Vous êtes sur la page 1sur 14

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBMT2203_V2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 11
SEMESTER SEPTEMBER 2015
Pembelajaran mengenai bentuk dan ruang dalam matematik rendah boleh dikaitkan dengan banyak
contoh dalam kehidupan harian.
Laksanakan carian dalam Internet untuk artikel atas talian atau jurnal mengenai pengajaran bentuk
dan ruang bagi matematik rendah. Pilih TIGA artikel mengenai pengajaran dan pembelajaran
bentuk 2D dan 3D dalam matematik rendah. Banding dan bezakan KETIGA-TIGA artikel tersebut
dengan tumpuan kepada strategi yang diguna untuk mengajar bentuk dan ruang.
Rancangkan satu aktiviti pengajaran bagi bentuk dan ruang untuk satu kelas matematik
rendah. Berikan justifikasi yang jelas bagi strategi pengajaran yang digunakan.
(40 markah)
Name

: Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis

Matric number

: 840726135564001

NRIC

: 840726-13-5564

Telephone number : 013-3992617


E-mail address

: huda_idz@yahoo.com

Nama Tutor: Pn. Hapaza bt. Awang


Learning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN TIGA ARTIKEL


MENGENAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK
BENTUK DAN RUANG

RANCANGKAN AKTIVITI PENGAJARAN BAGI BENTUK DAN


RUANG DALAM KELAS

4.0

JUSTIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN

12

5.0

KESIMPULAN

13

6.0

RUJUKAN

14

1.0

PENGENALAN

3.0

Pengajaran dalam mata pelajaran matematik adalah merupakan satu bidang


yang amat penting dikalangan murid terutama di dalam topik geometri. Bidang
2

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

pembelajaran bentuk dan ruang di sekolah rendah boleh menjadi satu pengalaman
yang sangat menarik dan menyeronokkan bagi setiap yang bergelar guru. Seperti yang
tertera di dalam kurikulum sekolah bidang pembelajaran bentuk dan ruang ini telah
mula di perkenalkan kepada murid dari tahun satu sehingga enam. Sebagai seorang
guru matematik, seharusnya menerapkan lebih banyak tentang kesedaran topik bentuk
dan ruang terhadap murid. Sebagai contoh, menyuruh murid melihat di sekeliling
mereka mengenai bentuk geometr yang ada dan cerita kepada mereka perkaitannya
dengan konsep geometri semasa di dalam pembelajaran.
Menurut model van Hiele, seseorang individu memahami idea ruang dan
bentuk menerusi lima peringkat iaitu penggambaran, analisis, deduksi tidak formal,
deduksi dan rapi. Dengan menggunakan model ini di dalam setiap pengajaran guru di
dalam bilik darjah, maka murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap
topik ini dengan bagus. Pembelajaran matematik ini sangat penting di sekolah untuk
meluaskan ilmu kepada murid kerana ia merupakan penggerak bagi perkembangan
dalam bidang sains dan teknologi, kejuruteraan serta seni bina sejurus dapat
melahirkan generasi negara yang membangun.
Justeru, murid seharusnya diberi pendedahan awal mengenai konsep geometri
yang paling asas seperti pengetahuan mengenai bentuk-bentuk 2D dan 3D sehingga
konsep geometri yang lain dari tahun ke tahun asas pembelajaran yang mereka terima
di sekolah. Antara bentuk 2D yang dipelajari di sekolah ialah seperti segi empat sama,
segi empat tepat, segi tiga dan bulatan. Manakala bentuk 3D pula ialah seperti kubus,
kuboid, kon, sfera, piramid dan prisma. Walaubagaimanapun, masih juga terdapat
sesetengah murid yang gagal memahami topik bentuk dan ruang ini kerana beberapa
perkara dan penerimaan murid tersebut semasa pembelajaran di dalam kelas. Sebagai
contoh, murid tersebut kemungkinan berlaku salah faham konsep semasa
pembelajaran mereka. Untuk itu, guru-guru perlu merancang dan berfikir pelbagai
kaedah dan strategi pengajaran di dalam topik bentuk dan ruang ini agar murid dapat
menerima dan memahami dengan lebih mendalam semasa pembelajaran berlangsung.
Berdasarkan kepada pengajaran bentuk dan ruang ini, guru-guru perlu memilih
pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Strategi yang
dinyatakan adalah seperti pemusatan murid, pemusatan guru, berasaskan bahan dan
berasaskan tugasan. Ramai dikalangan murid menggunakan strategi menghafal di
dalam mengenal geometri di mana proses ini tidak memberangsangkan fikiran murid
untuk berfikir diluar kotak. Oleh yang demikian, kepentingan menggunakan pelbagai
pendekatan, bahan bantu belajar maujud dan strategi dalam pengajaran guru amat
3

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

penting agar guru dapat melahirkan anak didik yang mampu membangunkan negara
kita di persada dunia.

2.0

PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN TIGA ARTIKEL MENGENAI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK BENTUK DAN RUANG
Setelah mentelaah hasil artikel atas talian atau jurnal mengenai pengajaran dan
pembelajaran bentuk dan ruang ini, banyak perbezaan di antara tiga jurnal atau artikel
yang dicari. Setiap kelainan strategi pengajaran yang digunakan adalah membawa
seribu makna dan ilmu untuk para guru agar dapat mengambil contoh terhadap
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Bagi artikel yang pertama di dalam pengajaran bentuk 2D dan 3D di dalam
laman web atau link http://cikgusari74.blogspot.my/2013/11/krm-3063-cabaran-dalampengajaran.html beliau menyatakan dengan menggunakan strategi berasaskan bahan,
murid akan lebih memahami konsep geometri yang disampaikan oleh guru di dalam
bilik darjah. Setiap kali pengajaran guru, harus merancang dan menggunakan bahan
bantu belajar berbentuk maujud di mana terdapat di kawasan sekeliling bilik darjah.
Sebagai contoh yang disebutkan beliau adalah lukisan, bongkah geometri dan bendabenda yang terdapat pada murid seperti botol air, kotak pensil, pemadam dan
sebagainya.
Menurut beliau lagi, guru-guru diluar sana perlu mempraktikkan strategi
kaedah didik hibur di dalam aktiviti pengayaan murid untuk menguatkan lagi minda
mereka mengenai jenis-jenis bentuk 2D dan 3D. Dengan ini, pembelajaran yang
berbentuk celik akal akan dapat membantu murid memahami konsep geometri dengan
lebih mendalam dan berkesan. Sebagai contoh, elemen didik hibur yang digunakan
adalah seperti pada link tersebut http://www.youtube.com/watch?v=GzadMAR16SM
Di mana dalam video tersebut terdapatnya penceritaan mengenai kisah semua bongkah
yang ada. Ia memberitahu ciri-ciri fizikal dan demostrasi setiap bongkah dan
umpamakan sekali dengan benda-benda yang ada di sekeliling murid. Dengan ini,
murid akan lebih mengenal jenis-jenis bongkah yang ada menerusi sifat fizikal dengan
baik. Dengan kaedah lagu ini juga dapat membantu murid menajamkan akal dan minda
mereka dan secara tidak langsung akan menarik minat murid di dalam pembelajaran.

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Justeru, dalam artikel beliau juga, terdapatnya strategi pemusatan murid iaitu di
mana murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti matematik dalam kelas menerusi
kajian penerokaan dan penyiasatan mengenai semua jenis bentuk geometri dengan
sendiri. Dengan strategi ini murid dapat mempelajari dengan pengalaman yang mereka
ada dan menajamkan lagi tahap pemahamannya terhadap sifat dan konsep geometri. Di
sini, murid juga dapat memperkembangkan daya intelektual mereka berkenaan dengan
ssesuatu rupa, ciri dan bentuk.
Bagi kajian artikel atau jurnal yang kedua adalah dari hasilan Norazlin binti
Mohd Rusdin mengenai tajuk kajian beliau Penulisan refleksi Pembelajaran Bagi 5
Unit yang dinyatakan dalam link iaitu http://documents.tips/education/aktivitiberasaskan-tajuk-bentuk-dan-ruang.html. Untuk memperkenalkan jenis geometri
terhadap murid di sekolah dengan mengelakkan daripada tanggapan yang negatif,
beliau menekankan kepada murid tentang aplikasi kehidupan sebenar murid. Ia adalah
untuk mendekatkan diri murid-murid dengan geometri yang di pelajari mereka. Beliau
juga, telah mencadangkan bahawa mewujudkan sudut-sudut geometri atau galeri
geometri samada di dalam bilik darjah, pondok matematik, makmal matematik, atau
lorong matematik di sekolah. ia juga bergantung pada pihak sekolah untuk
menubuhkan salah satu daripada cadangan beliau. Dengan mewujudkan lokasi khas
tersebut, para guru dan murid dapat mengenali dan mempelajari sumber geometri
dengan perkaitannya dari segi konteks kehidupan harian. Sebagai contoh, sudut
pameran yang boleh mengaplikasikan kepada bentuk geometri seperti kubah masjid,
bentuk stadium dan lantai jubin. Pameran tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang
khas agar murid mudah membaca dan melihatnya.
Begitu juga dengan pendedahan info yang berkaitan dengan tokoh-tokoh
terulung yang memperkenalkan geometri seharusnya ditayangkan di pameran sudut
matematik juga. Murid secara tidak langsung dapat mengetahui tentang sejarah tokohtokoh geometri yang ada maka murid akan menjadi lebih cerdas dan sentiasa
mempunyai sifat curious iaitu ingin tahu sesuatu perkara yang baharu. Antara contoh
salah seorang tokoh-tokoh tersebut ialah Descartes, memperkenalkan geometri analitik
atau Cartesian.
Selain itu juga, beliau mencadangkan pihak sekolah mengadakan bilik khas
untuk meletakkan bahan bantu belajar yang berkaitan dengan bentuk geometri iatu 2D
dan 3D. Sebarang pembelian barang-barang panitia untuk pengajaran harian seperti
kad-kad 2D atau bongkah-bongkah boleh dikumpul dan disusunkan dalam bilik khas
5

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

ini. Tujuannya adalah supaya guru mudah untuk mengambil bahan bantu belajar
tersebut setiap kali mereka mengajar topik 2D dan 3D di dalam bilik darjah. Justeru,
dengan bongkah-bongkah dan bahan maujud yang ada dikumpulkan ini, murid dapat
meneroka dan mengeksplorasi ciri-cirinya dengan lebih tepat seperti bucu, sisi dan
permukaan. Berbanding dengan hanya melihat gambar sahaja samada melalui kad-kad
bentuk segiempat atau aktiviti di dalam buku teks. Di dalam artikel beliau juga ada
menyatakan barang-barang harian yang berbentuk 3D yang boleh dipamer di bilik khas
ialah bola, tudung saji anyam, coklat Toblerone, tin, minuman kotak, kotak tisu dan
sebaganya untuk dijadikan bahan bantu belajar di dalam bilik darjah.
Manakala hasil kajian dari artikel atau jurnal yang ketiga ini adalah merupakan
hasil daripada link http://hasan92.weebly.com/tajuk-6--penggunaan-bahan-bahan-2dimensi-dan-3-dimensi.html di mana ada menyatakan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dengan bantuan bahan bantu belajar bentuk 2D dan 3D adalah
melibatkan pelbagai deria pelajar. Penulis artikel ini memberitahu bahawa guru pada
era globalisasi ini kurang memberi nilai ke atas barang-barang pengajaran bentuk 2D di
mana harganya adalah murah dan percuma. Ia amat sesuai apabila digunakan di dalam
bilik darjah kerana kos yang digunakan sangat berbaloi dan jimat. Sebagai contoh
barang-barang tersebut adalah seperti graf, poster, gambar, peta, bahan bercetak dan
carta. Beliau menegaskan bahawa penggunaan bahan buku teks adalah merupakan satu
asas yang kukuh untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid dan untuk
menambahkan lagi informasi yang berguna. Beliau menyarankan bagi sekolah yang
kekurangan guru pakar atau yang berpengalaman, penggunaan buku teks sangat
berguna untuk murid.
Menurut beliau gambar-gambar 2D juga kerap digunakan di mana ia membantu
guru-guru untuk menerangkan sesuatu pengajaran yang sukar dihuraikan malah murid
yang lemah juga akan memahami sesuatu berdasarkan gambar yang ditunjukkan
berbanding dari segi pembacaan mereka. Melalui gambar ini juga, ia dapat
mewujudkan minat murid untuk lebih memahami dan mengetahui bentuk dan ciri-ciri
fizikal 2D. Gambar tersebut haruslah besar dan di salut dengan plastik agar semua
murid boleh melihatnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selepas itu, gambar digantung di papan hitamdan guru perlu mengemukakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan gambar tersebut.
Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran bentuk 3D
di mana beliau mengandaikan murid dapat mengenal pasti dunia sekarang dan zaman
6

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

dahulu. Guru disarankan menggunakan bahan-bahan seperti realia, diorama, model dan
ciptaan tiruan yang mana dapat membantu murid memahami proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Bagi penggunaan bahan diorama teruatama
menggunakan tanah iat untuk murid membuat bentuk 3D, ia sangat menarik minat
murid kerana pelbagai bentuk geometri yang murid boleh bentuk dan corakkan. Selain
itu, guru juga boleh menggunakan strategi boneka iaitu membuat tayangan wayang
kulit kepada murid mengenai bentuk-bentuk geometri di hadapan bilik darjah. Dengan
ini, murid dapat menamkan lagi fikiran mereka di dalam mengingat ciri-ciri fizikal
pada bentuk geometri yang mereka pelajari di dalam bilik darjah.
Daripada pengamatan yang di telaah daripada hasil ketiga-tiga artikel atau
jurnal ini, terdapat banyak perbezaan dan perbandingan di dalam strategi pengajaran
masing-masing. Secara keseluruhannya, bagi artikel pertama strategi yang digunakan
sangat memberangsangkan murid kerana terdapatnya unsur-unsur didik hibur dan
penggunaan bahan maujud. Ini dapat menarik tumpuan murid dan menggalakkan
murid berseronok sambil belajar bentuk dan ruang di dalam bilik darjah. Penggunaan
bahan maujud juga dapat mengelakkan daripada murid berasa mengantuk atau bosan
semasa guru sedang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini
dapat membentuk kekuatan strategi pembelajaran yang bagus dikalangan murid-murid
di sekolah.
Seterusnya, bagi artikel yang kedua pula adalah sangat menarik kerana murid
dan guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran diluar kelas iatu pergi ke
bilik pameran atau di kawasan-kawasan yang di nobatkan sebagai tempat khas bahanbahan geometri di kumpulkan. Justeru, murid akan berasa seronok kerana dapat belajar
diluar kelas dan melihat bahan yang banyak untuk mereka pelajari. Namun begitu
terdapat juga kelemahannya di sini iaitu murid akan berbuat bising sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik pameran tersebut. Selain tu, meja dan
kerusi tiada untuk mereka duduk, mereka hanya berdiri dan berjalan dari satu sudut ke
sudut yang lain untuk mempelajari bentuk geometri yang ada di dalam bilik tersebut
sambil guru menjadi mentor menunjukkan demostrasi ke atas topik pengajarannya
kepada murid.
Manakala bagi artikel atau jurnal yang ketiga di mana menggunakan strategi
berasaskan aktiviti dan bahan maujud. Artikel beliau boleh digunakan oleh para guru
tetapi masih terdapat kelemahan kecil di dalam mengawal bilik darjah semasa berlaku
proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru hanya menggunaka bahan bercetak
7

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

seperti buku teks, kad-kad geometri dan sebagainya. Kemungkinan minat murid akan
berkurangan di dalam bilik darjah dan akan menimbulkan pembelajaran yang kurang
efektif dan aktif. Kekuatan strategi yang digunakan oleh penulis artikel ke tiga ini
adalah terdapatnya satu sesi aktiviti kelas dengan menggunakan tanah liat atau model
dan realia sebagai bahan untuk pembelajaran murid. Murid akan membentuk sendiri
bentuk-bentuk geometri dengan menggunakan tanah liat tersebut dan ini boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif kerana murid memberi tumpuan yang
sangat tinggi dengan apa yang dipegang dan rasa untuk dibina menjadi suatu bentuk
yang diingini.
3.0

RANCANGKAN AKTIVITI PENGAJARAN BAGI BENTUK DAN RUANG


DALAM KELAS
Setelah di amati dan di kaji sepenuhnya kajian dan hasil artikel atau jurnal atas
talian tersebut, banyak yang guru pelajari dan dapati di sini untuk meneruskan
perjuangan sebagai seorang guru yang berwibawa untuk anak bangsa. Guru juga
dikehendaki merancang satu aktiviti pengajaran bagi tajuk bentuk dan ruang sendiri
berdsasarkan kutipan yang dikumpul dari artikel-artikel tersebut. Antara butiran
rancangan aktivti pengajaran tersebut adalah seperti yang tertera di bawah.
Rancangan Aktiviti Pengajaran Matematik Tahun 3 Bentuk dan Ruang
Mata Pelajaran
Bidang
Topik
Kelas
Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Pengetahuaan sedia ada

: Matematik Tahun 2
: Sukatan dan Geometri
: Bentuk dan Ruang
: 2 Hibiscus
: Murid dibimbing untuk:
13.1 Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk 3D
13.3 Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk 2D
: Murid berupaya untuk:
(i) Mengenalpasti bentuk asas 3D
: (ii) Mengenal pasti bentuk asas 2D berdasarkan huraian
: Murid telah mengenal pasti jenis-jenis bentuk 2D dan
3D semasa Tahun 1.

Langkah pengajaran
Fasa 1 Persediaan
1. Guru membawa sebiji kek yang berbentuk kuboid, lilin, topi hari jadi dan 40 biji kek
cawan kecil yang berbentuk sfera serta menggantungkan mini robot yang dicantumkan

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

dengan hasil potongan dari kad manila (yang tertera muka murid untuk sambutan hari
jadi) di hadapan papan tulis.
2. Guru memanggil beberapa orang murid yang mempunyai sambutan hari jadi pada hari
yang sama menerusi gambar murid yang diletak pada badan robot tersebut.
3. Guru meminta semua murid menyanyikan lagu hari jadi kepada 3 orang murid yang
mempunyai hari jadi yang sama.
4. Kemudian guru menerangkan objek-objek yang dibawa itu dan perkaitannya dengan
topik pembelajaran pada hari ini.
Fasa 2 Imaginasi dan Penjanaan Idea
1. Guru menunjukkan kepada murid bongkah 3D dan 2D maujud seperti kubus, sfera,
kon, silinder, kubuid dan piramid.

2. Kemudian, guru meminta murid menyebut persamaan yang terlibat di dalam bentuk
3D dan 2D di atas dengan objek di sekeliling yang boleh di dapati semasa sambutan
hari jadi berlangsung. (seperti kek cawan sfera, kek kuboid, topi hari jadi, lilin
berbentuk silinder, mini robot untuk bentuk 2D).
3. Murid dikehendaki memberi contoh-contoh bentuk 3D dan 2D yang lain di dalam
bilik darjah seperti meja, papan putih, tingkap, atap syiling, botol air, pemadam,
pengasah pensil dan duit syiling).
Fasa 3 Perkembangan dan penilaian
1. Murid diagihkan kepada 9 kumpulan dan guru menyediakan 9 kad soalan untuk
aktiviti permainan stesen keretapi.
a. Stesen 1 : Melabelkan nama bentuk 3D

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

b. Stesen 2 : Menamakan objek yang menyamai bentuk 3D

c. Stesen 3 : Mengira bilangan bentuk 3D pada gambarajah

d. Stesen 4 : Melukis salah satu bentuk 3D pada kertas lukisan yang disediakan
e. Stesen 5 :Meneka perkataan berkaitan nama-nama bentuk 3D.
f. Stesen 6 hingga stesen 9 adalah soalan yang sama jenis iaitu murid dikehendaki
melukis dan namakan bentuk-bentuk 2D pada carta pantun yang diberi.
1. Saya ada empat garisan dan empat bucu. Kedua-dua
garisan yang bertentangan mestilah sama panjang. ______________________.
2. Saya ada tiga garisan lurus yang bertemu membentuk tiga bucu.
_____________________

10

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

3. Saya ada satu garisan melengkung dan satu permukaan yang bulat.
________________________
4. Saya ada empat garisan lurus yang sama panjang.
Apabila dicantum, akan membentuk empat bucu. ______________________.
2. Guru

menerangkan

peraturan

permainan

kepada

murid

manakala

murid

menyelesaikan tugasan di setiap stesen mengikut giliran kumpulan. Mereka diberi


masa 2 minit dan wisel akan dibunyikan untuk mereka bergerak dari satu stesen ke
stesen yang lain.
3. Kemudian, guru memanggil ketua kumpulan untuk tampil ke hadapan dan
membentangkan jawapan yang mereka hasilkan.
4. Guru berbincang jawapan yang betul bersama murid hasil kerja setiap kumpulan. Guru
memberi ganjaran berbentuk kek cawan kepada kumpulan yang betul ke semua
jawapan dan mempunyai sifat bekrjasama serta berdisiplin semasa mencari jawapan.
5. Pada akhir pengajaran, guru menamatkan dengan memaparkan video lagu bongkah 3D
dan 2D kepada murid seperti di dalam link di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=GzadMAR16SM

4.0

JUSTIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN


Berdasarkan kepada aktiviti pengajaran yang di laksanakan tersebut iaitu
berkenaan topik bentuk dan ruang di dalam kelas 3 Hibiscus, terdapat banyak strategi
yang dilakukan. Strategi-strategi ini adalah untuk membangunkan semangat muridmurid di dalam pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semakin banyak strategi yang
digunakan, semakin seronok murid mendengar dan memberi fokus terhadap
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Dengan ini, secara tidak langung dapat
meningkatka pembelajaran yang efektif, aktif dan inovasi.
Pada fasa pertama, kebiasaannya guru akan melakukan set induksi iaitu
persediaan. Dalam fasa ini, guru telah merancang strategi pemusatan murid seperti
membuat demonstrasi hari jadi di dalam bilik darjah. Murid hanya menyebutkan
11

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

bentuk-bentuk geometri yang mereka kenal di hadapan dan menyanyikan lagu hari jadi
sempena sambutan harijadi 3 orang murid.
Justeru, dalam fasa kedua pula iaitu Imaginasi dan Penjanaan murid perlu
menyatakan nama-nama bongkah 3D dan 2D yang disediakan oleh guru dan yang
terdapat di dalam bilik darjah seperti seperti kek cawan sfera, kek kuboid, topi hari
jadi, lilin berbentuk silinder, mini robot untuk bentuk 2D manakala meja, papan putih,
tingkap, atap syiling, botol air, pemadam, pengasah pensil dan duit syiling. Di sini,
guru telah mempraktikkan strategi berasaskan bahan di mana guru menyediakan
bongkah 3D dan 2D yang ada serta bentuk-bentuk yang tertera di dalam bilik darjah
tersebut.
Fasa yang ke tiga pula guru menggunakan pendekatan penemuan inkuiri di
mana murid mencari sendiri dan mengkaji jawapan di dalam perbincangan ahli
kumpulan untuk setiap soalan atau stesen yang diberikan. Strategi yang guru
aplikasikan di dalam fasa ini adalah strategi berasaskan aktiviti. Proses aktiviti ini
memerlukan murid menyelesaikan soalan yang di beri. Ia juga boleh dikatakan strategi
pemusatan murid kerana guru hanya menjadi fasilitator manakala murid yang berusaha
mengkaji jawapan sendiri di dalam kumpulan masing-masing. Latihan atau aktviti
kelas ini dapat menguji tahap penguasaan murid di dalam topik pembelajaran di dalam
kelas. Guru juga boleh mengenal pasti kategori murid yang akan meneruskan latihan
pemulihan dan juga pengayaan.
Sebelum guru menamatkan sesi pengajarannya, guru memaparkan tayangan
video lagu bongkah 3 Dimensi. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama. Dari segi tayangan lagu tersebut, guru telah pun mempraktikkan
strategi pengajaran berasaskan komputer. Ia sangat mudah untuk diakses dan
penerimaan murid menjadi lebih seronok dan gembira sepanjang sesi pembelajaran
mereka.
( 2,840 patah perkataan)
5.0

KESIMPULAN
Bidang bentuk dan ruang ini adalah sangat penting di dalam mata pelajaran
matematik di sekolah rendah. Justeru, para guru seharusnya tidak memandang remeh
dengan dengan dasar kerajaan di dalam pendidikan ini. Kandungan pengajaran topik

12

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

ini juga dapat membantu murid untuk menyambung pengajian mereka sehingga ke
peringkat menengah akan datang.
Oleh yang demikian, saranan untuk semua guru matematik di luar perlu
mengambil berat akan setiap bidang pembelajaran di sekolah rendah untuk melahirkan
insan yang terbilang dari segi seni bina serta sains dan teknologi. Untuk itu,
pergunakanlah pelbagai strategi dan pendekatan pegajaran yang ada di dalam teori
pembelajaran yang telah dipelajari untuk diaplikasikan sebaik yang mugkin terhadap
anak didik yang bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan negara kelak.

5.0

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Buku
Chong Liep Kiong. Etc., (2012). HBMT2203 Teaching Of Elementary Mthematics Part 11.
Open Universiti Malaysia. Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011). Panduan Pengajaran Matematik Tahun 2.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Haslina Jaafar. (2011) Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaaan Buku Teks Jilid 2, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Yusuf Wan Ngah, Rosli Maun Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kuriikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), Modul Teras Asas Matematik Tahun 2.

Rujukan Internet
http://cikgusari74.blogspot.my/2013/11/krm-3063-cabaran-dalam-pengajaran.html
file:///C:/Users/user/Downloads/Asas_Bentuk_dan_Ruang_1.pdf

13

HBMT2203_V2

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

https://www.academia.edu/8496998/masalah_masalah_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran
_geometri_pengenalan
http://documents.tips/education/aktiviti-berasaskan-tajuk-bentuk-dan-ruang.html
http://hasan92.weebly.com/tajuk-6--penggunaan-bahan-bahan-2-dimensi-dan-3-dimensi.html

14

Vous aimerez peut-être aussi