Vous êtes sur la page 1sur 3

06DKM14f1069

MUHAMMAD AZRAEI BIN NOOR AZMAN


AKHLAK SEBAGAI PERATURAN HIDUP MUSLIM

Dalam topic AKHLAK SEBAGAI PERATURAN HIDUP


MUSLIM,saya telah mempelajari beberapa perkara.Antaranya
ialah jenis jenis ibadah iaitu ibadah fardhu ain,kifayah dan
umum.Ibadah fardhu ain ialah ibadat yang merupakan farhdu ain
yang merangkumi soal soal aqidah berkaitan rukun iman.Ibadah
fardhu kifayah menitikberatkan kepada amalam amalan social
dalam masyarakat islam yang merupakan nadi menghubungkan
antara satu sama lain.Ibadah umum pula merupakan segala
kegiatan manusia yang tunduk kepada hokum hokum dan nilai
nilai agama islam.Saya juga mempelajari syarat syarat menjadi
ibadah.Antaranya, amalan yang dikerjakan hendaklah diakui
islam,amalan yang dilakukan itu mestilah dengan niat yang baik
dan diredhai Allah,amalan amalan itu hendaklah dibuat dengan
seelok eloknya,ketika membuat kerja hendaklah sentiasa menurut
hokum hokum syariat dan batasnya tidak menzalimi orang dan
tidak lalai dan tidak cuai daripada menjalankan kewajipan ibadat
yang khursus seperti solat.Seterusnya,saya juga telah dapat
mengetahui kepentingan ibadat dalam kehidupan.Antaranya
adalah kerana ibadat adalah jalan menuju taqwa,ibadat
merupakan santapan rohani,ibadat adalah jalan
kebebasan,ibadat adalah ujian Allah untuk menggilap manusia
dan ibadat adalah hak Allah terhadap manusia.

06DKM14F1069
MUHAMMAD AZRAEI BIN NOOR AZMAN
KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAH

Menganai tajuk KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAH,saya


telah dapat mempelajari beberapa perkara.Antaranya,maksud
syahadah yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
pengetahuan,penyaksian,pengkhabaran dan pegangan.Selain
itu,saya telah dapat mempelajari tuntutan syahadah yang
terbahagi kepada dua iaitu syahadah kepada Allah dan
Rasul.Syahadah kepada Allah bermaksud mentauhidkan Allah
dengan tauhid Rububiyyah,Uluhiyyah dan Asma was sifah wa al
Afal.Syahdah kepada rasul pula bermaksud ikrar dan tasdiq
dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi.Mengingkari
kenabian Nabi Muhammad saw setelah nyata dalil dalil
mengenai kebenaran dan kenabian bererti merendah dan
melemahkan akal manusia.Seterusnya, saya juga telah
mengetahui antara sebab sebab yang boleh membatalkan
syahadah dan cara mengatasinya.Antara sebab sebab yang
boleh membatalkan syahadah ialah syirik kepada
Allah,mengadakan perantaraan dengan Allah,tidak mengkafirkan
orang kafir,menganggap ajaran lain lebeh baik daripad
Islam,membenci syariat,mempersenda islam,sihir,membantu
orang kafir memusuhi islam,dikecualikan daripada syariat dan
berpaling daripada agama.Antara cara mengatasi perkara
perkara yang membatalkan syahadah pula ialah perlu mempunyai
ilmu agama yang sahih, menghidupkan al sunnah dalam
kehidupan,penguatsaan undang undang yang tegas dan

mengadakan kempen dan ceramah ceramah berkaitan akidah


yang bagus.

Vous aimerez peut-être aussi