelas yang melibatkan bilangan murid yang melebihi 20 orang dalam satu
kelas. Perkara ini menjadi lebih sukar apabila kelengkapan yang hendak
digunakan tidak mencukupi atau murid tidak membawa peralatan menulis ke
kelas pada hari pengajaran saya.
Dalam mata pelajaran Sejarah, banyak fakta yang perlu dihafal oleh murid.
Ini merupakan cabaran bagi murid saya kerana mereka tidak dapat menghafal
dengan berkesan fakta yang diajar. Setelah bermuhasabah, saya berfikir salah satu
cara untuk mengatasi masalah ini ialah melalui kepelbagaian kaedah mengajar dan
penghasilan bahan batu mengajar yang pelbagai.

Contohnya bahan bantu mengajar yang melibatkan

paparan visual

berkaitan tajuk yang dipelajari sangat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran saya.
Ini kerana murid bukan sahaja menerima fakta melalui deria pendengaran tetapi
juga melalui deria penglihatan. Mengikut Siow (2005) penggunaan deria yang
pelbagai (multiple modality) dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta membantu pengamatan individu melalui organ deria tertentu.
Namun penghasilan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan banyak telah
menimbulkan dua masalah kepada saya.
Pertama, jarak perjalanan saya ke sekolah mengambil masa selama
setengah jam sekurang-sekurangnya untuk tiba ke sekolah. Ini menimbulkan
masalah kepada saya dan rakan, apabila jarak perjalanan kami ke sekolah tersebut
menjadi salah satu faktor kami tidak mampu menghasilkan alat bantu mengajar
yang banyak kerana ianya sukar dibawa ke sekolah; tambahan pula kami hanya
menaiki satu motosikal yang sama untuk ke sekolah.
Kedua, penghasilan alat bantu mengajar yang pelbagai telah melibatkan
kos yang agak besar kepada saya. Ini merupakan cabaran kepada saya apabila
saya terpaksa membahagikan wang saku harian untuk membeli barang seperti
kertas sebak, pensil warna dan sebagainya.
Bagi mencari jalan penyelesaian, saya telah cuba menggunakan kaedah
multimedia interaktif kerana satu kelebihan yang ada pada diri saya ialah saya
mempunyai sedikit pengetahuan tentang perisian yang membolehkan diri saya
mencipta bahan pengajaran berbentuk multimedia interaktif. Langkah ini

membantu saya menjimatkan perbelanjaan harian saya. Penggunaan multimedia


interaktif juga mudah disediakan sekiranya kita sudah mempunyai kemahiran
dalam bidang tersebut. Jadi, ini memberikan saya suatu kelebihan yang baik
kerana kemahiran tersebut telah saya pelajari semasa berada di Instititut
Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) iaitu dalam mata
pelajaran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Ternyata kemahiran yang
dipelajari tersebut dapat membantu saya semasa saya mengajar di dalam kelas.
Malangnya, saya hanya tertfikir untuk menggunakan cara penyelesaian ini
dihujung praktikum kedua saya.
Selain masalah di atas, sepanjang saya berpraktikum khususnya praktikum
fasa kedua, saya telah menghadapi masalah utama yang sama iaitu murid kurang
berminat dengan pelajaran Sejarah khususnya bagi tajuk yang melibatkan fakta.
Isu ini dibincangkan oleh bahagian yang berikutnya.

2.2 Tinjauan Masalah


Mengimbau kembali pengalaman semasa saya berpraktikum selama tiga
bulan

di

Sekolah

Kebangsaan

Seri

Makmur,

Selangor

saya

telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 5.


Saya telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengajar tiga kelas iaitu dua kelas
bagi tahun 5 UM dan UITM dan satu lagi kelas bagi tahun 4. Perkara yang
memberi cabaran kepada saya di sini ialah semasa saya mengajar murid tahun 5
UITM.

Semasa pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid kurang


memberikan tumpuan dan seolah tidak berminat dengan pengajaran yang
disampaikan oleh saya. Murid kelihatan lesu dan mengantuk lebih-lebih lagi
apabila saya mengajar bahagian melibatkan Sejarah; sebagai contoh tajuk yang
berkait dengan pengasasan Melaka dan Kuasa Luar yang pernah menjajah negara
kita. Murid kelihatan kurang berminat dengan pengajaran saya. Apabila saya
meminta

mereka menjalankan aktiviti secara berkumpulan, mereka kelihatan

berdalih dan cuba untuk mengelak daripada melibatkan diri dalam aktiviti
dijalankan. Ada juga yang tertidur. Ini mengakibatkan proses pembelajaran dalam
kumpulan tidak berkesan.
Pada pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya berasa kurang berpuas
hati dengan kerja kumpulan yang dilaksanakan. Ini kerana murid kurang
memberikan tumpuan, tidak melibatkan diri dan ada yang tertidur.
(Catatan Jurnal No.20, 6 Mac 2014)

Selain itu, semasa penutup, murid tidak dapat menjawab soalan yang
diajukan oleh saya. Ini menunjukkan bahawa objektif pelajaran yang hendak
disampaikan tidak tercapai, khususnya bagi pembelajaran yang berkaitan dengan
sejarah. Peristiwa ini dipastikan waktu saya mengajar topik topik yang melibatkan
penceritaan sejarah negara kita. Ini menyebabkan saya berasa agak kecewa
dengan diri sendiri kerana berasa gagal dalam menyampaikan ilmu kepada murid.
Pada pengajaran hari ini, saya telah mendapati murid gagal menjawab
soalan yang diajukan berkaitan topik yang diajar pada hari ini. Perkara
ini mengundang kekecewaan saya kepada murid.
(Catatan Jurnal No.24, 9 Mac 2014)

10

Seterusnya, masalah lain yang dihadapi oleh saya ialah murid tidak begitu
aktif menyoal tentang pelajaran yang diajar. Murid bersikap pasif dan
mendiamkan diri sewaktu pengajaran dijalankan. Ini menjadikan pengajaran saya
satu hala sahaja iaitu guru kepada murid. Walaupun begitu, saya berpendapat
punca masalah ini terjadi adalah kerana murid tidak memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh saya.
Pada pengajaran kali ini, saya mendapati murid kurang mengajukan
soalan mengenai topik yang diajar. Saya berpendapat bahawa murid
memahami topik yang diajar pada hari ini. Namun, apabila saya
mengajukan semula soalan pada murid di akhir sesi pengajaran hanya
dua daripada enam orang yang mampu menjawab dengan tepat.
( Catatan Jurnal No. 25, 10 Mac 2014 )

Selain itu, semasa aktiviti berkumpulan, ada kumpulan murid yang perlu
diberi bimbingan oleh saya. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak
menyelesaikan tugasan yang diberi; sebagai contoh saya meminta mereka
membuat satu carta kronologi mengenai kedatangan Parameswara ke Tanah
Melayu dan huraikan peristiwa yang telah berlaku. Namun begitu, murid gagal
berbuat demikian dan saya terpaksa membimbing satu persatu kumpulan ketika
melaksanakan aktiviti ini. Ini telah mengakibatkan masa yang diperuntukan dalam
menjalankan sesuatu aktiviti dipanjangkan sehingga mengganggu perancangan
aktiviti lain. Pada pendapat saya, situasi ini terjadi kerana murid kurang memberi
perhatian semasa saya menerangkan kepada kelas keseluruhanya.
Pada pengajaran kali ini, murid tidak berjaya melaksanakan tugasan
yang diberi. Tugasan pada hari ini adalah menghuraikan peritistiwa yang
berlaku semasa kedatangan Parameswara ke Tanah Melayu.

11

(Catatan Jurnal No. 22, 8 Mac 2014)

Disebabkan pelajaran saya kurang menarik, saya juga telah menghadapi


masalah kawalan kelas. Pada langkah pertama murid masih lagi memberikan
tumpuan kepada pengajaran saya. Namun, apabila sudah memasuki ke langkah
berikutnya

murid sudah mula hilang tumpuan lebih-lebih lagi aktiviti yang

dilaksanakan adalah berkaitan dengan aktiviti berkumpulan. Ini menyebabkan


situasi dalam kelas menjadi sedikit huru-hara dan memaksa saya meninggikan
suara saya.
Pada hemat saya, semua masalah di atas berpunca daripada kegagalan saya
untuk mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Mengikut
Kounin, jika pengajaran kurang menarik banyak masalah disiplin boleh timbul
(Charles, 2008). Kounin mencadangkan bahawa salah satu cara untuk menarik
minat murid ialah jika aktiviti yang dijalankan itu ada kepelbagaian dan
momentum aktiviti dikekalkan sehingga tamat aktiviti tersebut. Oleh itu, saya
telah mengubah pengajaran saya menikut cadangan Kounin terutamanya dalam
mengajar tajuk yang berkaitan dengan fakta. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2005), minat merupakan keinginan, kesukaan, atau kecenderungan
kepada sesuatu. Ilmu yang diperoleh daripada merangsang minat dan naluri dalam
diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya dan membentuk suatu sikap
belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud, 1990). Ini bermaksud sekiranya murid
gagal memperoleh ilmu yang diajar, mereka akan kurang berminat untuk
mempelajari ilmu selanjutnya dan mewujudkan satu generalisasi bahawa mata

12

pelajaran yang dipelajari adalah susah dan membosankan. Perkara yang hendak
saya kaitkan di sini ialah disebabkan saya gagal mengajar dengan berkesan,
akibatnya murid kurang faham dengan pelajaran yang diajar, lalu mereka terus
hilang minat untuk berusaha memahami pelajaran seterusnya yang diajar oleh
saya.

3.0 TINJAUAN LITERATUR


Melihat secara keseluruhan masalah yang telah berlaku, saya berasa yakin
bahawa masalah yang timbul berpunca daripada diri saya sendiri. Apabila
bermuhasabah, saya dapati bahawa kelemahan saya berpunca daripada kaedah
penerangan saya yang kurang jelas dan menjadikan murid berasa bosan untuk
berusaha belajar di dalam kelas. Guru yang dapat memberikan keterangan yang
jelas dan dapat membuat sesuatu pelajaran kelihatan lebih menarik dan mencabar
akan dapat memotivasikan murid untuk belajar (Noraini, 2005). Di sebaliknya,
saya lebih menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran sehala dan
berpandukan buku teks semata-mata sebagai bahan bantu mengajar. Ini
mendatangkan kelemahan pada pengajaran kerana buku teks atau bahan bercetak
tidak berupaya mempelbagaikan sumber (Nik Aziz dan Noraini, 2008).
Disebabkan itu juga, penerangan saya sering kali kurang jelas, kurang berkesan
dan membosankan. sebegini sepatutnya perlu diubah kerana menyebabkan
pengajaran saya menjadi kurang kreatif dan membosankan.

13

Seterusnya, punca lain adalah kurangnya minat murid dalam terhadap


mata pelajaran Sejarah khusunya tajuk yang berkaitan dengan kronologi Sejarah.
Salah satu sebab murid kurang meminati mata pelajaran Kajian Tempatan kerana
mata pelajaran ini tidak diuji dalam peperiksaan UPSR. Hal ini memberikan kesan
yang sama terhadap mata pelajaran Sejarah. Ini kerana, mata pelajaran Sejarah
merupakan subjek elektif yang tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR . Dengan
ini murid beranggapan bahawa mata pelajaran ini tidak penting kepada mereka.
Menurut Thorndike, Weic dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat secara
keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari
akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi (Abdul
Rahim, Ahmad, Jamaluddin dan Mus, n.d). Ini menunjukkan minat merupakan
suatu perkara penting dalam pembelajaran murid. Sekiranya murid kurang
berminat untuk belajar, ini akan memberikan kesan negatif kepada mereka seperti
gagal dalam pembelajaran (Tamam, Zamri dan Affendi, n.d).
Seterusnya dalam pengamatan saya lagi, komunikasi dua hala sangat
memainkan peranan sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi dua hala dapat memotivasikan serta meningkatkan keyakinan murid
(Abdullah, 1998). Sebaliknya, komunikasi seahala akan menyebabkan pelajar
menjadi pasif (Noraini, 2005). Disebabkan pengajaran saya kebiasaanya seahala,
adalah tidak menghairankan bahawa murid dalam kelas saya kurang berminat
untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah ini.

14

Seterusnya penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik menjadi


satu sebab mengajar murid kelas saya kurang berminat dengan pelajaran Sejarah.
Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, saya hanya menggunakan buku teks
selain kertas sebak dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar utama saya.
Ini menyebabkan persembahan pengajaran saya menjadi hambar. Kesannya,
murid tidak mengambil tahu topik yang diajar dan menunjukkan sikap yang
kurang menyenangkan sebagai tanda. Seorang guru tidak menggunakan pelbagai
bahan menarik tidak dapat menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Mahzan, 2008 ).
Murid kelihatan tidak mengendahkan aktiviti yang dijalankan oleh saya,
sebaliknya mereka lebih suka berbual dan melaksanakan aktiviti lain
daripada memberikan tumpuan pada pengajaran saya. Selain itu, ada
murid yang cuba menunjukkan rasa bosan mereka dengan
mempamerkan riak muka yang kurang menyenangkan.
(Catatan Jurnal, No 28, 20 Mac 2014)
Tumpuan dan penghayatan adalah perkara yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran. Jika murid tidak memberi tumpuan di dalam pengajaran dan
pembelajaran, murid tidak akan dapat mengingat dan memahami pengajaran yang
diajar guru (Mohd Razali, 2008). Sekiranya ini berlaku, pengajaran guru akan
menjadi sia-sia kerana objektif pelajaran tidak akan tercapai .
Berdasarkan perbincangan saya diatas, saya telah mencadangkan satu
penyelesaian untuk mengatasi masalah saya, iaitu murid kurang minat dengan
pelajaran Sejarah khusunya bagi tajuk sejarah yang melibatkan Fakta atau
kronologi sejarah. Penyelesaian yang dimaksudkan saya melibatkan penggunaan
kaedah multimedia interaktif.

15

Tujuan utama saya memilih kaedah multimedia interaktif ini, ialah kerana
ia mampu memuatkan pelbagai input pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan. Seterusnya, dapat meringankan bebanan tugas guru (Zainudin Abu
Bakar, 2008). Selain itu, kaedah pengajaran ini juga dapat memuatkan bahan
animasi yang mampu menarik perhatian murid dalam meningkatkan minat mereka
untuk belajar. Tambahan pula, majoriti murid didapati berminat dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer terutamanya pada peringkat
sekolah rendah (Nik Aziz dan Noraini, 2008).
Oleh itu, bagi pada pandangan saya pemilihan kaedah multimedia
interaktif tepat sekali sebagai pengubahsuaian kepada masalah yang dihadapi
saya. Kaedah ini dapat mengelakkan komunikasi dua hala, menarik tumpuan dan
perhatian murid serta memotivasikan murid untuk belajar. Selain itu, kaedah ini
sesuai dengan tajuk sejarah yang melibatkan kronologi Di samping itu, dengan
melaksanakan kaedah pengajaran seperti ini, ia dapat membantu saya
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan mudah dibawa tanpa
membebankan diri.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan kaedah multimedia
interaktif dalam menarik minat murid tahun 5 untuk belajar tajuk berkaitan
dengan kronologi peristiwa sejarah dalam mata pelajaran Sejarah.

16

5.0 KUMPULAN SASARAN


Peserta kajian saya merupakan murid tahun 5, Sekolah Kebangsaan
limbang, Limbang iaitu seramai 20 orang. Kelas ini terdiri daripada 10 orang
murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Manakala dari aspek kognitif murid,
kelas ini terdiri daripada murid yang sederhana pandai kerana ia merupakan kelas
pertengahan; dan dari segi tingkah laku pula murid kelas ini tidak banyak masalah
. Semua murid kelas ini merupakan murid berbangsa Melayu yang tinggal di
sekitar kawasan kampung berdekatan Sekolah Kebangsaan Limbang.
Pada pemerhatian awal saya, saya dapati ada dalam kalangan murid di
dalam kelas ini yang kurang memberikan tumpuan kepada pengajaran saya. Selain
itu, saya kerap kali tepaksa menegur murid yang berada di belakang kelas, kerana
mereka asyik berbual-bual sewaktu saya menjalankan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Juga, terdapat sebilangan pelajar yang mengambil
sikap pasif dan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pengajaran saya.
Bilangan murid yang ramai dalam kelas mungkin juga merupakan salah
satu faktor yang mengakibatkan murid kurang memberikan tumpuan kepada saya
selain daripada sebab-sebab yang dibincangkan terlebih dahulu. Saya tidak dapat
memberikan perhatian kepada semua pelajar. Hal ini menyebabkan saya sering
kali terlepas pandang terhadap sebilangan murid. Mungkin ini menyebabkan
mereka merasa diri mereka dipinggirkan di dalam kelas.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

17

Pada peringkat permulaan saya telah melaksanakan pengajaran secara


tradisional dalam minggu pertama. Kaedah pengajaran tradisional ini melibatkan
penggunaan dan penerangan daripada buku teks serta penulisan pada papan hitam.
Semasa menjalankan pengajaran ini, saya telah meminta bantuan rakan untuk
menjadi seorang pemerhati dalam kelas untuk melihat tindak balas murid.
Pada permulaan set induksi pada minggu pertama saya telah menggunakan
kertas sebak yang telah ditampal pada papan hitam. Bahan yang terkandung dalam
kertas sebak tersebut adalah gambar yang dipetik dari sumber internet (Wordpress,
n.d). Peruntukkan masa untuk set induksi adalah sebanyak lima minit. Apabila
memasuki langkah berikutnya, saya telah meminta murid membuka buku teks
Sejarah. Saya telah meminta murid untuk membaca secara senyap tajuk yang telah
dipelajari. Kemudian, saya telah meminta mereka semula untuk membaca secara
kuat bersama-sama mengikut iringan saya. Semasa saya menjalankan aktiviti ini
saya mendapati seorang murid, sedang sibuk mengganggu kawannya yang berada
di sebelah kirinya. Saya menegur murid tersebut dengan nada yang kuat dan
keadaan ini telah mengganggu proses pengajaran saya. Namun, keadaan kembali
terkawal selepas ini. Dalam pemerhatian saya, gangguan murid semasa pelajaran
guru bukan sesuatu perkara yang luar biasa tetapi seorang guru perlu tahu tugas
untuk menanganinya sebaiknya ingin mengawal kelas mengikut saranan Canter
( n.d ) dalam Haliza dan Joy (2009) beliau mengatakan bahawa, guru perlu
menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid
boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan.

18

Selepas itu, saya memberikan penerangan kepada tentang isi pelajaran


yang dibaca mereka. Di akhir langkah ini saya telah menyoal lima orang murid
secara spontan untuk menjawab soalan yang diajukan. Namun, hanya dua orang
sahaja yang boleh menjawab soalan saya dengan jawapan yang tepat. Saya telah
mengajukan soalan Siapakah yang mengasaskan negeri Melaka?. Tiga daripada
lima murid menjawab Parameswara. Manakala dua orang lagi yang berjaya
menjawab dengan tepat iaitu Menteri Melaka. Perkara ini amat mengecewakan
saya kerana, kegagalan mereka menjawab soalan saya menunjukkan bahawa
mereka tidak memberikan perhatian kepada penerangan saya.
Seterusnya langkah berikutnya saya telah menjalankan aktiviti koperatif
iaitu dengan cara membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setelah
dibahagikan kepada kumpulan, saya menyediakan kertas sebak sebanyak satu
keping kertas kepada setiap kumpulan. Aktiviti ini memerlukan murid untuk
mengisi tempat kosong dalam kertas sebak supaya dapat menghuraikan kembali
peristiwa yang berlaku secara kronologi tentang peristiwa kedatangan
Parameswara ke Tanah Melayu. Apabila semua kumpulan sudah selesai
melaksanakan aktiviti ini, saya telah meminta setiap kumpulan untuk tampil ke
hadapan

dan

membentangkan

hasil

kerja

masing-masing.

Masa

yang

diperuntukkan untuk tugasan ini adalah sebanyak 20 minit. Saya juga telah
membuka peluang bersoal jawab bersama murid.
Selepas tamat langkah kedua, saya telah meminta murid untuk kembali ke
tempat mereka sambil mengedarkan kepada mereka kertas lembaran yang
mengadungi petak kosong mengikut urutan seperti dalam kertas sebak. Ini

19

bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran murid menyenaraikan kronologi


peristiwa seperti yang dilakukan dalam langkah sebelum ini. Aktviti ini telah
mengambil masa sebanyak 15 minit. Saya juga telah membuka peluang kepada
murid untuk bersoal jawab dengan saya tentang isi pelajaran. Namun begitu,
murid kurang menunjukkan penglibatan aktif. Sebaliknya, mereka lebih
mengambil sikap tidak endah dengan aktiviti yang dijalankan.
Pada pengajaran kali ini saya mendapati murid saya kurang melibatkan diri
dalam pengajaran yang disampaikan. Hanya beberapa orang murid sahaja
yang dilihat melibatkan diri sepenuhnya semasa aktviti kumpulan
dilaksanakan. Ini kerana, ada sebilangan murid yang bersikap pasif apabila
aktiviti berkumpulan dijalankan. Akibat daripada kelakuan tersebut, saya
telah menegur murid untuk memaksa mereka membantu menyumbangkan
idea semasa aktiviti pengajaran dilaksanakan.
(Catatan Jurnal No.13, 10 Julai 2014)

Setelah tamat menjalankan aktiviti ini, saya melaksanakan penutup dengan


merumuskan kembali pengajaran dan menyoal murid semula tentang isi pelajaran
yang telah dipelajari. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan kepada setiap
murid dalam kelas. Saya telah menerangkan item soal selidik satu demi satu agar
murid faham dengan jelas setiap item tersebut.
Seterusnya pada minggu berikutnya saya telah menjalankan pengajaran
saya berdasarkan kaedah yang dirancang dengan cara mengaplikasikan kaedah
multimedia interaktif ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran kali ini pula dijalankan dalam makmal sekolah.
Pada permulaan set induksi, saya telah melaksanakan pengajaran dengan
menggunakan tayangan video. Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit. Sumber

20

pengajaran saya adalah dipetik daripada internet dan laman-laman yang berkaitan.
Antara bahan yang terkandung dalam pengajaran set induksi tersebut adalah
gambar dan muzik. Semasa menjalankan langkah induksi ini, saya mendapati
murid tekun dalam memberikan perhatian terhadap paparan yang disiarkan pada
skrin. Walaubagaimanapun saya terpaksa meringkaskan set induksi kerana
kesuntukkan masa. Ini berpunca daripada murid yang bergerak lambat dari kelas
ke makmal.
Seterusnya apabila memasuki langkah pertama saya telah mempamerkan
satu nota yang berkaitan isi pelajaran yang dipersembahkan. Nota yang
dipamerkan dalam paparan slaid ini juga dalam beberapa warna supaya murid
dapat melihat isi penting dan mengingat perkara yang perlu difahami oleh mereka.
Paparan pada slaid ini juga saya turut memuatkan beberapa karekter kartun
yang terdapat bunyi-bunyian dan rakaman suara. Murid terhibur apabila karekter
yang terdapat dalam slaid tersebut boleh bercakap. Pada akhir langkah ini, dengan
berdasarkan arahan yang diberi melalui bahan multimedia, murid dikehendaki
menyalin semula isi penting dengan cara sendiri berdasarkan nota yang telah di
pamerkan. Masa yang peruntukkan untuk keseluruhan langkah ini adalah 20
minit
Selepas tamat aktiviti pengajaran pada langkah pertama, saya bersoal
jawab secara ringkas tentang isi kandungan yang terdapat dalam persembahan
multimedia yang dipamerkan dan saya juga mendapati mereka berjaya
menghasilkan satu nota ringkas dengan baik. Saya berpandangan bahawa,
mungkin warna yang terdapat dalam nota tersebut membantu murid menyalin nota

21

tersebut dengan mudah dan ringkas. Semasa menjalankan aktiviti pada langkah ini
juga, saya mendapati murid sangat teruja dengan apa yang dipamerkan pada
langkah pertama
Pada langkah kedua, saya telah membahagikan murid kepada lima
kumpulan untuk aktiviti pop kuiz. Arahan membahagikan kumpulan sebenarnya
diberi melalui bahan multimedia yang dipamerkan dengan menggunakan rakaman
suara yang dimasukkan ke dalam persembahan multimedia tersebut. Setelah
murid berada dalam kumpulan masing-masing, saya memberikan penerangan
ringkas tentang peraturan aktiviti pop kuiz kepada murid. Selain itu, murid telah
dipamerkan beberapa soalan pop kuiz yang terdapat dalam slaid berikutnya.
Setiap kumpulan yang berjaya menjawab soalan ini telah diberikan
ganjaran. Saya juga membuka peluang bersoal jawab bersama murid. Semasa
melaksanakan langkah pengajaran ini saya mendapati murid banyak melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan. Terlintas dalam fikiran saya,
mungkinkah ganjaran yang diberi menambah kepada keghairahan murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan.
Pada langkah ketiga pula, berdasarkan arahan dari bahan multimedia,
murid dikehendaki menngisi tempat kosong pada satu kad kronologi yang
berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. Kad ini telah disediakan oleh saya
sendiri dan diedarkan kepada murid. Pelaksanaan aktiviti ini telah dibimbing oleh
saya . Ini kerana semasa arahan diberikan oleh bahan multimedia interaktif
terdapat beberapa orang murid yang terkeliru dengan arahan diberikan. Setelah
siap menjalankan aktiviti ini saya telah memilih beberapa orang murid yang

22

menyiapkan tugasan kad kronologi untuk dipamerkan kepada murid yang lain
dan peneguhan positif juga turut diberikan kepada murid yang berjaya
melaksanakan tugasan yang diberi. Tujuan pelaksanaan langkah ini adalah untuk
mengukuhkan lagi keberkesanan aktiviti yang terdapat pada langkah kedua di
samping saya membuka peluang kepada murid untuk bersoal jawab mengenai isi
pelajaran yang dilaksanakan .
Pada bahagian penutup saya meminta murid untuk melihat sekali lagi
tayangan video yang dimainkan pada bahagian set induksi dan saya merumuskan
semula tentang pelajaran yang diajar kepada murid. Semasa menjalankan aktiviti
akhir ini, saya telah menyoal lima orang murid bagi memastikan keberkesanan
kaedah pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Kelima-lima murid yang disoal
telah menjawab soalan yang diajukan dengan tepat. Sepanjang pengajaran yang
dilaksanakan saya mendapati murid yang paling nakal iaitu Saidudin telah
memberikan perhatian yang baik dan bersungguh-sungguh melibatkan dirinya
dengan aktif pada setiap pengajaran yang diajar.
Saya berpuas hati dengan pengajaran yang telah dilaksanakan pada hari ini.
Murid telah memberikan perhatian dengan baik walaupun masih terdapat
lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada pengajaran kali ini juga murid
yang sering menjadi tumpuan dalam kelas akibat kenakalannya, telah
menunjukkan respon yang positif dengan melibatkan dirinya dengan aktif
tanpa menganggu murid lain seperti
pengajaran yang telah dijalankan sebelum ini.
(Catatan Jurnal No.20, 17 Julai 2014)
Pada pelaksanaan kedua ini, saya juga meminta bantuan rakan untuk menjadi
pemerhati semasa pengajaran dijalankan. Seterusnya saya juga mengedarkan
borang soal selidik kepada setiap murid. Seperti pelajaran pertama, saya telah

23

menerangkan setiap item dalam soal selidik agar murid faham setiap item dengan
jelas. Selepas itu, seperti dalam pelajaran pertama, saya telah menemu bual
beberapa orang murid.
Pengumpulan data merupakan perkara wajib dilaksanakan dalam kajian
kerana data yang diperoleh menjadi bukti bagi menjawab soalan kajian. Dalam
kajian ini, data yang diperoleh dapat menilai sejauh mana keberkesanan kaedah
multimedia interaktif dalam menarik minat murid untuk belajar tajuk yang
berkaitan dengan kronologi peristiwa sejarah.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu
skedul temu bual, borang pemerhatian dan soal selidik. Saya juga telah
menggunakan catatan jurnal saya sebagai data tambahan.

6.2 Pemerhatian
Pemerhatian bertujuan untuk menerangkan tingkah laku subjek yang
diperhatikan oleh pemerhati (Malek, 2007). Oleh itu, sebarang tindak balas oleh
murid akan dicatatkan dalam borang pemerhatian sebagai bahan bukti dan rujukan
saya (Lampiran 1). Pemerhatian ini lebih berfokuskan pada minat murid dalam
kelas semasa saya menjalankan pengajaran.
Borang pemerhatian yang telah digunakan dalam kajian ini dihasilkan
daripada perbincangan dengan rakan dan pensyarah dan merupakan diadaptasi
daripada kajian lepas (Akmal, 2011). Dalam borang tersebut telah disenaraikan
beberapa tingkah laku yang berkaitan minat murid. Pemerhatian telah dijalankan

24

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah meminta


kerjasama seorang rakan untuk menjadi pemerhati bagi kajian ini.
Satu kelebihan menggunakan kaedah ini ialah kaedah ini dapat
menghasilkan data yang lebih tepat berbanding laporan yang disediakan sendiri.
Hal ini kerana data diperolehi secara langsung daripada sampel yang dikaji
(Malek, 2007).

6.3 Borang Soal Selidik


Seterusnya kaedah kedua yang telah saya gunakan ialah dengan soal
selidik (Lampiran 2). Saya telah membina borang soal selidik dengan membuat
rujukan daripada buku contohnya (Azizi, 2006) dan juga daripada kajian lepas
(Akmal, 2011). Sehubungan dengan itu, saya juga telah berbincang bersama rakan
dan pensyarah bagi menjana idea dalam menyediakan item bagi soal selidik
tersebut.
Tujuan saya memilih kaedah soal selidik ialah kerana soal selidik
merupakan kaedah yang mampu meningkatkan ketepatan maklumat berdasarkan
set soalan yang telah disediakan (Mohd Majid, 1993). Selain itu, penandaan
respon soal selidik menggunakan kaedah skala likert seperti dalam soal selidik
kajian ini dapat memudahkan responden memahami maklum balas (Azizi, 2006).
Seterusnya, kaedah soal selidik sesuai kerana maklumat yang diperoleh tidak
dipengaruhi oleh emosi.

25

6.4 Temu bual


Data temu bual dikumpul, menggunakan skedul temu bual. Transkripsi
temu bual dihasilkan kemudian iaitu penulisan semula hasil temu bual melalui
rakaman audio (Rosinah, 2013). Saya telah memilih tiga orang murid, dan
menyoal mereka dengan soalan yang disediakan dalam skedul temu bual. Soalan
yang dirangka dalam skedul temu bual adalah berdasarkan perbincangan dengan
beberapa orang rakan dan pensyarah. Ini bertujuan bagi memastikan soalan yang
dibina tersebut bersesuaian dengan objektif

kajian. Saya juga telah merujuk

kepada beberapa kajian yang lepas Muhammad Uzair, 2011; lagi untuk merangka
soalan-soalan tersebut.
Tujuan saya memilih kaedah temu bual ialah ialah kerana kaedah temu
bual ia mampu memperoleh maklum balas yang terperinci daripada murid.
Kaedah ini juga mampu memberikan penerangan lanjut kepada respon murid
daripada soal selidik.
Murid yang terpilih untuk temu bual terdiri daripada tiga kategori iaitu,
pandai, lemah dan sederhana. Ini bertujuan memperoleh maklumat daripada murid
yang berbeza tahap kognitif dalam kelas. Penglibatan murid juga telah
berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling). Ini bermaksud, saya
telah memilih murid yang dapat maklumat yang paling banyak. Saya juga telah
memilih bilangan murid sehingga mencapai titik tepuan (saturation point)

26

6.5 Refleksi
Sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran
kedua, saya mendapati murid teruja dengan setiap aktiviti yang telah dijalankan
oleh saya. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekuatan yang terdapat dalam kaedah
yang telah dilaksanakan oleh saya. Contohnya kaedah multimedia interaktif ini
memudahkan murid menghasilkan nota ringkas dan memahami isi pelajaran yang
diajar. Ini kerana penggunaan multimedia interaktif memudahkan guru
meletakkan warna pada tulisan nota bagi menekankan isi penting yang
membolehkan murid menghasilkan nota secara ringkas dan padat. Di samping itu,
penggunaan warna pada tulisan dapat membantu murid mengingat (Yahya, 2006).
Kaedah ini juga dapat mengurangkan kebosanan yang biasa dialami murid untuk
apabila dikehendaki menyalin nota daripada apa dibacakan guru berdasarkan buku
rujukan.
Seterusnya,

semasa

melaksanakan

pengajaran

berasaskan

kaedah

multimedia interaktif, saya mendapati murid begitu teruja dengan gambar yang
dipamerkan. Perkara ini memberi kelebihan kepada kaedah ini dalam menarik
minat murid untuk belajar. Seterusnya, sifat bahan multimedia interaktif yang
fleksibel memudahkan saya memuatkan pelbagai bahan seperti gambar dalam satu
paparan slaid dan ini dapat menjadikan bahan pengajaran yang dipamerkan
menarik kepada murid. Ini kerana gambar dapat menarik minat murid jika
diselitkan bersama bahan bacaan berbanding bahan bacaan tanpa gambar
(Fatah,1990). Lebih-lebih lagi gambar yang dipamerkan berunsur kelakar seperti
kartun ataupun adiwira kegemaran kanak-kanak. Hal ini juga, telah menjimatkan

27

masa guru kerana saya tidak menggunakan masa untuk menampal gambar-gambar
pada kertas sebak ataupun pada bahan bantu mengajar yang lain.
Selain itu, dalam kajian ini, saya mempelajari bahawa satu kelebihan lagi
bagi kaedah multimedia interaktif ialah kaedah tersebut dapat menjadi platform
permainan pengajaran yang lain daripada biasa. Ini kerana kaedah multimedia
interaktif mampu menggabungkan pelbagai jenis unsur seperti gambar, muzik,
dan kuiz uji minda dalam satu persembahan slaid. Perkara ini boleh dilihat semasa
pelaksanaan aktiviti permainan pop kuiz yang dilaksanakan dalam langkah kedua
pengajaran. Dengan gabungan pelbagai unsur media audio visual ini ia akan dapat
menambahkan lagi motivasi murid untuk belajar (Siow, 2005)

. Aktiviti ini

menjadi semakin menarik apabila saya menambahkan lagi dengan pemberian


ganjaran kepada murid semasa aktiviti ini dijalankan.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan
semasa melaksanakan pengajaran berasaskan bahan multimedia interaktif salah
satu perkara, bagi yang boleh menjejaskan keberkesanannya ialah jika kemudahan
seperti LCD susah diperolehi atau atau hanya terdapat dalam tempat-tempat
tertentu seperti makmal sahaja. Jika ini terjadi, murid terpaksa berjalan dari kelas
ke tempat di mana LCD diletakkan. Perkara ini memerlukan masa yang lebih dan
boleh menyebabkan guru kesuntukan masa untuk pengajaran. Dalam kajian saya,
situasi ini terjadi menyebabkan saya terpaksa mengurangkan masa untuk
perlaksanaan set induksi. Saya terpaksa mempercepatkan masa tayangan video set
induksi agar tidak menganggu langkah pengajaran yang seterusnya. Oleh itu, saya
ingin menggunakan kaedah multimedia interaktif, maka guru perlu membuat

28

persiapan awal seperti memasang semua peralatan lebih awal dan bergerak
menjemput murid dari kelas ke makmal supaya murid tidak melengah-lengahkan
pergerakkan. Guru perlu ambil kira masa pergerakkan dalam rangcangan
pengajaran harian.
Satu kelebihan multimedia interaktif disedari oleh saya semasa saya
melaksanakan kajian saya ialah kaedah multimedia interaktif itu boleh menjadi
pengganti guru untuk memberikan arahan. Namun, saya juga sedar bahawa guru
tidak boleh bergantung kepada kaedah multimedia 100% untuk tujuan ini. Input
daripada guru juga perlu ada kerana kalau tidak, akan berlaku kekeliruan dalam
kalangan murid seperti terjadi dalam kajian saya. Jika ini terjadi, guru akan
membuang lebih masa untuk membimbing murid semula agar faham dengan
perkara yang sepatutnya dilakukan mereka.

7.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SETERUSNYA


Antara penambahbaikkan yang telah dilaksanakan ialah saya berusaha
tidak mengharapkan 100% kepada penggunaan bahan multimedia interaktif dalam
memberikan arahan dalam sesuatu aktiviti. Perkara ini dilihatkan akan lebih
mengelirukan lagi murid. Oleh itu,saya cuba membuat penerangan semula pada
setiap aktiviti yang dijalankan semasa setiap langkah yang dijalankan.
Selain itu, pada pengajaran akan datang saya akan cuba membuat
pengurusan bilik darjah dengan baik agar murid akan dapat belajar dengan
keadaan yang lebih kondusif. Seterusnya, bilik darjah yang baik akan dapat

29

memastikan pelajaran menarik minat murid (Angella,2012). Ini kerana setiap kali
melakukan

pengajaran

menggunakan

makmal

berasaskan
komputer

multimedia
untuk

komputer

melaksanakan

saya

terpaksa

pengajaran

yang

berasaskan kaedah multimedia interaktif. Keadaan dilihat sedikit menyukarkan


murid untuk bergerak ke makmal yang berada jauh dari kelas. Selain daripada
kelas yang juga berada jauh dari makmal.
Selain itu, saya akan cuba memperbanyakkan pemberian ganjaran kepada
murid semasa melaksanakan aktiviti di dalam kelas terutamanya semasa
melaksanakan pengajaran berasaskan kaedah multimedia. Ini kerana saya
mendapati murid sangat teruja apabila menerima ganjaran semasa aktiviti pop
kuiz dijalankan semasa langkah dua kaedah multimedia interaktif. Woolfolk
(2007) menyatakan bahawa pemberian ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang
diharapkan seperti minat terhadap pelajaran dapat memastikan bahawa tingkah
laku tersebut akan berulang atau dikekalkan. Hal ini kerana, peneguhan positif
berbentuk ganjaran yang diberikan akan mampu mendorong murid untuk lebih
bersemangat dalam melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan
datang

8.0 PENUTUP
Setelah melihat kepada kesemua instrumen kajian yang telah dijalankan,
saya merasakan objektif kajian saya tercapai. Matlamat saya untuk menarik minat
murid belajar dengan pelaksanaan kaedah pengajaran kaedah multimedia

30

interaktif yang telah dilaksanakan akhirnya menunjukkan hasil yang positif. Oleh
yang demikian, dapat saya nyatakan di sini bahawa kaedah pengajaran kaedah
multimedia interkatif telah memberikan tindak balas yang memuaskan dan murid
lebih aktif semasa belajar. Selain bermanfaat kepada murid, ianya juga
mendatangkan manfaat kepada guru sendiri. Manfaat yang dimaksudkan adalah
peningkatan daya kreativiti guru dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya berpendapat kaedah ini sangat sesuai dijalankan bagi menarik


penglibatan aktif dan motivasi murid untuk belajar. Ini disokong oleh Baharom
dan Ilyas (2010), yang menyatakan bahawa motivasi dalam diri
9.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
9.1 Jadual Pelaksanaan
TINDAKAN

MINGGU

MINGGU

MINGGU

Soal Selidik
P&P 1
Analisis dokumen
P&P 2
Soal jawab
Mengumpul,
menganalisis data dan
menyiapkan Tesis

9.2 Kos Bahan & Anggaran

31

Bil.
1

Perkara / Item
Kertas A4 / Warna

Kuantiti
2 rim

Kos Seunit
RM

Jumlah
RM 5.90

Dakwat Pencetak

2 botol

RM 15.00

RM 30.00

Buku Rujukan

5 unit

RM 25.00

RM 75.00

Fotostat Bahan

5 set

RM 2.00

RM 10.00

Crayon neon

2 unit

RM 3.50

RM7.00

Buku Catatan

1 unit

RM 3.00

RM 3.00

7
8
9
10

Mounting board
Kertas flourescent
Kertas Sebak
Kad Manila (BBM)

2 unit
3 unit
2 unit
4 unit

RM 3.00
RM 1.00
RM 6.00
RM 0.60

RM 6.00
RM 3.00
RM 12.00
RM 2.40

Jumlah Kos Keseluruhan


10.0 Rujukan

RM154.30

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Guru sebagai pendorong dalam bilik
darjah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Abdul Rashid. (2002). Pengajaran & pembelajaran sains sosial.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Akmal Hazimin Bin Nazeri. (2011). Keberkesanan penggunaan bahan maujud
sebagai bantu mengajar dalam menarik minat murid tahun 5 terhadap
mata pelajaran Kajian Tempatan. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan.
Kuala Lumpur: Institiut Perguruan Kampus Bahasa Antarabangsa.
Cooze, A. (2006). 100 panduan bagi guru pelatih. Kuala Lumpur: Percetakan Info
Meditasi Sdn. Bhd
Haynes, A. (2010). 100 ideas for lesson planning. New York : The Profesional and
Higher Partnership 2007.
Azizi Hj. Yahya. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2010). Pengajaran & pembelajaran.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Charles. C. M. (2008). Todays best classroom management strategies.the
University of Virginia : Pearson/Allyn and Bacon

32

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hashim Andimori. (2000). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan
kejuteraan awam di kalangan pelajar UTM. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan. UTM
Kauchak, D.P & Enggan, P.D. (1989), Learning And Teaching. Massachussest : Allyn
and Bacon.
Kamus Dewan (Edisi ketiga). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Magisos, J.H. (1989).Vocational teacher education principles, practise, problem
and promissingdirection.London : The Palmer Press.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distrutors Sdn Bhd.
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kauseling
sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Daud Hamzah. (1990). Dorongan dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Jonit Mohd Johari. (1993). Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Majid Konting. (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Razali Kamarudin. (2008). Syoknya belajar! Alaf 21. Selangor Darul
Ehsan: Karya Bestari Sdn Bhd.
Muhammad Uzair Bin Mohamad. (2011). Keberkesanan tayangan video dalam
membantu murid membuat hubungkait bagi tajuk implikasi kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar. Kuala Lumpur: Institiut Perguruan
Kampus Bahasa Antarabangsa.
Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia. Pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur :
Utusan Publications &Distributor Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Nurul Shamimi Ismail. (2010). Keberkesanan teknik nyanyian dalam mem-

33

bantu pelajar untuk mengingati kedudukan ketua pentadbiran mengikut jawatan di peringkat negari Sabah. Tesis sarjana muda tidak diterbikan, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah
rendah, Sukatan Kajian Tempatan. Kuala Lumpur:
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan
pengajaran berkesan. Shah Alam: Karisma Publicatons Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin, (2013). Penyelidikan tindakan, kaedah dan penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas
guru program pemulihan khas sekolah kebangsaan daerah Pontian. (n.d).Diperoleh: 14
Julai 2014 daripada http://eprints.utm.my/2231/
1/5_7.pdf
Woolfolk, A. (2007). Educational psychology. United States: Pearson
Education Malaysia Pte. Ltd.
Yahya Othman. (2006). Mengajar membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

34

35

Vous aimerez peut-être aussi