Vous êtes sur la page 1sur 14

Isu :

Penggunaan Telefon pintar dalam kalangan pelajar Ipg Kampus Pendidikan Teknik, Bandar
Enstek.
ABSTRAK
Kajian yang bertajuk Penggunaan Telefon pintar dalam kalangan pelajar Ipg Kampus
Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. yang telah dilaksanakan ini memberikan peranan yang
penting dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan kesankesan penggunaan telefon pintar terhadap mereka dan mereka akan lebih mengetahui
kaedah atau cara yang terbaik untuk mengelakkan diri mereka daripada terbelenggu dalam
pemasalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit melalui dapatan atau
keputusan kajian yang telah dijalankan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan
penggunaan telefon pintar yang sememangnya menjadi satu masalah yang kian
membimbangkan. Telefon pintar mempunyai banyak kebaikan tetapi jika ianya digunakan
secara tidak baik pelbagai perkara negative yang akan timbul yang akan mendatangkan
banyak masalah. Oleh itu, kajian ini perlulah dilakukan untuk melihat sejauh mana
penggunaan telefon pintar dan kesanya kepada para pelajar Ipg Kampus Pendidikan Teknik.

Pengenalan
Seperti

cendawan

menggambarkan

tumbuh

selepas

perkembangan

gadjet

hujan,
pada

begitulah
zaman

peribahasa
sekarang.

yang

Seiring

dapat
dengan

perkembangan teknologi pada masa kini, banyak gadjet seperti telefon pintar yang terdiri
daripada pelbagai jenama seperti Samsung, Lenovo, Apple dan sebagainya yang di jual di
pasaran.

Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri

pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa.


Aplikasi yang disediakan di dalam telefon pintar meliputi pelbagai bidang yang
melengkapkan kehidupan masyarakat. Terdapat lebih 300 juta aplikasi aktif bagi Android dan
iOS yang telah dibangunkan pada tahun 2011 (MDEC, 2011). Telefon pintar membolehkan
penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti,
Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem
pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga korporat dan ahli
perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh pelajar-pelajar di
Malaysia. Melalui telefon pintar, pelajar boleh menghubungi ibu bapa, rakan-rakan dan
pensyarah di samping mendengar suara, melihat wajah dan akses kepada pelbagai
maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan.
Setiap telefon pintar yang ada di pasaran mempunyai sistem pengoperasian mereka sendiri
dan boleh digunakan sepanjang masa mengikut spesifikasi yang ada di dalam telefon itu.
Sebagai contoh untuk tahun 2009 aplikasi yang paling digemari dan banyak di gunakan oleh
pengguna telefon bimbit adalah berkaitan dengan buku, permainan, muzik dan cuaca
(www.nielsen.com, 2011).

Tujuan kajian :
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana kaitan penggunaan telefon bimbit
dalam kalangan pelajar terhadap prestasi akademik mereka. Selain itu, kajian ini juga
dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah sampingan penggunaan telefon pintar dan cara
untuk mengatasinya masalah yang disebabkan oleh pengunaan tegar dalam kalangan
pelajar. Penggunaan telefon bimbit adalah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat
pada hari ini.Keadaan ini berhubung kait dengan golongan remaja terutamanya para pelajar
yang masih belajar. Di Ipg kampus Pendidikan Teknik, masalah ini tidak terkecuali dimana
rata-rata pelajar menggunakan telefon pintar secara tidak seimbang . Perkara sedemikian
wajar dielak bagi menghalang mereka daripada mengalami banyak komplikasi yang boleh
menjejaskan diri mereka dan masyarakat di sekelilingnya.Langkah-langkah yang bijak dan
berkesan perlu diambil dengan segera supaya dapat mengelak masalah tersebut daripada
terus berleluasa dan berterusan.

Soalan kajian :
1. Adakah pelajar menggunankan telefon pintar semasa waktu kuliah?
2. Apakah kesan penggunaan telefon pintar kepada pelajar?

Objektif kajian :

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

Mengetahui kesan penggunaan telefon pintar terhadap pelajar di Ipg Kampus


Pendidikan Teknik,

Mengetahui kekerapan penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran

Kumpulan sasaran :
20 orang pelajar IPG Kampus pendidikan teknik daripada kelas 6PISMP TESL.

CARA PENGUMPULAN DATA/ ISTRUMENTASI KAJIAN


Dalam bahagian ini, data atau keputusan kajian yang telah diperolehi melalui borang soal
selidik yang telah diisi oleh respondan akan dikumpul dan dianalisis melalui kaedah
kuntitatif. Kaedah ini adalah kaedah yang paling sesuai untuk mendapat atau
mengumpulkan maklumat dengan tepat.Kaedah kuantitatif dibuat berdasarkan peratusan
dan angka sebenar data yang diperolehi.
Kedua, instrument kajian yang akan dilakukan ialah melalui kaedah pemerhatian. Kaedah ini
membolehkan penilai membuat pemerhatian ke atas tingkah laku dan perbuatan yang di
lakukan oleh pelajar dalam penggunaan telefon pintar.

Dapatan kajian

Kaedah : soal selidik


Instrumen : borang soal selidik
jawapan A

Jawapan B

Jawapan C

Jawapan D

35
30
25
20
15
10
5
0

Soalan 1

soalan 2

soalan 3

soalan 4

soalan 5

soalan 6

Berdasarkan hasil dapatan kajian, didapati semua 20 orang respondan memiliki


telefon pintar mereka sendiri. Perkara ini tidak mengejutkan kerana pelbagai pilihan dan
harga telefon pintar yang semakin murah menyebabkan kebanyakkan pelajar mampu untuk
memiliki dan menggunakannya.
Bagi soalan kedua, seramai 2 orang respondan menggunakan telefon pintar tersebut
untuk bermainan permainan video. 6 orang pelajar pula menggunakn telefon pintar sebagai
tempat untuk membantu mereka mencari bahan pembelajaran. Selebihnya, iaitu seramai 12
orang

bersetuju

yang

mereka

menggunakan

telefon

pintar

untuk

melayari

dan

menggunakan rangkaian sosial. Berdasarkan graf yang diperolehi didapati ramai pelajar
yang menggunakan telefon pintar untuk tujuan melayari rangkaian sosial seperti wassaps,
facebook, twitter, dan Instagram. Hal ini sangat menyedihkan kerana sebagai seorang
pelajar mereka seharusnya lebih memenuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah
tetapi mereka lebih mementingkan media sosial dalam kehidupan harian mereka.
Berdasarkan soalan ketiga, didapati seramai 8 orang pelajar yang sering
menggunakan aplikasi facebook, manakala 8 orang respondan juga sering menggunakan
twitter, selebihnya sering melawati Instagram.

Seterusnya bagi soalan keempat, didapati seramai 18 orang respondance bersetuju


yang mereka sering menggunakan aplikasi whatsapp dalam kehidupan harian manakala
yang selebihnya menggunakan aplikasi We chat.penggunaan whatapps ini sebenarnya
mempunyai banyak kebaikan jika digunakan dengan betul, tetapi jika sepanjang masa
pelajar menghabiskan masa berchatting bersama rakan-rakan ini boleh menganggu
kehidupan harian mereka.
Berdasarkan soalah kelima, hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 18 orang
respondan mangaku bahawa mereka menggunakan telefon pintar ini semasa waktu kuliah
dan semasa di asrama dan hanya dua orang respondan sahaja yang menggunakan telefon
pintar hanya di asrama. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sebagai seorang pelajar
mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap diri mereka. Pada pendapat saya, sebelum
memulakan kuliah pensyarah perlu meminta pelajar untuk mengumpulkan telefon pintar
mereka, ini dapat mengelakkan mereka daripada menggunakan telefon pintar di dalam
kelas sewaktu pembelajaran.
Bagi soalan terakhir didapati seramai, 5 orang respondan menghabiskan 1 hingga 3
jam dalam menggunakan telefon pintar dalam sehari, manakala seramai 15 orang
respondan bersetuju mereka menggunakan telefon pintar dari 3 jam hingga 6 jam dalam
sehari. Hasil daripada kajian ini mendapati pelajar sanggup menghabiskan banyak waktu
dengan telefon pintar mereka. Keadaan ini boleh mempengaruhi proses pembelajaran
pelajar sehingga menyebabkan kemalasan dan seterusnya membuatkan prestasi pelajar
tersebut merosot.Selain leka, telefon pintar juga akan menyebabkan pembaziran masa.
Masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah akan terbuang
begitu sahaja sekiranya menggunakan telefon pintar secara kerap dan tidak terkawal..

Dapatan kajian :

Analisis Statistik Hasil Dapatan


Kaedah: Pemerhatian
Instrumen: Senarai Semak Tanda (

(/)
(x)

Bilangan Pelajar
20
16

12
8
4
S1

S2

S3

S4

S5

Berdasarkan graf bar di atas, bagi soalan 1,didapati seramai 11 orang pelajar yang
menggunakan telefon pintar di dalam kelas untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas
manakala yang selebihnya itu seramai 9 orang pelajar tidak bersetuju. Bagi saya, hal ini
tidak seharusnya berlaku kerana dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar seperti
wassaps di dalam kelas, ini dapat mengurangkan komunikasi di dalam kelas apabila semua
menggunakan aplikasi telefon pintar untuk berkomunikasi. Hal ini menyebabkan pelajar
akan lebih pasif di dalam kelas.

Bagi soalan nombor dua, seramai 5 orang pelajar didapati bermain permainan
games di dalam telefon pintar mereka semasa di dalam kelas, manakala yang selebihnya
tidak bermain games. Tindakan pelajar ini adalah sangat tidak bermoral kerana ketika di
dalam kelas mereka seharusnya focus tetapi dengan adanya aplikasi games di dalam
telefon pintar, mereka memilih untuk tidak focus di dalam kelas.

Soalan

Berdasarkan soalan ketiga didapati seramai 14 orang pelajar yang menggunakan


telefon pintar mereka untuk mencari maklumat tentang pelajaran dan serama 6 orang yang
tidak menggunakannya untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran. Disini kita boleh lihat
telefon pintar dapat membantu dalam pelajaran jika digunakan dengan cara yang betul.
Pelajar seharusnya menyeimbangkan penggunaan telefon pintar ini dan tidak hanya fokus
untuk menggunakannnya semata-mata untuk melayari laman sosial.
Bagi soalan keempat, didapati seramai 3 orang pelajar yang bergambar bersama
rakan menggunakan telefon pintar semasa pensyarah sedang mengajar. Tindakan pelajar
ini sangat tidak bertanggungjawab kerana mereka tidak menghormati pensyarah yang
sedang mengajar di hadapan.

CADANGAN
Kajian yang telah dijalankan ini diharapkan boleh menjadi panduan dan rujukan kepada
pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk mengkaji dan mengetahui mengenai tajuk ini
secara lebih mendalam dan lebih terperinci lagi. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat
memberikan gambaran kepada pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik punca dan kesan
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar agar dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya supaya dapat mengatasi masalah ini dengan segera. Dalam masa yang sama
juga, faktor media massa boleh dijadikan sebagai pemboleh ubah kerana media massa
mampu memberikan gambaran yang lebih tepat dan jelas lagi terutamanya tentang aspekaspek yang dikaji. Undang-undang berkaiatan penggunaan telefon pintar perlu dilaksanakan
agar penggunaannya dapat dikawal untuk mengelakkan pelajar daripada menjadi hamba
telefon pintar.

Kajian Lenhart, Ling, Campbell dan Purcell (2010) menyatakan isu utama pengunaan
telefon bimbit dalam bilik kuliah ialah gangguan terhadap pelajar yang lain serta pensyarah
yang sedang mengendalikan kuliah atau menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ini disokong oleh kajian Baker, Lusk, dan Neuhauser (2012) ke atas 882 pelajar universiti
yang majoritinya bersetuju pengunaan telefon bimbit semasa kuliah akan mengalih fokus
mereka dan pelajar lain dalam menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran.

Melalui kajian mereka, boleh disimpulkan bahawa rata-rata pelajar masih kurang
pendedahan tentang penggunaan telefon pintar secara seimbang dalam kehidupan mereka.
Jika perkara ini tidak dibendung masalah ini akan terus menjadi semakin serius. Pelajar
akan semakin hilang minat dalam menumpukan perhatian di dalam kelas.
Selain daripada itu juga, pengkaji boleh memainkan peranan sebagai pemerhati atau
pemantau yang dikenali sebagai participant observer iaitu sebagai pengkaji yang memantau
tindak tanduk rakan-rakan mereka yang merupakan subjek kajian supaya mendapatkan
maklumat yang lebih jelas dan tepat tanpa disedari.
KESIMPULAN
Melalui kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa masih ramai pelajar yang
menggunakan telefon pintar didalam kelas semasa waktu kuliah dijalankan. Mereka
menggunakan telefon bimbit tanpa memikirkan akibat yang akan mereka hadapi.
Telefon pintar hanya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan kelekaan
juga akan menjadi salah satu kesan daripadanya kerana telefon bimbit akan menghalang
seseorang pelajar daripada melakukan aktiviti lain yang lebih berfaedah terutamanya dalam
membuat kerja-kerja sekolah. Keadaan ini boleh mempengaruhi proses pembelajaran
pelajar sehingga menyebabkan kemalasan dan seterusnya membuatkan prestasi pelajar
tersebut merosot.Selain leka, telefon bimbit juga akan menyebabkan pembaziran masa.
Masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah akan terbuang
begitu sahaja sekiranya menggunakan telefon bimbit secara kerap dan tidak terkawal.
Dengan ini, pihak-pihak tertentu perlulah mengambil atau melaksanakan apa jua tindakan
yang wajar dan berkesan demi mengelakkan penggunaan telefon bimbit secara tidak
terkawal dan melampaui batas kerana sebagai seorang bakal guru, mereka perlulah
mengetahui baik dan buruk kebaikan penggunaan telefon pintar ini kerana pada zaman
teknologi

sekarang

guru

perlu

membimbing

pelajar-pelajar

mereka

agar

dapat

menggunakan telefon pintar secara lebih bijak. Kita tidak mahu bakal guru ini menunjukkan
nilai yang tidak baik kepada anak-anak murid kerana ini ibarat seperti ketam mengajar anak
berjalan lurus. Penggunaan telefon pintar ini seharusnya dimanfaatkan sebaiknya.

Rujukan :

Lenhart, A., Purcell, K., Smith, A., & Zickuhr, K. (2010). Social media and mobile internet use
among teens and young adults. Retrieved from Retrieved from
http://pewresearch.org/pubs/1484/socialmedia-mobile-internet-use-teens-millennials-

fewer-blog.
Teaching Journalism and Mass Communication, Vol. 4, no. 1, pp. 13-23, Winter 2014
http://www.aejmc.us/spig/journal

Ibrahim, Effendy.(2009). Rangkaian sosial perlu diselamatkan.Majalah PC Julai 2009, 19

Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/

Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian.

Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar.
Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyatmalaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D

Dave, A (2012, Disember16) What is Mydistres


http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/12/16/what-is-mydistress/

Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media
for Learning. Boston: Pearson Education Inc.

State of the media: mobile media report q3 2011


http://www.nielsen.com/us/en/insights/reports/2011/state-of-the-media--mobilemedia-report-q3-2011.html

Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi . Sintok: UUM Press.

SOALAN
KAJIAN

Nama :
Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas.
Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai.

Soalan 1
Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ?
a) Ya

b) Tidak

Soalan 2
Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut?
a)
b)
c)
d)

Bermain permainan video


Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran
Rangkaian sosial
Aplikasi

Soalan 3
Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati?
a) Facebook

b) Twitter

c) Instagram d) Friendster

Soalan 4
Apakah aplikasi lain yang anda gunakan?
a) Whatsapp

b) We Chat

c) GPS

d) e-Quran

Soalan 5
Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut?
a) Waktu kuliah b) asrama c) waktu kuliah dan asrama
Soalan 6
Berapakah masa yang diperuntukkan
sehari?

untuk anda menggunakan telefon pintar dalam

a) 1 jam hingga 3 jam


b) 3 jam hingga 6 jam

c) 6 jam hingga 8 jam


d) 8 jam ke atas

BORANG PENILAIAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR


(PEMERHATIAN)

Nama :
Tandakan (

Kelas:
) di kolum YA atau TIDAK

Bil

Pemerhatian Tingkahlaku

1.

Menggunakan telefon pintar di dalam kelas untuk berinteraksi

2.

dengan rakan-rakan sekelas.


Leka bermain game di telefon pintar dan tidak fokus didalam

3.

kelas
Menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat tentang

4.

pelajaran.
Bergambar bersama rakan ketika pensyarah sedang mengajar

5.

Melayari aplikasi di media social ketika di dalam kelas.

Catatan
Ya

Tidak

Vous aimerez peut-être aussi