Vous êtes sur la page 1sur 28

INFO

i.

Program KV (menjurus kepada


Diploma) di KV/ILKA/ILKS

ii.

Sekolah Menengah Teknik

iii.

Program Kemahiran/Apprenticeship di
KV/ILKA/ILKS

i. PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA
Teknologi Elektrik

Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan,
pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan
kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan
pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik

Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan
lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik,
pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem
kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Pemesinan Industri

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan
teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai
alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik,
pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba,
lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di
samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif

Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid
supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam
bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara.

Teknologi Penyejukbekuan &

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang

Penyamanan Udara

kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya
dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan
mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang
lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri
penyamanan.

Teknologi Pembinaan

Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan
didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,
keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Teknologi Pemprosesan Kayu

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan

dan Kemasan

bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Seni Kulinari

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan
makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan,
roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan
makanan.

Bakeri dan Pastri

Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan.
Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru
dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

Pelancongan

Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam
bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan penguasaan
dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Fesyen dan Membuat Pakaian

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan
tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian
dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi

Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan,
penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan,
pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-kanak

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan
kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan
pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat

tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi,
komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan Pentadbiran

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan
dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan
lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

Perbankan

Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi, statistik, perakaunan,


perundangan bank, khidmat pelanggan, produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan
perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.

Insurans

Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara,
underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku
dalam perniagaan insurans.

Pemasaran

Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian,
promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan
hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan

Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan
barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan
bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan

Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan
buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa
tentang prestasi syarikat.

Teknologi Sistem Komputer &

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian

Rangkaian

dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping
pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

Multimedia Kreatif (Animasi)

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai
dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension
(2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik Industri

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan,
percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Sistem Pengurusan Pangkalan

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan

Data dan Aplikasi Web

data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara
atau User Interface (UI)

Agroindustri Tanaman

Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman,
mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi
serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan Ruminan

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat,
merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan
ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant.
Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau

Agroindustri Ternakan Poultri

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua unggas
(poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan
sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

Mekanisasi Agro

Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan,
pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik,
pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Bioteknologi

Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan
kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan
kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti
penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan
tisu.

Akuakultur

Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan
serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan
menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Landskap

Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan
yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan
mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat

lakaran.
Pemprosesan Hasil Pertanian

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan,
sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan
pengurusan sumber manusia.

INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS)

ILKS
Enter Coridor Training Centre

KURSUS
Teknologi Mekatronik

INFO KURSUS

(Robotik)

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelatih


berkaitan ilmu dan kemahiran di dalam bidang robotik serta
sistem automasi industri.

Kursus
elektrikal,

ini

menggabungkan
elektronik,

(programming)

dan

kejuruteraan

pengaturcaraan

sistem

robotik,

mekanikal,
komputer

Lepasan

kursus

mempunyai banyak peluang pekerjaan apabila tamat


pengajian nanti.

PPKS Ilmu Sdn. Bhd

Penjanaan Kuasa Elektrik

Kursus ini akan memahirkan pelatih dalam bidang industri


elektrikal seperti pemasangan, penyelenggaraan dan baik
pulih sumber dan peralatan elektrikal berkuasa tinggi.
Pelatih juga akan dibekalkan dengan kemahiran tambahan
dalam bidang penjanaan kuasa elektrik khasnya teknologi
hidro, kuasa solar dan kuasa angin bagi membolehkan
pelatih menceburi sektor perkerjaan di loji penjanaan kuasa
dalam dan luar negara.

JT Akademi Sdn. Bhd

Subsea Welding

Technology

Kimpalan dalam air menyediakan satu kaedah untuk


memasang atau membaiki di dalam air. Teknologi ini amat
berguna bagi membaiki kapal-kapal yang rosak semasa
bencana alam seperti ribut atau peperangan. Kimpalan
dalam air adalah sebuah perindustrian yang amat khusus
dan menawarkan pekerjaan di pelantar minyak atau industri
perkapalan dan tentera.

Dalam kursus ini, selain daripada didedahkan kepada teori


dan amali dalam proses kimpalan seperti Shielded Metal
Arc Welding (SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding
(GTAW), pelatih tetap akan diatur untuk mempelajari
kemahiran menyelam dan menjalankan tugas kimpalan di
bawah air. Pelatih akan mempunyai pengetahuan tentang
fisiologi menyelam, keselamatan menyelam, persekitaran
dalam air, komunikasi dan lain-lain.

Secara tidak langsung, pelatih turut berpeluang menjadi


seorang penyelam yang profesional. Di dalam kursus ini,
pelatih akan mempelatihi perkara berkaitan kawalan dan
jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan
sebagainya juga. Pelatih juga akan dibekalkan dengan
kemahiran aplikasi perisian komputer.

Oil & Gas Welding

Technology

Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses


kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli
tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di
antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti
Shielded Metal Arc Wedling (SMAW), Flux Cored Arc
Welding (FCAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini,
pelatih akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan
jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan dan
sebagainya.

Pelatih

juga

akan

dibekalkan

dengan

kemahiran aplikasi perisian komputer.

Latihan ini merangkumi kemahiran merancang, menyelia,


merekabentuk,

mengimpal

dan

membuat

kerja-kerja

kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan


peraturan keselamatan.

Program ini akan menjadikan pelatih kimpalan lebih


kompetitif

dengan

menyerapkan

kemahiran

menyelia,

mengurus serta daya analisis dan pemikiran kritikal.


Jurukimpal yang mahir dan berkelayakan sangat diperlukan
oleh pelbagai industri terutama industri minyak dan gas.

Septronic Skills Training

Collision Repair

Centre

Reengineering Technician

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih dalam


membentuk semula badan kenderaan yang telah rosak
sama ada terlibat dalam kemalangan mahupun kerosakan
kecil.

Kursus ini dapat membantu murid untuk menambah


pengetahuan dalam bidang pengetuk panel kenderaan dan
pada masa yang sama berkemahiran dalam bidang
kimpalan dan pengurusan.

Golf & Resort Operation

Maintenance Technician

Murid diberi pendedahan berkaitan pengurusan serta


penjagaan dan hiasan padang, kelengkapan peralatan serta
kemudahan operasi padang

Akademi APFT Maintenance

Aviation (Ground

Training

Handling-Ramp Services)

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih


aktiviti-aktiviti yang menyokong keperluan perkhidmatan
darat

di

lapangan

terbang

untuk

mengendalikan

penerbangan pesawat.

Auto Prima Technology


Training Sdn. Bhd.

Autotronik

Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih mengenai


Teknologi Automotif yang terkini seiring dengan pembangunan
dunia. Automotif yang dilengkapi dengan Sistem Elektronik

berteraskan Diagnostic

INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

KOLEJ

KEMAHIRAN Teknologi

TINGGI MARA (KKTM)

Seramik

Pemprosesan Program ini akan mendedahkan murid dengan pengetahuan dan


kemahiran di dalam bidang pemprosesan seramik dan pencirian
bahan mentah seramik. Bidang ini menekankan penggunaan
Sains Gunaan di dalam mempertingkatkan kebolehan untuk
menganalisi, menilai dan membangunkan produk berasaskan
seramik

yang

berkualiti.

Sehubungan

dengan

itu,

murid

didedahkan dengan pelbagai kaedah pemprosasan seramik


seperti "Powder Pressing", "Ceramic Plastic Forming - Jiggering,
Jolleying, Ram Press, Extrude" dan "Slip Casting - Conventional
and Presure Casting".

ii. ALIRAN TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (menjurus


kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
Aliran Teknikal yang di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Tekni
bidang/pengajian seperti berikut.
Bidang-bidang tersebut adalah :

Pengajian Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.

Pengajian Kejuruteraan Awam

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Perdagangan

Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:


a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

seluruh Malaysia memberi fokus kepada

Kemasukan ke Tingkatan 4 berdasarkan PT3 dengan memilih antara 5 bidang yang ditawarkan seperti senarai di atas.

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas Kejuruteraan
Elektronik

Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan
memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik &
Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub,
elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti
pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga membantu pelajar
untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbolsimbolnya.

Pengajian Kejuruteraan

Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam

Mekanikal

bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga,


penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran
dan kegunaan mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada
pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan
geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal
memberi

tumpuan

kepada

pemahaman

konsep,

kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan

prinsip

asas,

teori

Pengajian Kejuruteraan Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengetahuan asas


dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses
Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur
Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu
Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak
dan Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara
teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk
kesedaran pelajar agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam
kerja-kerja

penyelidikan,

merekabentuk,

menganalisis

dan

bertindak

berasaskan fakta.

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berdasarkan


amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran,
perdagangan,

perniagaan,

bantuan

perniagaan,

pelaburan,

pemilikan

perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran


merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam
bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang
yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk
membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan
di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar mempelajari
amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.

Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan
dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang.
Pelajar

didedahkan

kepada

pengetahuan,

kemahiran

dan

kefahaman

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta


perladangan sebagai suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang
pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan
serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi
dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja
amali dan kerja kursus.

iii. PROGRAM KEMAHIRAN (menjurus kepada Sijil Profesional


GIATMARA atau Sijil Kemahiran Malaysia)
a)

PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) di

Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu

(WISDEC), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


Teknologi Pemprosesan Perabot

Merupakan satu program latihan berstruktur yang menawarkan latihan kemahiran industri dan pengetahuan mengenai
industri berasaskan kayu kepada murid yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri berasaskan kayu.
Kaedah latihan menekankan latihan secara hands-on yang mana peserta akan menggunakan kebanyakan masa untuk
menjalani kerja-kerja praktikal. Ia dilengkapi lagi dengan latihan secara formal di dalam kelas.

Setelah menamatkankan program ini, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh para murid adalah seperti berikut :
. Proses Persediaan Kompenan Perabot
Proses Kemasiapan

Proses Pemasangan Perabot


Lukisan Terbantu Komputer
Proses Pemeriksaan Kualiti
Pembuatan Perabot (R&D)
. Ukiran Kay

b)

SIJIL PROFESIONAL GIATMARA (Program Apprenticeship) di GIATMARA


1. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
Kursus ini akan memberi pendedahan tentang pelbagai proses kimpalan dengan menggunakan material yang
berbeza. Murid perlu memahami rajah-rajah kimpalan serta menentukan proses dan material yang akan
digunakan. Di samping itu, murid juga akan diminta menghasilkan pelbagai produk fabrikasi di akhir kursus yang
bertujuan untuk mempelbagaikan lagi bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.
2. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan
sistem penyaman udara domestik, asas sistem penyaman udara industri, menganalisa dan merekabentuk
susunatur sistem penyamanan udara. Murid juga akan mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan
penyelenggaraan, pengurusan dalam kerjakerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan
mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan

3. Teknologi Sistem Komputer

Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan, naiktaraf serta
penggunaan aplikasi komputer. Antara modul tambahan yang turut dipelajari ialah berkaitan dengan aplikasi
internet, rekabentuk laman web dan blog.

4. Sistem Komputer dan Rangkaian (Computer System Network


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan asas perkakasan dan perisian rangkaian, konsep
keselamatan data dalam rangkaian dan pengenalan kepada sistem rangkaian komputer. Antara modul yang akan
diberi penekanan dalam kursus ini ialah modul tentang rangkaian tanpa wayar (wireless), pendawaian rangkaian,
rekabentuk rangkaian ethernet dan senggaraan sistem rangkaian. Murid akan mempunyai kemahiran luas dalam
menyediakan sistem rangkaian yang kompleks yang mengandungi workstation, user, server dan perkakasan
rangkaian. Mereka juga boleh membuat troubleshooting asas untuk menyelesaikan masalah rangkaian.

5. Fesyen dan Jahitan Pakaian (Fashion And Dressmaking)


Kursus ini memberi pendedahan berkaitan asas jahitan pakaian. Murid juga didedahkan tentang teknik
mengendali berbagai mesin jahit industri, mereka bentuk fesyen pakaian dan sebagainya.
6. Hiasan Dalaman
Kursus ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada murid dalam kemahiran membaik pulih perabot
serta membuat kerja kerja kemasan seperti kerusi makan, sofa dengan menggunakan mesin-mesin yang terkini di
dalam industri pembuatan. Di samping itu juga kursus ini menyediakan modul pembelajaran hiasan dalaman yang
terdiri daripada plaster siling, drywall, wallpaper, dan rekabentuk hiasan langsir, serta kemasan lantai.

7. Seni Sulaman Kreatif


Kursus ini memberi pendedahan berkaitan jahitan yang melibatkan sulaman tangan. Sulaman mesin, sulaman
berkomputer dan reka corak. Murid juga didedahkan tentang teknik mengendali berbagai mesin jahit industri.
Selain itu juga murid akan didedahkan dalam kerja kerja jahitan sulaman tampal.

8. Teknologi Motorsikal
Kursus ini memberi pendedahan tentang aspek penjagaan dan pembaikan enjin motosikal, servis sistem brek,
servis tayar dan sebagainya. Di akhir latihan, murid juga berpeluang mencipta custom bike mereka sendiri yang
bertujuan untuk menjana daya imaginasi berkarya dan kreativiti setiap individu.
9. Penyelenggaraan Enjin Marin
Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah penyelenggaraan dan baikpulih enjin marin. Antara modul yang
turut diajar ialah sistem penyejukbekuan dan penyaman udara dalam kapal, sistem pendawaian elektrik bagi
kapal, sistem transmisi, pelinciran, pemanduan dan sebagainya.
10. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
Kursus ini memberi pendedahan tentang kaedah membaikpulih badan kenderaan dengan betul. Murid akan
melakukan amali pada kenderaan sebenar serta dapat melihat hasil kerja yang lebih realistik. Dalam menyediakan
seorang pekerja mahir dalam bidang ini, murid akan dilatih menggunakan pelbagai tools, bahan, material dan
teknik-teknik suai padan cat bagi menghasilkan tona yang menarik. Elemen mengimpal komponen kenderaan
turut diselitkan dalam latihan sebagai kemahiran tambahan.

11. Teknologi Automotif


Kursus ini memberi pendedahan tentang penyelenggaraan dan servis enjin kenderaan. Murid akan didedahkan
dengan sistem petrol dan juga diesel sepanjang tempoh pembelajaran. Antara topik yang akan dipelajari ialah
sistem brek kenderaan, sistem elektrik dan penyaman udara, stereng serta transmisi manual dan automatik.

12. Masakan Dan Pramusaji


Kursus ini akan memberi pendedahan kepada murid untuk mempelajari penyediaan pelbagai jenis masakan
melayu, masakan barat, penyediaan minuman dan snek. Di samping itu, murid turut diberi ilmu tentang amalan
hygiene yang baik (good hygiene practice) dalam bidang pengurusan makanan. Dalam tempoh latihan, murid
bukan sahaja akan dilengkapkan dengan kemahiran memasak malah turut didedahkan dengan kemahiran
memotong bahan masakan, pramusaji dan mempersembahkan kesenian pada hidangan. Sebagai seorang bakal
tukang masak mahir, murid perlu tahu untuk merancang menu dan menyediakan hidangan lengkap yang
mengandungi semua nutrien diperlukan oleh tubuh.

13. Konfeksionari dan Bakeri (Confectionery And Bakery)


Kursus ini merangkumi pelbagai modul yang komprehensif dalam penyediaan produk pastri dan bakeri. Konsep
latihan secara amali amat dititikberatkan supaya setiap murid mendapat latihan yang intensif dan mahir dalam
menyedia setiap produk yang telah ditetapkan. Antara produk yang akan dipelajari ialah menyediakan pelbagai
jenis doh roti, pastri dan biskut. Mereka akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang kandungan bahan
dan teknik penghasilan sesuatu produk.

14. Senireka Gaya Rambut

Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut
lelaki dan wanita. Antara modul yang akan dipelajari ialah modul pembersihan rambut, penggayaan rambut
(sanggul, blow curl, menggulung), menggunting rambut (lelaki dan wanita), mengerinting, mewarna dan melurus
rambut. Teknik penjagaan dan rawatan rambut turut ditekankan kepada para murid sebagai kemahiran dan
pengetahuan tambahan.

15. Solekan Dan Terapi Kecantikan


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik solekan muka
seperti solekan siang, malam dan solekan pentas. Malahan, sebagai nilai tambah kepada murid, modul berkaitan
rawatan dan penjagaan seluruh tubuh juga turut dimuatkan. Antara modul tersebut ialah rawatan kontur mata dan
wajah, manicure/pedicure serta rawatan tubuh menggunakan mesin.

16. Senireka Gaya Rambut Dan Solekan


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai rekaan gaya rambut
lelaki/wanita serta penjagaan kecantikan. Kursus ini merupakan kursus khas yang menggabungkan tatarias
kecantikan serta gaya rambut. Kandungan silibus lebih menjurus kepada pematuhan syariah.
17. Teknologi Animasi
Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan lukisan asas
animasi 2D, ilustrasi vektor, manipulasi imej, lukisan digital, membuat model animasi 3D, membuat pergerakan
pada objek dan merekacipta skrip, konsep dan papan cerita (storyboard). Di akhir latihan, murid dikehendaki
menghasilkan sebuah filem pendek animasi yang akan menguji keupayaan murid dalam fasa pre-production,
production dan post-production.

18. Rekabentuk Grafik dan Pengiklanan (Graphic Design And Advertising)


Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam rekabentuk grafik berkomputer.
Rekaan yang akan dipelajari lebih kepada grafik bagi tujuan pengiklanan. Murid bukan sahaja akan mempelajari
teknik rekabentuk grafik vektor dan bitmap tetapi juga pendedahan kepada output rekaan tersebut samada dalam
bentuk poster, banner, bunting dan lain-lain.

19. Teknologi Percetakan


Kursus ini menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran mengendali serta menyelenggara mesin
percetakan. Aspek amali amat dititikberatkan dalam kursus ini kerana murid perlu mahir untuk mengendali mesin
cetak yang berbeza-beza dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan kualiti cetakan yang tinggi. Di samping
itu, murid akan diajar cara troubleshooting perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kualiti cetakan seperti
dakwat, kertas dan material yang lain. Setiap murid mesti tahu dan cekap dalam mengadun / mencampur warna
dakwat, mengendali mesin pemotong serta menukar tetapan (setting) kualiti cetak mengikut spesifkasi produk
yang dikehendaki oleh pelanggan.

20. Teknologi Fotografi


Kursus ini merangkumi pembelajaran tentang teknik-teknik pengendalian kamera SLR digital, kawalan cahaya dan
penyuntingan imej. Murid juga berpeluang untuk mempelajari teknik fotografi untuk pengiklanan dan juga
kewartawanan. Bidang fotografi menawarkan peluang menjana pendapatan yang tinggi di samping boleh

dilakukan secara sambilan. Bidang ini memerlukan daya imaginasi dan kreativiti dalam penghasilan foto yang
unik, realistik dan mempunyai nilai seni.
21. Artis Desktop Publishing (Desktop Publishing Artist)
Kursus ini memberi pendedahan tentang asas rekabentuk grafik berkomputer. Antara perisian yang dipelajari
dalam kursus ini ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe In Design. Antara kemahiran yang akan
dipelajari ialah teknik rekabentuk imej visual, membuat layout, suntingan digital, typesetting dan cetakan akhir.
Skop kursus meliputi kesemua bentuk interpretasi grafik termasuklah rekabentuk 2D dan 3D.

22. Rekabentuk Multimedia dan Produksi (Multimedia Design And Production)


Murid akan mempelajari kaedah untuk membuat suntingan grafik, audio dan video yang akan dintegrasikan dalam
satu projek khas. Modul rekabentuk laman web serta cara memuatnaik ke internet akan turut didedahkan kepada
para murid. Di akhir latihan, murid dikehendaki menghasilkan projek interaktif yang mempunyai gabungan
pelbagai elemen multimedia di dalamnya.
23. Teknologi Elektronik Audio Visual
Murid akan menguasai kemahiran dalam menghasilkan lukisan elektronik dan seterusnya membina projek
elektronik. Kursus ini juga mendedahkan murid kemahiran membaikpulih sistem hi-fi, memasang sistem audio
kenderaan, membaikpulih sistem TV/LCD. Pengetahuan dan kemahiran memasang kamera litar tertutup (CCTV),
membaikpulih perkakasan elektrik rumah dan membina pengawalan logik boleh atur juga turut diberikan kepada
murid secara praktikal.

24. Elektronik Industri

Kursus ini mendedahkan murid dengan kemahiran menghasilkan lukisan kejuruteraan dan lukisan elektronik serta
menghasilkan litar elektronik. Murid juga akan menguasai kemahiran mencari kerosakan litar/peralatan dan
seterusnya menjalankan kerja membaikpulih kerosakan supaya litar/peralatan dapat berfungsi mengikut
spesifikasi. Murid akan dilatih mengendali sistem automasi dan mengendali pengawal mikro yang banyak
digunakan di dalam industri

25. Pendawai Elektrik (PW1)


Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian,
murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem
pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.
26. Pendawai Elektrik (PW 2)
Kursus ini memberi pendedahan tentang kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa . Sepanjang tempoh pengajian,
murid akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan kejuruteraan, sistem
pepasangan, sistem kawalan dan pengujian.
27. Terapi Holistik dan Kesihatan (Holistic And Wellness Spa)
Kursus ini akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan/ pengendalian spa.
Murid akan diajar kaedah-kaedah rawatan yang biasa dilakukan di spa seperti rawatan wajah, rawatan badan,
rawatan menggunakan haba atau air dan rawatan kaki. Biasanya bahan semulajadi lebih sesuai digunakan dalam
rawatan di spa. Di samping itu, murid akan diberi pengetahuan fungsi setiap bahan tersebut seperti jenis-jenis
garam, buah-buahan dan bijirin.

28. Penyelenggaraan Industri (Industrial Maintenance)


Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Murid berpeluang untuk mempelajari secara
teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu
mereka turut diajar kemahiraan melepa, bricklaying, pemasangan bumbung, cat dan penjubinan di dinding serta
lantai.

29. Penyelenggaraan Bangunan (Building Maintenance)


Kursus ini memberi pendedahan tentang teknologi binaan bangunan. Murid berpeluang untuk mempelajari secara
teori dan praktikal prinsip asas binaan sesebuah bangunan, sistem saliran dan pendawaian. Di samping itu
mereka turut diajar kemahiraan melepa, membuat kerja kimpalan, memasang sistem paip bekalan, membuat
pendawaian, membaikpulih sistem dan menyelenggara penyaman udara serta membuat anggaran kos.

30. Teknologi Komposit (Composite Technology)


Kursus ini memberi pendedahan tentang penghasilkan produk-produk berasaskan gentian kaca (fibre glass).
Murid berpeluang mempelajari proses menyediakan acuan hinggalah kemasan produk.

31. Teknologi Gentian Kaca dan Komposit


Kursus ini memberi pendedahan tentang penghasilkan produk-produk berasaskan polimer menjadi gentian kaca
(fibre glass). Murid berpeluang mempelajari proses menyediakan acuan hinggalah kemasan produk.

32. Baikpulih dan Pembuatan Bot (Boat Building And Repair)


Kursus ini memberi pendedahan tentang pembuatan dan penyelenggaraan bot. Di samping itu, murid akan diajar
juga dengan elemen-elemen berkaitan penggunaan gentian kaca (fibre glass) dalam penghasilan bot.

Vous aimerez peut-être aussi