Vous êtes sur la page 1sur 3

1

NAMA :

TINGKATAN : ..

LATIH TUBI SPM 2016


BAHASA MELAYU KERTAS 1
Bahasa Melayu
Kertas 1
Ogos
2 jam

1103/1

DUA JAM LIMA BELAS MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambaahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

2
Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Lihat gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kepentingan menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia


Memupuk perpaduan kaum
Mengenali budaya dan adat resam kaum lain
Memajukan industri pelancongan

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina

Deepavali

3
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid


yang menyertainya.
Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah
sehingga menjadi murid yang cemerlang.

Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. atau TMK amat
diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan.
Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
kehidupan remaja..

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di
negara kita.
Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah
di jalan raya.

Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan
kejayaan sesorang itu.
Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Vous aimerez peut-être aussi