Vous êtes sur la page 1sur 1

Huraikan kenapa kajian tentang sosiologi penting dalam pengajaran dam

pembelajaran.
Kajian sosiologi sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
sangat penting. Jikalau kita lihat makna sosiologi bagi August Comte ia
merupakan suatu disiplin ilmu yang bersifat positif yaitu mempelajari gejalagejala dalam masyarakat yang didasarkan pada pemikiran yang bersifat rasional
dan ilmiah. Manakala, Emile Durkheim berpendapat sosiologi adalah ilmu yang
mempelajari fakta-fakta sosial yaitu fakta-fakta atau kenyataan yang berisikan
cara bertindak, cara berfikir dan cara merasakan sesuatu. Kesimpulan maksud
sosiologi daripada 2 tokoh di atas dapat dirumuskan bahawa sosiologi adalah
kajian mengenai hubungan dan interaksi individu sama ada dalam kekeluargaan,
masyarakat dan negara. Dengan kajian sosiologi kita dapat mengetahui gaya
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut budaya masyarakat dan
negara untuk disampaikan kepada anak murid di samping mengapai hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sosiologi ini penting kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang memainkan
peranan penting dalam pendidikan. Antara fungsi sosiologi dalam pendidikan
adalah menganalisis proses sosialisasi anak, baik dalam keluarga, sekolah,
mahupun masyarakat. Selain itu juga ia berfungsi menganalisis perkembangan
dan kemajuan sosial. Tambahan pula sosiologi berfungsi menganalisis status
pendidikan dalam masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai penentu tujuan
pendidikan agar dapat menggapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, sosiologi amat memainkan peranan penting dalam pendidikan.
Kerana dengan sosiologi guru dapat menggunakan metod pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut sosio budaya dan masyarakat. Tambahan
pula pelajar bukan hanya dinilai melalui gred peperiksaan sahaja malahan
sikap,sifat dan interaksi dalam kelompok seperti keluarga dan masyarat perlu
diberi penilaian dan penerapan.

Vous aimerez peut-être aussi