Vous êtes sur la page 1sur 19

1.

0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan
dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras
dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai 'knowledge worker' dalam era revolusi
maklumat abad ke-21. Guru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan
profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti
yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah kualiti
produk (output). Dengan ini, sumber manusia (modal insan) perlu dibangunkan secara
bersepadu

melalui

latihan-latihan

bagi

memastikan

setiap

individu

dapat

mengembangkan potensi ke tahap yang optimum.


Guru komited untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berkualiti dan berpegang teguh kepada strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan di
samping melaksanakan program secara adil dan mencapai keputusan yang bermakna.
Seorang guru yang bergelar profesional merupakan individu yang terlatih dalam P&P,
berpengetahuan dan berkemahiran selain perlu patuh kepada peraturan yang termaktub
dalam etika kerja. Di Malaysia, guru perlu mengikuti Kod Etika Keguruan. Antara
tanggungjawab

yang

perlu

dilaksanakan

oleh

seorang

guru

termasuklah

tanggungjawabnya terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan
sejawat. Manakala guru juga perlu mempunyai akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti
dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab
terhadap sesuatu. Seperti mana yang difahami, akauntabiliti merupakan satu obligasi
untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka
yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah akan
memastikan guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian pelajar melalui
pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik untuk melaporkan dan
menggunakan data yang sah dan boleh dipercayai. Maka, akauntabiliti keguruan
membawa maksud berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruannya. Akauntabiliti seorang guru yang dimaksudkan merangkumi akauntabiliti
guru terhadap pelajar dan ibu bapa, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara
serta profesion keguruan amnya.
Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat
antara satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu
diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati dan
1

mempunyai

kesantunan,

kepedulian

terhadap

profesionnya

serta

kebolehan

menguruskan kehidupan dengan baik. Pedoman ini membantu untuk menjaga


kepentingan masing-masing yang terlibat agar mereka tenang, tenteram, terlindung
tanpa merugikan kepentingannya serta terjamin agar perbuatan yang dijalankannya
sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak-hak
asasi umumnya. Hal ini akan mewujudkan etika guru yang merupakan peraturan
perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan dan penegasan tentang mana yang
benar dan mana yang buruk dalam masyarakat kita.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme,
etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007).
Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-faktor
tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika
serta bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat
awam. Kadangkala perbuatan ini dilakukan akibat daripada tekanan yang dihadapi
seperti kepentingan kekeluargaan, agama dan kaum. Isu etika guru merujuk kepada
suatu perkara mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan secara terbuka
dan isu ini boleh menjadi suatu masalah atau perkara biasa.

2.0 TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK


2.1 Bincangkan kepentingan etika profesion perguruan dalam konteks akauntabiliti
guru.
Pada abad ke 21 ini, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Peranan
guru bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu sahaja. Guru
berperanan untuk membimbing dan mendidik murid-murid supaya menjadi insan
yang berpekerti mulia dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni. Menurut Abdul
Ghani & Abdul Rahman (2009), tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad
kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah tetapi juga meliputi
pembentukan sahsiah pelajar meliputi aspek perkembangan dari segi intelek emosi
dan jasmani supaya pelajar menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral
tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti pada taraf
pencapaian kemajuan serta kelakuan pelajar yang diajarnya.
Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan peri-laku, adat
kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini
menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Perkataan etika atau ethics
berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai,
kaedah- kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik (Noriati.
Boon & Wong, 2010).
Tinjauan dari perspektif lain membawa maksud etika sebagai prinsip-prinsip
moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran (American
College Dictionary, 1964). Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai
pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia
dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu
mengenai suatu kewajipan. Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk
membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub
supaya menjaga imej baik profesionnya. Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak
melakukan sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan.
Menurut Shahabudin & Noor Miza (2014), bagi membina sahsiah dan keperibadian
seorang guru, fokus utama mestilah berasaskan Kod Etika Keguruan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai panduan.
Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti
berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang
telah diambil.
Lanjutan

daripada

ini,

akauntabiliti

keguruan

pula

merujuk

kepada

tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguruan. Hal ini amat berkaitan
3

dengan akauntabiliti kerja seperti mana dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum


dan

kokurikulum,

mematuhi

prosedur

kerja,

menghayati

etika

kerja,

bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi.


Akauntabiliti

keguruan

bermakna

tanggungjawab

yang

harus

difahami

dan

dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti


atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan
negara, dan profesion keguruan amnya. Maka etika profesion keguruan berkait rapat
dengan akauntabiliti di mana setiap guru perlu untuk mengikut setiap yang digariskan
oleh kod etika profesion perguruan.
Etika profesion perguruan penting untuk menjadi seorang guru yang mahir
dalam bidang tugas mereka. Hal ini memerlukan seseorang guru itu menguasai ilmu
pengetahuan yang luas. Seorang guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu
pengetahuan terutama dalam bidang mereka sendiri supaya dapat mendidik anak
murid dengan lebih baik mencapai tahap yang cemerlang. Contohnya seorang guru
prasekolah harus mendalami setiap tunjang yang terdapat dalam prasekolah supaya
dapat menjawab setiap persoalan yang akan ditanya oleh murid. Hal ini demikian
kerana, penguasaan ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat
membantu guru dari segi persediaan mental dan emosi juga dalam persediaan alat
atau bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan pengajaran mereka di dalam
kelas. Guru perlu untuk mendalami bidangnya dengan menyertai kursus atau apa
sahaja program yang dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka dalam subjek
yang diajar.
Akauntabiliti terhadap pelajar berkehendakkan guru untuk mendidik pelajar ke
tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi
mereka secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebagai guru, kita mempunyai peranan penting dalam membentuk
sahsiah pelajar dan pengajaran mempunyai suatu tujuan moral kerana sentiasa
memberikan kepentingan kepada perwatakan pelajar. Maka, menjadi tanggungjawab
guru untuk mendidik pelajar ke tahap moral yang tinggi agar menjadi warganegara
yang baik dan berguna seperti yang telah ternyata dalam Kod Etika Perguruan
Malaysia. Oleh yang demikian, guru sentiasa diminta memberikan justifikasi kepada
sekolah atau ibu bapa apabila pelajar terlibat dalam masalah disiplin.
Guru harus menggunakan amalan-amalan pengajaran dan memilih bahanbahan untuk semua pelajar dari pelbagai bangsa, jantina, etnik, agama, kebolehan,
4

tingkah laku atau kepercayaan. Guru perlu membentuk pelbagai kemahiran agar
dapat mempercepat pembelajaran pelajar di samping mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang kondusif, selamat dan suasana sosioemosi yang sesuai. Guru
mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi pelajar dan perlu memberikan penjelasan
jika pencapaian akademik pelajar merosot.
Guru juga bertanggungjawab mewujudkan suasana emosi bilik darjah yang
tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi. Sebagai seorang guru yang
professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan
pelajarnya daripada hal-hal lain seperti yang ternyata dalam Kod Etika Perguruan
Malaysia. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang
guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf
akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan
baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara
ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai
persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas
juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya.
Guru

yang

mempunyai

akauntabiliti

terhadap

diri

sendiri

harus

berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
Guru yang berkesan akan sentiasa mengemas kini diri tentang perkembangan
baharu. Oleh itu, beliau akan terus menerokai dan mencari ilmu baharu serta
pengetahuan kandungan pedagogi dalam bidangnya. Guru yang profesional telah
melalui latihan formal untuk memperolehi seni pengajaran. Antara kemahiran yang
perlu ada pada guru adalah cara penyampaian maklumat secara berkesan,
kemahiran interpersonal, proses dinamik kumpulan, cara motivasi pelajar dan
penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P.
Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai kemahiran yang
tertentu. Antaranya ialah kemahiran untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan,
kemahiran

mengemukakan

soalan,

menggunakan

contoh-contoh,

kemahiran

menyediakan soalan-soalan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar dalam


pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan
sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh guru supaya pelajar-pelajarnya
dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta
penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya
dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik.
Menurut Zainun Ishak (2006), guru perlu mempunyai kemahiran yang khusus dan
berpengetahuan mengenal pasti setiap tahap perkembangan kanak- kanak. Dengan
5

ini, guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat
menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang
berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan
dapat

menikmati

kejayaannya.

Selain

itu,

melalui

Guru

perlu

mempunyai

pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai
supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap mata
pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang
berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar
yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambil kira
keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan.
Akauntabiliti terhadap diri sendiri dalam aspek komitmen terhadap tugas,
bersikap positif, melaksanakan tugas secara adil serta memberikan peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Hal ini kerana, guru merupakan
model yang akan diteladani oleh pelajar. Sebagai model, guru sentiasa mengekalkan
tingkah laku yang baik, mempunyai kesabaran empati, ikhlas dan jujur dalam
melaksanakan tugasnya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang
dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai guru yang profesional, kita perlu
sentiasa menampilkan diri sebagai role model yang mempunyai perwatakan mulia,
warga negara yang patriotik dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain selaras
dengan Kod Etika Perguruan Malaysia. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar
yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang
cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa,
status sosioekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi
hukuman atau ganjaran dengan sesuai.
Di samping itu, melalui etika profesion keguruan, guru akan mengetahui
tentang fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Menurut Zainun Ishak (2006), guru perlu
mempunyai kemahiran yang khusus dan berpengetahuan mengenal pasti setiap
tahap perkembangan kanak- kanak. Dengan pengetahuan tersebut, guru dapat
mengenal pasti beberapa sumber yang mengancam keselamatan dan persekitaran
kanak- kanak tersebut. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kanak- kanak yang suka
memasukkan sesuatu benda atau bahan dalam mulut, guru perlu segera menyimpan
bahan beracun dan berbahaya ke tempat yang selamat jauh daripada kanak- kanak
tersebut. Selain itu, guru juga perlu tahu tempat kanak-kanak biasanya merayau dan
memastikan kanak- kanak tersebut dapat dikawal. Pengetahuan seperti ini penting
6

kerana guru bertanggungjawab ke atas diri murid sepenuhnya ketika mereka berada
di sekolah. Mengelakkan mereka daripada sebarang bahaya adalah menjadi satu
akauntabiliti yang wajib ada dalam setiap guru seperti yang ada dalam etika profesion
keguruan.
Di samping itu, etika ini penting untuk guru mempunyai kredibiliti yang baik
dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa terhadap anak
mereka di sekolah. Kredibiliti yang diberikan oleh ibu bapa kepada guru perlu
digunakan sebaiknya oleh guru tersebut. Guru perlu menunjukkan kredibiliti kepada
ibu bapa dan murid iaitu dengan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam
bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara berkesan. Mengutamakan
kebajikan, kemajuan, dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Bersikap
adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Guru diamanahkan oleh pentadbiran
sekolah dan ibu bapa untuk melaksanakan tugas agar memastikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Sebagai
seorang pendidik, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan pelajar-pelajar di sekolahnya. Pengajaran dan didikan yang diberi akan
membentuk perwatakan pelajar di samping pendidikan yang diperoleh. Maka, guru
perlu menanggung kewajipan yang berat dalam mencorakkan peribadi dan sahsiah
pelajar. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu
mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu
bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosioemosi dan sebagainya. Guru
harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid memperoleh
model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci, di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa etika
profesion perguruan dalam konteks akauntabiliti guru amat penting.
Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat
keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guruguru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademi anak-anaknya. Ibu bapa
mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar di dalam
kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang
yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala
cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak7

anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat, patriotik, kemahiran tentang
bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar
dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat
mengawal emosinya dengan baik.
Selain itu, guru perlu mewujudkan perhubungan yang erat dengan ibu bapa
supaya mendapat sokongan ibu bapa dalam apa jua masalah yang berkaitan dengan
sahsiah atau pencapaian akademik pelajar. Harapan ibu bapa terhadap peranan guru
sebagai model, kaunselor dan pembimbing kepada anak-anak mereka amat tinggi.
Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranannya dalam membimbing pelajar
dan perwatakan guru diteladani oleh pelajar. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan
guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang guru haruslah
menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru
harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsepkonsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi
perhatian. Mereka perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa
bosan terhadap akademik. Keupayaan guru dalam menanggung amanat tersebut
akan meraih kepercayaan daripada ibu bapa. Kepercayaan ini akan menggalakkan
ibu bapa berbincang tentang masalah disiplin atau akademik anak-anak mereka
dengan guru secara bertanggungjawab dan telus. Hubungan baik antara pelajar, guru
dan ibu bapa akan mewujudkan permuafakatan yang erat antara mereka dan situasi
ini amat membantu dalam memantau perkembangan dan kemajuan pelajar.
Guru juga mempunyai tanggungjawab memenuhi hasrat negara sebagai
rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
Dalam arena pendidikan, guru bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti untuk
melaksanakan tugas sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, guru perlu peka terhadap
persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-unsur
negatif yang mungkin akan mencemarkan imej baik sekolah dan masyarakat
mahupun negara. Guru perlu sentiasa bersikap positif untuk meningkatkan martabat
profesion keguruan dalam khalayak masyarakat. Manakala guru yang bersikap
negatif akan mampu menjatuhkan maruah dan martabat kaum guru.
Sebagai agen perubahan dalam kalangan masyarakat, guru perlu sentiasa
mengemas kini diri demi membawa perubahan kepada pelajar dan melahirkan
8

generasi masa depan yang dinamik dan proaktif sejajar dengan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Guru perlu sentiasa mengamalkan
budaya membaca, menimba ilmu melalui bacaan, pencarian internet selain
meilguasdi kemahiran-kemahiran abad ke-21 terutama dalam teknologi maklumat
dan komunikasi supaya sistem penyampaian sentiasa menarik dan berkesan.
Sebagai model untuk diteladani oleh pelajar dan masyarakat, guru perlu
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar supaya dapat membimbing dan
membentuk

mereka

menjadi

warganegara

yang

setia,

bertanggungjawab,

menghormati semua orang daripada pelbagai budaya, keturunan dan agama serta
mempunyai tahap moraliti yang tinggi. Di samping itu, guru hendaklah menghormati
masyarakat di tempat guru berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat. Guru juga digalakkan menjalinkan hubungan erat dan bekerjasama
dengan ibu bapa dan masyarakat. Guru perlu menyesuaikan diri serta mengamalkan
sikap kesopanan semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dalam komuniti
tempat bertugas agar dapat mewujudkan suasana harmoni antara sekolah dengan
masyarakat.
Selain itu, etika profesion keguruan penting supaya guru dapat bersaing di
peringkat global. Untuk menjadi guru yang mampu bersaing di peringkat global guru
perlu berakauntabiliti terhadap profesion untuk melakukan peningkatan dalam
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi seperti menghadiri kursus, diskusi
intelektual, penyelidikan tindakan dan pembacaan online. Seperti yang dilakukan oleh
guru- guru yang diangkat menjadi antara guru terbaik contohnya Noorjahan Sultan
yang menjadi antara 50 guru terbaik dunia. Beliau mempunyai pengalaman selama
22 tahun sebagai pendidik dan terpilih kerana kejayaan menghasilkan program 'Let's
Rhyme' bagi memudahkan proses pembelajaran bahasa Inggeris berdasarkan nilai
murni dan pemahaman budaya. Menurut Pati Anak Aleng (2014), transformasi dalam
pendidikan bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik dan
penyediaan pendidikan yang berkualiti serta mencapai pendidikan bertaraf dunia
yang mampu bersaing di pentas global. Maka tidak hairanlah akauntabiliti terhadap
profesion

memainkan

peranan

penting

untuk

menghasilkan

guru

yang

bertransformasi dalam memberi perubahan kepada sistem pendidikan terutama


pendidikan pada abad 21 ini.
Kesimpulannya, etika profesion keguruan perlu untuk diikuti oleh semua guru
di Malaysia. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan
dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang
9

bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu


bapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat. Etika Profesion Perguruan
bukanlah untuk membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut.
Tujuannya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang
pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam
menjalankan kerja. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja,
maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka
mematuhi peraturan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru
serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.

10

2.2 Analisis secara terperinci implikasi yang akan wujud kepada pelajar,
masyarakat dan negara sekiranya guru mengabaikan imej keguruan dalam konteks
etika profesion perguruan.
Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini
profesion perguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).

Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan

sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam


bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah
selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa
meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-guru dan
masyarakat amat bergantung harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat
membentuk dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Kepercayaan teguh yang diberikan oleh masyarakat kepada guru-guru haruslah
dijadikan sebagai pembakar semangat supaya guru-guru dapat menjalankan tugas
dengan lebih cekap dan efisyen. Namun, sejak akhir- akhir ini kita sering mendengar
isu-isu dan masalah keguruan yang hangat diperkatakan. Kes-kes seperti guru
menampar murid, murid didera guru sehingga mati, guru mengambil rasuah, sikap
guru yang kurang ajar, dan sebagainya sering dibincangkan melalui media massa.
Isu- isu seperti ini memberikan persepsi buruk kepada profesion keguruan. Guru
seperti ini jelas mengabaikan etika keguruan dan memberi kesan yang negatif
kepada pelajar, masyarakat dan negara.
Implikasi yang akan wujud terhadap pelajar ialah mereka akan tercicir dalam
akademik. Akademik adalah penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu
murid tersebut. Jika dilihat secara kasar, faktor terjadinya implikasi ini adalah dari diri
pelajar sendiri yang tidak berinsiatif untuk memajukan diri mereka. Namun, salah satu
faktor adalah silap seorang guru. Isu yang diperkatakan memberi impak kepada
murid adalah kerana guru mengabaikan imej keguruan dengan sering tidak hadir ke
sekolah dan menyebabkan murid terabai dan tercicir dalam akademik mereka.
Apabila guru mengabaikan imej keguruan contohnya seperti guru ponteng atau tidak
hadir ke sekolah, murid akan tercicir dalam pelajaran terutama apabila melibatkan
matapelajaran subjek teras seperti bahasa melayu, sains, matematik, bahasa
inggeris. Ini kerana pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat
diaplikasikan oleh mereka terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan
peperiksaan. Secara tidak langsung murid-murid akan mengalami masalah
pembelajaran di sekolah, lebih-lebih lagi kepada murid yang mempunyai tahap
11

kebolehan yang rendah. Hal ini menyebabkan murid yang mempunyai kebolehan
yang rendah akan hilang rasa seronok untuk ke sekolah kerana merasakan tiada
berguna untuk mereka ke sekolah lagi kerana guru tidak dapat membantu mereka
dalam meningkatkan prestasi akademik. Guru tidak bertanggungjawab dan
mengabaikan murid dalam memberi pendidikan yang cemerlang dan seimbang
kepada mereka.
Di samping itu juga, implikasi yang wujud ialah murid akan rosak dari segi
sahsiah dan moral. Hal ini kerana, guru yang mengabaikan imej keguruan seperti
menunjukkan tingkah laku yang tidak elok akan menjadi salah satu punca berlakunya
masalah disiplin. Isu guru yang bergaduh di sekolah akan memberi pandangan
kepada murid bahawa mereka juga boleh bergaduh sebagaimana guru.

Mereka

akan bertindak di luar kawalan dengan mewujudkan masalah disiplin seperti buli,
mencuri dan sebagainya. Murid yang lebih agresif akan membuli rakan murid yang
lemah. Murid-murid ini juga akan bertindak di luar kawalan apabila cuba merosakkan
harta benda sekolah seperti meja dan kerusi di dalam kelas. Menurut Abdullah Sani
Yahaya (2006) guru yang sepatutnya memainkan peranan sebagai role model
kadang- kadang melakukan perbuatan negatif tanpa disedari membawa kesan buruk
dalam pembentukan sahsiah pelajar. Maka tidak hairanlah jika ada murid yang
mengikut sahsiah guru yang negatif seperti ponteng sekolah, bergaduh dan
sebagainya. Ini menunjukkan guru tidak bekerja berlandaskan etika profesion
keguruan dan tidak bertingkah laku seperti yang digariskan. Murid beranggapan jika
guru boleh ponteng kelas dan bergaduh sebagai contoh, mengapa mereka tidak
boleh mengikut guru tersebut sedangkan guru adalah cerminan kemenjadian murid di
sekolah.
Selain itu, suasana interaksi yang mesra antara guru dan murid tidak akan
dapat terjalin. Hal yang demikian kerana mereka sudah hilang rasa hormat terhadap
guru. Menurut Hairunnaja Najimuddin (2007), interaksi dan hubungan yang kurang
mesra antara kedua- dua pihak yang dominan di sekolah iaitu guru dan pelajar boleh
memberi kesan kepada tingkah laku pelajar. Akibat dari salah faham, perasaan
dendam, sakit hati, geram, kecewa dan marah yang bercampur aduk pelajar akan
bertindak agresif seperti membakar bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta
sekolah, memecahkan cermin kereta guru, memukul guru dan masalah- ,masalah
disiplin yang lain. Seperti yang berlaku pada 24 Mei 2002 dimana seorang guru
dibelasah dengan kerusi oleh pelajarnya kerana sikapnya yang hilang sabar
menampar murid tersebut sebanyak dua kali.

Hal ini jelas menunjukkan guru

tersebut tidak dapat mengawal emosinya dengan baik. Menurut Abdullah Sani
12

Yahaya (2006), pendekatan yang perlu digunakan oleh guru semasa mengendalikan
pelajar- pelajar yang bermasalah disiplin mestilah tegas tetapi tidak beremosi.
Tindakan guru terbabit yang menampar pelajar tersebut jelas menunjukkan bahawa
guru tersebut masih tidak professional dan menggunakan emosi untuk mengatasi
masalah yang dihadapi. Ini yang menyebabkan interaksi antara guru dan murid
menjadi tidak mesra dan mendatangkan suasana yang tidak harmoni antara guru dan
pelajar. Seharusnya seorang guru perlu professional dalam menangani masalah
murid dan tidak mengambil tindakan melulu yang menyebabkan timbul masalah yang
akan menyusahkan guru tersebut. Guru ini mengabaikan tanggungjawab pada diri
kerana bersikap emosional sehingga mengakibatkan kecederaan kepada dirinya
semasa bertugas dan juga tidak bertanggungjawab terhadap muridnya. Sedangkan
seorang guru perlu professional menangani emosi dan tidak mengambil tindakan
yang boleh mengakibatkan masalah kepada diri mereka.
Seterusnya, guru yang mengabaikan imej keguruan akan mewujudkan
persepsi negatif ibu bapa kepada profesion keguruan. Ibu bapa ialah individu yang
amat penting dalam profesion keguruan serta insitusi pendidikan. Zaman dahulu, ibu
bapa tidak menghiraukan sekiranya guru merotan anak mereka kerana bagi mereka
merotan itu adalah salah satu cara untuk mengajar anak mereka menjadi orang yang
berguna. Jika dilihat pada hari ini, kebanyakan ibu bapa kurang untuk meletakkan
penjagaan anak mereka sepenuhnya kepada guru di sekolah. Malah, ibu bapa hari ini
melihat isu merotan anak mereka adalah sensitif. Maka tidak hairanlah sekiranya isu
guru yang merotan juga adalah serius bagi mereka kerana kurang kepercayaan yang
diberikan disebabkan oleh sikap guru yang mengabaikan imej keguruan. Hal ini turut
terjadi kerana guru tidak mempunyai hubungan yang rapat antara murid dan ibu
bapa. Guru dan penjaga juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan
anak. Jika anak mempunyai hubungan rapat dengan guru dan penjaga, maka
hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak. Sebaliknya jika ibu bapa tidak
rapat dengan anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak
terganggu seperti berdendam atau marah kepada guru tersebut. Guru dan penjaga
perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika
hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang
tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak. Apabila ibu bapa
mengambil berat cara guru menguruskan anak, mungkin persepsi negative akan
dapat diubah dan diperbetulkan semula untuk kelangsungan pendidikan anak
mereka.

13

Seterusnya, implikasi kepada masyarakat.

Profesion keguruan adalah

profesion yang sentiasa disanjung oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Malah
sehingga kini apabila perkenalkan diri kita sebagai guru, masyarakat akan lebih
menghormati kita. Namun, semakin hari semakin ramai guru yang mengabaikan imej
keguruan dan tidak menjaga tatasusila mereka sehingga menimbulkan kerisauan dan
ketidakpercayaan masyarakat terhadap profesion keguruan.

Pelbagai isu yang

timbul antaranya guru yang bekerja sambilan selepas waktu sekolah juga menjadi
punca mereka kurang dihormati. Misalnya, ada guru yang mengajar di kelas-kelas
malam atau tuisyen, menjual di pasar-pasar malam, menjadi pengawal keselamatan,
menjadi ejen syarikat insurans dan lain-lain lagi. Oleh itu, ada kalangan masyarakat
yang menganggap guru ini tamakkan duit dan mengabaikan tugas utamanya, iaitu
mengajar dan mendidik. Bagi mereka, guru yang bekerja ini dianggap daif dan naif.
Guru-guru ini dianggap setaraf, bahkan hidup susah seperti mereka juga. Oleh itu,
guru bukanlah golongan yang perlu dihormati seperti dulu. Sudah menjadi tanggapan
umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam kehidupan bermasyarakat. Namun,
pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian menipis apabila ada sesetengah
guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang selalu ponteng kelas
dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah ada guru yang sanggup
menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai.
Lebih malang lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan
hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh
mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap guru.
Seterusnya ialah masyarakat akan menganggap sekolah adalah sebuah
institusi pendidikan yang teruk dan tidak dapat menjadi tempat untuk pembentukan
sahsiah dan akademik anak mereka. Hal yang demikian kerana, setiap murid di
sekolah sangat mempercayai apa yang dikatakan oleh guru mereka. Apa yang
diperkatakan oleh guru itu lebih terkesan di hati mereka berbanding ibu bapa. Maka
masyarakat akan merasa takut untuk meletakkan anak mereka dengan guru di
sekolah sekiranya guru tidak menjalankan tugas yang diamanahkan oleh mereka
dengan baik. Ibu bapa dan masyarakat risau sikap guru yang tidak elok akan
mempengaruhi anak mereka. Sikap guru- guru yang tidak professional akan memberi
tanggapan kepada masyarakat bahawa sekolah adalah sebuah pusat pembelajaran
yang tidak memberi kesan positif kepada anak mereka. Masyarakat akan
beranggapan bahawa disiplin tidak akan dapat ditangani oleh guru, suasana
pembelajaran dan pengajaran tidak berjalan seperti yang mereka mahukan dan
sebagainya. Sukar untuk kita ubah persepsi ini kerana masyarakat yang pada
14

mulanya sangat menyanjung institusi pendidikan namun kita sebagai guru tidak
menjalankan tugas dengan sebaiknya menyebabkan kesan kepada persepsi
masyarakat berubah.
Seterusnya kesan kepada negara. Negara dapat didefinisikan sebagai tempat
yang mana mempunyai sempadan, pemerintah, warganegara dan juga kedaulatan.
Imej baik sesebuah negara itu dapat dilihat melalui sifat, tingkah laku serta akhlak
warganegaranya dalam kehidupan seharian. Sesuatu perlakuan serta masalah yang
berlaku bakal membantutkan hasrat negara bagi mencapai negara maju menjelang
tahun 2020. Sebagaimana yang kita tahu, tamadun yang maju adalah sebuah
tamadun yang bukan sahaja tinggi pencapaian serta pembangunannya akan tetapi
maju juga dari aspek rohani serta sahsiah warganegaranya. Kesan daripada guru
yang mengabaikan imej keguruan ialah hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) tidak akan tercapai. Hal yang demikian kerana setiap apa yang
dirancang untuk melahirkan murid yang digariskan dalam PPPM iaitu sebelas
anjakan yang dinyatakan tidak akan tercapai. Pendidikan negara akan terus berada
dalam kelompok bawah dan tidak dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi. selain
itu, negara juga akan kehilangan generasi anak muda yang berwibawa dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Ketamadunan dalam diri generasi anak muda akan
luntur dan pembangunan sahsiah mereka akan turut terjejas. Profesion perguruan
tidak lagi dipandang sebagai profesion yang mulia oleh masyarakat sekaligus
menjejaskan sistem pendidikan negara. Pihak institusi negara luar juga akan
memandang rendah terhadap institusi pendidikan di negara kita dan tidak akan
menjalinkan hubungan antarabangsa yang serius dengan negara kita.
Secara kesimpulannya, etika profesion keguruan adalah penting untuk
menjadi panduan setiap guru di Malaysia dalam menjalankan tugas masing- masing.
Demi menjaga martabat profesion keguruan ini, setiap guru perlu mematuhi kod etika
yang digariskan untuk mengelakkan daripada terjerumus kepada isu isu yang boleh
merosakkan imej guru tersebut. seandainya masih ada guru yang mempunyai isu
maka perlulah dielakkan daripada mereka menjawat jawatan dalam bidang
professional ini. Maka, semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani
isu- isu ini terus menular dalam kalangan guru supaya kelangsungan martabat
professional keguruan ini dapat dikekalkan.

15

3.0 REFLEKSI
Tugasan bagi subjek Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru yang
berkod (EDU3083). Secara individu perlu membincangkan kepentingan etika profesion
perguruan dalam konteks akauntabiliti guru. Seterusnya, perlu menganalisis secara
terperinci implikasi yang akan wujud kepada pelajar, masyarakat dan negara sekiranya
guru mengabaikan imej keguruan dalam konteks etika profesion perguruan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek
Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru iaitu Encik Mohamad Bin Abd
Kadir kerana beliau, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau
menerangkan kerja kursus ini dengan jelas dan juga membantu saya apabila
menghadapi masalah semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa
penerangan daripada beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan lancar. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
rakan sekelas kerana telah menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tambahan pula
rakan-rakan yang cuba menyelesaikan masalah saya walaupun semua sibuk dengan
internship.
Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.
Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul dalam bidang
pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun sekarang.
Selama ini, saya hanya melihat isu yang terjadi dari kaca mata seorang pelajar, tetapi
pandangan saya kini semakin luas apabila saya dapat meneliti isu yang sama melalui
sudut seorang guru.. Sensitiviti terhadap isu-isu semasa ini juga mengingatkan saya
supaya sentiasa bersedia dalam menempuh dunia pendidikan sebenar. Hal ini kerana,
guru bekerja dengan murid lalu tindakan yang diambil oleh seseorang guru pasti akan
memberi kesan kepada murid sama ada negatif atau positif.
Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan pentingnya seorang guru
berpegang teguh kepada etika profesion keguruan. Saya dapat mengetahu tentang
tanggungjawab guru kepada murid, kepada ibu bapa, masyarakat, rakan sejawat serta
profesion dan juga negara. Saya menyedari sebagai guru kelak, saya akan menggalas
tanggungjawab yang sangat berat dalam merealisasikan pendidikan Malaysia untuk
meletakkan negara salah sebuah Negara yang mempunyai pendidikan bertaraf dunia.
16

Saya juga perlu menyedari bahawa murid sekarang tidak seperti dahulu dimana murid
sekarang sudah berkembang seiring dengan kemajuan negara. Maka untuk mendidik
mereka bukan mudah dimana memerlukan pelbagai

kaedah pengajaran, dan

pengetahuan ilmu yang luas dalam menyampaikan pengajaran kepada murid saya kelak.
Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia pendidikan
ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah penting.
Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh guru perlu diambil berat oleh pihak
sekolah untuk menangani masalah yang dihadapi. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu
didedahkan agar isu yang dihadapi oleh guru pada masa kini dapat ditangani dan tidak
menjadikan profesion perguruan satu profesion yang semakin hilang martabatnya. Jelas,
hubungan dua hala yang baik antara dua kuasa besar ini adalah perlu demi menjamin
perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah laku
malah prestasi akademik dan kokurikulumnya.
Sementara itu, saya berpendapat bahawa semua pihak hendaklah mengambil berat
dalam isu guru yang semakin berleluasa ini. Pihak yang berwajib seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia dan juga pihak sekolah boleh merangka program untuk
mengurangkan faktor yang menjadi penyebab kepada isu yang berlaku dalam kalangan
guru. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar bahawa kita semua bergerak di
dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian hingga di sekolah, kita bekerja bersamasama dan bukannya secara individu mahupun bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya
percaya bahawa jumlah isu yang timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan
sekiranya setiap pihak berfikiran sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan
cabaran yang harus digalas oleh guru pada masa akan datang. Saya berharap agar
segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi
cabaran dunia pendidikan. Sebagai bakal guru, saya akan berusaha bersungguhsungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada
mereka dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menyiapkan ini, terutama sekali kepada pensyarah bagi subjek ini iaitu, Encik
Mohamad Bin Abd Kadir di atas segala ilmu yang dicurahkan. Sebenarnya, banyak
perkara baru yang dipertengahkan dalam tugasan ini dan juga banyak kelebihan dan
kekuatan serta faedah yang dapat diperolehi daripada penghasilan projek kali ini.
Sekian, terima kasih.
DISEDIAKAN OLEH :

SHOBANA A/P S.VIJAYAKUMAR


931030-01-5680
8 PISMP PRA SEKOLAH 3

17

4.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional. Kuala
Lumpur.
Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku
Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin & Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons.
American College Dictionary (1964), Ethics, New York: Random House.
Bascom, J. (2007), Ethics or Science of Duty, USA: Kessinger Publishing. Buku Rekod
Pengajaran Guru.
Etzioni, A. (1969), The Semi Professionals and Their Organization, New York: Free Press.
Hairunnaja Naajmuddin. (2005). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. PTS
Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Institut Integriti Negara (2004), Pelan Integriti Negara, Kuala Lumpur: Kementerian
Jabatan Perdana Menteri.
Jemaah Nazir (2001), 'Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan', Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani Disiplin di Sekolah. Utusan Publications &
Distributors. Kuala Lumpur.
Nikki Lamagna (2009), 'Ethic', diperolehdaripadahttp://thezenofdesigning.com/2009/01
/22/defining-ethics/. Dilayari 18 Julai 2016.
Nillsen, A. (2004), 'The Concept of Integrity in Teaching and Learning', Paper Presented
in Symposium on Promoting Academic Integrity, Newcastle NSW, 24-25 November
2004,
University of Newcastle.
Noriati, A. R., Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2012). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.
Pati Anak Aleng. (2014). Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Insan. PTS
Akademia. Batu Caves: Selangor
Robert T. Kiyosaki. (2015). Guide To Investigating (Edisi Bahasa Melayu). PTS
Professional Sdn. Bhd. Batu Caves. Selangor.
Rohani Abdul Hamid (1998), 'Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari',
Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, 26-27 November, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
18

Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman (2014). Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran Kerohanian Kanak- Kanak. PTS Media Groups Sdn. Bhd. Batu Caves:
Selangor.
Shulman, L. S. (1986), 'Those Who Understand: Knowledge Growth in Teaching',
Educational Researcher, 15(2), Hal. 4-14.
Slavin, R.(1989), 'A Theory of School and Classroom Organization', dalam Slavin, R.
(ed.), School and Classroom Organization, Hillsdale, New Jersey:
Erlbaum.
Talbert, J., & McLaughlin, M. (1994), 'Teacher Professionalism in Local School
Contexts', American Journal of Education, 102(2), Hal.123-153.
Yahaya Don. (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Zainun Ishak. (2006). Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak- Kanak. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ceras: Kuala Lumpur.

19

Vous aimerez peut-être aussi