Vous êtes sur la page 1sur 2

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran guru serta
meningkatkan kemahiran murid dalam pendaraban nombor hingga tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan Papan BAJU. Kajian ini
melibatkan enam orang murid Tahun 4 dari sebuah sekolah yang terletak di daerah Nilai,
Negeri Sembilan. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian ini ialah
penyemakan video, semakan lembaran kerja dan temu bual. Sebanyak empat sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan Papan BAJU terhadap
enam orang murid sepanjang kajian tersebut dijalankan. Hasil yang diperolehi daripada
ketiga-tiga analisis kaedah pengumpulan data tersebut membuktikan bahawa penggunaan
Papan BAJU adalah sangat berkesan dalam menambahbaik amalan pengajaran guru dan
membantu murid menyelesaikan soalan pendaraban nombor hingga tiga digit dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula tanpa penggunaan Papan BAJU, yang mana
mereka perlu melukis sendiri petak tersebut ataupun secara semi-konkrit. Pada masa
hadapan, saya berharap agar penggunaan Papan BAJU ini boleh diperluaskan
penggunaannya agar dapat membantu dalam pendaraban nombor hingga tiga dengan dua
digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Kata Kunci : pendaraban nombor hingga tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula, Papan BAJU, Tahun 4.

ABSTRACT

The aim of this study is to improve the practice of teaching and improve student
skills in multiplication of numbers up to three digits by two digits which involves
regrouping using SHIRT BOARD. The study involved six students of Year 4 of a
school located in Nilai, Negeri Sembilan. Data collection methods used in this
study was video review, worksheet review and interviews. A total of four sessions
of teaching and learning is implemented using SHIRT BOARD on six students
during the study was conducted. The results obtained from the three analysis
methods of data collection proves that the use of SHIRT BOARD is very effective
in improving the practice of teaching and help students to complete questions on
multiplication numbers up to three digits by two digits which involves regrouping
without the use of SHIRT BOARD, whereas they need to draw their own
compartment or in semi-concrete. In the future, I hope the use of this SHIRT
BOARD can be expanded in order to assist in the multiplication of the two
numbers up to three digits that involve regrouping.
Keywords: multiplication of numbers up to three digits by two digits which
involves regrouping, SHIRT BOARD, Year 4