Vous êtes sur la page 1sur 46

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA


DAN PERTANIAN
PENGENALAN

Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu mereka bentuk projek ikan
hiasan dan pembiakan aseks tanaman. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh
pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah merancang proses kerja projek ini
supaya dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual.
Langkah pertama untuk menghasilkan akuarium ini ialah kami mencari dan mengumpul
bahan-bahan yang diperlukan seperti akuarium, pasir, batu kecil, batu besar, pokok hiasan,
tunggul kayu dan alat penapis air. Semua bahan-bahan ini perlu dicuci dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam akuarium.
Kami meletakkan under gravel di dalam akuarium sebagai tapak asas. Kami
menggunakan pasir yang dicampur dengan batu-batu kecil sebagai tapak utama akuarium.
Kami menyusun batu-batu kecil dan sederhana besar di dasar akuarium dan meletakkan
tunggul kayu di sebelah tepi bagi menimbulkan keseimbangan. Kami telah menyusun
pokok-pokok hiasan yang sesuai di dalam akuarium. Alat penapis kotoran telah dipasang
untuk menapis kotoran yang terdapat dalam air. Ia juga berfungsi membekalkan oksigen
kepada ikan hiasan. Selepas itu, kami memasukkan air ke dalam akuarium perlahan-lahan
supaya arus air tidak mengubah kedudukan bahan-bahan di dalam akuarium.
Setelah air dimasukkan dengan secukupnya, kami memasukkan ubat anti klorin dan
anti cloudness ke dalam air. Air yang ditakung ini dibiarkan dahulu selama sehari sebelum
dimasukkan ikan hiasan. Kami telah merujuk modul projek dan membuat perbincangan
untuk memilih ikan yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium. Ikan dibiarkan dalam
plastik dan dimasukkan ke dalam akuarium untuk stabilkan suhu air. Kejutan suhu dan
suasana membawa kepada trauma kepada ikan hiasan. Setelah seketika ,Ikan hiasan yang
dipilih dimasukkan secara perlahan-lahan sekali dengan air dari bekas plastik. Ikan dibiarkan
berenang keluar dari bekas plastik sendiri masuk ke dalam akuarium. Kami juga telah
mengenal pasti ikan-ikan yang boleh hidup bersama. Agar sesuai dengan akuarium yang
telah dibina. Yang penting 3 kategori jenis habitat ikan iaitu atas, bawah dan dasar .
Hidupan akuarium yang sempurna perlu ada 3 jenis kategori ini. Minat dan impian
melihat ikan hidup selesa tentu memberi kesan positif kepada minda pembela dan peminat
ikan hiasan.

RBT3203E

TEKNOLOGI
RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN
Seterusnya, bagi projek pembiakan aseks tanaman pula kami telah melakukan

beberapa kerja amali yang diberi oleh pensyarah kami. Pembiakan aseks tanaman juga
digelar sebagai pembiakan tanaman secara vegetatif. Pembiakan tanaman secara vegetatif
merupakan salah satu kegiatan dalam menunjang berlangsungnya proses regenerasi
tanaman, agar tanaman tersebut mampu tumbuh dan berproduksi secara optimal tanpa
memerlukan waktu yang panjang.
diterapkan bagi tanaman buah tahunan.

Pembiakan tanaman secara vegetatif biasanya

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

TUGASAN 1 : PERANCANGAN DAN PENGURUSAN IKAN HIASAN


Ikan hiasan merupakan ikan yang hidup dalam air tawar seperti di sungai, kolam, dan
tasik. Ikan air masin pula hidup dalam lautan. Dianggarkan lebih 250 spesis berbagai jenis
ikan air tawar di Malaysia. 1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan
yang dihasilkan di Malaysia adalah daripada jenis eksotik seperti dari famili Characidae
(Amerika Selatan), ikan Chichlidae (Afrika) dan sebahagian ikan daripada famili Cyprinidae
(dari Negara Asia). Jenis Indegenous sangat terhad.
Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan
diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bacteria dan
serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang
memberi warna-warna tertentu kepada ikan.

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat

melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina.
Ikan hiasan dipelihara untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Peminat ikan
hiasan dapat menghayati keindahan alam akuatik seperti yang ditontonkan dalam National
Geographic. Ia juga mampu memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja di
pejabat. Selain itu, kita mampu menyemai perasaan sayangkan binatang peliharaan.
Pemeliharaan ikan hiasan membolehkan kita menambah pengetahuan berkaitan alam
akuatik.
Ikan membiak melalui dua cara iaitu bertelur dan beranak. Contoh ikan yang beranak
ialah ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Manakal contoh bagi ikan yang bertelur ialah
ikan Emas, Barb, Rosbora, Danio, Minnow dan Labeo; ikan Tetra dan ikan Charachid; jenis
ikan yang bernafas di udara; serta ikan Cichlidae. Terdapat beberapa faktor utama untuk
memilih ikan hiasan untuk dipelihara dalam akuarium iaitu jenis ikan (mudah diperolehi dan
senang dijaga), saiz ikan, kesihatan ikan, harga ikan, serta pengurusan dan penjagaan ikan
yang hendak dipilih.
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya
akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan
penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan
hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan
agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak

memerlukan

kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa
keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina
pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.
Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran
kepada pemelihara ikan hiasan.
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan
mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi
ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang
ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang
ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam
akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang
unik dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah
penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu
sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan
yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi
pelbagai jenis ikan.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN


Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa
perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu
memerlukan belanja yang agak banyak. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan
belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh
mendatangkan manfaat.
Perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah
mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita
lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan
membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah
lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan
hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia
juga sebagai penambahan ilmu kepada kita.
Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira
sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium
itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan
punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan
lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan
penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

MENGENAL IKAN HIASAN

Sisi
k

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Sirip kaudal /
ekor

Mulut

Penutup insang
Sirip
pektoral

Sirip pelvik

Sirip anal

a) Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
b) Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari
dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah
seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan
bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah
seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan
mengapung.
c) Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria
ini juga berfungsi sebagai telinga.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

d) Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan
keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang
oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

JENIS-JENIS IKAN
Bil
1.

Famili
Cyprinidae

Spesies
Contoh: Seluang(rasbora), ikan mas,
barb
Ikan seluang

Ciri-ciri Utama
> Kecil, berbadan
mampat,bersesungut
> ekor terbuka dan
bentuk fork

Ikan mas

>Badan bersisik ,
bergerak pantas
> kepala tanpa sisik

2.

Chichildea

Ikan Barb

>Terdapat di Afrika,
Amerika Utara dan
sebahagian besar
Asia Tenggara.

Contoh: Ikan Angel, Discus, Oscar Ikan

>Hanya sepasang

Angel

lubang hidung
>Sirip ekor bulat
>Satu dorsal fin

Ikan Discus

Ikan Oscar

3.

Charachidae

Semua jenis ikan tetra

>Seakan ikan Barb

Blue tetra

>Tiada sesungut

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

>Ada gigi dan


adiposfin
>Berasal dari
Amerika Selatan dan
Afrika Tengah

Green neon tetra

4.

Belontiidea

Contoh: Ikan pelaga Siam (Betta


splenden), Gourami biru (Trichogaster
trichopterus)

>Badan lebar dan


mampat
>Sirip anal panjang

Ikan pelaga Siam

>Mempunyai
aksesori respiratory
organ untk bernafas
di udara

Gourami biru

>Terdapat di Koprea
Selatan, Asia
Tenggara,Afrika Barat

Dwarf Gourami

6.

Catfish
Families

Coridoras sp. Ikan bandaran


(Rinelloricaria parva)

>Suckermouth
>bersesungut

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan


Sifat luar dan dalam. Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak
perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.
Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut
spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria
dan serangan penyakit.
Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa
mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz
yang kecil.
Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,
pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.
Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
Cara makan
Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan
hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger
Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.
Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk
badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk
badan.Ikan jantan
lebih besar dan perut pipih.
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai
bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau
Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai
bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor.

Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,

mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar
dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan
plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan
semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.
Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini
kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor
ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada
jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya,
makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.
Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di
dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan
hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila
ikan telah lapar.
Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan

a.

Makanan hidup

Makanan kering

Makanan basah

Makanan rumusan.
Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm

Ulat roti
Plankton

RBT3203E
b.

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c.

Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
d.

Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal
makanan haiwan.

Pellet

Emping

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN


Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:


a. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat


pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan
ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan
boleh didapati dari kedai akuarium.

b.

Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh
dirawat menggunakan larutan methylene blue

yang dimasukkan ke dalam air atau

menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu
diasingkan dari ikan sihat.

c.

Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan


berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit.
Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik,
pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat
menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan
bimbingan Pegawai Perikanan.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Penyakit-penyakit ikan dan ubat.

Bi
l
1

RBT3203E

Penyakit
Jangkitan bakteria

Sebab / Kesan

Ubat

Dikesan apabila matanya

Tetracycline atau

kabur, ekornya layu,

MarOxy

kulitnya
serba
tak kena
TEKNOLOGI RUMAH TANGGA
DAN
PERTANIAN
atau berwarna merah,

Ekor layu

dan nafasnya kencang.


Selalunya akibat tertekan

Aquarisol atau

dan keadaan air yang

akuarium

teruk. Kadangkala akibat

bergaram

daripada jangkitan
3

Badan berkulat

bakteria.
Benda keputihan yang
melekit tergantung

Sembelit

Maracyn atau
Furacyn

menyelubungi badan
Dikesan apabila ikan

Makan bersukat

betta mengambil masa

atau diberi

yang lama untuk

makanan yang

membuang najisnya atau

dibeku/hidup

najisnya tergantung lama


dan tidak jatuh. Ini akibat
ikan diberikan makanan
berkanji kering dan
kurang kepelbagaian
5

Dropsy

makanan
Pembentukan bendalir

Tetracycline

yang keterlaluan dalam


badan. Akibatnya ikan
hilang selera makan,
bengkak badan, sisiknya
teruk dan kelihatan
lembap. Selalunya
6

Ekor memburuk

menyebabkan kematian.
Kerana bakteria di luar.

BettaMax atau

Akibatnya ekor semakin

MelaFix

memburuk, pecah serta


7

Mulut berkulat

Penyakit insang

berbulu.
Mulut betta kelihatan

Penyingkir kulat

ditumbuhi benda putih

atau Furanase

atau kelabu.
Tidak mengembang dan

Maracyn

insang berwarna merah


atau berkilau. Ikan akan
9selalu berada di
permukaan atas bekas
9

Lubang di kepala

apabila dijangkiti
Terdapat lubang kecil

Hexamit

Alat

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

BAHAN DAN KEPERLUAN


Akuarium/bekas

Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan
para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan
pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis
berdasarkan:
i. saiz akuarium;
ii. bentuk akuarium;
iii. bahan buatan akuarium;dan
iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

a. Saiz akuarium
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana
besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz
akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium
besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai
isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga
40 gelen isipadu air (100-200 liter) dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu
besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh
seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di
dunia).
b. Bentuk akuarium
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu,
bagi situasi di Malaysia antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium
empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium),
akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata
(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

akuarium silinder (cylindrical aquarium). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium
paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi
dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon
berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi
(heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium
separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk
bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),
berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama(D) separa
silinder (E) dan silinder (F)

c. Bahan buatan akuarium


Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium iaitu akuarium kaca
(glass aquarium); dan akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada
kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca
ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang
membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang
tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza
dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh
dibuat dalam berbagai bentuk.

Sistem penapis
Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah 2).
Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini
mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan
partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati.
Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air,
kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan
oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan
ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan).
Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem
penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma
mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan
menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Sistem penapisan mekanikal pula
menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media
penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari
akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih
dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus
menerus.Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering
pump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran
penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama
penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa
elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible
filtering pump).
Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis.
Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media
penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas

atau serabut,

umumnya dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis
air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media
penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses
penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B)


dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C).
Sistem pengudaraan
Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak
air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah 3). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump),
batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing)
dan injap-injap akuarium. Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau
bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu
menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam
udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik
menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke
udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi
sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan
disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air
memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen
akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat
penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara


(B) dan tiub udara (C).

Aksesori
Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium
dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam
akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:
i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan
ii. mempastikan pH air pada tahap optima
iii.

memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan
makanan dapat dipam keluar daripada akuarium
iv. memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih
v. bersihkan dan memastikan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi
akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.
Akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara
aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah:
i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;
ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;
iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;
iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan
v. pasir untuk lantai akurium.
Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,
pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan
dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan
beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat
makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan
akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai
lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu
untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak
tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi
perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar
umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling
baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya
akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang
terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.
Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang
cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik
ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan
untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar
memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.
Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent
tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai
spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen
juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai.
Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang
sesuai untuk tumbuhan.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuariumakuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan akuatik

Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium.
Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan
hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan
Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran
yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan
akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara
komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk
akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah kesesuaian spesies
tumbuhan untuk akuarium, sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau
tidak, tahap pencahayaan akuarium, tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan
dalam akuarium dan kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan
hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenisjenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di
air tawar dan sebaliknya.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan

tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu,
pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau
sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.
Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium
dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan
lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.Setengah spesies tumbuhan
akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya
eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan
akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan
reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. Fungsi utama tumbuhan akuatik
ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums)
sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi
kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun
ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan
oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya
nitrat dalam air.
Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah
Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla
sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan
lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp
dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat
dalam pasaran.

Jadual 2: Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

Spesis

RBT3203E
1

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Anubias sp

.
2

Aponogeton sp

.
3

Azolla sp

.
4

Bacopa sp

.
5

Cabomba sp

.
6

Hydrocotyle sp

.
7

Hygrophila sp

.
8

Hydrilla verticiliata

.
9

Elodea sp

.
MENGHIAS AKUARIUM
Bagi memastikan ternakan ikan hiasan dalam akuarium dengan cara yang betul, langkahlangkah berikut perlu diikuti :
1.

bersihkan bekas terlebih dahulu

2.

pasangkan penapis

3.

masukkan pasir

4.

masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas

5.

masukkan aksesori yang dikehendaki

6.

masukkan tumbuhan hiasan

7.

masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya

8.

pasang dan hidupkan pam, biarkan selama 2 jam

9.

masukkan ikan hiasan

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Aksesori tambahan :
1.

Pam udara

2.

Penapis

3.

Lampu

Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis under gravel


filter

Atas : Masukan hiasan dan


aksesori
Bawah : Masukkan air

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Kos Penyediaan bahan.


Untuk persediaan sesebuah akuarium asas ,beberapa peralatan diperlukan .Berikut
disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Bahan / Alatan
Akuarium
Batu hiasan
Tumbuhan hiasan plastic
Gambar hiasan luaran
Anti Klorin
Tiub getah
Pam udara / penapis
Hiasan aksesori gelembung udara ( siput)
Kayu hiasan
Penapis under gravel
Pasir berwarna
3 jenis ikan pelbagai kategori (tiger

Kos
1 biji ( RM 65.00)
1 kampit (RM 12.00)
1 batang ( RM 5.00)
1 keping (RM 5.00)
1 botol (RM3.50)
15 cm ( RM 1.00)
1 biji (RM 35.00)
1 biji ( RM 12.00)
1 batang (RM 7.00)
1 keping (RM 5.00)
1 kampit (RM 7.50)
RM 23.00

13

barb,bawal,ikan lumut@guppy)
Jumlah

RM 181.00

Jadual Penyeliaan / Penjagaan akuarium

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Bagi memastikan akuarium dan hidupan ikan selesa dan selamat beberapa langkah

penjagaan serta penyeliaan akuarium perlu dilakukan agar akuarium terjaga. Jika tidak
akuarium kotor dan boleh menyebabkan ikan mati. Disiplin penjagaan ini perlu dibuat
sepanjang masa. Berikut disenaraikan beberapa langkah dan tugasan yang perlu dilakukan
oleh setiap peminat ikan dan akuarium.

Bil
1
2
3
4
5
6
7

Tugasan
Membersihkan akuarium /tukar air (1/3)
Beri makanan
Periksa kesihatan ikan
Tukar @ basuh penapis / span
Periksa lampu
Keselamatan akuarium
Periksa pam

Tindakan
Seminggu sekali
2 kali sehari
Seminggu sekali
Seminggu sekali
Sebulan sekali
Sepanjang masa
Sepanjang
masa

ikut

sesuai

TUGASAN 2 : PEMBIAKAN ASEKS TANAMAN


Dalam bidang perkebunan atau hortikultur, cara- cara membiakkan pokok perlu diketahui
oleh pekebun. Kita akan rugi besar jika cara ini tidak dipelajari. Kejayaan sepenuhnya boleh
didapati jika pekebun-pekebun melakukannya dengan cara amali dan mengikut peraturan-

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

peraturan yang tertentu. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian yang berat
dalam perkara ini.
CARA MEMBIAKKAN POKOK
Cara membiakkan pokok dibahagikan kepada dua cara yang besar:
A. Pembiakan Aseks atau secara vegetatif (tampang)
B. Pembiakan Seks atau menggunakan biji benih
PEMBIAKAN VEGETATIF(TAMPANG)
Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan
menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan
lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan ini
juga disebut pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tidak ada hubungannya
dengan jantina. Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan
biji benih atau biji benihnya sukar didapati seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis)
pokok sukun (Artoca1pus altilis) dan lain-lain. Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang
dilakukan dan dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta tulen bakanya.
Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini
bunga dan buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat.
Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak mempunyai akar tunjang,
akamya tidak banyak, diriannya tidak tegap dan pembesarannya juga terhad. Sebaliknya,
jika pokok-pokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk tanaman pasu,
pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik dan memberi faedah yang besar. Pembiakan
vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian pokok dan dengan itu merencatkan pokok
asal. Bilangan pokok yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada keadaan pokok
itu sendiri.

Pembiakan vegetatif boleh dibahagikan pula kepada beberapa cara. Pembahagian ini
mengikut bahagian-bahagian pokok yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh
dilakukan demikian.
(a) Keratan
(b) Tut
(c) Cantuman
(d) Belahan rumpun atau perdu

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

(e) Menanam bebawang.


(A) KERATAN

Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok


seperti batang, dahan, ranting, pucuk, daun, akar, ubi dan isi. Bahagian-bahagian yang
digunakan ini meng- ikut jenis-jenis pokok. Ada jenis yang boleh dibiakkan dengan keratan
batang atau dahan dan ada yang boleh dibiakkan dengan keratan daun, akar, isi dan
sebagainya. Bagi memudahkan melakukan pembiakan dengan keratan ini, keratan
dibahagikan pula kepada jenis-jenis seperti di bawah ini.
1.

Keratan batang, dahan atau ranting

2.

Keratan hijau atau pucuk berdaun

3.

Keratan daun

4.

Keratan akar

5.

Keratan sukulen

6.

Keratan rizom

KERATAN BATANG, DAHAN ATAU RANTING


Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan dengan keratan batang, dahan atau ranting.
Kebanyakan spesies yang boleh dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan
dikotiledon. Bagaimana pun ada juga spesies yang tidak boleh dibiakkan dengan cara ini,
seperti pokok manggis, durian, rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah
dijalankan, hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan. Ada juga spesies
monokotiledon yang boleh dibiakkan dengan cara keratan batan seperti buluh, tebu dan
lain-lain.
Pemilihan keratan
Dahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang bawah
sekali, biasanya berwarna perang dan bahagian hujung hingga ke pucuk berwrna hijau.
Bahagian yang berwarna perang kayunya keras dan bahagian yang berwarna hijau pula
berkayu lembut. Bahagian tengah yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang
sederhana kerasnya.Oleh itu keratan dahan atau ranting tumbuhan terbahagi kepada:
(a)

Keratan kayu keras

(b)

Keratan kayu sederhana dan lembut.


Pemilihan keratan ini umumnya bergantung pada spesies pokok yang hendak dibiakkan.

Ada spesies tumbuhan yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu keras dan ada pula

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau kayu lembut. Hal ini tidak
bermakna bahawa semua spesies yang boleh dibiakkan dengan keratan kayu keras tidak
boleh dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau .kayu lembut atau sebaliknya.
Contohnya: Pokok bunga kertas (Bougainvillea) lebih baik dibiakkan dengan keratan kayu
keras kerana bukan sahaja keratan ini cepat mengeluarkan akar tetapi juga mengeluarkan
bunga lebih awal. Jika pokok ini dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut ia
tidak mudah berakar dan kejayaan- nya amat rendah. Sebaliknya pula ada spesies yang
lebih mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut, jika dibiakkan dengan
keratan kayu keras kejayaannya amat rendah. Pemilihan keratan ini bergantung pada
pengalaman pekebun-pekebun. Kejayaan tidak sahaja bergantung pada pemilihan keratan
tetapi juga kepada kemahiran orang yang melakukan pembiakan keratan itu, iklim, tanah, air
dan lain- lain.
Mengerjakan keratan
Cara mengerjakan pembiakan keratan ini berbeza mengikut spesies pokok. Ada spesies
yang boleh terus hidup apabila keratan batangnya ditanam ke \'anah, Ada juga spesies
apabila batangnya yang dibuatturus pagar, ia akan terus hidup. Kebanyakan s;pesies
tumbuhan, keratannya memerlukan penjagaan yang rapi dan tanah semaian yang bersih
dan bebas daripada jangkitan penyakit. Tanah semaian adalah antara faktor yang penting
yang menentukan kejayaan pembiakan keratan dan dengan ini perlu diberi perhatian. Dalam
bab' yang akan datang cara-cara menyediakan tanah campuran untuk semaian keratan
akan diterangkan.
(A) Keratan berkayu keras
Keratan-keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur dan tidak berpenyakit.
Panjang keratan ialah kira-kira 15-20 cm panjang dan terdapat banyak mata tunas. Pisau
yang tajam perlu digunakan untuk mengerat atau memotong keratan. :Potong pangkalnya
serong sedikit, di bawah satu mata tunas atau pangkal ruas. Buang daun-daun yang
terdapat pada keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada cepat kekeringan. Bagaimanapun ada setengah-setengah pokok berkehendakkan daun-daunnya bersama keratan
seperti Ficus elastica, Codieum dan lain-lain. Jika daun-daun ini dibuang, ia akan lambat
mengeluarkan akar. Keratan perlu disemai sedalam ~ daripada pan- jangnya. Sebaikbaiknya disediakan lubang terlebih dahulu dan tidak dicucukkan sahaja. Padatkan pangkal
keratan dan disiram dengan air secukupnya. Tujuan menyiram air selepas menyemai
keratan ini adalah supaya tanah di sekeliling keratan menjadi lebih mantap. Apabila keratan
telah berakar, ia hendaklah dipindahkan dan ditanam dengan seberapa segera ke dalam
pasu atau karung politena yang telah diisi dengan tanah campuran. Semasa menggali

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

keratin perlu berhati-hatisupaya akamya tidakrosak. Sebaik- baiknya, sebelum keratan


diambil, eloklah disiram air terlebih dahulu.
Keratan yang baru ditanam, diletakkan di tempat yang redup atau di dalam rumah pokok
dan disiram air secukupnya. Pusat-pusat semaian yang besar meletakkan anak semaian di
bawah semburan air kabus bagi mengeraskannya. Apabila telah mula hidup dan
berkeadaan subur, biasakan dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan
seterusnya ditanam ke lapangan.
(B) Keratan kayu sederhana dan lembut
Keratan kayu sederhana dan lembut digunakan bergantung pada spesies tumbuhan.
Tidak ada panduan tertentu yang boleh diikuti, umumnya cara menyediakannya sama
seperti pembiakan yang menggunakan keratan kayu keras. Bagai- manapun, tanah
campuran untuk semaian kayu sederhana dan lembut ini berbeza sedikit ber- gantung pada
spesies tumbuhan yang dibiakkan.
KERATAN HIJAU ATAU PUCUK BERDAUN
Keratan hijau atau pucuk berdaun ini digunakan untuk spesies tumbuhan yang lembut,
kebanyak- annya jenis herba. Ada juga pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara ini
apabila keratan batang kayu keras atau sederhana lambat mengeluarkan akar. Contohnya
Mussaenda, Dracaena, Cordyline dan lain-lain. Keratan yang digunakan ialah pucuk
berdaun kira-kira 10-15 cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar
beberapa helai di pucuknya. Semaikan ke dalam campuran semaian seperti keratan lain
tetapi penjagaannya dibuat lebih rapi dengan menyiram air lebih kerap dan tidak
membiarkannya kekurangan air.

Keratan pucuk berdaun atau keratan hijau


KERATAN DAUN
Kebanyakan pokokherba dalamfamili Gesneriaceae seperti Saintpaulia, Gloxinia dan
herba seperti Sanse- vieria, Kalanchoe, Begonia boleh dibiakkan dengan cara keratan daun.
Bagaimanapun, pembiakan keratan daun ini tidak banyak dipraktikkan di kawasan tropika

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

kerana pembiakan cara belahan rumpun adalah lebih praktik dan menghasilkan lebih
banyak pokok. Kebanyakan pokok dalam famili Cactaceae dan Euphorbiaceae disebut
sukulen dan sifatnya yang berlendair. Pembiakannya dilakukan dengan cara keratan batang
tetapi cara melakukannya berbeza sedikit. Keratan disemai ke dalam pasir tetapi pada
permulaannya keratan ini tidak disiram dengan air yang banyak. Apabila telah mula berakar
dan bertunas barulah disiram air.

KERATAN RIZOM
Setengah-setengah spesies dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. Tanaman
seperti keladi, ubi nasi, lengkuas, halia dan lain-lain dibiakkan dengan cara menanam
rizomnya. Rizom boleh terus ditanam ke ladang. Spesies yang mempunyai rizom yang
besar perlu dikerat-kerat sebelum ditanam. Semasa melakukan keratan pastikan setiap
keratan masih mempunyai kulit dan beberapa mata tunas. Perlu diingatkan ada juga rizom
yang berkehendakkan masa "rehat", iaitu tidak boleh ditanam sehinggalah sampai
musimnya. Contohnya, ubi nasi (Dioscorea sp). Pekebun-pekebun hendaklah mengecam
jenis- jenis rizom atau ubi yang memerlukan tempoh rehat dan musim yang boleh ditanam.
Cara merehatkan rizom memadai dengan meletakkannya di tempat yang kering, berangin
dan teduh. Apabila rizom itu mula mengeluarkan tunas, bolehlah ditanam.

TUT
Cara lain yang boleh dilakukan ialah cara tut. Jika keliling satu dahan dipotong selebar
kira-kira 3 cm dan kulitnya dibuang, dahan itu tidak akan mati. Ini

adalah kerana air

bersama-sama larutan nutrien dari akar masih dapat sampai ke bahagian atas tempat yang
dipotong dan dibuang kulitnya tadi. Tempat yang dipotong itu kemudiannya, akan tumbuh

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH
TANGGA DAN PERTANIAN
akan bercantum semula. Jika tempatyang dipotong itu dibalut

bengkak-bengkak dan

dengan tanah, akar akan tumbuh dan dahan itu kemudian boleh dipotong dan ditanam ke
tempat lain.
Cara menyediakan bahan tanaman tut.
Pembiakan cara tut tidaklah begitu susah dilakukan hanya memerlukan sedikit usaha
dan praktis. Pilih dahan yang subur dan tidak berpenyakit, kira-kira sebesar jari. Dahan itu
sebaiknya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Ada pendapat yang menya- takan, dahan
yang baik untuk ditut ialah dahan- dahan yang pemah berbuah. Potong kulitnya se- lebar
kira-kira 3-5 cm keliling batang dan buangkan kulitnya. Jika terdapat kambiumnya masih
melekat, kikis dengan pisau. Balut luka dengan tanah campuran 2 bahagian tanah atas dan
1 bahagian pasir. Bagi memudahkan kerja membalut, lembapkan tanah campuran itu
terlebih dahulu. Kemudian balut tanah itu dengan politena. Bagi pokok-pokok yang lambat
mengeluarkan akar atau akamya terlalu halus, balut tanah itu dengan sabut dan kemudian
dengan politena. Ada juga pokok yang mengeluarkan akar dan dalam hal ini hormon
pengakar diperlu- kan. Hormon ini disapu pada hujung luka tadi sebelum dibalut dengan
tanah dan politena atau sabut.
Apabila ranting yang telah ditutitusudah berakar, potong di sebelah bawah balut dan
tanam ke dalam karung plastik. Letakkan di dalam rumah pokok atau di tempat yang redup
sehingga subur. Biasakan bahan tut ini dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan
kemudian barulah boleh ditanam ke lapangan.

Tut lentur
Kebanyakan pokok, apabila dahannya tertanam atau terbenam ke dalam tanah, pada
tempat yang tertanam itu akan tumbuh akar. Fakta ini boleh merupakan asas untuk

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

membiakkan pokok dan pembiakan cara ini disebut tut lentur. Pembiakan cara tut lentur ini
dilakukan pada pokok yang rendah dan dahannya mencapai ke tanah, seperti pada
pokokrenekdan pokokmemanjat. Caranya pada asasnya sama dengan cara tut. Caranya
adalah dengan melentur satu dahan atau ranting yang sihat dan sederhana keadaannya
hingga ke aras tanah. Paku dahan itu supaya sedikit bahagian dahan atau ranting itu
tertanam dan tidak bingkas semula. Bahagian yang tertanam itu lama-kelamaan akan
mengeluarkan akar. Bagi mempercepatkan pertumbuhan akar dibahagian yang tertanam
atau ditimbus itu, dibuang kulitnya seperti juga pembiakan cara tut. Apabila sudah berakar,
bahagian pangkalnya dipotong dan ditanam semula ke dalam karung plastik atau pasu.
Semasa memindahkannya, pastikan akar-akamya tidak rosak. Pelihara sehingga pokok ini
segar dan kemudian biasakan dengan cahaya matahari secara beransur -ansur.
Tut baringan
Pembiakan tut baringan ini sama seperti tut lentur tetapi sebatang pokok dilentur dan
dibaringkan ke atas tanah Kebanyakan pokok renek dan pokok memanjat boleh dilakukan
cara ini. Bagaimana-pun, cara ini tidak banyak dijalankan di kawasan tropika kerana
pembiakan cara lain lebih mudah dilakukan.
CANTUMAN
Cantuman ertinya memindahkan dan mencantumkan sedikit bahagian pokok seperti
tunas pucuk atau mata tunas kepada pokok yang lain yang sama famili dan genusnya,
bertujuan untuk mendapatkan Pokok yang tulen dan terpilih bakanya. Pokok cantuman
terdiri daripada dua bahagian iaitu penanti dan sion. Pokok penanti ialah anak pokok,
tempat mata tunas atau tunas ditempel atau dicantumkan. Sion ialah mata tunas atau tunas
yang ditempelkan kepada pokok penanti. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan pokok
yang baik dan tulen bakanya. Cara ini juga dilakukan bagi mendapatkan sebatang pokok
tetapi mempunyai beberapa wama bunga atau klon buah- buahan.
Pembiakan secara cantuman ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(1) Cantuman tunas atau pucuk
(2) Cantuman mata tunas
CANTUMAN T UNAS

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Cantuman tunas ialah cara cantuman yang memin- dahkan dan mencantumkan tunas

atau pucuk sesuatu pokok yang baik bakanya, iaitu sion kepada pokok penanti bagi
menghasilkan pokok yang tulen dan baik bakanya:
Ada beberapa cara cantuman boleh dilakukan iaitu seperti yang berikut:
(i) Cantuman sandingan
(ii) Cantuman baji sisi
(iii) Cantuman baji
(iv) Cantuman rencong
(i) Cantuman sandingan
Cantuman sandingan ialah cara yang mudah dilakukan oleh pekebun-pekebun bagi
tujuan membiakkan pokok yang terpilih bakanya. Cara ini mudah dilakukan dan pokok yang
dihasilkan dengan cara ini, mempunyai sifat yang lebih tegap dan subur. Sediakan pokok
penanti di dalam karung plastik. Biji benih yang digunakan untuk meriyediakan pokok
penanti ini, hendaklah daripada jenis yang cepat membesar. Apabila telah cukup besar, iaitu
kira-kira sebesarjari, cari tunas hujung yang terdapat pada pokok yang hendak dibiakkan.
Pilih tunas hujung yang baik sahaja, tidak berpenyakit dan sebaik-baiknya mempunyai
umuryang sama dengan pokok penanti. Buat penyokong bagi membolehkan anak-anak
pokok penanti didekatkan dengan tunas hujung tadi. Dengan menggunakan pisau yang
tajam, potong sedikit kulit anak pokok penanti dan iuga tunas tadi. Cantumkan anak pokok
penanti dan tunas itu pada luka tadi dan kemudian balut kedua-duanya dengan pita politena.
Apabila luka itu sembuh, anak pokok penanti dan tunas tadi (sion) akan bercantum.
Pastikan pokok penanti dan sion itu benar-benar bercantum dan kemudian ceraikan sion
dengan memotong di bawah balutan dan kemudian potong pokok penanti di bahagian atas
balutan. Pelihara pokok cantum ini di tempat yang redup sehingga subur . Biasakan pokok
ini dengan cahaya matahari dengan cara beransur-ansur dan kemudian bolehlah ditanam ke
ladang.
(ii) Cantuman baji sisi
Satu lagi cara cantuman yang lain diseblit cant"uman baji sisi. Cantuman ini tidak
banyak diamalkan di negara ini kerana cantuman mata tunas lebih mlidah dilaklikan dan
biasanya kejayaan yang lebih baik diperoleh. Pembiakan cara ini hanya dilaklikan sekiranya
pc'.ok yang hendak dibiakkan itu slikar didapati mata tunasnya atali tidak boleh dilaklikan
cantuman mata tunas.Teknik cantuman baji sisi ini seperti yang beriklit. Sediakan pokok
penanti sebesar ibli jari atali lebih besar. Potong kira-kira 15 cm dari permlikaan tanah
dengan mengglinakan glinting pokok. Permlikaan yang dipotong kemlidian dipotong nipis
dengan mengglinakan pisali yang tajam. Kemlidian belah di tepi menghala ke bawah kira-

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

kira 4 cm. Belahan hendaklah di antara lapisan kambilim dan kayu. Elakkan daripada
terkena lapisan kayu.
Sediakan tunas atau pucuk yang subur kira-kira 6-10cm panjangnya. Bilangkan semua
dalinnya. Bahagian pangkalnya direncong pada kedlia-dlia belah berbentuk seperti baji, kirakira 4 cm panjang, kemudian dimasukkan ke celah belahan yang telah dibuat pada pokok
penanti tadi. Perhatikan lapisan kambium tunas yang direncong dan kambium penanti yang
dibelah tadi benar-benar melekap antara satu sama lain. Balut melilit dengan pita politena
sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Sebelum dibalut sebaik-baiknya disembur dahulu
dengan racun kulat. Tempat yang dibalut tadi, kemudian dibalut pula dengan lumut
Spagnum bertujuan untuk melembapkan cantuman. Lumut ini dikatakan mengandungi air
yang boleh mengawal pembiakan kulat atau bakteria.
Keseluruhan pokok cantuman ini dilindungi dengan balutan politena nipis. Apabila tunas
sion mula hidup, buangkan balutan politena itu. Pelihara pokok cantuman ini sehingga
subur. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang teduh.

(iji) Cantuman baji


Cantuman baji merupakan teknik yang banyak digunakan bagi mencantumkan pokokpokok seperti manggis, duku, langsat dan lain-Iain yang sukar dibiakkan dengan cara
cantuman mata tunas atau keratan. Teknik cantuman ini tidak banyak bezanya dengan
cantuman baji sisi. Pokok penanti yang masih muda disediakan. Dengan menggunakan
pisau yang tajam, pucuknya dipotong dan dibuang pada tempat yang berkayu lembut dan
kemudian dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah sepanjang 4 cm.
Pada masa yang sama, sion, iaitu pucuk atau tunas, sepanjang 6-10 cm
disediakan.Potong separuh daripada daun-daun dan tinggalkan sedikit sahaja di pucuk.
Pangkal tunas sion tadi dipotong serong di kedua-dua belahnya, sepanjang 2-4 cm
berbentuk seperti bentuk baji. Masukkan tunas ini di celah belahan baji yang dibuat pada
pokok penanti dan pastikan kedua-duanya benar-benarmelekap antara satu dengan lain.
Sembur sedikit di tempat cantuman dengan racun kulat dan kemudian dibalut dengan
politena nipis sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Keseluruhan pokok cantuman ini
kemudiannya dilindungi dengan balutan politena nipis lut sinar dan diletakkan di tempat
yang teduh. Apabila tunas itu mula hidup, politena tersebut dibuang. Semua kerja
mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang redup dan bersih.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Perlu diingatkan bahawa ada jenis-jenis pokok seperti manggis, langsat, duku, durian

dan lain-lain perlu ditinggalkan sedikit daun pada sion dan penanti seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.7. Tujuan meninggalkan sedikit daun pada sion dan penanti ini adalah bagi
mengurangkan kehilangan air dari pokok penanti dan sion. Pekebun-pekebun hendaklah
mengecam jenis-jenis pokok yang dibiakkan dengan cara ini.
(iv) Cantuman tunas rencong
Teknik cantuman tunas rencong ini hampir sama dengan cantuman belahan baji. Dalam
cantuman ini penanti dan sion dipotong rencong dan dicantumkan. Cara ini baik untuk pokok
herba dan renek yang lembut.
2. CANTUMAN MATA TUNAS
Cantuman mata tunas bererti , memindahkan dan mencantumkan mata tunas sesuatu
pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan pokok-pokok yang tulen
dan baik bakanya) Dalam teknik- teknik cantuman yang lain, tunas atau pucuk digunakan
tetapi bagi teknik ini mata tunas digunakan. Kejayaan telah pun dicapai di negara ini untuk
membiakkan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan dengan kaedah cantuman mata
tunas. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan benih pokok yang terpilih
bakanya. Pokok cantuman hasil daripada teknik cantuman mata tunas ini mempunyai sifat
yang sama seperti induknya (sion) dan cepat menghasilkan buah. Pekehun-pekehun bunga
pula menggunakan cara cantuman ini hagi mendapatkan heherapa wama hunga pada satu
pokok.
Teknik mencantum mata tunas
Sediakan pokok penanti yang subur dan sihat, kira-kira sehesar jari. Dengan
menggunakan pisau pencantum yang tajam, potong dua garisan selari, selebar 1.5 cm, dari
atas ke hawah sedalam kulitnya, sepanjang 4 cm. Potongan ini ialah kira- kira 15 cm dari
aras tanah. Kemudian, potongsatu garis melintang di atas dua garis tadi sedalam kulitnya
bagi membolehkan kulitnya dikopekkan. Pastikan kulit itu boleh dikopekkan dengan baik,
dengan cara mengopekkan sedikit kulit di bahagian atasnya. Pilih satu mata tunas yang baik
dan sihat pada kayu mata tunas. Potong dua garisan sedalam kulitnya, selari antara mata
tunas selehar 1.4 cm atau selehar yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong
melintang di hujungnya sedalam yang boleh. Dipangkalnya pula dipotong sedalam kulitnya
sahaja. Potong mata tunas itu mengikut dua garisan selari tadi berserta dengan kayunya.
Dengan cermat pisahkan kayu daripada kulit. Perhatikan bintil mata tunas masih melekat di
bawah kulitnya. Jika bintil mata tunas itu masih melekat, cantumkan dengan kulit pokok

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

penanti dan menampalkan mata tunas berserta dengan kulitnya. Pastikan kambium pokok
penanti dan mata tunas betul-betul melekat dan rapat antara satu dengan lain. Balut melilit
cantuman dengan pita politena dan pastikan balutan itu tidak dimasuki air.
Selepas 20-30 hari, buka balutan dengan menggunakan pisau yang tajam dan kikis
sedikit bahagian kulit yang ditampal itu bagi menentukan kejayaan cantuman. Jika kulit itu
masih hijau, ini bermakna cantuman itu berjaya. Kemudian pangkas bahagian atas
cantuman. Beberapa hari kemudian, mata tunas yang dicantum itu akan mengeluarkan
tunas. Pelihara pokok cantuman tersebut dengan haik dan tidak boleh dibiarkan kering.
Sembur racun serangga dan kulat dua minggu sekali.
Menyediakan pokok penanti
Dalam pembiakan cantuman, masalah yang besar adalah untuk menyediakan pokok
penanti yang sesuai untuk dicantum. Keiayaan cantuman, bukan sahaja terletak pada
kemahiran mencantum tetapi ia juga kepada pokok penanti yang subur, tegap, cepat
membesar, tidak berpenyakit dan bebas daripada serangan serangga. Satu lagi perkara
yang perlu diingati ialah pokok-pokok penanti perli dipastikan supaya mempunyai lingkungan
umur yang sama dengan sion. Bagi mengatasi masalah ini, pokok penanti perlu disediakan
dengan cara yang baik. Pokok penanti ini boleh disediakan sama ada di ladang atau di
dalam karung plastik. Cara penanaman menggunakan karung plastik adalah lebih mudah
dan murah. Karung plastik diisikan dengan tanah campuran yang terdiri daripada tanah,
naiis haiwan dan pasir dalam nisbah 5:3:2 atau 7:3:2. Biji benih boleh terus ditanam. Bagi
biji benih yang kecil seperti belimbing, limau, jambu batu dan sebagainya, hendaklah
disemai terlebihdahulu. Setelah anak-anak semaian itu besar dan mudah dikendalikan,
baharulah dipindahkan ke dalam karung plastik.
Anak-anak pokok penanti ini, perlu diberi baja yang cukup dan dikawal daripada serangan
serangga dan penyakit. Selain itu, anak-anak pokok ini perlu dicantas bagi mendapatkan
pokok yang tegap dan berbatang lurus. Apabila telah berukuran sebesar jari, cantuman
bolehlah dilakukan. Dalam pembiakan cantuman mata tunas, masalah yang sentiasa
dihadapi oleh pekebun adalah untuk mendapatkan mata tunas yang baik daripada klon-klon
yang terpilih dan yang disyorkan. Masalah ini bertambah rumit kerana kayu mata tunas tidak
boleh dibawa jauh. Mata-mata tunas mestilah dicantum secepat mungkin, iaitu sebaik-baik
sahaja dipotongdaripadapokoknya.Sungguhpunadacara untuk menyimpan kayu mata tunas,
tetapi umur mata tunas juga perlu diambil kira, iaitu perlu ada persamaan umur dengan
pokok penanti. Pengusaha-pengusaha ladang semaian yang besar biasanya mempunyai
ladang mata tunasnya sendiri. Penyediaan ladang mata tunas ini bukanlah bertujuan untuk

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

menghasilkan buah atau bunga, tetapi semata-mata untuk mendapatkan mata tunas.
Berbagai-bagai klon yang terpilih ditanam pada jarak tanaman yang rapat dan dilabel.
Pokok-pokok ini digalakkan banyak berdahan atau bercabang dengan melakukan cantasan.
Pembajaannya juga bertujuan untuk menyuburkan pokok.
BELAHAN RUMPUN ATAU PERDU
Banyak jenis pokok yang hidupnya berumpun atau berperdu dan beranak di pangkal
rumpunnya seperti Alpinia, pokok palma dan sebagainya. Pokok ini boleh dibiakkan dengan
memisahkan anak- anak pokok daripada rumpunnya dan menanamnya semula. Pembiakan
cara ini disebut pembiakan dengan belahan rumpun. Pokok-pokok ini jika ditanam di dalam
pasu, lama-kelamaan akan memenuhi pasu. Apabila hendak dibiakkan keluarkan sahaja
daripada pasu dan kemudian dibelah-belah rumpunnya dan ditanam semula. Cara ini juga
dikatakan pembiakan dengan belahan rumpun.
MENANAM BEBAWANG
Di Malaysia terdapat pokok-pokok yang mempunyai bebawang seperti, Gladiolus,
Hippeastrum, Crinum dan sebagainya. Kebanyakannya boleh dibiakkan dengan cara
menanam bebawangnya. Bebawang boleh diambil dari pokok yang sudah tua atau pokok
yang telah mati. Kebanyakan bebawang mempunyai tempoh dan akan bercambah apabila
sampai musimnya.

Pekebun hendaklah memerhatikan jenis-jeriis pokok bebawang dan

mengecam tempoh rehatnya dan musim untuk menanamnya. Semua bebawang boleh
ditanam terus ke tanah dan tidak perlu disemai terlebih dahulu.
KELEBIHAN
Terdapat banyak petani dan pekebun menggunakan kaedah ini terhadap tanaman
mereka. Prinsipnya adalah merangsang tunas agar berkembang menjadi tanaman
sempurna yang memiliki akar, batang dan daun sekaligus. Keunggulan perbanyakan ini
adalah menghasilkan tanaman yang memiliki sifat yang sama dengan pohon induknya.
Selain itu, tanaman yang berasal dari perbanyakan secara pembiakan aseks lebih cepat
berbunga dan berbuah. Ia cepat memberikan hasil jika dibandingkan dengan ditanam
dengan bijinya. Oleh itu, ramai petani dan pekebun memilih kaedah ini dalam penanaman
mereka. Seterusnya, kita juga dapat menghasilkan tanaman yang baru yang sama sifatnya
dengan induknya. Pembiakan aseks membantu kita untk mendapat tanaman yang baru dan
yang mempunyai sama sifat dan induknya dari tanaman asal.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

PENUTUP

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai cabaran yang perlu saya
tempuhi baik dalam penjagaan ikan hiasan dan pertanian. Saya agak berminat dengan
tugasan ini tetapi langkah pelaksanaannya amat rumit dan perlu penjagaan serta perhatian
yang lebih bagi menghasilkan satu projek yang boleh dibanggakan. Tetapi pepatah ada
mengatakan Tak kenal, maka tak cinta .
Hal ini mencetuskan semangat untuk menyelidik dan memahami citarasa serta melihat
sendiri secara dekat ke lokasi galeri ikan, melayari internet dan bertanya pendapat kepada
penjual ikan dan sebagainya. Rupa-rupanya, bukan mudah dalam menghasilkan akuarium
yang benar-benar menimbulkan keselesaan kepada ikan serta susun letak aksesori hiasan
agar kena pada tempatnya. Mujurlah pensyarah serta rakan kumpulan banyak berkongsi
idea membantu menyelesaikan masalah serta cabaran yang mendatang.
Situasi di sekolah agak berbeza, secara asas sahaja guru dan murid cuba menghasilkan
akuarium. Berbanding di IPG, saya terutamanya dapat belajar pelbagai kemahiran dan
teknik yang betul dalam penyediaan projek ikan hiasan ini.Secara teori dan dikukuhkan lagi
dengan tindakan amali menyiapakan tugasan ini.
Di samping itu, penerapan nilai kerjasama dan bantu-membantu dapat diterapkan dan
disemai dalam diri mahupun kepada
dilakukan sebaiknya.

kumpulan

hendaknya. Pelaksanaan tugasan

Bagi langkah penyediaan akuarium lah yang perlu diberi

penekanan.Bermula penyusunan susun atur akuarium dan aksesori hinggalah kepada


langkah memasukkan air ke dalam akuarium. Air perlu dibiarkan beberapa hari, barulah
pilihan

ikan yang sesuai pula didapatkan. Proses memasukkan ikan perlu ada tempoh

bertenang agar ikan tidak terkejut dengan tempat yang baru. Suhu air amat mustahak.
Setelah siap terpancarlah wajah gembira melihat ikan berenang di dalam akuarium dengan
selesa.
Bagi tugasan pertanian, ia benar-benar mengajar saya sifat kesabaran .Kekangan
masa dengan tugas hakiki tidak mematahkan semangat saya untuk mendapatkan sebanyak
mungkin maklumat tentang pembiakan tanaman ini.Semua maklumat yang saya perolehi
samada dari internet, tukang kebun sekolah, guru Kemahiran Hidup dan individu-individu

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

tertentu, saya kumpul sebaik mungkin dan menganalisisnya dengan lebih jelas.Saya buang
segala rasa segan untuk bertemu dengan mereka yang arif dalam bidang pembiakan
tanaman ini.
Semangat yang jitu ini, mendorong saya untuk mencari lebih banyak maklumat yang
berkaitan tugasan yang diberi supaya ia dapat dikupas dengan lebih jelas dan tepat serta
berguna kepada saya pada masa akan datang. Melalui tugasan yang diberikan,ia memberi
pengalaman baru amat berguna dalam pembelajaran saya terutama dalam bidang
pertanian. Di dalam bidang ini, saya telah menimba ilmu dalam pembiakan aseks tanaman
secara mendalam lagi. Secara tidak langsung,saya telah mempelajari sesuatu yang baru
dalam penanaman tumbuhan yang sebelum ini saya hanya lihat tanpa ingin mengetahui
dengan lebih lanjut.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

LANGKAH KERJA BERGAMBAR

Bahan-bahan stiker,tiub, penapis

Basuh dan bersih bekas akuarium.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Batang Kayu yang sudah dibasuh dan direndam..

Batu kecil dan pasir halus dibersihkan.

Memasang penapis .

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Menuang dan merata pasir hitam halus.

Meletak batang kayu.

Menyusun batu dan meletak pokok hiasan.

Memasukkan air bersih perlahan-lahan.

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Siap memasukkan air ke dalam akuarium.

RUJUKAN

RBT3203E

TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Aisyah Abdul Rashid,Faizah Ismail,Daud Kamsany, (2010).Kemahiran Hidup


Tahun 5: Dewan Bahasa dan Pustaka: K.L
Aizam Zainal Abidin,Siti jalilah Muhammad, ( 2013). Aspek Pengurusan Dalam
Kultur Ikan Hiasan air Tawar : Universiti Malaysia Terengganu
Yasir Mohd,( 2012)Penternakan Ikan Hiasan Air Tawar Di Malaysia.Synergy
Media :K.L
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). PISMP
RBT. Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad, (2011). Rumah Hijau. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kaedah Penanaman Sayuran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Cara menyemai Benih Sayuran secar Kecilkecilan. Kuala Lumpur.

LAMAN SESAWANG
http://roundbeauty.blogspot.com/

http://www2.dof.gov.my/perak/ms/programmes/enggorcentre4
http://projek-ikan-hiasan.blogspot.com/p/unit-plan.html

Vous aimerez peut-être aussi