Vous êtes sur la page 1sur 2

APABILA membincangkan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pencemaran sungai antara isu

penting yang kerap diberi perhatian umum khususnya pada seminar atau persidangan berkaitan alam sekitar di
pentas antarabangsa dan nasional. Isu pencemaran sungai sering dikaitkan dengan tahap kesedaran
masyarakat
dan
kaedah
pengurusannya.
Secanggih mana pun sistem dan teknologi digunakan untuk memulihara sungai, tahap kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan sungai mesti ditingkatkan kerana penyebab pencemaran sungai ialah manusia sendiri.
Kerakusan masyarakat dengan menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sarap, sajian sisa
kumbahan ternakan, bahan buangan industri dan sisa pertanian menyebabkan secara tidak langsung kos
rawatan air turut ditanggung pengguna.
Natijahnya, kita menghadapi kemusnahan kualiti air sungai yang serius kerana pencemaran sungai
mendatangkan kesan besar terhadap kehidupan manusia, terutama apabila sumber air yang dibekalkan kepada
pengguna sukar dirawat. Hatta ada kes pencemaran ammonia boleh terlepas hingga ke paip dapur rumah kita.
Pencemaran sungai juga menimbulkan masalah lain seperti merebaknya penyakit dan musnahnya ekosistem
akuatik. Kita selalu dipaparkan penderitaan rakyat di negara dunia ketiga yang tidak mempunyai sistem bekalan
air cekap dan sistematik menyebabkan mereka sering diancam wabak penyakit sehingga membawa kematian.
Lebih 1.5 juta kanak-kanak di dunia maut setiap tahun akibat pembuangan dua juta tan sisa kumbahan,
toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Menyedari air amat penting dalam menentukan kelangsungan
hidup manusia dan menjaga sungai adalah sebahagian tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 22 Mac setiap tahun sebagai Hari Air Sedunia
untuk
mengajak
masyarakat
sejagat
supaya
menghargai
air.
Kita mesti ingat air antara unsur terpenting mengimbangi kehidupan manusia di dunia. Walaupun tiga per empat
bumi ini diliputi air dan satu per empat daripadanya daratan, 97 peratus daripada air itu adalah air masin (air laut)
dan tidak boleh digunakan untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hanya kira-kira 0.6 peratus
air di bumi ini untuk keperluan hidup manusia dan pada masa sama, ia dikongsi bersama haiwan dan tumbuhtumbuhan.
Kita bertanggungjawab memastikan hak kelestarian generasi akan datang untuk menikmati bekalan sumber air
bersih dan berusaha meminimumkan impak terhadap sungai. Dalam membentuk keprihatinan masyarakat
terhadap kepentingan sungai, program pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar mesti didedahkan pada
peringkat generasi muda untuk membentuk kecintaan, sikap dan perilaku mereka bagi memelihara, memulihara
dan
menghayati
kepentingan
alam.
Inisiatif Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail menubuhkan Kelab Briged Penyelamat
Sungai Puncak Niaga pada 14 Mac 1998 antara usaha yang harus dipuji kerana berjaya menarik minat
masyarakat menghargai dan mencintai sungai. Sejak 1998 hingga 2009, program ini memberi tumpuan
menerusi program pendidikan dan kesedaran ke sekolah rendah di sekitar Selangor, Wilayah
Persekutuan
Kuala
Lumpur
dan
juga
Putrajaya.
Sehingga kini, 148 sekolah berdaftar membabitkan seramai 3,820 menjadi ahli kelab briged dan Puncak Niaga
membelanjakan lebih RM2 juta untuk program alam sekitar dan kelab briged. Rozali bukan nama asing dalam
industri air tempatan dan peranan dimainkannya adalah tanggungjawab sosial korporat yang selari dengan
kempen
kerajaan
Cintailah
Sungai
Kita.
Tanggungjawab sosial ini jelas seperti penekanan diberikan kepada Kelab Briged Penyelamat Sungai supaya
ahlinya bergerak aktif memupuk masyarakat menghargai khazanah dan sumber alam agar terus terpelihara.
Melalui Kelab Briged Penyelamat Sungai, pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan untuk menghargai sungai
dengan
membabitkan
diri
dalam
pelbagai
aktiviti.
Kaedah ini berupaya mengembalikan sungai kepada masyarakat. Menanamkan semangat cintai sungai ini
penting dalam memastikan generasi kini belajar menghargai sungai untuk kesejahteraan masa depan.
Usaha murni Rozali selama 12 tahun itu ternyata mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor yang melancarkan Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 di Universiti Putra Malaysia (UPM), barubaru
ini.
Ketika majlis pelancaran Kelab Briged Penyelamat Sungai Kali Ke-24 Istimewa Bersama Datin Paduka Seri
Rosmah Mansor Rozali mencadangkan kerajaan memilih UPM untuk meneraju, merancang dan

melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar memandangkan UPM sebagai salah satu universiti
terkemuka di negara ini, terbabit secara langsung dalam aktiviti dan pengendalian kursus berkaitan alam sekitar
dan
mempunyai
kepakaran
dalam
bidang
itu.
Cadangan ini pasti akan membentuk pakatan strategik antara institusi ilmu dan sektor korporat dalam
meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan mencintai sungai dan alam sekitar.
Rosmah dalam ucapan pada majlis itu memuji langkah Puncak Niaga memperkasakan program mesra alam dan
menyeru masyarakat supaya membuat anjakan paradigma untuk lebih peka kepada keadaan alam sekitar.
Katanya, masih tidak terlewat untuk masyarakat tempatan mengubah sikap sambil lewa mengenai penjagaan
alam sekitar dan mengambil langkah dalam memastikan sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah terus
dipelihara
dan
dijaga.
Dengan kenyataan lebih serius, Rosmah menegaskan mencemar sungai sebagai perbuatan khianat terhadap
amanah dan anugerah yang Allah SWT kurniakan serta mencabuli hak generasi akan datang. Mereka yang
melakukan pencemaran tidak bertimbang rasa dan prihatin terhadap masalah yang terpaksa ditanggung orang
lain
akibat
perbuatan
yang
tidak
bertanggungjawab
itu.
Komitmen dan keikhlasan Rosmah memperlihatkan pentingnya rakyat Malaysia bersama memastikan negara
yang kita sayangi ini bebas daripada pencemaran. Dengan mendukung gagasan 1Malaysia, Rosmah percaya
Kelab Briged Penyelamat Sungai berupaya memacu bangsa Malaysia yang unggul dan prihatin terhadap alam
sekitarnya.

Vous aimerez peut-être aussi