Vous êtes sur la page 1sur 2

3.

Melanggar lampu isyarat

Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin hari semakin ketara. Kemalangan
jalan raya ialah peristiwa ngeri yang melibatkan pelanggaran dua buah kenderaan atau lebih di
jalan raya. Kemalangan ini biasanya membawa kecerderaan atau kematian. Salah satu punca
berlaku kemalangan jalan raya ialah pengguna jalan raya lebih cendurung untuk melanggar
lampu isyarat. Di Malaysia melanggar lampu isyarat dikenakan saman maksimum Rm 300.
Menurut Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata mengikut
statistik Bukit Aman dari Januari hingga November 2010, melanggar lampu isyarat mencatat
sebanyak 106 kes. Hal ini berlaku kerana beberapa kenderaan yang pada mulanya berhenti ketika
lampu merah akan bergerak sebelum lampu hijau kerana sudah tidak sabar lagi untuk menunggu
lama. Ada juga sesetengah kenderaan kejar lampu hijau walaupun lampu merah nyala mereka
tidak akan berhenti. Sikap tidak sabar di lampu isyarat ini cukup berbahaya.

Masalah ini haruslah dibendung agar dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.
Melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru dapat memupuk kesedaran
sivik dalam kalangan murid agar tidak melanggar peraturan jalan raya. Guru harus mewujudkan
hubungan yang baik dengan pelajar. Hal ini disebabkan pelajar lebih suka dan mendengar nasihat
guru yang mesra dan baik dengan mereka. Guru boleh memupuk kesedaran sivik melalui
menceritakan kisah mengenai kemalangan jalan raya. Guru juga boleh menjelaskan kesan yang
akan ditimpa apabila melanggar lampu isyarat dengan tayangan video. Guru boleh menayangkan
nasib atau keadaan kemalangan, orang yang ditimpa kemalangan supaya tayangan tersebut
memberi kesan dalam diri mereka. Pelajar boleh mengambil lessen memandu semasa mereka
berumur 17 tahun. Pendedahan yang awal mengenai melanggar lampu isyarat akan memberi
kesan yang positif dalam diri mereka. Hal ini mendorong pelajar untuk berfikir dan tidak
melakukan perkara tersebut pada masa akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi