Vous êtes sur la page 1sur 4

PERSATUAN KAKITANGAN MAKMAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PPM-012-07-17072014)

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Makmal USM


(PKMUSM)
Pada 20 Februari 2015 (Jumaat ), Jam 10.00 pagi, Di Bilik Mesyuarat Unit
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Universiti (UKKPU), USM
Hadir
En. Mohd Nizam Bakar (Pengerusi)
En. Azhar Mohamad Noor
Pn. Juliana Ahmad Razali
En. Syed Mohammed Md. Abdul Kadir
En. Shamsul Zoolkiffli
Pn. Noraida Bukhari
Pn. Mahfuzah M.Fuad
Pn. Ami Mardiana Othman
En. Muhd Nizam Muhamad Isa
En. Khalid Puteh
En. Mohd Hadzri Abdullah
En. Anuar Apandi
Pn. Nurul Huda Zainol Abidin
Tidak Hadir (Dengan Maaf)
Cik Suhana Hairani Salleh
En. Mohd Rizuan Ahmad Razali
En. Tn. Hj. Md Noh Salleh
En. Amir Hamid
En. Shahbani Seleman
En. Nazri Che Ali
En. Noor Azuan Ahmad

Persatuan Kakitangan Makmal Universiti Sains Malaysia,


D/A Pusat Pengajian Sains Kajihayat,Universiti Sains Malaysia,11800,Pulau Pinang.
04-6532230/ 04-6533532 /0134174164/013-9159007
rohaidahamel@usm.my

PERSATUAN KAKITANGAN MAKMAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PPM-012-07-17072014)

1. Ucapan Aluan Presiden PKMUSM


En. Mohd Nizam selaku Presiden PKMUSM mengucapkan salam dan selamat pagi
serta mengalu-alukan kedatangan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Makmal
USM (AJK PKMUSM) yang hadir.

2. Agenda Mesyuarat
2.1

Presiden memaklumkan kepada semua AJK PKMUSM mengenai


Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-12 di Universiti Malaya yang
dihadiri oleh 15 orang kakitangan makmal berjalan dengan lancar.
Presiden mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
memberi kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung.
Presiden juga memaklumkan bahawa En. Hadzri (Penasihat PKMUSM)
telah memenangi Anugerah Pembentang Poster Kedua Terbaik dan
telah mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia di peringkat
kebangsaan.

2.2

Presiden mencadangkan untuk mengadakan bengkel Pembentangan


Poster Penyelidikan yang akan diketuai oleh En. Hadzri. Bengkel ini
dianjurkan bertujuan menarik minat kakitangan makmal untuk
berkongsi idea mengenai bidang penyelidikan yang dijalankan di
Universiti Sains Malaysia. Cadangan bengkel ini akan dianjurkan oleh
PKMUSM, Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan Pusat Inovasi dan
Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) . AJK PKMUSM bersetuju untuk
mengadakan bengkel tersebut pada 28 Mei 2015.

2.3

Isu yuran ahli melalui potongan gaji akan diselesaikan dengan kadar
segera. Presiden, Setiausaha dan Bendahari PKMUSM bersetuju untuk
membuat perjumpaan dengan Jabatan Bendahari untuk menyelesaikan
isu tersebut. Potongan gaji ahli akan dilaksanakan pada tahun 2015
jika diluluskan. Setiausaha diminta untuk menyediakan surat
kebenaran persetujuan ahli untuk bayaran yuran tahunan PKMUSM
dengan cara pemotongan gaji. AJK PKMUSM sebulat suara bersetuju
mengenai perkara tersebut.

2.4

Beberapa program telah dirancang untuk aktiviti PKMUSM pada tahun


2015.
2.4.1 Program Kejohanan Badminton anjuran PKMUSM akan dijalankan
pada tahun ini. Rancangan penyertaan program ini akan dijalankan
secara terbuka. En. Azhar (Naib Presiden PKMUSM) akan mengetuai
Persatuan Kakitangan Makmal Universiti Sains Malaysia,
D/A Pusat Pengajian Sains Kajihayat,Universiti Sains Malaysia,11800,Pulau Pinang.
04-6532230/ 04-6533532 /0134174164/013-9159007
rohaidahamel@usm.my

PERSATUAN KAKITANGAN MAKMAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PPM-012-07-17072014)

program tersebut. Tarikh program akan dijalankan akan


dimaklumkan kemudian. Semua AJK PKMUSM bersetuju untuk
program tersebut dijalankan bagi memupuk kerjasama dikalangan
ahli persatuan dan menjana sumber pendapatan kepada persatuan.
2.4.2 Selain itu, cadangan untuk menjalankan program Treasure Hunt di
dalam kampus. Penyertaan program ini akan dibuka kepada
kakitangan dan pelajar Universiti Sains Malaysia. AJK PKMUSM
sebulat suara bersetuju untuk menjalankan aktiviti tersebut.
2.5

Hal-hal berbangkit.
2.5.1 Isu kenaikan pangkat jawatan Pembantu Makmal C17 kepada
Penolong Pegawai Sains C27. Kakitangan yang menghadiri
temuduga jawatan tersebut adalah seramai 34 orang dan hanya 15
orang yang berjaya dalam kenaikan pangkat. Sehubungan itu, ahli
persatuan menggesa AJK PKMUSM untuk mengadakan perjumpaan
dengan KKA untuk perbincangan lantikan ahli yang layak untuk
kenaikan pangkat tersebut.
2.5.2 Wang saguhati sebanyak RM100.00 perlu diberikan kepada semua
ahli PKMUSM yang telah dan akan berpencen pada tahun 2014 dan
2015. Senarai ahli yang akan dan telah berpencen pada tahun
tersebut akan disediakan oleh Bendahari PKMUSM untuk tindakan
selanjutnya.
2.5.3 Presiden memohon Setiausaha untuk menghantar senarai nama AJK
PKMUSM yang baru kepada pihak Jabatan Pendaftar dan Pusat
Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) untuk
memaklumkan mengenai AJK PKMUSM yang baru.
2.5.4 Bendahari memohon semua AJK yang sebarang tuntutan kepadan
persatuan menyediakan resit asal untuk tujuan pengesahan dan
simpanan rekod. Bendahari juga memaklumkan laporan kewangan
PKMUSM iaitu baki terkini akaun PKMUSM adalah sebanyak
RM14,070.98 sahaja. AJK PKMUSM sebulat suara maklum mengenai
perkara tersebut.
2.5.5 AJK PKMUSM memaklumkan mengenai isu kasut keselamatan
makmal yang diberikan tidak sesuai digunakan di dalam
sesetengah makmal. Selain itu, isu kakitangan makmal yang telah
mempunyai Ijazah Sarjana Muda tetapi tidak berjaya memohon
sebarang jawatan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional
di Universiti Sains
Malaysia. Dua isu ini akan dibawa ketika
Persatuan Kakitangan Makmal Universiti Sains Malaysia,
D/A Pusat Pengajian Sains Kajihayat,Universiti Sains Malaysia,11800,Pulau Pinang.
04-6532230/ 04-6533532 /0134174164/013-9159007
rohaidahamel@usm.my

PERSATUAN KAKITANGAN MAKMAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PPM-012-07-17072014)

mesyuarat bersama pihak Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains


Malaysia.

3.0

Ucapan Penangguhan

En. Mohd Nizam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
PKMUSM kerana telah
hadir untuk mesyuarat pada hari ini. Tanpa sokongan dan
komitmen yang tinggi dari semua
AJK, persatuan
tidak
akan
dapat
bergerak dengan lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan jamuan ringan
yang disediakan.

Nizam

Rohaida

.........................................................
...................................................

En. Mohd Nizam Bin Bakar


(Presiden PSMUSM)

Rohaida Binti Hamel


( Setiausaha )

Persatuan Kakitangan Makmal Universiti Sains Malaysia,


D/A Pusat Pengajian Sains Kajihayat,Universiti Sains Malaysia,11800,Pulau Pinang.
04-6532230/ 04-6533532 /0134174164/013-9159007
rohaidahamel@usm.my

Vous aimerez peut-être aussi