Vous êtes sur la page 1sur 5

Assalamualaikum.

Saya ________________________________
merupakan ketua pasukan Eureka Sk Bukit Payong, Marang,
Terengganu. Alhamdulilah kami dapat membina sebuah model
rumah inovasi di tepi pantai.
Rumah ini berkonsepkan rumah jimat tenaga di persisiran
pantai. Rumah ini menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
dan kecekapan tenaga. Rumah ini mempunyai 2 buah bilik
tidur, sebuah ruang tamu yang berdekatan dengan ruang
makan dan dapur, juga sebuah bilik air.
Bilik air diletakkan dinding lut cahaya, membolehkan
cahaya terang dari matahari menerangi bilik air. Diluar setiap
bilik, terdapat balkoni. Begitu juga dengan ruang tamu dan
dapur. Ruang tamu mempunyai pintu sliding door yang luas
memudahkan peredaran udara masuk dan keluar dalam
kawasan rumah. Tingkap juga terbuka luas dan mempunyai
ruang udara di bahagian atas tingkap.
Dibelakang rumah ini terdapat tangki air hujan. Air hujan ini
boleh digunakan untuk menyiram pokok atau keperluan rumah
malah dijadikan juga bekalan minuman kepada kuda.
Oleh kerana air laut masin, penghuni rumah boleh
mendapatkan air yang telah ditapis menggunakan sistem
osmosis. pengolahan air bersih dengan teknologi membran
Reverse Osmosis (osmosis terbalik), yang dapat digunakan untuk
mengolah air masin menjadi tawar, dan juga mengolah air limbah
atau air kotor menjadi air bersih. Reverse Osmosis (Osmosis
Terbalik) ini memang telah banyak dipakai di beberapa negara
seperti Amerika, Jepun, Jerman, Arab, Australia juga di Indonesia.
Sistem ini juga digunakan oleh angkasawan NASA.
Teknologi yang telah lama digunakan oleh NASA yang
berkedudukan di Amerika Serikat sebagai alat yang dapat
menyaring air yang nantinya digunakan untuk kegunaan air bagi
para angkasawan yang berada di luar angkasa.

Biojisim
Biojisim merupakan tenaga yang berasal daripada bahan
organik seperti habuk kayu, bahan buangan, hampas hasil
pertanian, tahi kuda dan daun-daun kelapa yang mati
dikumpulkan dalam rumah biojisim. Biojisim merupakan tenaga
yang dijana dari reputan benda-benda hidup.
Oleh kerana rumah ini terletak dikawasan pantai sudah tentu
kepanasan matahari dan pasir di tanah membantu proses
pereputan dedaun. Rumah biojisim ini bila panas ia akan
menghasilkan stim. Stim ini atau Gas boleh dijadikan bahan api
untuk memasak.
Proses penghasilan tenaga elektrik berlaku apabila bahan
organik dibakar dalam suhu yang tinggi. Kemudian menyebabkan
udara panas mengalir kearah turbin dan menghasilkan elektrik
melalui elektromagnet.
Kincir angin
Dihadapan rumah ini diletakkan kincir angin. Kawasan yang
lapang dan mengadap tepi laut yang terbuka membolehkan
kelajuan angin memutarkan kincir angin. Angin yang bertiup
menghasilkan tenaga kinetik akan memusing bilah kipas pada
turbin angin. Kincir angin boleh membekalkan tenaga elektrik
tanpa menyebabkan pencemaran. Tenaga angin merupakan
tenaga yang boleh diperbaharui dan bersih kerana tiada
bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik.
Angin digunakan untuk menjana elektrik. Apabila angin
bertiup, tenaga kinetik angin akan ditukarkan kepada tenaga

elektrik. Turbin angin mempunyai bilah panjang yang dipasang


pada menara bagi tujuan memerangkap tenaga kinetik angin.
Turbin angin akan memperlahankan kelajuan angin. Apabila
angin bertiup, ianya akan menolak bilah turbin angin yang
disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan
tenaga elektrik.

Tenaga Solar
Saya ialah _________________________ tugas saya adalah
membina bumbung rumah. Bumbung rumah ini, menggunakan
bumbung lut cahaya. Pada waktu siang, rumah ini akan menjadi
lebih terang kerana mendapat sinar dari cahaya matahari.
Apabila malam dapat menggunakan cahaya bulan. Ini dapat
menjimatkan tenaga elektrik.
Diatas atap rumah ini juga
dipasang tenaga solar. Tenaga solar merupakan sumber tenaga
yang berasal daripada cahaya matahari. Tenaga solar mengubah
tenaga cahaya ke bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba
dan tenaga elektrik.
Tenaga ini boleh digunakan untuk
memanaskan air dan penyaman udara dalam rumah.
Di atas atap ini diletakkan turbin angin untuk memperbaiki
peredaran udara. Dinding rumah-rumah ini, dipasang exhaust
fan bagi mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi
kesan pada dinding dan perabot, menghalang pertumbuhan kulat,
spora yang boleh menggangu kesihatan dan menyahkan bau,
haba, debu dan asap.
Ini adalah Pelindung Kilat yang melindungi rumah daripada petir.
Pelindung Kilat ini penting untuk menyelamatkan barang elektrik
dan mengelakkan rumah terbakar disambar petir.
Tenaga Air

Dalam pembinaan rumah ini. Pasukan kami tidak


meletakkan tenaga air. Tenaga air digunakan di empangan atau
aliran air sungai yang kuat. Tetapi kami tahu tenaga terdiri
daripada tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui ada lima iaitu
Tenaga Solar di bumbung rumah, Tenaga Angin di Kincir Angin,
Tenaga Ombak di pantai dan Tenaga Biojisim di belakang rumah.

Tenaga Ombak
Saya___________________, kepakaran saya adalah membina
balkoni. Sepanjang rumah ini diletakkan balkoni. Penghuni
rumah boleh berehat nak mengambil angin segar dari balkoni.
Saya akan menceritakan tentang tenaga ombak.
Angin yang kuat juga mampu menolak ombak dengan kuat
dan menghasilkan tenaga ombak. Tenaga ombak merupakan
satu tenaga yang mesra alam dan mudah diperolehi di lautan.
Gerakan ombak yang turun naik ditiup angin dan bergulunggulung boleh memutarkan turbin. Turbin ini akan menghasilkan
tenaga kenetik dan membekalkan tenaga elektrik dalam rumah
janakuasa. Janakuasa ini akan membekalkan elektrik ke dalam
rumah.
Ini adalah Alat penggera tsunami yang digunakan untuk
mengesan tsunami yang mengeluarkan amaran untuk mencegah
kehilangan nyawa dan kerosakan.
Ini pula adalah Boyaa digunakan untuk mengesan ombak
kuat dan memberi amaran sekiranya terdapat batu karang
dipinggir pantai.

Saya telah ditugaskan untuk membina tangga dirumah ini.


Saya telah membina 2 buah tangga yang kukuh dan meletakkan
ditempat strategik dengan mengambil kira langkah-langkah
keselamatan penghuni rumah.
Rumah ini juga dihiasi dengan pengampai kain yang
diperbuat dari dawai. Sepertimana yang kita tahu pengaratan
berlaku sekiranya ada air dan udara. Untuk mengelakkan dawai
ini mudah berkarat pengampai kain ini diletakkan di belakang
rumah dan telah dicat.
Pokok-pokok kelapa juga ditanam untuk meredupkan rumah
dan membekalkan lebih oksigen. Pokok kelapa sesuai ditanam
dikawasan pantai kerana daunnya berpecah-pecah dan batang
mudah melentur ditiup angin.

Vous aimerez peut-être aussi