Vous êtes sur la page 1sur 23

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Konsep rekabentuk moden untuk kerja-kerja kejuruteraan pantai memerlukan


pelbagai jenis parameter daya hidrodinamik yang sering berubah-ubah. Secara
khususnya, jurutera pantai memerlukan data-data oseanografi iaitu arus, ombak,
pasang surut, sedimen tanah dan air laut serta lain-lain bagi membolehkan mereka
menggambarkan pelbagai proses fizikal yang berlaku berdekatan pantai dan kawasan
sekitarnya. Ini sangat penting terutamanya dalam perancangan rekabentuk projek
kejuruteraan pantai seperti pembinaan marina dan pengurusan sumber pantai dan
laut.

Walaubagaimanapun, setiap data oseanografi yang dicerap mempunyai ciricirinya tersendiri dan berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain kerana ia
dipengaruhi oleh faktor ciri-ciri kawasan pantai yang berlainan dan sentiasa berubahubah. Antara faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi data-data yang dicerap
ialah

7
1. Keadaan topografi tempatan dan bathymetry
2. Kedalaman rekabentuk struktur dan variasinya
3. Jenis ombak, magnitud dan kepelbagaiannya
4. Corak angin tempatan dan perbezaannya setiap musim
5. Magnitud laut tempatan tersebut dan corak arus pesisiran serta ciri-cirinya

Secara amnya, adalah penting untuk kita mengetahui tentang faktor-faktor


yang dinyatakan di atas dalam merancang dan merekabentuk projek kejuruteraan
pantai serta pengurusan sumber pantai dan lautan. Namun demikian, dalam kajian
ini faktor-faktor di atas tidak dibincangkan secara mendalam kerana ia memerlukan
kos dan masa yang tidak terhad. Perbincangan hanya akan memfokuskan kepada
pencerapan data oseanografi di tapak kajian yang dikenalpasti iaitu di sekitar Pulau
Melaka dan muara Sungai Melaka serta analisis persampelan tanah dan air laut.

Oleh itu, untuk mendapatkan data-data berkenaan, pelbagai jenis alat saintifik
yang berada di pasaran boleh digunakan. Bagi tujuan mencerap data arus, antara
alat-alat yang sesuai digunakan ialah Vale port Model 308 dan 106 dan SD 6000
iaitu dari jenis propeller, ADP (Acoustic Doppler Profiler), Minilab SD 12
(ultrasonic current meter) dan banyak lagi. Sementara bagi tujuan mencerap data
pasang surut, antara alat yang digunakan ialah Tidal gauge jenis Ota Keiki dan
Portable Water Level Recorder Model 740.

Justeru itu, pemahaman tentang teknik penggunaan setiap alat-alat ini adalah
penting dalam menghasilkan data yang terbaik. Walaupun sebahagian alat yang
digunakan telah agak lama, namun keberkesanan penggunaan alat dan ketepatan
pencerapan data di tapak dapat memastikan kejayaan sesuatu kajian itu . Oleh itu,
kaedah pencerapan data yang digunakan mestilah bersesuaian dengan alat dan data
yang hendak dicerap.

2.2

Pembangunan Marina

Marina dapat didefinasikan sebagai tempat yang selamat untuk meletak botbot persiaran, kapal-kapal layar dan bot kecil serta mempunyai pelbagai kemudahan
untuk jangka masa yang panjang. Kemudahan-kemudahah ini termasuklah
kelengkapan membaiki kapal, kemudahan asas seperti air dan elektrik serta
penginapan dan kemudahan untuk mengisi minyak. Pembinaan sesebuah marina
perlulah dilakukan di kawasan air tenang dan terlindung daripada gangguan ombak
besar. Ini adalah penting bagi keselamatan bot-bot yang diletakkan di situ. Antara
contoh marina yang terkenal di negara kita ialah Admiral Cove Marina dan PD
Marina yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Secara umumnya marina dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu base
marina, transit-marina dan recreational marina.

Base marina selalunya sesuai untuk pemilik bot-bot mewah untuk


meletakkan bot-bot mereka untuk satu jangkamasa yang lama. Bagi transit marina
pula ia dibina bagi tujuan komersial. Ianya sesuai untuk kapal-kapal atau bot-bot
mewah seperti Star-Cruiser untuk berlabuh. Manakala recreational marina
dibina untuk tujuan persendirian yang mana segala kos pembiayaan ditanggung oleh
individu tersebut.

Dalam pembinaaan sesebuah marina, pelbagai aspek yang berkaitan dengan


kesesuaian tapak perlu dititikberatkan. Antara aspek yang penting adalah berkaitan

9
dengan kestabilan pantainya, alam sekitar, keselamatan pelayaran, analisis ekonomi,
analisis struktur dan kajian hidrografi.

2.3

Data Hidraulik

Data hidraulik merupakan suatu elemen yang penting dalam bidang


kejuruteraan pantai. Antara data hidraulik yang banyak mempengaruhi proses
pembangunan di pesisir pantai ialah arus, pasang surut, ombak serta sedimen tanah
dan air laut.
Justeru itu, pengetahuan yang mendalam mengenai profil pantai dan
parameter fizikal pantai perlu diperkuat sebagai asas dalam menentukan impakimpak negatif hasil daripada pambangunan yang dijalankan. Berdasarkan keadaan
semulajadi persekitaran pantai, seseorang jurutera itu perlu mengenalpasti bagaimana
sesuatu pembangunan itu boleh mengubah corak ombak dan pasang surut tempatan
serta perubahan yang wujud akibat daripada pergerakan sedimen, hakisan dan
pemendakan lumpur. Selain itu, pengaruh daripada perubahan cuaca tempatan dan
kemungkinan berlakunya pencemaran alam sekitar perlu juga dititikberatkan.
Namun demikian, pemfokusan kepada tiga data hidraulik yang utama iaitu
arus, pasang surut,serta sedimen tanah dan air laut lebih dititikberatkan dalam kajian
ini. Ketiga-tiga data hidraulik ini akan dicerap di tapak kajian bagi mendapatkan
data oseanografinya seterusnya dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang boleh
membantu merancang dan merekabentuk sebuah marina yang sesuai dibina di atas
tapak kajian itu. Bagi parameter angin dan ombak, data-datanya tidak dicerap di
lokasi kajian. Sebaliknya, data-data tersebut diperolehi dari organisasi tertentu yang
telah membuat cerapan untuk satu jangka masa yang lama.

10
2.3.1

Arus

Arus merupakan salah satu data hidraulik yang penting. Arus dipengaruhi
oleh beberapa fenomena fizikal dan yang paling mempangaruhi pembentukannya
ialah variasi pasang surut dan angin. Tiupan angin akibat peredarannya dalam
atmosfera dan kejadian pasang surut yang disebabkan oleh tarikan daya graviti antara
bulan dan matahari menghasilkan arus lautan.

Arus dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca


penjanaannya:
(a)

Arus pasang surut (tidal current)

(b)

Arus pesisiran (longshore current)

(c)

Arus yang disebabkan oleh angin (surface current)

(d)

Arus tempur (rip current)

(e)

Arus ketumpatan (density current)

Arus pasang surut dan arus pesisiran dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Faktor-faktor pengaruh semulajadi lebih mempengaruhi arus tepi pantai berbanding
dengan arus laut dalam. Arus pasang surut lebih dipengaruhi oleh faktorfaktor
seperti permukaan bawah laut dan keadaan topografi pantai. Oleh itu, arus pasang
surut mempunyai magnitud yang lebih besar dan lebih kerap berlaku dan ia hampir
homogenus pada semua kedalaman.

Arus pesisiran pula lebih dipengaruhi oleh faktor semulajadi seperti corak
tiupan angin, proses penyejatan dan sinaran cahaya matahari. Ia juga mempunyai
magnitud yang lebih besar serta kerap terjadi.

11
Arus merupakan salah satu agen yang boleh mempengaruhi perubahan fizikal
pantai. Ia menyebabkan berlakunya hakisan pantai dan juga sebagai agen
pengangkut sedimen dan edapan pantai. Pengangkutan pepejal terampai juga dapat
ditentukan melalui pergerakan bersih arus yang mengalir di zon pesisiran pantai.

Melalui kajian ini, arus yang akan dicerap dan dipertimbangkan adalah arus
pasang surut. Ini dilakukan dengan membuat pencerapan data bagi arus dan pasang
surut pada masa, tarikh dan kawasan yang sama. Dari hasil pencerapan data tersebut
dan perbandingan yang dibuat, arus yang terbentuk semasa pasang surut berlaku
dapat diperolehi.

2.3.2

Pasang Surut

Pasang surut secara umumnya dikenali sebagai pasang surut astronomi.


Pasang surut dapat didefinisikan sebagai kenaikan dan penurunan aras laut akibat
daripada tarikan graviti bulan, matahari dan elemen astronomi lain yang berkaitan
dengan bumi semasa bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Kenaikan
dan penurunan aras laut ini berlaku tetap samada satu atau dua kali sehari.

Daya tarikan graviti berkadar terus dengan jisim sesuatu bahan. Walaupun
daya tarikan graviti matahari lebih kuat, namun jarak yang jauh antara matahari dan
bumi berbanding bulan menyebabkan daya tarikan graviti bulan lebih
mempengaruhi fenomena pasang surut.

Kejadian air pasang (high tide) adalah disebabkan oleh paras air yang
mencapai kedudukan puncak (crest). Semasa air pasang, paras air akan naik

12
(disebabkan pantai yang bertindak sebagai satu penahan yang menghalang
pergerakan air ke pantai) sehingga mencapai satu tahap maksimum dan kemudiannya
akan turun semula. Manakala bagi kejadian air surut (low tide) pula berlaku apabila
paras air menurun sehingga satu tahap minimum. Jarak vertikal antara pasang dan
surut digelar julat pasang surut (tidal range) dan julat pasang surut ini bergantung
kepada kekuatan ombak dan tanah yang terdapat di kawasan tersebut.
Pasang surut boleh dikategorikan kepada 3 jenis :
(a)

Pasang surut semidiurnal


Pasang surut dengan berlakunya dua air tinggi dan dua air rendah
dalam sehari.

(b)

Pasang surut diurnal


Pasang surut di mana satu air tinggi dan satu air rendah berlaku dalam
sehari.

(c)

Pasang surut campuran


Terdapat dua nilai maksimum yang wujud dalam satu arah yang sama
dari paksi asas nilai maksimum adalah sifar atau dengan pertambahan
kesan diurnal, terdapat tiga nilai maksimum berlaku tanpa mengubah
arah paksi asasnya.

Selain daripada kejadian pasang surut satu atau dua kali sehari seperi yang
dinyatakan, kejadian pasang surut boleh dibahagikan kepada dua yang mana ia
berlaku dalam setiap bulan, iaitu Pasang Surut Perbani atau spring tide dan Pasang
Surut Anak atau neap tide. Apabila Pasang Surut Perbani berlaku air pasang adalah
maksimum manakala air surut adalah minimum. Ini berlaku apabila bumi, bulan dan
matahari berada dalam satu garis lurus. Sekiranya bumi, bulan dan matahari berada
pada sudut tepat, Pasang Surut Anak akan berlaku di mana air pasang adalah
minimum dan air surut adalah maksimum. Namun, kejadian ini berlaku tidak seperti
pasang surut yang biasa.

13

2.3.3

Ombak

Ombak adalah satu fenomena alam yang unik. Ia dapat didefinisikan sebagai
perubahan aras permukaan air di sesuatu kawasan. Ia juga digambarkan sebagai
riak-riak air yang terbentuk hasil daripada tiupan angin ke atas permukaan air yang
mana ia tidak semestinya berlaku di lautan tetapi juga di kawasan terbuka seperti
tasik dan kolam.

Ombak terbentuk daipada daya-daya luar seperti angin, gempa bumi


(tsunami) atau perubahan yang berlaku pada tekanan atmosfera (seiches) yang
bertindak ke atas Still Water Level (SWL). Daya-daya lain seperti daya graviti dan
tegangan permukaan kemudiannya bertindak secara semulajadi untak mengekalkan
aras horizontal permukaan air.

Ombak yang terhasil daripada tindakan angin adalah jenis yang paling
penting dalam kajian pesisiran pantai. Tempoh kejadiannya adalah di antara 2
hingga 20saat. Ketidakseragaman halaju dan ketidaksamaan tekanan yang wujud
apabila angin bertindak ke atas permukaan air, menyebabkan megnitud ombak
berubah-ubah dan bergantung kepada jarak serta corak angin. Semakin jauh jarak
yang dilalui dan semakin tinggi kelajuan angin maka semakin besar ombak yang
dihasilkan. Apabila angin bertiup, ripples, chops and seas akan terbentuk yang
dikenali sebagai swells.
Di kawasan pantai, ombak dapat dikategorikan berdasarkan kepada corak
hempasannya iaitu spilling breaker, plunging breaker, swash,dan upwash.
Formasi corak hempasan ombak ini bergantung kepada profil pantai. Jika dasar laut
mencetek dengan cepat, maka ia dikategorikan sebagai plunging breaker. Swash

14
atau upwashditafsirkan jika jika ombak bergerak naik ke atas pantai. Jika ombak
itu kembali semula ke dalam laut maka ia dikenali sebagai backwash.

Terdapat tiga pengkelasan utama ombak iaitu :


(a)

Ombak Laut Dalam, d/L > 0.5

(b)

Ombak Laut Cetek, d/L < 0.04

(c)

Ombak Peralihan,

0.04 < d/L < 0

* d = Kedalaman purata laut


* L = Panjang gelombang ombak

2.3.4

Sedimen Dasar dan Sedimen Terampai

Proses sedimentasi merupakan satu fenomena yang berlaku di kawasan


perairan samada di pesisir pantai atau di tengah lautan. Pergerakan sedimen di pesisir
pantai di pengaruhi secara lansung oleh ombak, angin dan pasang surut. Kestabilan
profil pantai bergantung kepada keseimbangan antara pergerakan sedimen di laut
dalam dan pesisir pantai dengan corak ombak, angin dan pasang surut yang berlaku.
Sekiranya pergerakan sedimen ini terganggu akibat daripada aktiviti pembangunan
yang tidak terancang, maka akan timbul pelbagai masalah seperti pemendakan
lumpur, hakisan tanah dan pencemaran pantai.

Antara ciri-ciri penting sedimen terutamanya bagi tanah adalah kejatuhan


halajunya yang bergantung kepada saiz, bentuk, dan nilai graviti tentu sedimen itu.
Ini memberikan gambaran bahawa wujud perhubungan antara parameter fizikal
pantai dan partikel-partikel sedimen. Oleh itu, pergerakan sedimen dari hulu sungai
ke pantai akan mengendapkan saiz sedimen yang kasar di dasar sungai manakala saiz

15
sedimen yang halus terendap di dasar pantai. Justeru itu, kebanyakan saiz sedimen di
pesisir mempunyai julat yang lebih kecil.

Kejadian resapan yang berlaku di pantai juga mempengaruhi ciri-ciri


sedimen. Resapan yang berlaku menyebabkan penyerakan tenaga ombak dan
ketinggian oambak terganggu. Resapan meningkat dengan bertambahnya ruang
antara zarah yang wujud dalam sesuatu tanah itu.

Dalam kajian ini, analisis sampel sedimen tanah dan air laut yang diambil
adalah perlu dalam menentukan jenis dan saiz taburan tanah serta peratus penumpuan
pepejal terampai yang terdapat dalam air laut.

2.4

Teknik Cerapan Data

Salah satu keperluan penting dalam merancang proses pembangunan di


pesisir pantai adalah pencerapan data hidraulik. Pencerapan data memerlukan teknik
dan kaedah yang sistematik. Data-data yang terlibat wujud dalam pelbagai bentuk,
dan yang paling penting adalah ia perlu direkodkan secara sistematik dan tersusun
supaya dapat menggambarkan keadaan kelakunan pantai pada satu-satu masa.
Walaubagaimanapun, pengumpulan kesemua data-data yang terlibat merupakan
suatu cabaran yang perlu di hadapi oleh semua jurutera pantai.
Data-data yang diperlukan untuk tujuan perancangan dan rekabentuk dalam
bidang kejuruteraan pantai boleh dibahagikan secara umumnya kepada beberapa
kategori seperti berikut:
(a)

Faktor-faktor alam sekitar

16
(b)

Bathymetry dan Topografi

(c)

Sumber-sumber bahan asas, lokasi dan rupabentuk pantai

(d)

Kerja-kerja pesisir pantai yang terlibat

Maka, adalah penting untuk kita mengetahui data yang wujud dalam setiap
kategori di atas agar corak pergerakan pantai dapat diketahui.

2.4.1

Data Ombak

Data ombak mungkin boleh diperolehi melalui dua sumber iaitu secara visual
dari Shipboard Observations dan pencerapan terus di tapak kajian. Kedua-duanya
amat penting dalam bidang kejuruteraan pantai.

Pemerhatian secara visual dari kapal meliputi suatu kawasan lautan yang luas.
Dengan itu, ketepatan data tentang suatu kawasan yang khusus di sepanjang pesisir
pantai adalah kurang tetapi ia memberi gambaran maklumat melalui arah.

Selain itu, data ombak juga boleh diperolehi melalui pangkalan data yang
telah disusun oleh National Climatic Data Center, USA secara komersial dalam
bentuk pita magnetic (Summary of Synoptic Meteorological Observations SSMO ).
Kesemua data-data dari tahun 1949 hingga tahun 1989 ini telah dibeli dan disimpan
oleh DID Coastal Databank. Data-data ini adalah bersesuaian untuk semua
pengguna bagi tujuan penentuan ketinggian ombak, tempoh dan frekuensi
berlakunya ombak.

17

Alat pencerap data ombak juga boleh didapati tetapi ianya hanya untuk tujuan
pelaksanaan projek tertentu oleh individu tertentu. Ianya jarang ditempatkan di suatu
tempat itu dalam satu jangkamasa yang agak lama dan hanya penting untuk
mencerap data ombak yang tertentu sahaja. Walaubagaimanapun, pembangunan
yang dilakukan terhadap teknologi instrumentasi telah membolehkan proses merekod
data secara lebih terancang dapat dilakukan.

Alat mencerap data ombak wave buoy berkeupayaan untuk mencerap data
dengan tepat dan merekod data dalamm tiga dimensi bagi mewakili keadaan tapak
kajian. Bagaimanapun, penggunaan alat ini memerlukan peruntukan kewangan yang
tinggi di samping kebolehan mengendalikan alat ini dengan teknik yang tepat.

2.4.2

Data pasang surut

Pasang surut dapat didefinasikan sebagai perhubungan di antara datumdatum terpilih tersebut:
1)

Mean High Water Spring (MHWS) atau Mean Higher High Water
(MHHW)

2)

Mean Higher Water Neap (MHWN) atau Mean Lower High Water
(MLHW)

3)

Mean Low Water Neap (MLWN) atau Mean Higher Low Water
(MHLW)

4)

Mean Lower Water Spring (MLWS) atau Mean Lower Low Water
(MLLW)

5)

Highest Astronomical Tides (HAT

6)

Lowest Astronomical Tides (LAT)

18
Data-data di atas merupakan data ramalan yang dicerap di pelabuhanpelabuhan piawai (Standard Ports) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hidrografi,
Tentera Laut Diraja Malasia(TLDM).

Mean Sea Level (MSW) selalunya tidak konsisten. Dalam kerja-kerja


pencerapan data pasang surut, adalah perlu untuk menilai kesan pengaruh Mean Sea
Level. Kemungkinan wujud 2- 4 mm perubahan pada aras pantai dan ini penting
dalam merekabentuk sistem penahan pantai (breakwaters) dengan mengambikira
hayat rekabentuk selama 50 tahun.

Pencerapan data pasang surut kebiasaannya menggunakan alat dari jenis


tekanan-digital seperti ENDECO 1029 Solid State Memory Water Pressure
Recorder atau dari jenis analog seperti LEIPOLD STEVENS Tide Gauge.
Walaubagaimanapun, cara paling mudah dalam merekod data pasang surut yang
berubah-ubah adalah melalui pemerhatian secara visual terhadap pre-graduated tide
staff yang diletakkan secara tegak pada suatu struktur yang stabil.

Selain itu, perolehan data juga boleh didapati daripada Tentera Laut Di-raja
Malaysia (TLDM). TLDM telah menghasilkan Jadual Pasang Surut Tahunan pada
Standard Port yang mana ia adalah berkaitan dengan perbezaan masa dan
ketinggian untuk Secondary Ports. Secara umumnya ini telah menjadi sumber
maklumat utama mengenai perubahan pasang surut terutamanya mengenai pelbagai
arus pasang surut dan datum-datum tepilih untuk sesuatu kajian kejuruteraan pantai.

2.4.3

Data Arus

19
Pencerapan data arus adalah bertujuan sebagai asas utama bagi sesuatu projek
untuk tujuan rekabentuk, model secara matematik dan ramalan generasi arus yang
wujud di kawasan kajian.

Terdapat pelbagai kaedah dan alatan yang boleh digunakan dalam mencerap
data arus. Secara amnya, jika data arus untuk tempoh waktu yang sedikit diperlukan,
alatan yang di gunakan ialah meter arus (current meter) yang mana bacaan diambil
secara terus. Jika pencerapan data memerlukan dua pusingan arus pasang surut, jenis
self-recording lebih sesuai digunakan.

Rajah 2.4.3.1 : Peralatan Acoustic Doppler Profiler Sontek (ehsan Sontek Ltd,
U.S.A)

Selain itu, data arus boleh diperolehi menggunakan alatan meter arus jenis
Acoustic Doppler Profiler (ADP). Alat ini mampu beroperasi terus tanpa
memerlukan kalibrasi semula atau penyelenggaraan kilang. Alat ADP ini
menggunakan teknologi doppler yang telah diuji keberkesanannya untuk
mendapatkan ukuran arus dengan tepat dalam sebarang keadaan persekitaran. Alat
ADP ini menggunakan transduser yang paling canggih dan rekabentuk elektronik
untuk mengurangkan masalah gangguan side-slope. Ini membenarkan ADP untuk
melakukan pengukuran arus bersempadanan (near-boundry) seperti permukaan dan
dasar yang kritikal untuk semua aplikasi air cetek.

20
Alat ADP ini mengukur halaju air menggunakan suatu prinsip fizikal yang
dipanggil Doppler Shift di mana jika suatu sumber bunyi bergerak secara relatif
kepada penerima (receiver), frekuensi bunyi itu pada penerima akan berubah
daripada frekuensi transmit.

2.4.4

Sampel Tanah dan Air Laut

Pengambilan sampel tanah dilakukan di tapak kajian merupakan satu tugas


yang agak rumit dan mencabar. Ini adalah kerana kerja-kerja tersebut memerlukan
ketelitian agar sampel yang didapati dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan bagi
tujuan rekabentuk.
Secara lazimnya pengambilan sampel sedimen tanah dilakukan dengan
mengambil sampel tanah itu di dalam laut secara manual iaitu dengan melakukan
penyelaman ke dasar lautan lalu mengisikannya ke dalam bekas plastik. Ini boleh
dilaksanakan sekiranya seseorang individu itu telah mahir dalam selok-belok
penyelaman di dasar laut. Teknik lain yang boleh digunakan ialah dengan
menenggelamkan tali berpemberat yang mempunyai cangkuk di bahagian hujungnya
ke dalam laut. Kaedah ini lebih dikenali sebagai bed sampler . Sebanyak 2 hingga
3 sampel tanah diambil bagi tujuan analisis di makmal.

Selain itu, alat seperti Heavyweight grab sampler dan Ven Veen grab
sampler boleh digunakan bagi mengambil sampel-sampel yang terletak jauh di
dasar laut. Bagi alat Heavyweight grab sampler, ia telah direkabentuk dengan
sistematik daripada keluli tahan karat yang mana ia dapat mengimbangi daya ombak
yang bertindak terhadapnya setelah ia ditenggelamkan ke dasar laut semasa kerjakerja pengambilan sampel dilakukan. Selain itu, bentuk kuku cengkamannya yang
kukuh menjamin pengambilan sampel dengan mudah.

21

Bagi alat Ven Veen grab sampler pula ia direkabentuk dengan skop
pencengkam clam shell-type bagi menghasilkan cengkaman yang kuat. Ia boleh
mencengkam sesuatu sampel itu sehingga 20 cm kedalaman pada keluasan 0.1 meter
persegi. Alat ini sering digunakan di Eropah. Pengeluar utama alat ini ialah Kahl
Scientific Instrument Corporation dan KC Denmark.

Rajah 2.4.4.1 : Contoh alat Heavyweight grab sampler(ehsan KC Denmark)

22

Rajah 2.4.4.2 : Van Veen Grab sampler (ehsan Kahl Scientific Instrument
Corporation, Denmark)

Bagi pengambilan sampel air pula Water Sampler model 110 digunakan.
Terdapat dua jenis dari model ini iaitu Standard A dan Standard B. Untuk tujuan
pengambilan sampel air yang umum, free-flushing water sampler digunakan.
Sampel air akan tersangkut/tersimpan secara siri atau selari pada hydrocable dan
diaktifkan oleh messengeratau diletakan dalam Rosette System dan seterusnya akan
diaktifkan secara arahan kawalan. Alat ini mempunyai struktur yang rigid yang
dibuat daripada PVC dengan kuasa penutupan yang dibuat daripada spring besi.
Antara aksesori lain alat ini ialah Delrin drain valve dan Buna O-ring.

23
Selain itu, ball-trap water sampler juga digunakan. Ball-trap water
sampler mengoptimumkan pengaliran air, mudah dan senang untuk digunakan serta
dibuat daripada sumber-sumber yang asli. Water sampler ini berbentuk seperti tiub
yang disusun secara membulat teratur di dalam acuannya sendiri. Pada bahagian atas
tiub ini disumbat dengan bebola sebagai salah satu dari ciri keunikan yang wujud
dalamnya.

Rajah 2.4.4.3 : Water sampler Vertical model 110

24

Rajah 2.4.4.4: Ball-trap water sampler ( ehsan Wildlife Supply Company)

2.5

Teknik Analisis Data

Proses menganalisis data merupakan suatu proses pada peringkat akhir di


dalam mendapatkan hasil keputusan sesuatu kajian. Kesilapan sesuatu analisis akan
mempengaruhi keseluruhan keputusan kajian. Oleh itu, analisis data merupakan satu

25
cara yang penting dalam sesebuah kajian sebagai memberi gambaran tentang
keputusan atau hasil kajian yang telah dilaksanakan.

Walaupun terdapat pelbagai data yang wujud dalam sesuatu kajian tetapi
seseorang pengendali projek yang berpengalaman perlu tahu samada sesuatu data
yang bakal digunakan itu bersesuaian dengan masa sekarang dan memenuhi
spesifikasi yang diperlukan bagi sesuatu projek. Secara umumnya kesinambungan
yang wujud antara data primer dan data sekunder adalah amat perlu kerana ia
menjadi garis panduan yang sangat berguna dalam sesuatu projek.

2.5.1

Analisis Data Arus

Analisis data arus membincangkan tentang hasil yang diperolehi daripada


kajian seperti kelajuan arus dan arah pergerakan arus. Data-data arus yang diperolehi
daripada meter arus akan diproses untuk mendapatkan halaju maksimum dan
minimum serta kelajuan arus purata di sesuatu tempat itu.

Profil arus boleh wujud dalam bentuk berkala time series dan plot ros. Datadata arus yang telah dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk time series dan
plot ros yang menggunakan kaedah statistikal pada setiap lapisan utama iaitu lapisan
dasar, lapisan tengah dan lapisan permukaan di mana daripada kajian-kajian
sebelumnya didapati sebarang perubahan yang berlaku pada profil arus akan berlaku
dalam lapisan ini.

Analisis seperti analisis spektral, analisis fourier dan analisis fungsi empirikal
orthogonal juga merupakan contoh-contoh analisis bagi data arus.

26

Analisis Fungsi Empirikal Orthogonal (EOF) pula digunakan untuk


mengurangkan ruang dan masa mendistribusikan data kepada mod-mod yang disusun
mengikut varians temporal. Kaedah ini selalu digunakan dalam analisis data
meteorologikal dan oseanografi.

Praktikal Analisis Spektral meliputi suatu set kaedah-kaedah dan diversiti


peralatan yang terkini telah diperakui dan digunakan secara meluas dalam pelbagai
lapangan sains dan teknologi.
Analisis Fourier atau analisis harmonik pula merupakan pemecahan siri-siri
masa kepada suatu jumlah komponen sinusoidal. Namun, kita mengguanakan istilah
ini secara meluas untuk menggambarkan setiap prosedur analisis data yang
menunjukkan atau mengukur flukstuasi dalam suatu siri masa dengan
membandingkannya dengan sinusoidal.

2.5.2

Analisis Data Ombak

Data ombak dianalisis pada dua aras secara terperinci iaitu:


1)

Menentukan perwakilan ketinggian ombak dan tempoh masa bagi


setiap rekod.

2)

Mengira spectrum ombak, yang mana ia menggambarkan pengagihan


tenaga

ombak sebagai tempoh dan frekuensi ombak bagi setiap

data ombak.

Hasil daripada keputusan ini memberikan gambaran tentang significant


wave height (Hs) dan zero-upcrosing period (Tz) dalam bentuk gambarajah berskala

27
yang mana ia menggambarkan peratusan masa dalam setahun sea-state
dikategorikan hasil daripada gabungan Hs dan Tz.

Spektra ombak sebenarnya memberi gambaran yang lebih jelas mengenai


sea-state dan membenarkan pembangunan model proses ombak pesisir pantai
secara meluas dijalankan. Data ombak ini kemudiannya dianalisis menggunakan
teknik pengagihan statistik contohnya seperti teknik pengagihan Gumbel. Teknik ini
membantu dalam meramalkan nilai yang ekstrim yang diperlukan dalam pembinaan
sesuatu struktur tersebut. Selalunya keadaan ombak itu yang wujud dalam tempoh
berkala seperti 1 dalam 50 tahun atau 1 dalam 100 tahun akan diadaptasikan dalam
tujuan pembinaan struktur pesisir pantai.

2.5.3

Analisis Data Pasang Surut

Analisis untuk data pasang surut yang diperolehi di tapak kajian adalah dalam
bentuk graf. Suatu graf yang boleh diubahsuai dari graf asal menggunakan program
Excel. Graf baru ini boleh memaparkan perubahan pasang surut selama mana
tempoh pencerapan data dilakukan kerana graf yang diperolehi di tapak kajian hanya
dapat mencatat data untuk tempoh masa selama 24 jam proses pencerapan data dan
penggantian kertas perlu dilakukan selepas itu. Justeru itu, bilangan dan jenis pasang
surut yang berlaku dalam sesuatu tempoh masa itu dapat diketahui.

Selain itu, Jadual Pasang Surut yang diterbitkan oleh Jabatan Hidrografi,
Tentera Laut Diraja Malaysia dijadikan rujukan untuk mengetahui parameterparameter seperti MSL (Mean Sea Level), MHHW (Mean Higher High Water),
MLLW (Mean Lower Low Water), MHLW (Mean Higher Low Water), MLHW (Mean
Lower High Water), LAT (Lowest Astronomical Tide) dan HAT (Highest
Astronomical Tide). Seterusnya perbandingan antara hasil cerapan data di tapak

28
kajian dengan data ramalan yang dibuat oleh Jabatan Hidrografi, TLDM dapat
dilakukan.

2.5.4

Data Sedimen Tanah Dan Air Laut

Analisis untuk data sedimen tanah dan air laut dilakukan bagi mengetahui
ciri-ciri fizikal yang wujud di kawasan kajian. Ujikaji makmal dijalankan ke atas
sampel tanah dan air laut yang diambil di tapak kajian.
Tujuan utama ujikaji makmal dijalankan adalah untuk mengetahui taburan
saiz zarah-zarah tanah dan kandungan lembapan tanah bagi sampel sedimen
manakala ujikaji terhadap kandungan pepejal terampai dilakukan terhadap sampel air
laut yang terdapat di dua tempat yang berasingan iaitu di sekitar muara sungai
Melaka dan Pulau Melaka.

Setiap sampel yang diambil akan dianalisis mengikut prosedur yang sedia ada
bagi mendapatkan hasil keputusannya yang mana akan digunakan untuk tujuan
tertentu seperti mengetahui pergerakan sedimen, jenis tanah dan tahap kekeruhan.

Vous aimerez peut-être aussi