Vous êtes sur la page 1sur 4

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.

Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun
sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak
tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan


mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur:31)
Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah
mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan".
[Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah
(kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh
dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian
sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.
Ibnu Jarir At Thobari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami' Al Bayan fi
Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang dimaksudkan kecuali yang (biasa)
nampak darinya (illaa maa zhahara minha), katanya, pendapat yang paling mendekati
kebenaran adalah yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak
tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami' li Ahkam Al
Quran, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak
tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di
hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula
yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah
iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah
dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma binti Abu Bakar (maksudnya),
Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak
boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan
telapak tangannya - HR Abi Dawud
Aurat Wanita dalam Hayaatul Am (Kehidupan Umum / Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar
dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita
dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu :

libaas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan;

libaas ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti
di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan
seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah :

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Ahzab:59)
Oleh sebab Al Quran berbahasa Arab, dan perkataan jilbab itu adalah perkataan Arab,
maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan jilbab di dalam bahasa Arab.
Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham
bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di
samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih
yang wajib diikuti oleh setiap orang.
Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang
pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada
banyak kamus Arab untuk mengetahui makna jilbab. Dalam kitab Al Mujam Al Wasith

karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai "ats tsaubul
musytamil ala al jasadi kullihi" (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "ma fauqa ats
tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah
(seperti jubah), atau "al mulaah asy tamilu biha al marah" (pakaian luar yang digunakan
untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah
mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni
hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/ mulaah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan
sebagai pakaian luar lalu dilebarkan sehingga ke bawah hingga menutupi kedua mata
kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/ diwajibkan memakai khimar iaitu tudung
atau apa sahaja bahan/ kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala,
leher, dan lubang leher baju di dada.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/ tudung) adalah Firman
Allah (bermaksud), Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka (An
Nur:31)
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah
baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum.
Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan
baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan 'am tanpa sebarang dosa. Jika tidak,
maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua
jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam
semua keadaan.
Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah
mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.
Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus / private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu
menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.
Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan
khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syara' tidak menentukan
bentuk/ fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan
cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya yang berbunyi, wa laa yubdiina
(dan janganlah mereka menampakkan) [rujuk Surah An Nur:31]
Atau sabda Nabi, lam yashluh an yura minha (tidak boleh baginya menampakkan
tubuhnya) - HR Abi Dawud
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap
sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum
tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu
yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'ie, tanpa
melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam
berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat

menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak
dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/ transparent sehingga
nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat,
maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum
memakainya.
Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman
Allah :

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada
ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak
(bermaksud) menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi
mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An Nur:60)
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah
putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang
masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil
lain ialah :

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah
sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai AhlulBait dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Al
Ahzab:33)
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, Sesungguhnya
wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.
Abul Ala al Maududi berkata; Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia
bermakna :

Wanita yang menunjukkan

Vous aimerez peut-être aussi