Vous êtes sur la page 1sur 4

LAPORAN FASILITATOR BENGKEL SAINS MATH SK BERTAM PERDANA

Tajuk
Tarikh : 25 OGOS 2016
Masa
Penceramah :
Peserta:
fasilitator:
Dokumen/
diperoleh:

BENGKEL SAINS MATH UPSR SK BERTAM PERDANA


Tarikh laporan:
25 OGOS 2016
8.30 PG-5.00 PTG
Tempat : BILIK MESYUARAT SKBP
EN ISMI KAMARUL SHAM BIN HJ Guru Cemerlang sains
ISMAIL
JU KBAT SAINS, JUK HEBAT SAINS
PELAJAR TAHUN 6
Cik Husnulkhotimah Binti Abdul Lateh
bahan yang SOALAN UPSR SAINS

Teknik yang diperoleh oleh fasilitator:


-penceramah melatih kaedah engagement murid dengan bertanya keadaan mereka ( sarapan atau
belum)
-fasi diajar kaedah memulakan kelas dengan aktiviti memanaskan minda dengan meneka bulan
kelahiran. Kaedah ini sememangnya akan membawa murid agar lebih bersedia untuk memulakan pdp.
Penceramah meminta murid mengeluarkan senjata yang paling berguna bagi mereka (alatan tulis)
-aktiviti meneka tarikh kelahiran dengan menggabungkan pelbagai operasi matematik iaitu tambah,
tolak, bahagi, darab. Kaedah yang sangat hebat dalam satu aktiviti yang dapat menggabungkan kesemua
konsep.
-penceramah membimbing murid yang kurang mahir
Murid lebih menampakkan pembelajaran berbentuk inkuiri sesama mereka
-murid kelihatan berlumba-lumba untuk mendapatkan tarikh kelahiran dengan tepat
KUIZ OBJEKTIF
-aktiviti selepas memanaskan minda ialah kuiz soalan objektif.
-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut nombor yang diedarkan.
-keadaan murid agak kelam kabut dalam mencari kumpulan masing-masing.
-namun dengan kawalan dan kreativiti yang ada, pembentukan kumpulan dapat diselesaikan dengan
pantas
-murid diberikan sehelai kertas berwarna untuk dituliskan nama kumpulan dan jawapan pilihan ahli
kumpulan
-aktiviti ini menggabungkan semangat komunikasi, kefahaman, kerjasama antara ahli kumpulan
- penceramah membekalkan 20 soalan dan memerlukan masa satu minit untuk diselesaikan.
-aktiviti ini memerlukan kepantasan dan kefahaman murid dalam mengingat konsep yang telah dipejari.
-setelah selesai, fasi diminta membuat pengiraan, kumpulan 2 memperoleh markah penuh (20/20)
-Sebagai galakan dan ganjaran, murid dihadiahkan sebiji gula-gula sebagai motivasi kepada murid untuk
terus mencuba mendapatkan jawapan yang tepat.
KUIZ SUBJEKTIF
-setiap kumpulan diberikan 8 soalan. Setiap soalan mempunyai aras pemikiran yang berbeza
-murid dikehendaki berbincang dalam ahli kumpulan untuk menghasilkan jawapan yang tepat
-jawapan yang tepat ditulis pada kertas majong yang diberikan
-fasi melihat, gelagat dan kesungguhan murid dalam menjawab soalan yang dibekalkan.

-perkongsian dan buah fikiran akan melahirkan percambahan ilmu dalam diri murid
-pada minit terakhir, murid diminta menampal jawapan pada sudut bilik.
-penceramah berbincang bersama murid mengenai jawpaan yang tepat
-disini, menampakkan kemahiran belajar secara inkuiri. Murid berupaya mengeluarkan idea dan
jawapan yang tepat. Penceramah selaku pembimbing membantu murid mengeluarkan jawapan secara
keseluruhan.
-TRAFIC LIGHT
-penceramah melayarkan soalan berbentuk aras tinggi kepada murid. Murid menjawab pada kertas
masing-masing.
-fasi mengedarkan tiga keping kad berwarna merah, hijau dan kuning
-penceramah berbincang jawapan yang tepat bersama murid. Pembelajaran berpusatkan murid.
-pada akhirnya, penceramah meminta murid mengelurkan pendapat mereka melalui layangan kad
berwarna untuk membuktikan kesahihan atau kebenaran jawapan yang dibincangkan.
-ini melatih murid membina keyakinan diri dan membuat pilihan setelah konsep digunakan.
-kad tersebut juga membawa kesimpulan yang terakhir sama ada murid mencapai objektif dalam diri
atau tidak.
Sememangnya murid mencapai objektif.
REFLEKSI
-program kali ini menyimpulkan beberapa perkara yang dipelajari oleh fasi. Teknik pdp 21 membuktikan
keberkesanan dan kefahaman murid dalam mencapai sesuatu objektif. Jika guru yang belum
memulakan dahulu, siapalah murid yang akan menerima impak sehebat ini. Dalam melahirkan murid
yang hebat, sudah pasti bermula dari seoarang guru yang luar biasa dalam mencari/ menggunakan
teknik yang pelbagai dalam pdp. Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi.

Disediakan oleh:

(HUSNULKHOTIMAH ABDUL LATEH)

GAMBAR:

Vous aimerez peut-être aussi