Vous êtes sur la page 1sur 3

NAMA : NURUL ATIQAH BINTI MISTI

NO.MATRIK : D1510968
KELAS : DPPI 3D

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KEIMANAN KEPADA PERKARA GHAIB

PENGENALAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang berpegang teguh dengan Al Quran , Sunnah
Rasulullah S.A.W dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara
perkara yang bidaah . Ahli Sunnah Wal Jamaah ini lebih menjadi ketara kewujudannya
selepas zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat mengikut perkembangan umat Islam pada masa
itu .

BERIMAN KEPADA PERKARA GHAIB


Sebagai orang Muslim , kita wajib beriman kepada perkara ghaib kerana beriman kepada
perkara ghaib juga termasuk dalam salah satu asas dalam aqidah Islam . Ibn Masud
mengatakan : Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa sahaja yang ghaib
dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul Nya . Begitu juga jin . Jin
termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani kerana banyak ayat ayat Al Quran dan
Hadis Nabi yang menerangkan tentang kewujudannya .

APAKAH ITU JIN ?


Kalimah tunggal dalam bahasa arab bagi jin ialah Jinniy . Dalam bahasa Inggeris pula
dipanggil genie yang membawa maksud tersembunyi , yang tertutup , yang tak terlihat .
Disebabkan hal inilah , kita mengaitkannya dengan makhluk makhluk berakal ,
berkehendak , sedar akan kewajipan , berjasad halus dan hidup bersama kita di atas muka
bumi ini . Jin ialah makhluk yang dijadikan daripada sejenis api bersih , yang tidak
mengeluarkan sebarang asap ( al marij ) dan mempunyai bahang kepanasan yang amat
panas ( al samum ) . Pada hari Kiamat kelak , jin juga akan dihisab amalan mereka sama
ada mendapat balasan baik atau mendapat balasan buruk . Jin boleh berubah rupa dan bentuk
sehingga dapat dilihat melalui pancaindera manusia .

AWAL PENCIPTAAN JIN


Allah S.W.T telah menciptakan jin sebelum manusia lagi dengan selisih waktu yang lama .

TEMPAT TINGGAL JIN


Tempat tinggal yang utama bagi jin ialah tempat tempat yang sunyi sepi dari manusia . Ada
juga mereka yang tinggal bersama manusia di dalam rumah . Tandas juga telah jin jadikan
sebagai tempat tinggal mereka . Lubang lubang juga menjadi kesukaan jin untuk tinggal .

NORMA KEHIDUPAN MASYARAKAT JIN


Jin dan syaitan adalah yang sangat banyak sekali bilangannya , boleh dikatakan sama
bilangan dengan penduduk bumi . Dunia mereka juga seperti dunia manusia . Agama mereka
pun lebih kurang dengan agama manusia . Ada yang beragama Islam , Masehi , Hindu ,
Buddha , penyembah berhala dan penganut ajaran komunis .

JENIS JENIS JIN


Antara jenis - jenis jin ialah Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin , iblis dan
syaitan . Seterusnya , Al Syaitan , Al Maraddah iaitu peragu atau was was , Al Ifrit ,
Al Tayyaaruun , Al Tawaabi dan Al Ummaar .

NORMA KEHIDUPAN MASYARAKAT IBLIS DAN SYAITAN


Iblis dan Syaitan mempunyai kerajaan yang sangat besar . Iblis mempunyai lima anak iaitu
Thubar , Daasim , al Awar , Maswath dan Zalanbur . Thubar selalu mendatangi golongan
yang ditimpa musibah atau kesusahan supaya mereka akan bersangka buruk terhadap Allah
S.W.T . Daasim akan mencerai beraikan sesuatu ikatan seperti perkahwinan seseorang ,
silaturrahim , sahabat handai dan sebagainya . Al Awar pula akan membisik kepada
manusia supaya melakukan perkara kearah maksiat . Maswath adalah pakar dalam mencipta
pembohongan besar mahupun kecill . Zalanbur suka berkeliaran terutama di pasar pasar .
Mereka yang menyebabkan berlakunya pertengkaran dan perbunuhan sesama manusia .

PERSOALAN AQIDAH BERHUBUNG DENGAN PERKARA GHAIB


Menurut tafsiran al Asfahani dalam memahami konsep al ghayb : ia merujuk kepada
setiap perkara yang berada di luar kemampuan pancaindera manusia untuk mencapainya
( yang terelindung dari pandangan manusia ) . Menurut disiplin ilmu Usuluddin , terdapat
dua istilah berkaitan al ghayb iaitu yang pertama al ghaybiyyat / al mughibaat dan yang
kedua al samiyyat .

Vous aimerez peut-être aussi