Vous êtes sur la page 1sur 15

Penghargaan

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami
menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini yang
bertajuk EDU 3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.
Kerja kursus ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek. Ribuan
terima kasih kami ucapkan kepada setiap individu penting yang
banyak membantu kami sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Sekalung penghargaan untuk pensyarah kami, En. Abd. Razak bin Abd. Kadir dan
Pn. Norulazilah binti Nordin kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa pensyarah
subjek kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk tugasan
kami serta membantu kami dari semasa ke semasa ketika kami susah dan senang. Jasa
beliau yang akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan
dan dorongan kepada kami sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak
terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi
terkini mengenai kerja kursus amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan
masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan lupakan. Akhir sekali terima kasih
kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini.

Saya Bangga Menjadi Guru

ISI KANDUNGAN

Bil
1.
2.
3.
4.

Kandungan
Penghargaan
Isi Kandungan
Pengenalan
Tugasan 1: Bengkel Simulasi Kaunseling (40%)

5.
6.
7.
8.

Muka Surat
1
2
3
-lampiran-

(CD ROM) (Lampiran)

Tugasan 2 : Penulisan Kritis


Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

4-11
12
13-14
15

Pengenalan

Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara


profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor
untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat
keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan
Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi
pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat
keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan
bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme,
fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan
2

dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya


perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam
mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan dan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab
seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya malah ia merupakan proses
kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi yang ada pada
organisasi dan masyarakat. Secara ideal, seluruh potensi harus digabungkan agar
bantuan dapat diterima secara maksimum oleh setiap individu yang memerlukan.
Perkhidmatan psikologi amat menitikberatkan etika kerahsiaan dalam memberi
perkhidmatan kepada individu atau kelompok. Secara umumnya matlamat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menghadapi
perubahan, kemahiran membuat keputusan, memperkembangkan potensi diri danp
erubahan tingkah laku serta memperbaiki hubungan dengan individu lain.

Penulisan Kritis Bengkel Simulasi Kaunseling

Menurut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan Tatatertib 1999


dan Akta Kaunselor 1998) bimbingan dan kaunseling kanak-kanak merupakan satu
proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis,
memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak merupakan perkhidmatan
memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau
membuat keputusan untuk kanak-kanak tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia
juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi kanak-kanak supaya menurut sesuatu
idealisme, fahaman atau sudut pandangan kaunselor yang memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.

Bagi memenuhi kehendak tugasan EDU 3073 Bimbingan dan Kauseling KanakKanak, kami dikehendaki melaksanakan satu sesi kaunseling individu atau kelompok
dalam jangka masa 30 hingga 40 minit di sekolah tempat menjalani praktikum. Oleh itu,
dengan bantuan guru kaunseling di sekolah, saya melaksanakan satu sesi kaunseling
berdasarkan salah satu isu murid di sekolah. Saya telah memerhatikan segala gerakgeri murid di tapak perhimpunan, padang sekolah, kantin sekolah dan sebagainya untuk
mengenalpasti masalah murid yang perlu diberi bimbingan. Setelah membuat beberapa
sesi pemerhatian saya telah mengenalpasti satu masalah pergaduhan di padang
sekolah semasa latihan sukan dijalankan. Selepas itu, saya berbincang dengan guru
kaunseling dan mendapatkan kebenaran untuk membimbing dan memberi kaunseling
kepada murid yang terlibat. Beliau juga memberikan sedikit maklumat mengenai etika
memberi kaunseling dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seseorang
kaunselor.
Sebelum memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid yang terlibat, saya
telah meneliti beberapa teori yang berkaitan seperti teori Pemusatan Perorangan
(Humanistik), Terapi Tingkah laku Rasional Emotif (REBT) dan sebagainya. Setelah
mengkaji secara mendalam, saya telah memilih teori Pemusatan Perorangan
(Humanistik) Carl Rogers untuk menjadikan panduan untuk membimbing murid tersebut.
Pendekatan pemusatan perorangan merupakan pendekatan pemusatan klien diasaskan
daripada psikologi kemanusiaan diasaskan oleh Carl Rogers. Beliau menekankan sikap
dan ciri-ciri perhubungan antara kaunselor dan klien sebagai penentu utama hasil
proses teraputik.
Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari
alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan
boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu, (Corey, 2000).
Oleh itu, sebagai seorang kaunselor sekiranya saya benar-benar menghubungi dan
menyelami secara mendalam kehidupan klien yang sebenar, mengambil berat, memberi
perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien maka besar kemungkinan
klien akan mengalami perubahan yang ketara. Dalam ulasan kritis ini saya akan
menghuraikan senario masalah klien dan proses aplikasi teori Pemusatan Klien.
Penganalisisan sesi bimbingan dan kaunseling ini lebih menumpukan kepada peringkatperingkat perkembangan sesi dan teknik-teknik yang sesuai digunakan. Jadual 1.1. di
bawah menghuraikan tentang senario masalah klien.

Nama Klien
Kelas
Masalah Klien
Huraian Masalah

Kathiresan a/l Ravichandran


Tahun 4 Pagalavan
Pergaduhan di padang sekolah
Murid-murid SJKT Methodist, Ipoh telah menjalankan latihan
rumah sukan. Guru rumah sukan membuat pemilihan murid
untuk larian 100m (lelaki). Murid dilepaskan mengikut kelas
untuk berlari 100m. Semasa giliran kelas 4 Pagalavan, murid
bernama Kathiresan dan rakan-rakannya berlari. Keputusan
larian menunjukkan Kathiresan mendapat tempat terakhir,
manakala rakannya Tharani Nair mendapat tempat pertama.
Konflik antara Kathiresan dan Tharani Nair berlaku apabila
Tharani Nair mengejek Kathiresan kerana dia tidak dapat lari
dengan pantas. Hal ini menyebabkan Kathiresan berasa tertekan
dan marah serta mula bergaduh dengan Tharani Nair di padang
sekolah.
1.1. senario masalah klien

Berdasarkan senario masalah klien yang dikenalpasti, dengan bantuan guru kaunseling
saya mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling. Sesi kaunseling yang diadakan
menitik beratkan layanan kaunselor terhadap klien, ini sudah tentu memastikan
penggunaan kemahiran asas kaunseling dengan betul. Untuk itu proses komunikasi
amat penting dalam pendekatan teori pemusatan klien. Ciri layanan atau interaksi
semasa proses kaunseling sangat penting kerana inilah punca ikatan yang dapat
merapatkan klien dan kaunselor. Bagi memastikan kesan interaksi ini ialah dengan
melihat mesej verbal dan non-verbal melalui kaedah serta kemahiran melayan dan
mendengar. Untuk kunselor perlu peka gerak geri fizikal, nada rentak suara, pertemuan
mata, cara duduk, riak muka antara ciri penting yang diberi perhatian. Ungkapan
gerakbalas oleh kaunselor amat penting, pertemuan sebolehnya dalam keadaan yang
selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak merimaskan klien. Mesej yang disampaikan
mestilah sepadan dengan apa yang tersemat dalam fikiran klien. Kemahiran mendengar
dan melayan perlu dipraktikkan dengan baik sepanjang sesi antara kaunselor dan klien.
Kemahiran 5 memparafrasa, penjelasan, menyemak persepsi, refleksi, metafsir,
konfrantasi, menyoal, menggunakan dorongan minimum, memberi maklumat dan
merumus.
Rogers tidak mempunyai set teknik atau tatacara tertentu sepertimana yang terdapat
dalam setengah-setengah psikoterapi. Baginya teknik atau tatacara haruslah dikaitkan
5

dengan matlamat bagaimanapun segala kemahiran yang telah diterangkan perlu


diaplikasi agar dapat memimpin klien mencapai persepsi dan matlamat pada akhirnya.
Walau bagaimanapun untuk memudahkan kaunselor menjalankan sesi kaunseling dan
mendapat hasil matlamat yang lebih baik langkah-langkah berikut telah saya mengikut
dalam proses atau sesi kaunseling individu.
Bil.
1.

Peringkat
Peringkat Pertama

Tindakan
Berdasarkan senario klien saya, pada peringkat ini,
klien saya masih kaku dan tidak bersedia untuk
mendedahkan dirinya. Klien saya, Kathiresan tidak
sedar tentang perasaan yang dirasakan. Dia gagal
untuk

mengenalpasti

masalah

yang

dihadapinya

menyebabkan tidak ada keinginan untuk berubah.


Contohnya, pada peringkat tidak begitu bersedia
menceritakan atau bercakap dengan saya. Wajah
mukanya muram dan tidak begitu mesra dengan saya.
Kaunselor

: Selamat pagi!

Klien

: Selamat pagi!

Kaunselor

: Kathiresan sudah makanke?

Klien

: Sudah

Perbualan diatas menunjukkan, dia hanya menjawab


soalan yang ditanyakan oleh saya dan tidak begitu
mesra serta dia menjawab secara paksaan. Oleh itu,
untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan terapi
bermain dimana saya memberikan square twist
kepada

Kathiresan

untuk

menyelesaikannya.

Keputusanya, terapi tersebut berkesan apabila dia mula


rasa seronok dengan alat permainan tersebut dan mula
berkomunikasi dengan saya. Dengan itu, saya dapat
menukar perasaan atau mood Kathiresan. Hal ini
dapat dibuktikan oleh Carl Roger klien seperti ini adalah
sukar untuk dikendalikan dan peluang terbaiknya
adalah menggunakan pendekatan kaunseling kelompok
2.

Peringkat Kedua

atau permainan di mana klien belajar untuk diterima.


Pada peringkat ini, Kathiresan bersikap terbuka sedikit
berbanding

pada
6

peringkat

pertama.

Dia

mula

membincangkan perkara di luar dirinya. Contohnya,


apabila saya menanya tentang latar belakang keluarga
Kathiresan, dia dapat jawab dengan rela hati tanpa
3.

Peringkat Ketiga

menyembunyikan sebarang maklumat.


Pada tahap ini Kathiresan bercerita tentang diri dan
keluarganya serta pengalaman semasa tetapi tidak
sebagai subjek perbincangan. Dia mula berkongsi
tentang masalah pergaduhan yang berlaku di padang.
Klien melihat konstruk hanya sebagai konstruk dan
bukan

fakta.

Walaupun

dia

bercakap

tentang

perasaan , dia telah menafikan perasaan sebenar


marah

yang

dirasai

ketika

pergaduhan

berlaku.

Contohnya, Kathiresan berkata saya marah dan


4.

Peringkat Keempat

menjerit seperti harimau.


Pada peringkat ini, saya mula membimbing murid
berdasarkan senario yang berlaku. Saya menanya
sebab dan akibat tentang pergaduhan yang telah
berlaku.

Kathiresan

mula

meluahkan

isi

hatinya

mengenai pergaduhan tersebut.Kathiresan mengenal


dan mengakui perasaan semasa yang dirasai. Perkara
yang paling menakjubkan adalah Kathiresan telah
menerima tanggungjawab ke atas pergaduhan yang
berlaku antara dia dengan Tharani Nair. Walau
bagaimanapun dia masih takut untuk terlibat dalam
perhubungan
5.

Peringkat Kelima

kaunseling

dan

menguji

kesan

perhubungan terhadap perasaan.


Kathiresan menyatakan perasaan risau dan kecewa
dengan

bebas.

Berdasarkan

pemerhatian

saya,

perasaan Kathiresan disertakan dengan dengan rasa


takut dan bimbang dan mula menerima perasaan dia
sendiri. Kathiresan dapat menyatakan dengan tepat
tentang perasaan kecewa dan risau di samping lebih
bertanggungjawab
6.

Peringkat Keenam

ke

atas

masalah

pergaduhan

tersebut.
Peringkat ini dicirikan dengan kebebasan daripada
terikat

dengan
7

perasaan

lampau.

Pengalaman

pergaduhan tersebut tidak lagi diliha sebagai objek


penceritaan. Kathiresan telah meluahkan dan merasai
perasaan semasa. Dia menjadi lebih tulen kepada
dirinya dan dia mencadangkan penyelesaian untuk
masalah yang dihadapinya. Contohnya,
Kaunselor : Sekarang Kathiresan nak buat apa untuk
mengatasi konflik antara kamu dengan
Tharani Nair?
Klien

: ehmmmm. Sebenarnya saya tak boleh


marah macam itu cikgu Dia kawan
saya. Saya nak minta maaf dengan
dialah

Konklusinya, tiada lagi masalah pada peringkat ini


kepada Kathiresan dan bantuan kaunselor kurang
diperlukan. Hal ini kerana Kathiresan sedar dengan
kesalahannya dan memberikan cadangan terbaik untuk
mengatasi masalah tersebut.
Selain daripada teori Pemusatan Perorangan, saya juga telah menggunakan beberapa
kemahiran asas kaunseling. Pertamanya adalah kemahiran melayan. Kemahiran
melayan bermaksud berada bersama seseorang serta memberikan sepenuh perhatian
kepada pa yang diperkatakan atau dilakukannya. Dalam perhubungan antara individu,
melayan merupakan kemahiran sosial yang menyokong perhubungan dan mesti
diberikan oleh kaunselor. Saya telah mengaplikasikan dan menggunakan kemahiran
melayan dalam sesi kaunseling. Sebagai permulaan dan dan dengan tujuan untuk
mengekalkan kehadiran klien (Kathiresan) dengan mesra. Contohnya, mengucapkan
selamat pagi kepada klien, tanya khabar dan sebagainya. Dengan ini saya dapat
membuatkan Kathiresan berasa selesa dalam persekitaran kaunseling, Kathiresan
berasa lebih tenteram dan selesa untuk berkongsi maklumat peribadi tentang emosi,
perasaan dan pemikirannya. Saya juga mengekalkan kontak mata dengan Kathiresan
untuk menunjukkan bahawa saya menghargai apa jua yang diperkatakan oleh dia.
Keduanya adalah kemahiran mendengar. Mendengar membolehkan seseorang itu
berasa dirinya dihargai dan dihormati. Hal ini saya dapat memerhatikan apabila memberi
bimbingan dan kaunseling kepada Kathiresan. Apabila saya memberikan perhatian
8

kepada Kathiresan, Kathiresan telah memberikan respon positif dengan berinteraksi


pada tahap yang lebih mendalam, dengan mendedahkan maklumat peribadi dan
menjadi lebih tenang dan selesa. Hal ini dapat dilihat apabila saya menanyakan
beberapa soalan mengenai keluarga iaitu tentang ibu bapa, kakak dan abang
Kathiresan dan dia menjawab dengan rela hati tanpa menyembunyikan sebarang
maklumat.
Ketiganya adalah kemahiran mengintepretasi tingkah laku. Saya telah menggunakan
komunikasi bukan lisan atau bahasa badan dalam sesi kaunseling yang dilaksanakan.
Komunikasi bukan lisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting, semulajadi,
bahasa yang tidak disedari yang menunjukkan perasaan sebenar. Hal ini dapat dilihat
apabila saya berinteraksi dengan klien (Kathiresan), lazimnya ia telah memberi dan
menerima mesej tanpa kata-kata. Kesemua tingkah laku bukan lisan iaitu gerak isyarat,
cara duduk (bertentangan bentuk v), kecepatan dan intonasi suara dan kontak mata
telah menyampaikan banyak mesej semasa sesi kaunseling dilakasanakan. Mesej ini
tidak berhenti menskipun Kathiresan berhenti berkata-kata. Malah ketika berdiam diri,
komunikasi bukan lisan masih berlaku.
Kemahiran seterusnya adalah kemahiran menyoal. Soalan merupakan kaedah
yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia
merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya,
soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang
dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan
memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan
yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan
dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat. Dalam sesi kaunseling yang
dilaksanakan saya telah menggunakan beberapa jenis soalan. Antaranya ialah soalan
yang menggunakan perkataan boleh, apa, bagaimana dan kenapa. Soalan-soalan
ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya soalan yang menggunakan boleh
cenderung lebih terbuka dan kurang kawalan ke atas klien. Soalan apa membawa
klien bercakap tentang fakta dan spesifik tentang situasi. Soalan bagaimana pula
membawa klien bercakap tentang proses dan urutan atau emosi. Soalan kenapa
memulakan temubual, membuka era baru dalam perbincangan. Soalan ini juga
membantu klien saya dalam penerokaan diri dan membantu klien mencari sebab yang
mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosinya. Sebagai contohnya; (soalan
Kenapa : Kenapa Kathiresan marah seperti harimau?)

Kemahiran seterusnya yang saya menggunakan dalam sesi bimbingan dan


kaunseling adalah kemahiran memparafrasa dan merumus. Rumusan merupakan
pernyataan ringkas yang menggabungkan beberapa fakta utama daripada sesi
kaunseling. Tujuan saya menggunakan kemahiran ini adalah untuk membantu saya
sebagai kaunselor dan klien (Kathiresan) telah memahami masing-masing serta isu
yang dibincangkan dengan betul. Saya memyemak fakta utama iaitu punca berlakunya
pergaduhan dan menyerlahkan keputusan keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui
bersama. Saya tidak membuat rumusan pada akhir kaunseling tetapi sepanjang sesi.
Selain daripada kemahiran asas kaunseling, saya juga mengaplikasikan
beberapa etika kaunseling sepanjang proses kaunseling dijalankan. Antaranya adalah
tatalaku kaunselor. Walaupun saya bukan seorang kaunselor yang profesional, dengan
bantuan guru kaunseling di sekolah saya berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunselingnya.
Saya juga dapat menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, berdedikasi,
objektif, jujur, ikhlas selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
Selain daripada tatalaku kaunselor, saya juga menitikberatkan hubungan kaunselor
dengan klien sepanjang sesi bimbingan dan kaunseling.Saya sedar bahawa
tanggungjawab utama iaitu menghormati integriti dan kebajikan klien. Saya juga
mengikut etika kaunseling iaitu hubungan kaunseling dan maklumat diperolehi
daripadanya mestilah dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda
yang membahayakan dirinya atau orang-orang lain di mana kaunselor diharapkan
mengambil tindakan secara langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang
bertanggungjawab. Selain daripada itu, saya juga berusaha untuk memahami dan
menghormati latar belakang sosiobudaya klien dan menghormati privasi klien dalam sesi
kaunseling.
Secara keseluruhannya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor
harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas
klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang
diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling
seperti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan
dan kepercayaan terhadap kaunselor. Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang
baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Ini
kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti
kaunselor.
10

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bimbingan dan kaunseling merupakan suatu proses


perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh
kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien
yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan
sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah
kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,
kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .
11

Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya


yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri
adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua
hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta
interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba
memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi
di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang
dihadapinya.
Tuntasnya, kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan
yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri
melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang
berbentuk emosional atau antara individu

RUJUKAN

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human
relations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn & Bacon.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras
Mega (M). Sdn. Bhd.

12

Ishamuddin Ismail. 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. Kuala Lumpur: Pusat


Ilmu Jelatek.
Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications. London
Kitchener, K. S. (2000). Foundations of Ethical Practice, Research, and Teaching in
Psychology. New York: Lawrence Erlbaum Associates.
Kitchener, K. S. & Anderson, S. K. (2011). Foundations of ethical, practice, research,
and teaching in psychology and counseling. New York: Routledge.
Lembaga Kaunselor. T.t. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia). Kuala
Lumpur: Sebarau Enterprise KL.
Mohammad

Aziz

Shah

Mohamed

Arip

dan

kawan-kawan.2009.

Kemahiran

Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional.


Mohd Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran
Asas. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Noor Arifah Bujang. T.t.h. Akhlak Islam Dalam Kaunseling. T.tpt.
Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din. 2000. Eika Kaunseling. Modul
Pembelajaran Jarak Jauh, IDEAL. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2nd ed). New York:
Harper & Row. Pub.
Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of
psychotherapy. 4, 525-558.
13

14

LAMPIRAN
CD
RO
M

15

Vous aimerez peut-être aussi