Vous êtes sur la page 1sur 8

CED 520 SPORTS FIRST AID

Assignment 3.
Kemudahan yang terdapat di sekolah:
1. Stor Sukan - Penyelenggaraan Peralatan Sukan
Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh
membawa maut adalah:- Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang
Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bat
Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Dart, Spikes, Anak Panah
dan Peralatan Gimnastik.
2. Peralatan Sukan
Peralatan sukan seperti tiang gol hendaklah ada jaminan daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undangundang persatuan sukan. Semua peralatan yang sudah tamat tarikh
luput hendaklahdimusnahkan dengan serta merta. Adalah salah
membeli, meminjam atau memberi pinjam, mengguna peralatan
sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
3. Kawasan Larangan
Kawasan larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan
kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
a) Kolam Renang.
b) Dewan Gimnastik.
c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.
d) Stor Sukan.
e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan
yang besar seperti Tiang Gol.
4. Kawasan Lapang atau Padang. Padang hendaklah rata dan tidak
berlubang. Berkaitan dengan cuaca di kawasan lapang, adalah dilarang
sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca
buruk dan adanya kilat atau petir. Adalah tidak dibenarkan mengadakan
aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau

kolam renang. Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap


kerana hendak hujan.
Antara langkah langkah keselamatan yang dibuat semasa acara
sukan yang di adakan di sekolah:

Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap


kesihatan
seperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari

masa ke semasa
kepada guru penasihat sukan yang berkenaan.
Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu

menjalani
aktiviti sukan.
Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku

ketidakselesaan
sewaktu menjalani aktiviti sukan.
Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa

pengawasan
guru.
Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan

atau
permainan.
Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru

yang
bertugas.
Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru
penasihat yang
bertugas.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM

Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya


keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan melalui tindakan
seperti berikut; Poster Perhimpunan mingguan Ceramah Bengkel
Tayangan video Edaran dalaman. Menerima aduan pelajar dan
mengambil tindakan susulan. Merekodkan semua aduan bagi sebarang
insiden. Memaklumkan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan kepada
ibu bapa dan pihak berkenaan. Memanfaatkan sepenuhnya peranan
Jawatankuasa Pemuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan pihak PIBG
dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan
aktiviti sukan dan permainan. Mengadakan peraturan yang jelas tentang
keselamatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN
Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan
mengetahui isi kandungannya.
Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti sukan dijalankan.
Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas
aktiviti dijalankan.
Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh
digunapakai.
Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna
dan kemas kini.

Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan
perubatan, yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.
Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak melibatkan diri
dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang dijalankan
melalui murid.
Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untuk
dilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti
dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa.
Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.
Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan
murid khususnya murid berkeperluan khas.
Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan
susulan dan maklum balas.
Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa
aktiviti sukan dijalankan.

CED 520 SPORTS FIRST AID


Assignment 4.
Polisi dan Prosedur Pertolongan Cemas dalam Sukan dan
Pendidikan Jasmani di Sekolah.
Pertolongan cemas adalah pertolongan yang diberi kepada mangsa yang
tercedera secara tiba-tiba sebelum ketibaan pakar.

Prosedur Terapi R.I.C.E


R (Rest)
Merehatkan bahagian yang cedera. Pastikan bahagian yang cedera
ditempatkan di paras yang yang lebih tinggi drp jantung. Kedudukan ini
mengurangkan pendarahan dalaman.
I (Ice)
Menggunakan ais pada bahagian yang cedera. Keadaan yang sejuk akan
mengecutkan kapilari darah dan akan menghentikan perdarahan. Ulang
rawatan ais setiap 15-20 minit selama 2-3 jam. Tempoh rawatan terapi
ais ini bergantung kepada tahap kecederaan.
C (Compression)
Membalut bahagian yang cedera. Balut menggunakan pembalut yang
sejuk atau pek ais.
Sekiranya ada tanda kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera,
buka pembalut dan diikat semula supaya lebih longgar.

E (Elevation)
Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung. Ini
mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera dan boleh
menyebabkan pembekuan darah di situ. Ia juga boleh mengelakkan
keadaan tisu bengkak disebabkan pengumpulan cecair tisu yang
melambatkan pemulihan.
Prosedur Pertolongan Cemas DR ABC
D (Danger)
Elakkan Bahaya kepada mangsa dari persekitaran.
R (Response)
Periksa mangsa samada bertindakbalas kepada deria cahaya, suara,
bunyi, sentuh, bau dan rasa.
A (Airway)
Lapangkan saluran udara. Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekatsekat atau berbunyi kuat.
B (Breathing)
Pastikan adanya pernafasan melalui mulut dan hidung.
Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera lakukan cara pulih nafas
Expired Air Resuscitation (EAR). Kaedah pulih nafas mulut ke mulut. 2
kali hembusan, periksa pernafasan, ulang sehingga pulih.
C (Circulation)
Peredaran darah melalui denyutan nadi mengesan denyutan jantung
melalui denyutan nadi karotid. Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna
denyutan jantung telah berhenti. Tindakan untuk merangsang semula
denyutan jantung melalui kaedah CPR Cardiopulmonary resuscitation.
Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan
tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar
udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.

Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah


bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar
tidak mencederakan paru-paru mangsa.
Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik
ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah,
darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa
yang tercekik
Prosedur Pertolongan Cemas T.O.T.A.P.S
T (Talk)
Bercakap bagi menenangkan mangsa.
O (Observe)
Pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas.
T (Touch)
Sentuhan untuk menentukan tahap kesakitan dan bahagian yang cedera.
A (Active)
Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri, sekiranya ada
kesakitan beri rawatan pertolongan cemas.
P (Passive)
Pembantu mula melakukan pergerakan pasif dengan perlahan-lahan pada
bahagian yang cedera melalui julat pergerakan yang normal.
S (Skill Test)
Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan. Pastikan mangsa dapat
melakukan kemahiran yang digunakan dalam permainannya.
Carta Aliran
Prosedur DR ABC dan TOTAPS
Kecederaan Kepala
AMARAN
Kecederaan kepala dan leher boleh menjadi serius jika :
Rasa kekebasan atau rasa tercucuk-cucuk pada tangan dan kaki atau Jika
sama ada tangan ataupun kaki tidak boleh bergerak. Terkeluar
bendalir/cecair berwarna cerah daripada hidung atau telinga. Keluar darah

daripada hidung dan telinga.Menandakan Tengkorak Kepala Mengalami


Keretakan
DAPATKAN SEGERA BANTUAN PERUBATAN CALL 999
Bagaimana Mengelak Kecederaan
Tiga Peraturan Asas
1. Benar-benar bersedia pada tahap kecergasan yang dikehendaki
secara individu untuk sesuatu jenis sukan.
2. Memanaskan badan dan menyejukkan badan.
3. Menggunakan peralatan dan teknik yang betul dan bersesuaian.
Elakkan melakukan latihan berlebihan dari keupayaan sebenar.

Vous aimerez peut-être aussi