Vous êtes sur la page 1sur 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEPTEMBER 2014

LANGUAGE AND LITERACY IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

HBEC2103

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MATRICULATION NO:

910115015716001

IDENTITY CARD NO.

910115015716

TELEPHONE NO.

0177689305

E-MAIL

adellyamint@gmail.com

LEARNING CENTRE

JOHOR LEARNING CENTRE

Kandungan
Isi Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan
1.1 Grafik, Ilustrasi Buku Cerita

2
2

1.2 Bentuk Fon Tulisan Dan Aras Bahasa

1.3 Plot Dan Jalan Cerita

1.4 Pengajaran Dan Nilai-Nilai Murni

2.0 Rancangan Mengajar Untuk Aktiviti Pembacaan

2.1

Perbincangan Rancangan Pengajaran

11

2.1.1

Aktiviti Pra-membaca, Sambil Membaca, Selepas Membaca

11

3.0 Rumusan

12

Bibliografi

14

1.0 Pengenalan

Amalan membaca perlu diterapkan dari peringkat awal lagi. Hal ini kerana, kanak-kanak
akan cepat untuk mempelajari, mengenal tulisan dan bunyi-bunyi seawal mungkin sekiranya
mereka telah didedahkan dengan pembacaan sejak kecil lagi. Malah, bayi yang baru berusia
beberapa bulan sudah boleh didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembacaan oleh ibu bapa mereka seperti membaca buku untuk bayi. Oleh itu, aktiviti membaca
perlu digalakkan dengan membawa mereka ke perpustakaan awam, menyertai aktiviti membaca
beramai-ramai serta membeli buku ilmiah atau buku cerita bersama-sama.
Aktiviti pembacaan yang menggunakan bahan-bahan literatur moden di dalam kelas
pembelajaran hendaklah dipilih berdasarkan kepada faktor-faktor yang tertentu agar setiap bahan
yang digunakan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sempurna. Selain itu, ianya juga
dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca seterusnya dapat memupuk minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak pada usia yang begitu muda. Hal ini kerana, umumnya semua
orang tahu bahawa dengan membaca, akan dapat menambah ilmu pengetahuan seperti kata-kata
di iklan-iklan Bangsa Berjaya, Bangsa Membaca yang menunjukkan betapa pentingnya
membaca. Namun begitu, ciri-ciri bahan pembacaan yang manakah yang paling sesuai untuk
kanak-kanak?

1.1 Grafik, Ilustrasi Buku Cerita


Grafik, ilustrasi yang digunakan dalam buku cerita kanak-kanak kebiasaannya mempunyai
warna-warna yang terang dan menarik. Umum mengetahui, kanak-kanak menyukai sesuatu
yang berwarna-warni dan menarik. Ini disebabkan oleh minat kanak-kanak itu sendiri yang lebih
tertarik kepada grafik iaitu gambar dan warna yang terdapat di dalam sesebuah buku cerita. Oleh
itu, dapat dilihat apabila kanak-kanak membuka buku cerita, kanak-kanak akan melihat
gambarnya dahulu. Selain itu, menurut akademik Language and Literacy for early childhood
education, OUM, 2011, antara faktor terpenting dalam pemilihan bahan literatur bagi kanakkanak adalah memastikan bahawa ilustrasi kandungan buku cerita tersebut hendaklah mematuhi
nilai-nilai dan stigma masyarakat. Tambahan lagi, penggunaan ilustrasi dan karakter menarik di
dalam cerita yang berupaya membayangkan maksud teks akan dapat membantu kanak-kanak
untuk memahami serta menarik perhatian mereka agar terus duduk di tempatnya.
2

Perkembangan serta sifat karakter-karakter yang terdapat di dalam cerita juga dapat
memainkan peranan dalam membina karakter positif dalam diri para pendengar iaitu kanakkanak. Pemilihan karakter yang melalui pengalaman sama seperti kanak-kanak dapat membantu
memberi idea serta bimbingan kepada kanak-kanak untuk mengahadapi masalah atau situasi
yang sama dengan lebih baik.

1.2 Bentuk Fon Tulisan Dan Aras Bahasa


Nilai yang kedua sebelum memilih bahan membaca untuk kanak-kanak adalah untuk
menimbangkan penggunaan fon tulisan yang baik untuk menarik minat kanak-kanak. Mengikut
kajian yang telah dilaksanakan oleh Gramino Anak Davis di dalam jurnalnya Pemilihan Fon
Kegemaran Dan Kesan Kebolehgunaan Fon Terhadap Proses Pembacaan Kanak-Kanak, 2006
menyatakan bahawa pemilihan fon yang sesuai akan membantu kanak-kanak untuk lebih faham.
Tambahan lagi, menurut Kruegar yang telah menjalankan kajian yang serupa pada tahun 1973,
mendapati bahawa kanak-kanak mengenal huruf lebih lambat namun begitu, mereka masih
berupaya untuk membezakan ciri-ciri visual.(Gaines, 1969). Oleh itu, pemilihan fon tulisan yang
bersesuaian adalah penting, agar kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan cerita dengan
lebih mudah dan memahami akan isi yang disampaikan di dalam buku cerita tersebut.
Selain itu, buku tersebut juga hendaklah mempunyai aras bahasa, idea dan jalan
penceritaan yang sesuai dengan umur kanak-kanak. Ini agar, tahap bahasa yang digunakan di
dalam buku cerita terbabit tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan kanak-kanak untuk
memahaminya serta tidak terlalu rendah sehingga kanak-kanak bosan apabila mendengar cerita
tersebut. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai serta mampu membina dan menambah kosa
kata kanak-kanak amatlah penting. Tambahan lagi, dengan menggunakan aras bahasa yang
sesuai dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus bersama dalam aktiviti membaca. Hal ini
kerana, penggunaan aras bahasa yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak merasa bosan
lantaran tidak memahami apa yang disampaikan oleh penulis melalui ayat tersebut.
1.3 Plot Dan Jalan Cerita

Aspek ketiga yang perlu diambil kira dalam memilih buku cerita untuk pembacaan kanak-kanak
adalah plot dan jalan cerita yang menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Menurut
kajian Arba'ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, dalam Pembentukan Emosi
Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera mengatakan plot dan jalan cerita yang menarik
serta difahami mampu membangkitkan emosi kanak-kanak seperti gembira, sedih dan marah.
Selain itu, plot cerita yang menarik dan mudah difahami kanak-kanak akan dapat
mengembangkan dan menambah minat mereka untuk terus bersama mengetahui kesudahan
cerita yang disampaikan oleh guru. Mengikut kajian itu lagi, jalan cerita serta plot yang menarik
akan mendorong kanak-kanak untuk turut terlibat di dalam cerita tersebut selain dapat
mengekalkan minat kanak-kanak untuk mengetahui perkara atau peristiwa yang akan terjadi
selepas itu. Ini akan memudahkan kanak-kanak untuk memahami dan mencari makna perkataan
yang disampaikan kepada mereka.
Seterusnya, faktor yang dititikberatkan dalam memilih bahan literasi yang bersesuaian
dengan kanak-kanak adalah bahagian penulisan buku cerita tersebut. Mengikut buku Language
and Literacy for Early Childhood Education, OUM, 2011, penggunaan tajuk dan jalan cerita
yang bersesuaian dan berkaitan hendaklah dipastikan supaya kanak-kanak dapat mengaitkan
tajuk tersebut dengan cerita yang dipersembahkan. Penggunaan tajuk dan format cerita yang
menggambarkan cerita tersebut akan membantu kanak-kanak untuk mengagak cerita yang
mungkin akan diceritakan.

Elemen kejutan yang terkandung di dalam tajuk tersebut akan

menambahkan minat dan tumpuan kanak-kanak dalam aktiviti membaca. Kanak-kanak juga
akan gemar menggunakan tajuk cerita tersebut untuk menceritakan cerita versi mereka sendiri.

1.4 Pengajaran Dan Nilai-Nilai Murni


Setiap buku cerita yang dipilih haruslah mempunyai pengajaran dan nilai-nilai murni di dalam
setiap cerita. Ini agar, cerita yang disampaikan dapat memberi panduan dan membentuk jati diri
kanak-kanak. Menurut Sufean, 1989, nilai murni dapat memupuk tingkah laku yang baik dalam
kalangan kanak-kanak. Melalui pengajaran yang terdapat dalam sesebuah cerita, kanak-kanak
akan memperoleh bimbingan untuk bertindak balas terhadap sesuatu perbuatan atau perkara yang
berlaku dalam kehidupan mereka dengan lebih baik.

Rohaida, 1998 telah mendapat hasil


4

daripada kajiannya bahawa akhlak kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh bahan yang dibaca oleh
mereka.
Oleh itu, aspek pengajaran dan nilai murni dalam sesebuah cerita amat penting kerana
ianya mampu mendidik mereka untuk berkelakuan baik dan mulia. Contohnya, kanak-kanak
akan menjadi rajin setelah mendengar cerita Mari Kita tolong. Menurut buku pendidikan
akademik Language and Literacy for early childhood education, OUM, 2011, sebelum memilih
sebuah bahan bacaan untuk kanak-kanak, hendaklah dipastikan bahawa buku tersebut tidak
mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan agama, moral serta masyarakat setempat
kerana ianya boleh membawa kesan buruk kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak
ibarat span yang akan menyerap segala yang dilihat dan didengar oleh mereka.

2.0

Rancangan Mengajar Untuk Aktiviti Pembacaan


Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Minggu

: 12

Tarikh

: 8 Februari 2014

Hari

: Rabu

Masa

: 10.15 pagi hingga 11.15 pagi

Kelas

: 6 Gemilang

Nama Guru

: Alyaa Masna Binti Mohd Nasir

Lokasi

: Bilik Darjah

Tunjang Utama

: Komunikasi Bahasa Malaysia

Fokus

: (BM 3.0)Kemahiran membaca

Standard Kandungan : (BM 3.11) Mengamalkan tabiat membaca


Standard Pembelajaran Utama : (BM 3.11.2) Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
6

3) Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia


(BM 2.5.1) Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan
bimbingan
2) Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Pendidikan Moral
(PM 9.1.1) Berani mencuba sesuatu tugasan baru
(PM 16.1.1) Mematuhi arahan guru
3) Tunjang Fizikal Dan Estetika Kreativiti
(KTI 2.1.13) Menyanyi dengan gerakan
(KTI 3.1.2) Berlakon dengan menggunakan props contoh scarf, pakaian seragam, puppet dengan bimbingan guru
Objektif Pembelajaran : 1) Murid mengetahui kebaikan sifat moral tidak berputus asa.
Alatan Dan Bahan

: 1) Buku cerita Tidak Putus Asa


2) Puppet itik, scarf telinga kucing, kain
2) Radio

3) Gambar-gambar anggota badan itik


Pengetahuan sedia ada : 1) Murid boleh menyanyi lagu Anak Itik Tok Wi

Langkah

Isi

Pengajaran

Pengajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

/Masa
Set Induksi

Mengenal pasti cerita

Guru memperdengarkan lagu Anak

Kanak-kanak mendengar dan meneka

( 10 minit )

yang akan disampaikan

Itik Tok Wi
Guru bertanya pada kanak-kanak

tajuk lagu tersebut.


Kanak-kanak menjawab lagu tersebut

iaitu siri cerita haiwan

tentang lagu tersebut.

iaitu Tidak Putus Asa


yang mengisahkan

Guru meminta kanak-kanak berdiri dan

mengenai seekor anak

menyanyi bersama lagu tersebut

itik yang mencari ibunya

Catatan/ABM

1) Radio

menceritakan tentang seekor itk yang


jatuh di dalam kolam.
Kanak-kanak menyanyi bersama sambil
membuat pergerakan kreatif
berdasarkan kepada lirik lagu tersebut.

dan telah berjumpa


dengan haiwan-haiwan
lain dalam usahanya itu
melalui nyanyian lagu
Langkah 1

Anak Itik Tok Wi


Membaca buku cerita

(20 minit)

sambil menggerakkan

bahawa guru akan membuat sesi

menyebut tajuk, nama penulis buku

tubuh mengikut watak-

bercerita dan menunjukkan buku

serta ilustrasi yang terdapat pada muka

watak di dalam buku


cerita beserta bunyinya

Guru memberitahu kanak-kanak

cerita.
Guru memulakan sesi bercerita dan

untuk menunjukkan

meminta kanak-kanak untuk

elemen ruang, masa dan

membaca bersama-sama.

tenaga dengan

Guru meminta kanak-kanak untuk

Kanak-kanak mendengar, melihat,

hadapan buku tersebut.


Kanak-kanak mendengar cerita dengan

1) Kertas
warna
2) Lembaran
kerja(baju)
3) Gam

penuh minat dan membaca bersamasama.


Kanak-kanak mendengar dan faham.
8

bimbingan.

bergerak seperti watak-watak di

Kanak-kanak melakukan aksi seperti

dalam cerita. Contohnya, itik (jalan

watak-watak di dalam cerita dengan

seperti itik dan buat bunyi itik)

bimbingan guru apabila sampai pada

apabila guru membaca bahagian

bahagian watak tersebut.

yang terdapat watak-watak yang


telah ditetapkan.
dengan Guru berhenti bercerita sebentar dan

Langkah 2

Berlakon

( 20 minit )

menggunakan
untuk

props

menggambarkan

Kanak-kanak mengangkat tangan untuk

meminta 2 orang kanak-kanak untuk

mencuba melakonkan semula adegan

berlakon adegan Cumi (anak itik)

tersebut .

situasi atau adegan yang


telah
(Melakonkan
cerita)

bertemu dengan seekor kucing.


dibaca. Guru memberikan props kepada
kanak-kanak.
semula
Guru meminta kanak-kanak untuk
mengira 1 hingga 3 untuk
memulakan adegan tersebut.
Guru meminta kanak-kanak
memberikan nilai-nilai murni yang

Penutup
( 10 minit )

Melengkapkan rupa
haiwan dengan
menggunakan gambar-

Kanak-kanak mengambil prop yang


diberikan oleh guru dan memakainya.
Kanak-kanak mengira bersama dan
adegan tersebut pun bermula.
Kanak-kanak

memberikan

nilai-nilai

murni seperti mendengar kata ibu, tidak

terdapat di dalam cerita.


Guru menunjukkan gambar itik di

cepat berputus asa.


Kanak-kanak melihat

hadapan.
Guru meminta wakil kanak-kanak

ditunjukkan oleh guru di hadapan.


4 orang wakil kanak-kanak ke hadapan

gambar

yang

gambar bahagian badan

seramai 4 orang untuk

untuk mencantumkan gambar-gambar

haiwan yang telah siap

mencantumkan gambar-gambar

anggota badan itik.

digunting dengan

anggota badan itik .


9

menampalnya di hadapan

Nilai moral : 1.Kita mestilah mendengar dan patuh nasihat ibu bapa
2. Jangan cepat berputus asa apabila berbuat sesuatu.
3. Berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan.

10

2.1

Perbincangan Rancangan Pengajaran


2.1.1

Aktiviti Pra-membaca, Sambil Membaca, Selepas Membaca

Didalam rancangan pengajaran yang disediakan ini, terdapat empat aktiviti yang telah
disediakan untuk para pelajar dalam aktiviti membaca bahan literatur moden. Aktiviti yang
pertama diadakan untuk aktiviti pra-membaca. Aktiviti mendengar dan menyanyi lagu Anak
Itik Tok Wi telah dipilih sebagai aktiviti pra-membaca kerana ianya mampu memberikan
gambaran kepada para pelajar mengenai cerita yang akan disampaikan oleh guru. Seterusnya
pelajar dapat meneka watak utama cerita tersebut . iaitu mengenai seekor anak itik yang telah
kehilangan ibunya kerana tidak mendengar kata ibunya ketika naik ke atas daratan sehingga
anak itik tersebut dikejar oleh sang kucing dan dianiaya oleh kanak-kanak nakal.
Manakala, untuk dua aktiviti sambil membaca pula, kemahiran membaca bersama-sama
guru serta menggerakkan tubuh mengikut watak-watak di dalam buku cerita beserta bunyinya
untuk menunjukkan elemen ruang, masa dan tenaga dengan bimbingan telah digunakan agar
kanak-kanak dapat memahami karakter dan tingkahlaku setiap watak-watak yang terdapat di
dalam buku cerita tersebut. Ini akan membuatkan kanak-kanak tidak berasa bosan kerana hanya
duduk mendengar sahaja malah, mereka turut terlibat sama di dalam perjalanan cerita tersebut
dengan menggerakkan tubuh badan mereka apabila mendengar kata kunci yang disebut oleh
guru. Contohnya, apabila guru menyebut Cumi, si anak itik, para pelajar akan membuat bunyi
itik dan menggerakkan tangan membentuk paruh itik.
Seterusnya, melakonkan semula dengan menggunakan props untuk menggambarkan
situasi atau adegan yang telah dibaca menjadi pilihan untuk aktiviti sambil membaca yang kedua.
Aktiviti ini amat seronok dijalankan. Para pelajar boleh berehat sebentar dengan mengisi masa
tersebut dengan aktiviti lakonan. Hal ini kerana, umum mengetahui kanak-kanak yang berumur
di bawah 7 tahun tidak dapat fokus untuk masa yang lama. Oleh itu, aktiviti lakonan dengan
props yang sesuai seperti scarf telinga kucing yang menggambarkan seekor kucing, puppet itik
yang mewakili anak itik dapat membantu mereka untuk memahami dan mengingat kembali plotplot menarik yang berkaitan dengan watak-watak tersebut sebentar tadi. Ini sekaligus, dapat
menguji daya ingatan dan kreativiti para pelajar untuk menjadi benar-benar seperti watak-watak
tersebut.
11

Aktiviti selepas membaca adalah satu aktiviti kesinambungan kepada cerita tersebut.
Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan sebagai peneguhan kepada apa yang telah dipelajari atau
dibaca sebentar tadi. Aktiviti yang berkaitan dengan jigsaw puzzle amat menyeronokkan kerana
ianya dapat menguji minda para pelajar untuk melengkapkan rupa haiwan dengan menggunakan
gambar-gambar bahagian badan haiwan yang telah siap digunting dengan menampalnya di
hadapan. Aktiviti ini tambah menarik apabila dilakukan di dalam sebuah kumpulan kecil yang
mempunyai 3 atau 4 orang pelajar di dalam satu kumpulan. Para pelajar akan cuba menyiapkan
dengan secepat mungkin dengan betul dan tepat agar dapat memenangi pertandingan ini. Para
pelajar harus menggunakan pengetahuan sedia ada mereka mengenai rupa bentuk haiwan
tersebut dengan betul agar tidak tersilap menyusun puzzle tersebut.

3.0

Rumusan
Kesimpulannya, ramai individu yang tidak menilai kesesuaian bahan bacaan untuk

kanak-kanak. Ini boleh dilihat daripada banyaknya buku-buku kanak-kanak yang dijual di
pasaran tidak menepati cirri-ciri bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Persepsi umum
mengenai buku kanak-kanak hanyalah pada ilustrasi serta grafiknya sahaja kerana ianya mampu
menarik minat kanak-kanak dan ibu bapa untuk membelinya. Namun, begitu, banyak aspek
yang perlu dititikbaratkan dalam pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
Antaranya ialah memastikan bahawa buku tersebut mempunyai jalan cerita yang mampu
menarik minat kanak-kanak, mengandungi mesej-mesej serta nilai moral yang boleh menjadi
panduan kepada kanak-kanak, ditulis menggunakan fon tulisan yang sesuai. Selain itu, buku
tersebut juga hendaklah menggunakan aras bahasa yang bersesuaian dengan peringkat umur
kanak-kanak serta tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan agama, moral dan
masyarakat setempat.
Tambahan lagi, dengan adanya pelbagai aktiviti yang menarik sebelum, semasa
dan selepas membaca akan dapat menarik minat kanak-kanak umumnya serta pelajar khasnya
untuk membaca.

Oleh itu, sebagai seorang guru yang mempunyai kesedaran mengenai

pentingnya membaca pada awal usia kanak-kanak lagi, mereka hendaklah merancang aktivitiaktiviti yang bersesuaian dengan para pelajar agar dapat membantu mereka untuk menambah
ilmu pengetahuan sedia ada mereka dengan membaca. Rancangan pengajaran yang berjaya
12

menjalankan aktiviti pra-membaca, semasa membaca dan selepas membaca akan mendapati
bahawa kanak-kanak boleh memahami apa yang mereka baca dengan lebih berkesan hasil
daripada pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian serta aktivit-aktiviti yang dijalankan sewaktu
pembacaan.

Contohnya, menggunakan simbol-simbol popular yang seringkali dilihat oleh

kanak-kanak atau pelajar seperti m mcdonald dan sebagainya.

13

Bibliograf
2010, B. P. (2010). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Arba'ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi . (2011). Pembentukan Emosi
Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011 ,
http://www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=71962.
Davis, G. A. (2006). Pemilihan Fon Kegemaran Dan Kesan Kebolehgunaan Fon
Terhadap Proses Pembacaan Kanak-Kanak. Pemilihan Fon Kegemaran Dan Kesan
Kebolehgunaan Fon Terhadap Proses Pembacaan Kanak-Kanak ,
http://ir.unimas.my/3924/1/Pemilihan%20fon%20kegemaran%20dan%20kesan
%20kebolehgunaan%20fon%20terhadap%20proses%20pembacaan%20kanakkanak.pdf .
Maisarah Saidin, Latifah Abdul Majid. (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak
Melalui Bahan Bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari 4(1) , 77-102.
Majid, A. H. (2011). HBEC2103 Language and Literacy for Early Childhood
Education. Seri Kembangan: Open University Malaysia.
Suzie Mat Harun, Junaidah Salehudin. (2009). Tidak Putus Asa. Bandar Sri
Permaisuri: Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd.

14

Vous aimerez peut-être aussi