Vous êtes sur la page 1sur 6

Jumaat, 26 Februari, 2016

Alya korban cita-cita demi Islam


Cita-citanya mahu menjadi penyanyi popular, namun kecintaannya yang lebih mendalam terhadap
Islam menyebabkan Nur Alya Humaira Usun Abdullah sanggup mengorbankan impiannya itu.
Alya Humaira atau nama sebelum memeluk Islam, Petronella Usun, 27, sebelum ini cuba mencipta
populariti sebagai penyanyi kelab malam di Labuan pada sekitar 2010.
Ketika membuat persiapan untuk menyertai uji bakat sebuah rancangan nyanyian realiti TV pada
tahun 2010, perkenalan tanpa disangka dengan seorang pemuda, Yunus Ismail mengubah segalagalanya.
Pertemuan dengan Yunus bukan saja merencatkan cita-cita Petronella untuk menjadi penyanyi,
sebaliknya menerima hidayah hingga memeluk Islam.
Sebenarnya, sejak zaman kanak-kanak saya sudah mengenali Islam kerana ada antara sepupu
beragama Islam. Saya kerap berkunjung ke rumah mereka dan selalu mendengar mereka belajar
mengaji al-Quran.
Tapi, ibu bapa dan adik-beradik saya sangat kuat pegangan agama. Apabila mereka mengetahui
saya mula tertarik dan berjinak-jinak dengan Islam, saya dilarang rapat dengan sepupu beragama
Islam.
Begitupun, saya tetap curi-curi keluar ke rumah sepupu, malah kadang-kadang ikut kawan-kawan
ke surau. Saya sangat tertarik dengan cara berpakaian wanita Islam yang menutup aurat, malah
pernah secara sembunyi-sembunyi mencubanya, kata Nur Alya Humaira.
Dia kemudian membeli buku dan majalah berkaitan Islam dan mula tertarik dengan bahan bacaan
itu sekali gus semakin berminat mendalami Islam.
Walaupun sebelum ini pernah terfikir untuk memeluk Islam, ia terpaksa dipendamkan saja kerana
tidak tahu cara terbaik selain takut dihalang keluarga.
Meskipun sudah bekerja sebagai penyanyi kelab malam, saya tak pernah melupakan Islam. Takdir
Allah, saya dipertemukan dengan Yunus pada penghujung 2010, lalu saya luahkan keinginan
terpendam selama ini, katanya.
Pada masa sama Yunus menggalakkan Nur Alya Humaira Usun memeluk Islam dan selepas
berkahwin dia berjanji untuk terus membimbing saudara baru itu.

Saya mengucapkan syahadah pada 14 Februari 2011 dan kami berkahwin pada 25 Februari.
Seperti diduga, keluarga sangat marah dan tidak membenarkan saya pulang ke rumah.
Tapi saya bersyukur kerana Yunus tunaikan apa yang dijanjikan. Dia sanggup meninggalkan
kerjaya sebagai jurutera dengan sebuah syarikat cari gali minyak semata-mata ingin sentiasa berada
di sisi dan membimbing saya.
Yunus bimbang jika dia terus bekerja di syarikat cari gali itu yang memerlukan dia berpisah
dengan saya berbulan-bulan lamanya, saya dikhuatiri kembali ke agama asal kerana tiada siapa
yang membimbing. Jadi, dia sanggup korbankan gaji lumayan untuk membentuk saya menjadi umat
Islam yang benar-benar taat, kata Nur Alya Humaira.
Ternyata dia sangat terharu dengan pengorbanan suaminya. Walaupun terpaksa melupakan cita-cita
menjadi penyanyi, dia tidak kesal kerana Islam itu lebih membahagiakannya.
Apatah lagi hubungan saya dengan ahli keluarga kini kembali bertaut walaupun belum pulih 100
peratus. Begitu juga dengan keluarga suami yang sudi menerima saya, malah turut memberi
bimbingan, kata Nur Alya Humaira.
Segala pengalaman pahit manis yang pernah ditempuhi itu dijadikan bahan kepadanya untuk
berdakwah bagi menarik masyarakat lebih mendekati Islam.
Dia kini aktif bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kelab Rakan Hidayah (Hidayah
Centre Foundation) menjalankan misi dakwah menerusi pelbagai aktiviti termasuk menyertai
Program Mega Street Dakwah, baru-baru ini.
Saya sangat bahagia apabila dapat membimbing saudara baru atau umat Islam lain. Namun, saya
pasti lebih bahagia jika suatu hari nanti berjaya membawa ibu bapa untuk mengenali Islam dengan
lebih dekat. Itulah impian saya, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 8:12 AM

Susunan Norlaila Hamima

Jamaluddin laila@hmetro.com.my
Hak belajar kanak-kanak perempuan
Bertahun-tahun lamanya, setiap kali bangun dari tidur, Fatima mengimpikan untuk pergi ke sekolah.
Namun impiannya itu tidak pernah kesampaian. Pada usia lima tahun, Fatima sudah dibawa ke
ladang untuk membantu ibu dan ayahnya bekerja.
Dia cemburu melihat abangnya yang berpeluang belajar di sekolah sedangkan dia sejak kecil perlu
membantu kedua-dua orang tuanya. Inilah hakikat kehidupan bagi kanak-kanak perempuan di
Bahawalpur, di Punjab yang terletak di timur Pakistan.
Saya teringin untuk bersekolah. Saya mahu jadi guru supaya saya boleh membantu kanak-kanak
perempuan lain, kata Fatima, yang kini berusia tujuh tahun dalam temubual menerusi Skype dari
rumahnya.
Sebagai anak peladang, Fatima terpaksa akur dengan nasibnya. Dia akan mewarisi kehidupan
ibunya yang tidak tahu membaca dan hidup dalam kemiskinan yang jauh berbeza dengan nasib anak
lelaki. Nasib Fatima sama dengan lebih 13 juta kanak-kanak perempuan di Pakistan yang tidak
pernah melihat apatah menjejakkan kaki dalam bilik darjah.
Hampir separuh daripada 53 juta kanak-kanak Pakistan yang berumur antara lima hingga 16 tahun
tidak bersekolah dan 55 peratus terdiri daripada kanak-kanak perempuan.
Pakistan mempunyai jumlah kanak-kanak perempuan keciciran sekolah yang paling tinggi di dunia.
Berita mengenai anggota Taliban menembak penggiat pendidikan dan pemenang hadiah Nobel
Keamanan, Malala Yousafzai, yang ketika itu berusia 14 tahun di depan sekolahnya mendapat
perhatian dunia.
Kini keadaan dalam masyarakat Pakistan yang didominasi oleh lelaki sudah mula menunjukkan
perubahan. Wanita Pakistan, sama ada penggiat pendidikan atau ibu yang buta huruf sama-sama
berganding bahu memperjuangkan hak untuk kanak-kanak perempuan bersekolah.

Nasib Fatima berubah apabila pekerja komuniti melawat rumahnya dan selepas beberapa
perbincangan, dengan sokongan si ibu, pekerja berkenaan berjaya meyakinkan ayah Fatima untuk
menghantar anaknya bersekolah. Keputusan itu memecahkan tradisi di kampung miskin itu yang
tidak membenarkan anak perempuan belajar.
Impian saya jadi nyata dan kini saya boleh pergi ke sekolah. Saya gembira dapat bermain dengan
kawan sekolah. Guru semuanya baik dan prihatin pada pelajar, cerita Fatima dengan riang.
Kini Fatima termasuk dalam kelompok 73,000 kanak-kanak yang bersekolah menerusi program
bersama yang dilancarkan pada 2013 oleh Alif Ailaan - iaitu satu kempen pemulihan pendidikan di
bawah tajaan Pembangunan Antarabangsa Jabatan United Kingdom (UK) tetapi dijalankan warga
Pakistan sendiri menerusi Rangkaian Program Sokongan Luar Bandar (RSPN).
Projek ini membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk luar bandar Pakistan
mengenai kepentingan belajar selain menggerakkan masyarakat menggesa meminta wakil politik
dan pegawai jabatan pelajaran menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak mereka.
Kempen untuk anak
Walaupun termaktub dalam undang-undang bahawa setiap kanak-kanak di Pakistan berhak
mendapat pendidikan percuma, tetapi ia hanyalah catatan di atas kertas. Penyelidik sosial
mengatakan kemiskinan, budaya konservatif dan kemudahan persekolahan yang daif menyebabkan
banyak keluarga miskin mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah
terutama anak perempuan.
RSPN berkata, kejayaan projek itu banyak bergantung kepada kerjasama di peringkat akar umbi dan
penggiat kempen yang menggunakan pelbagai kaedah kreatif bagi menyampaikan mesej dengan
mengadakan aktiviti jalan beramai-ramai ke seluruh kampung bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat. Malah mereka juga berjumpa dengan ketua agama untuk membantu menyebarkan
maklumat.
Menurut laporan pekerja sosial, antara alasan paling biasa diberikan tidak menyekolahkan anak
perempuan ialah keengganan ibu bapa mengizinkan mereka keluar, ketiadaan akses untuk ke
sekolah, kemiskinan dan sensitiviti budaya.
Berdasarkan laporan Oxfam yang terbaru, kira-kira 11 peratus kanak-kanak perempuan Pakistan
berkahwin sebelum mencecah umur 15 tahun, yang sekali gus menafikan hak mereka kepada
kesihatan, pendidikan dan perlindungan. Pada masa sama, kaum bapa perlu diyakinkan bahawa
memberi pendidikan kepada anak perempuan adalah satu perkara yang sangat berguna.
Uzma Nazir, antara penggiat kempen yang aktif di Bahawalpur memberitahu, dia pernah merayu
dan berdialog dengan seorang ayah bagi mengingatkan lelaki itu mengenai tanggungjawab sebagai

bapa Islam terhadap anak perempuan selain menyedarkan kesilapannya yang berbelanja banyak
untuk membeli rokok.
Kalau anda mampu merokok setiap hari dan ada cukup duit untuk DishTV (saluran televisyen
berbayar di India), ia bermakna anda juga mampu untuk membiayai kos pendidikan anak-anak,
kata Uzma kepada lelaki itu.
Uzma menambah, setiap lelaki dan wanita Muslim mempunyai tanggungjawab untuk mencari ilmu.
Hasil dialog itulah, dia akhirnya membantu lelaki berkenaan mendaftarkan tiga anak perempuannya
ke sekolah.
Dalam hal pendidikan anak-anak, wanita menerimanya dengan tangan terbuka walaupun dengan
kemampuan yang terbatas. Sukhaan Mai contohnya dengan segera bersetuju untuk menyekolahkan
lapan anaknya (tujuh perempuan dan seorang lelaki). Pendapatan Mai yang tinggal 40 kilometer
dari bandar Dera Ghazi Khan di tengah Pakistan hanyalah 8,000 rupee (RM322) sebulan hasil
mengerah kudratnya sebagai buruh selain mengambil upah memetik kapas dan menuai gandum.
Namun wanita ini mempunyai impian yang besar mahu memberikan kehidupan yang lebih baik
kepada anak-anaknya, termasuk menghantar mereka ke sekolah, terutama anaknya yang cacat,
Memoona, 12.
Banyak faedahnya kalau anak saya mendapat pendidikan, masa depan mereka akan lebih baik.
Mereka juga akan dapat ilmu untuk membezakan perkara baik dan buruk, katanya dalam temubual
menerusi Skype.
Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pada 2010 hingga 2011, kira-kira 75 peratus
wanita Pakistan yang berumur 15 tahun dan ke atas bekerja dalam sektor pertanian dalam
persekitaran tempat kerja yang teruk dengan upah rendah.
Bukti sejagat menunjukkan pertambahan satu tahun persekolahan boleh meningkatkan pendapatan
wanita sebanyak 10 hingga 20 peratus. Setakat ini, projek berkenaan sudah berjaya membawa
kesedaran kepada hampir 250,000 orang mengenai kepentingan pendidikan. Masyarakat luar bandar
juga kini giat melobi untuk menambah baik kemudahan di 741 sekolah kerana banyak yang
beroperasi tanpa bekalan elektrik, tiada air minuman dan tandas pula tidak rosak serta tidak
berdinding.
Pekerja sosial berkata, ada banyak lagi perkara yang perlu dijalankan.
Pakistan memerlukan persekitaran di mana akses yang saksama diberikan kepada setiap orang
sejak kelahirannya. Jika kita berjaya melakukannya, saya jamin ia kita akan mempunyai masa
depan yang cerah dan cemerlang, kata pengarah kempen Alif Ailaan, Mosharraf Zaidi. - Thomson
Reuters Foundation

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114115#sthash.6SZt3sp8.dpuf

Vous aimerez peut-être aussi