Vous êtes sur la page 1sur 2

1.

Seperti mana yang kita ketahui, jenayah siber ini berpunca daripada
pemerhatian seseorang dalam video-video atau filem-filem barat yang banyak
menunjukkan adegan-adegan menggodam, penyebaran virus dan serangan
terhadap institusi penting Negara seperti bank, perniagaan dan agensi
perniagaan. Melalui adegan sebeginilah lahirnya niat jahat seseorang dalam
menjatuhkan sesebuah institusi hanya kerana wujud sifat hasad dengki akan
kejayaan sesebuah institusi tersebut.
1.1 Mereka boleh mempelajari teknik menggodam hanya dengan melihat
adegan filem di televisyen mahupun di computer.
1.1.1 Ancaman siber merupakan masalah yang sering di hadapi
oleh pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan
komputer mempunyai sambungan rangkaian Internet yang
menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara
terbuka.
1.1.2 Hal ini menyumbang kepada faktor perkongsian maklumat
sulit dan sensitif disebarkan secara luas di serata dunia.
1.1.2.1 Seperti contoh, adegan menggodam computer
kerajaan yang tidak dipamerkan dalam filem Negara kita boleh
diperoleh melalui rangkaian internet yang dimuatnaik oleh rakyat
Negara lain.
1.1.3 Malah mereka turut memuatnaik tutorial menggodam serta
menyebarkan virus ke computer lain dengan satu klik saja.
1.2 Masalah yang timbul akibat daripada akitiviti menggodam ini adalah
sukar untuk mengenal pasti penjenayah yang telah melakukannya.
1.2.1Malah, sukar menentukan siapa yang menyerang sistem,
mengapa dan dari mana. Ada kemungkinan ia telah dilakukan oleh
institusi pesaing atau di upah oleh pihak tertentu.
1.2.2 Penggodam internet sebenarnya tidak meninggalkan jejak dan
menyebabkan kurang bukti dan disimpulkan sukar ditangkap.
3. Badan kerajaan yang dapat membantu membanteras adegan berbahaya ini
adalah FINAS ( Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) yang membantu
menapis sumber media yang berada di pasaran serta dikaca televisyen.
3.1 Segala adegan yang menjadi ikutan kepada rakyat Malaysia
terutamanya golongan belia yang mudah terpengaruh perlu ditapis dan dipotong
babaknya.
3.1.1Adegan yang mampu menjadi ikutan adalah seperti adegan
menggodam sistem komputer, adegan merempit, adegan merokok dan
adegan melakukan seks perlulah ditapis dan dipotong.
3.2 Anak-anak muda ibarat kain putih; jika kita cemarinya dengan warna
hitam, maka hitamlah kain tersebut.
3.2.1 Kita perlu berjaga- jaga dengan anasir luar yang giat
menyebarkan maklumat serta hiburan yang tidak mendatangkan faedah
malah mampu merosakkan maruah diri.

Malah badan bukan kerajaan juga boleh membantu membanteras idea


penyalahgunaan sistem computer dengan melancarkan inisiatif kemasyarakatan
keselamatan Internet, iaitu Trend Family yang bertujuan mendidik keluarga,
belia dan kanak-kanak di Malaysia untuk melindungi kehidupan digital mereka.
Trend Family adalah sebuah keluarga maya terdiri daripada kehidupan sebenar
rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman peribadi di siber yang berkongsi
panduan mengenai perlindungan kehidupan digital peribadi, ahli keluarga
menerusi perkongsian acara dan seminar sama ada dalam bentuk artikel, blog
dan media sosial. Hal ini kerana, pemahaman dan pengetahuan rakyat mengenai
jenayah siber ini perlu dibentuk agar mereka mengetahui hak mereka selain
mengetahui kesalahan-kesalahan yang wujud ketika mengendalikan alam maya.

Vous aimerez peut-être aussi