Vous êtes sur la page 1sur 16

PENGENALAN

Dalam perbincangan mengenai Sejarah Pensejarahan Islam, terdapat beberapa perkara


penting perlu di persoalkan. Antaranya penulisan sejarah dizaman pra-Islam yang kemudian
berkembang pada peringkat awal Islam dan tokoh-tokohnya. Namun dalam perbincangan akan
lebih menumpukan tentang sejarah Islam dizaman pra-Islam dari segi istilah-istilah sejarah
dalam Islam dan idea- idea sejarah yang telah wujud dizaman pra-Islam.
Semenanjung Arab adalah merupakan suatu kawasan yang luas yang terletak di Asia
Barat di mana kebanyakan daripada penduduk-penduduknya adalah berbangsa Arab atau lebih
dikenali sebagai badwi.1 Pada keseluruhannya Semenanjung Arab adalah diliputi oleh padang
pasir, dan hanya sedikit dari bahagian selatan dan utara semenanjung pinggir utara dan selatan
semenanjung ini telah dipengaruhi oleh bangsa-bangsa Rom dan Parsi sebelum kedatangan Islam
dan ramai di antara penduduknya yang menganut agama Kristian dan Yahudi.2
Disebelah selatan Semenanjung Arab iaitu Yaman terdapat beberapa inskripsi yang menunjukkan
adanya kemajuan manusia sejak abad ke 8 S.M.3 Begitu pula di bahagian utara semenanjung
(Hira dan Ghassan), di mana ramai daripada penduduknya adalah beragama Kristian,
mempunyai kesan-kesan sejarah yang menandakan wujudnya beberapa kemajuan manusia,
namun demikian, pengetahuan dan pencapaian mereka dalam perbidangan pensejarahan adalah
sangat terhad manakala penyebaran pula hampir tidak ada. Hal ini dapat dilihat daripada bentuk
atau cara penulisan pra-Islam itu sendiri.
1 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Islam, Kedah: Pustaka Darussalam, 2007, hlm: 26.
2 Ibid.
3 Ibid., hlm 47.

Pensejarahan di zaman pra-Islam merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan am


yang berkait rapat dengan ilmu kesusastraan. Pensejarahan pra-Islam mempunyai dua sumber
yang penting iaitu sumber The battle-days narratives atau dikenali sebagai al-Ayyam dan
sumber keturunan atau lebih dikenali sebagai al-Ansab.4 Kedua-dua karya ini amat kuat
pengaruhnya kepada masyarakat di zaman pra-Islam dari segi aspek penulisan sejarah.
Sebelum saya membincangkan lebih mendalam tentang istilah-istilah sejarah dalam Islam dan
idea-idea sejarah di zaman pra-Islam ada baiknya dihuraikan terlebih dahulu tentang pengertian
sejarah. Perkataan sejarah dalam bahasa Malaysia diambil daripada kalimah Arab Shajarah
yang mengertikan pohon, salasilah atau keturunan. Perkataan history dalam berasal daripada
perkataan yunani historia yang bermakna penyelidikan. Manakala sejarah dalam bahasa Arab
disebut al-tarikh yang berasal daripada perkataan al-arkh.5 Perkataan ini mempunyai talian
daripada bahasa Samiyah dengan sebut yarikh yang bermaksud bulan (al-qamar), manakala
dalam bahasa Arab membawa maksud bulan (al-Shahar). 6 Orang Sam terkenal dengan mengira
bulan mereka menggunakan kiraan bulan (al-qamar) dan bukannya dengan kiraan matahari (alshams).7 Hal yang sama ini menjadi ikutan dalam penggunaan kalendar Islam iaitu taqwim hijri.
Tarikh yang diistilahkan dalam penulisan sejarah ialah catatan kepada peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku dan juga catatan berita yang bersandarkan kepada masa. 8 Sebagai contoh, Tarikh
4 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Islam, hlm 48.
5 Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1992, hlm: 1.
6 Ibid.
7 Ibid.
8 Ibid.

al-Tabari, Tarikh al-Andalus, Tarikh Baghdad dan sebagainya. Jika dilihat misalnya Tarikh alTabari banyak menceritakan peristiwa sebelum Islam dan juga catatan-catatan sejarah sebelum
kelahiran Islam.9

ISTILAH-ISTILAH SEJARAH DALAM ISLAM


TARIKH
Tarikh dalam

bahasa

Arab

membawa

pengertian

pentarikhan,

date

atau

era

(habqah,zaman).10 Keadaan ini tidak statik untuk selama-lamanya. Setelah beberapa masa ( iaitu
pada abad ke-3 Hijrah dimana skop kajian ilmu Tarikh telah menambah meluas hinggalah sampai
ke tahap pengertian sejarah moden. Sejak itu, tarikh membawa kepada dua pengertian. Antara
pengertian tarikh itu ialah pengertian khusus dan pengertian umum. Pengertian umum adalah
digunakan sebagai tajuk kepada penulisan sejarah.11 Sebagai contoh, Tarikh al-Tabari, Tarikh alAndalus, Tarikh Baghdad dan sebagainya. Perkataan Tarikh disini membawa pengertian annals
atau chroniclesi.12 Manakala perkataan khusus pula hanyalah merujuk kepada haribulan bagi
menentukan jangkamasa bagi sesuatu peristiwa. Kedua-dua pengertian khusus dan umum, ini
sudah menjadi asas kepada penulisan sejarah Islam. Dalam perkataan lain, sesuatu kerja itu tidak

9 Ibid.
10 Moenawar Khalil, Kelengkapan Tarikh, Jakarta: Gema Insani, 2001, hlm: 5.
11 Ibid.
12 Ibid.

boleh dianggap sebagai penulisan sejarah kecuali disertai dengan haribulan, Tarikh atau
chronology.

HIKAYAT
Hikayat berasal daripada pekataan arab iaitu hikaya.13 Pengertian hikayat ialah cerita-cerita
hikayat yang biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian
yang penting.14 Kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dan penceritaan secara lisan, dengan
itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di
mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar. Sebagai contoh,
karya epik mengenai Hikayat Amir Hamzah yang mengisahkan hikayat yang mengandungi
unsur-unsur Islam. Hal ini sedemikian kerana dalam watak tersebut merupakan pembela kepada
bangsa Arab yang tertindas dan berjuang demi menjaga kedaulatan agama Islam.15

SALASILAH
Perkataan sejarah berkembang sebagai sebuah disiplin ilmu yang dipelajari, sebenarnya
mempunyai pelbagai maksud atau pengertian. Perkataan salasilah ini berasal dari bahasa Arab,
13 Muhammad Hamidi, Mitos-Mitos Dalam Hikayat AbdulKadir Jailani, Jakarta: Yayasan Naskah
Nusantara, 2003, hlm: 102.
14 Ibid.
15 Abdul Latib, Hikayat Amir Hamzah, Selangor: PTS Fortuna, 2008, hlm: 17.

syajara atau syajaratun yang bererti pohon, atau syajarah an-nasab yang membawa makna pohon
silsilah.16 Sewaktu kemunculan Islam, kebiasaan menyusun daftar silsilah atau lukisan garis
keturunan yang disusun sangat sistematik, menyerupai pohon yang lengkap dengan cabangcabang dan ranting-rantingnya. Daftar silsilah keturunan dari satu keluarga sampai keturunan
yang kelima atau lebih apabila diterbalikkan akan menjadi sebuah pohon yang lengkap dengan
ranting dan batangnya. Sebagai contoh, salasilah keturunan Nabi Muhammad bermula dengan
moyangnya iaitu Qushayy yang lahir pada 400 Masihi kemudian Abdul Manaf yang lahir pada
430 Masihi, seterusnya adalah Hashim 497 Masihi,selepas itu datuknya iaitu Abdul Muthalib
yang lahir pada 545 Masihi, berikutnya adalah bapanya iaitu Abdullah lahir pada 545 Masihi dan
yang sampai ke Baginda sendiri yang lahir pada 570 Masihi.17

RIWAYAT
Pengertian riwayat hidup adalah catatan yang singkat mengenai diri seseorang. Selain
mengandungi data peribadi dan gambaran diri, ia juga mengandungi keterangan pendidikan atau
pengalaman seseorang itu. Dengan erti kata lain, riwayat akan memberikan gambaran dan corak
kehidupan seseorang. Dalam Islam pula riwayat sangat banyak digunakan dalam menceritakan
kisah atau keperibadian Nabi Muhammad. Setiap perkara yang dilakukan secara lisan mahupun
perbuatan akan dicatat oleh perawi hadis. Sebagai contoh, Ibnu Adiy meriwayatkan dari Aisyah
katanya, Satu kaum berkumpul di pintu rumah Rasulullah s.a.w. maka beliau keluar menemui

16 Ismail R. Al-Faruqi, Islam Dan Kepercayaan Lain, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Dan Buku
Malaysia, 2008, hlm: 211.
17 Ibid.

mereka dan aku lihat (kata Aisyah) beliau menjenguk ke dalam tempayan besar (bekas air) untuk
meluruskan rambut dan janggutnya.18

AL-KISAH DAN KHABAR


Pengertian khabar ulama hadis adalah sama dengan hadis, namun sebahagian ulama
berpendapat bahawa sesuatu yang berasal dari Nabi Muhammad adalah disebut hadis. Manakala
yang berasal selain daripada Nabi Muhammad akan disebut khabar. Para ulama Khurasan juga
menyebut hadis mawquf dengan khabar dan hadis maqthu dengan atsar. Menurut pengertian
asal khabar membawa pengertian berita. Hal ini bermakna khabar membawa makna yang sama
dengan hadis. Untuk terminologi khabar, pengkaji lebih sepakat dengan definisi yang pertama
yang seperti yang dinyatakan oleh ulama Khurasan.
Al-Khabar pula banyak digunakan sebelum memulakan sesuatu penceritaan ataupun hikayat.
Sebagai contoh, al-kisah Nabi Muhammad menangis di padang masyar. Baginda menangis
kerana mengenangkan nasib umatnya di hari kiamat kelak. Cerita ini adalah sangat panjang
kerana ia menyamai seperti hikayat yang merupakan cerita mengenai seseorang dan penceritaan
yang panjang seperti dinyatakan.

MAGHAZI
Penulisan sejarah Islam telah berkembang dari masa ke masa kerana mengikuti
perkembangan perkembangan peradaban Islam. Hal ini telah membawa kepada penulisan karya
18 Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu, Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publisher, 1996, hlm: 218.

al-Maghazi. al-Maghazi berasal dari perkataan ghazwah iaitu pengembaraan perang.19 Dari sudut
pandang sejarah pula membawa makna perang dan penyerangan yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad. al-Maghazi juga dinyatakan pasukan atau peperangan yang dipimpin secara lansung
oleh Rasullulah. Dalam hal ghazwah ini tidak semestinya terjadi perang atau menggunakan
senjata, selagi ada gerakan pasukan yang dipimpin Nabi dinamakan ghazwah juga. Namun pada
masa itu, pelopor kepada penulisan karya al-Maghazi adalah Urwa Bin Zubair.20 Beliau juga
merupakan orang yang memisahkan antara ilmu hadis dan kajian al-Maghazi. Penulisan alMaghazi untuk mencatatkan segala misi peperangan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad
secara berkronologi.

IDEA SEJARAH DI ZAMAN PRA-ISLAM


MITOS DAN KISAH TURUN-TEMURUN
Idea sejarah di zaman pra-Islam merupakan idea yang banyak dipinggirkan oleh penulis-penulis
sejarah di zaman Islam kerana kesahihan bukti fakta sejarah yang cuba disampaikan. Hal ini
kerana kebanyakan fakta disampaikan hanyalah sekadar cerita mitos atau kisah turun-temurun. 21
Penggunaan cerita mitos ini juga banyak digunakan bukan sahaja oleh orang jahiliah pada zaman
pra-Islam tapi juga ahli sejarah sewaktu zaman awal Islam.

19 A. A. Duri, The Rise Of Historical Writing Among The Arabs, United Kingdom: Priceton University
Press, 1983, hlm: 25.
20 Ibid.
21 Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam, hlm 5.

Pada zaman pra-Islam, tidak dapat dikenal dengan apa yang dimaksudkan penulisan sejarah
dalam konteks sejarah yang sebenar.22 Hal ini kerana penulisan mereka sangat terhad untuk
dikaitkan dengan etika penulisan sejarah. Namun terdapat usaha yang dilakukan oleh mereka
untuk menulis tentang kehidupan dan kemajuan yang mereka capai. Hal ini sedikit sebanyak
dapat membantu generasi mendatang tentang sejarah mereka.
Pada zaman pra-Islam juga negeri-negeri yang maju seperti Yaman, kerajaan Hirah dan kerajaan
Ghassan juga tidak mewariskan tulisan-tulisan sejarah. 23 Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk
menuliskannya pada zaman Islam. Hal ini kerana ketika mempunyai idea atau ilham untuk
menulis sejarah mereka yang semakin dilupakan ini, tulisan-tulisan itu banyak diselitkan dengan
cerita berunsurkan mitos dan dongeng. Perkara ini menyebabkan fakta tidak dapat dipercayai
kebenaran sejarah yang ditulis secara keseluruhannya.

PENCERITAAN SEJARAH MEMPUNYAI UNSUR TOKOK TAMBAH


Penulisan sejarah zaman pra-Islam pada mulanya sangat luas penggunaannya oleh penulispenulis pada zaman Islam kerana kekurangan sumber yang amat terhad. Sumber-sumber sejarah
yang diceritakan tiada sumber yang tetap kerana banyak dirujuk daripada sumber-sumber lain
sehinggakan berlakunya tokok tambah dalam penceritaan mereka.24

22 Ibid.
23 Nisar Ahmad Faruqi, Early Muslim Historiography, India: University of Delhi, 1997, hlm: 1.
24 Nisar Ahmad Faruqi, Early Muslim Historiography, hlm 25.

Tokok tambah yang disampaikan dalam penceritaan mereka banyak diambil daripada sumber
Kristian, yahudi dan greek.25 Hal ini kerana masyarakat jahilliyah pada masa itu masih terdedah
kepada sumber-sumber ini kerana keagungan bangsa-bangsa tersebut. Sumber rujukan yang awal
dijumpai oleh bangsa arab jahilliyah ialah kitab Taurat yang dimiliki oleh bangsa yahudi. 26
Penemuan kitab Taurat ini dikatakan pada abad ke-2 sebelum masihi. Jadi sumber terhad ini
menyebabkan pencerita-pencerita ini mengambil idea tersebut dari kitab Taurat. Namun banyak
cerita-cerita yang disampaikan juga diputar belitkan oleh bangsa yahudi kerana mereka ingin
mengangkat sejarah keagungan bangsa mereka yang terkenal dengan sejarah kenabian mereka.
Sumber kedua yang digunakan dalam penceritaan oleh masyarakat arab Jahilliyah juga diambil
dari ajaran Kristian.27 Sudah pasti sumber ini dimanipulasi oleh paderi-paderi Kristian yang
ditemubual kerana mereka ingin menunjukkan kebenaran agama tersebut disamping
mengagungkan sejarah mereka.28 Penulis sirah yang menulis secara terperinci dan mementingkan
kebenaran fakta iaitu Ibn Ishaq mengatakakan yang pernah mendapatkan bahan penulisan dari
Old Testament dan New Testament tentang penerangan mengenai Kristian, beliau mendapati
yang sumber tersebut tersebut telah diekploitasi oleh penganut Kristian. 29 Sumber yang yang
diekploitasi aialah berkaitan tentang sejarah kenabian. Masyarakat arab Jahilliyah pada masa itu

25 Ibid., hlm 26.


26 Ibid.
27 Ibid., hlm 34.
28 A. A. Duri, The Rise Of History Among The Arabs, hlm: 152.
29 A. A. Duri, The Rise Of Historical Writing Among The Arabs, hlm 153.

hanya mempercayai tentang sumber yang mereka peroleh tanpa memeriksa kebenaran fakta yang
dimiliki kerana juga ketiadaan disiplin ilmu sejarah pada zaman pra-Islam.

MENCERITAKAN KISAH-KISAH PERANG TERDAHULU


Ayyam Al-Arab adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Arab. 30 Hal
ini sedemikian disebabkan oleh kalangan masyarakat Arab pra-Islam yang sering berlakunya
konflik antara kabilah kerana perselisihan dalam mencapai kepimpinan, perebutan sumber air
dan padang rumput untuk pengembalaan binatang ternak mereka. 31 Konflik yang sering berlaku
ini menyebabkan peperangan yang menumpahkan darah. Hari peperangan itu juga dikenal
sebagai Ayyam al-Arab iaitu secara etimologi bererti hari-hari penting bangsa Arab. Ketika
malam tiba, peperangan dihentikan sampai fajar menyinsing.
Selain itu, persengketaan yang berlaku menyebabkan kekerapan terjadinya kes rompakan dan
serangan yang menonjolkan pahlawan tempatan, para pemenang dari suku-suku yang
bersengketa serta menghasilkan perang syair yang penuh kecaman diantara para penyair yang
berperanan sebagai pendebat setiap pihak yang bersengketa. 32 Meskipun sering berlakunya
perang akan tetapi mereka bukanlah orang yang sanggup berani mati. Jadi, mereka bukanlah
orang yang haus darah seperti yang dikesan dari kisah-kisah yang ada. Kewujudan Ayyam alArab inilah cara untuk mengenal watak sosial dan jati diri masyarakat jahiliyah.

30 Nisar Ahmad Faruqi, Early Muslim Historiography, hlm 37.


31 Ibid.
32 Ibid.

Antara peperangan suku-suku arab Jahiliyah yang paling awal dan paling terkenal adalah perang
Basus yang terjadi pada akhir abad ke-5 antara Bani Bakr dan keluarga dekat mereka dari Bani
Taghlib di Arab sebelah timur laut. 33 Selain itu, Ayyam al-Arab juga mengandungi kisah perang
lain seperti perang Dahis dan al-Ghabra yang mengisahkan perang antara kabilah Abas dan
kabilah Zahyan.34 Terdapat juga peperangan yang kecil seperti perang Yawm al-Khazaz iaitu
perang antara kabilah Rabiah dan Yaman. Kisah-kisah al-Ayyam ini terus berlansung sampai
awal kebangkitan Islam.35
Pada prinsipnya kisah al-Ayyam lebih kepada karya sastera berbanding karya sejarah. Kisahkisah itu diriwayatkan terutama adalah untuk menghibur dan menimbulkan rasa gembira bagi
para pendengar disamping untuk tujuan pewarisan nilai-nilai tertentu. Namun hal itu tidak perlu
menyebabkan kita meremehkan bahawa kisah-kisah ini mengandungi unsur-unsur sejarah yang
berhubungan dengan peristiwa-peristiwa besar dan penting di atas.

PENYAMPAIAN SEJARAH MELALUI PUISI DAN SYAIR


Bangsa Arab sebelum Islam kebiasaannya dianggap bodoh dan tidak mengenal huruf.
Walaubagaimanapun, bangsa Arab Pra-Islam mempunyai kemahiran yang amat istimewa iaitu
mampu menghafal semua perkara yang dihafal dengan baik. 36 Tambahan pula, masyarakat Arab
33 Charles Issawi M. A., An Arab Philosophy Of History, New York: Grove Press, 1950, hlm: 99.
34 Ibid.
35 Ibid., hlm 100.
36 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Islam, hlm 48.

pra-Islam juga mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mengubah syair dan syair-syair ini
dipertandingkan dan syair unggul akan digantung di Kabah.37 Melalui tradisi sastera tersebut
dapat diketahui bahawa peristiwa-peristiwa penting secara tidak lansung mempengaruhi
kehidupan mereka dan boleh dikatakan sebagai arah kepada kehidupan mereka. Nilai-nilai yang
mengandungi peristiwa-peristiwa penting itu mereka abadikan dengan pelbagai cara seperti
kisah, dongeng, nasab, nyanyian, syair dan sebagainya. Antara syair Arab sebelum Islam yang
menceritakan kisah pejuang atau pahlawan berkuda kebanggaan golongan seperti Illiad, pejuang
Yunani dan Iniyad, pejuang Romania serta kisah Syahinamah, Persia.38
Dalam kalangan bangsa Arab sebelum Islam mereka mempunyai dua jenis syair iaitu
syair Ghina iaitu syair yang dibuat dengan mengeluarkan isi hati dan mengungkapkan apa yang
dirasakan.39 Contohnya, terdapat penyair yang mengutuk sistem pemerintahan diktator pemimpin
kabilah. Hal ini kerana rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan pemimpin mereka yang
menyebabkan rakyat terabai. Walhal rakyat merupakan lombong yang mendatangkan hasil dan
pendapatan bagi pemerintah. Namun rakyat hanya mendapat susah dan terus dizalimi. Kesannya
rakyat hanya mampu merintih dan mengeluh akibat kezaliman dan penyiksaan dengan sikap
pemimpin yang harus dilindungi tanpa boleh mengambil sebarang tindakan.
Jenis syair kedua pula ialah syair Qishosy (kisah) yang mengandungi kejadian sebuah
peperangan atau membanggakan sebuah golongan dalam bentuk kisah. 40 Contohnya, bangsa
37 Ibid., hlm 49.
38 Ibid., hlm 50.
39 Ibid.
40 Ibid., 51.

Arab sebelum Islam diketahui umum hidup berkabilah dan berdiri sendiri-sendiri. Kadangkadang satu sama lain saling bermusuhan. Hal ini kerana mereka tidak mengenal rasa ikatan
perpaduan bangsa Arab. Pada mereka hanyalah ikatan kabilah. Asas kepada hubungan dalam
kabilah ini ialah pertalian darah. Hal ini sedemikian kerana rasa assabiah amat kuat dan
mendalam dalam diri mereka. Contohnya, sekiranya salah seorang diantara mereka teraniaya
maka seluruh anggota masyarakat dalam kabilah itu akan bangkit menegakkan keadilan. Perkara
ini dapat dilahat melalui semboyan mereka iaitu Tolong saudaramu, walaupun dia menganiaya
atau dianiaya. 41
Kadang-kadang persaingan bagi mendapatkan kerusi pimpinan yang memakai sistem
keturunan keluarga kerap membuat mereka bersikap lemah-lembut, manis, berbaik dihadapan
orang ramai, seperti bermurah hati, menjamu tamu, menjaga kehormatan, memperlihatkan
keberanian, membela diri dari serangan orang lain.42 Segala kebaikan dan kehebatan yang
ditonjolkan oleh pemimpin kabilah akan diserlahkan oleh para penyair yang menjadi
penyambung lidah setiap kabilah pada masa itu.

41 Ibid.
42 Ibid.

KESIMPULAN
Perkataan sejarah itu menurut Islam memang indah kerana ia seperti sebuah perjalanan atau
kenderaan yang disebut dalam bahasa Arab sebagai sayyarah. Sayyarah ini bermaksud
perjalanan kisah-kisah sejarah terdahulu yang dicatat oleh para sejarawan Islam bagi rujukan dan
contoh kepada masyarakat masa kini. Sejarah yang ditulis oleh sejarawan pada zaman islam
lebih sahih dan tepat kerana teknik penulisan dan menentukan kesahihan sesebuah fakta yang
diperoleh berbanding penulis-penulis dizaman pra-Islam yang hanya menulis demi kepentingan
politik dan hiburan semata-mata. Sumber yang diperoleh juga tidak tepat kerana banyak
menggunakan kaedah lisan dan juga tidak membukukan penulisan sejarah pada ketika itu. Oleh
itu, selepas kedatangan Islam, usaha-usaha kearah meneliti dan mengumpul segala catatan
sejarah bermula dan fakta sejarah yang diperoleh juga amat sahih kerana menggunakan Al-Quran
dan hadith Nabi Muhammad. Zaman Islam inilah munculnya idea-idea baru sejarah yang
kemudiannya telah mengangkat keagungan sejarah Islam.

BIBLIOGRAFI
1. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah Dan Tamadun Islam, Kedah: Pustaka Darussalam,
2007.
2. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris, Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu, Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publisher, 1996.
3. Abdul Latib, Hikayat Amir Hamzah, Selangor: PTS Fortuna, 2008.
4. A. A. Duri, The Rise Of Historical Writing Among The Arabs, United Kingdom: Priceton
University Press, 1983.
5. Charles Issawi M. A., An Arab Philosophy Of History, New York: Grove Press, 1950.
6. Ismail R. Al-Faruqi, Islam Dan Kepercayaan Lain, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Dan Buku Malaysia, 2008.
7. Nisar Ahmad Faruqi, Early Muslim Historiography, India: University of Delhi, 1997.
8. Moenawar Khalil, Kelengkapan Tarikh, Jakarta: Gema Insani, 2001.
9. Muhammad Hamidi, Mitos-Mitos Dalam Hikayat AbdulKadir Jailani, Jakarta: Yayasan
Naskah Nusantara, 2003.
10. Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
1992.

Vous aimerez peut-être aussi